Ahad, 7 Jun 2015

BUKAN SENANG NAK BUAT BAIK....MUNGKIN LAGI SENANG NAK BUAT JAHAT

















Nak Jadi Baik SUSAH ?

Artikel ini mungkin ada sedikit tempiasnya pada artikel Salahke kalau kita nak berubah, bertaubat, jadi lagi baik ?  sebelum ni . Apa yang terluah semua dari hati untuk ingatan diri sendiri.   Sudikan melayan . Terima kasih :)

...

Bila sedih sedih, jangan lama lama, sebab penghujungnya pasti ada gembira.
Bila takut takut, jangan lama lama, sebab hakikatnya kita lebih berani dari dijangka,
bila risau risau, jangan lama lama, sebab sebenarnya benda tu taklah sesukar mana,
Bila marah marah, jangan lama lama, sebab menjadi pemarah memang tak bahagia .

Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana.
Apa yang penting berani lah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana .

Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni . Eh , siapa kata nak jadi lagi baik tu susah ? Senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try. Rendahkan suara pada orang keliling , cakap jangan kasar sangat,  bersangka baik dengan orang yang berkenaan , terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita angin je bila dengar nama dia - SEKARANG, boleh je,

TAPI ..
nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah , bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat , cuba kan , esok ? Eh eh kembali kepada asalan balik. Ya benda tu tak pelik. cuma ,kan da cakap, ia agak sukar. Tak sesenang difikir, digambar, atau dimahu . Berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke ,atau  nak study. Nak fokus buat kerja ke , atau nak bergosip . Nak habiskan drama dulu ke, pergi sembahyang  maghrib dulu , atau nak puasa ke atau nak try ponteng sesekali.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting,kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari...
*jangan cakap 'saya tak kuat' - bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.*

Kita sebenarnya kuat, awak kuat, saya kuat, sama-sama cuba kuat tau ? kita boleh, saling mendoa, insyaallah kan?

Semoga selamat . Dengan izinNYA.




Monday, 10 December 2012

Nak Baik Tak Susah, Nak Istiqamah Tak Mudah

Susah kan kita nak buat baik?
bila kita nak buat baik mesti orang akan perlekehkan kita..
mesti orang akan kaitkan benda yang tak baik bila kita buat baik..
post status islamik kat fb pun kena perlekeh..
pakai tutup aurat pun kena kutuk..
jaga batas pergaulan diorang kata kita berlagak alim,, tak spoting,,

susah kan?
jadi baik pun kena kutuk,,

hurmmm..
pernah tak dengar kisah Rasulullah S.A.W. waktu Baginda nak sebarkan kalimah La ilaha Illallah dulu?? :)

kena baling batu sampai berdarah2 Rasulullah waktu tu..
tak cukup baling batu Rasulullah siap kena lempar najis lagi..
belum kira kena jerut leher..
caci maki memang dah jadi kebiasaan..
kesian Rasulullah kan?
tapi Rasulullah tetap senyum..
Baginda tetap melayan mereka dengan baik..
bayangkan hati keras masyarakat jahiliah yang memusuhi Rasulullah boleh dicairkan dengan sikap mulia Kekasih Allah bernama MUHAMMAD..
Baginda dicemuh tapi tetap istiqamah,,
Hebat bukan Kekasih Allah ini?
Baginda S.A.W mampu menarik hati yang memusuhi Islam hanya kerana perwatakan Baginda sahaja..
Hati yang pada mulanya gelap tanpa cahaya telah dipaut sehingga mereka mampu menyinari dunia dengan membawa agama yang benar. Saidina Umar Al-Khattab,,Khalid al-Walid,,Hindun Binti 'Utbah


benar wahai hati,,
istiqamah tidak mudah,,
iman umpama tayar,,
kadang di bawah kadang di atas,,
ditambah dengan persekitaran yang bisa mematahkan semangat,,

nak istiqamah memang payah,,
tak hairanlah seorang yang baru berubah ke arah kebaikan kembali semula ke pangkuan kebinasaan..
andai diri tak mampu mengawal iman dalam diri hancur luluhlah segala kebaikan yang diusahakan..

wahai hati,,

tabahlah dikau,,
usah hiraukan apa orang sekelilingmu katakan,,
mereka tidak dapat menilaimu,,
hanya Pemilikmu sahaja yang mampu meneliti niat hatimu,,
bersabarlah seperti kekasih kita, Baginda S.A.W,,
berkat kesabaran, ketabahan, kecekalan Bagindalah yang membetulkan arah tujuan manusia menuju ke keredhaan Ilahi,,

wahai hati,,

engkau akan jadi seperti apa yang engkau fikirkan,,
andai mahmudah yang engkau fikirkan maka baiklah diri,,
andai mazmumah yang engkau berada di benak fikiranmu maka kearah itulah engkau..
berubahlah engkau kerana Ilahi,,
andai niatmu untuk mengejar keredhaanNYA, maka apa yang mereka katakan dapat kau hiraukan,,
tak mustahil mereka juga akan tertarik dengan keikhlasanmu wahai hati,,

banyakkan berdoa,,
tingkatkan dan perelokkan amalan,,
agar dikau diberikan ketetapan hati,,
dipertingkatkan iman,,
teruskan usahamu dalam menjadikan dunia sebagai kebun untukmu meraih hasil diakhirat..

Semoga engkau istiqamah wahai hati. . .

Susahnya Menjadi Baik

(Dengan muka yang suci bersih baru lepas mandi, kemudian memakai baju melayu yang diwangikan. Terserlah imej budak baik ketika ini. Ambil feeeeeeeelllllll baik punya)
Bila sebut baik, semua nak jadi baik, semua nak buat yang terbaik, semua nak yang baik-baik, tapi benda yang tak baik juga yang kita buat. Susah sangatkah nak jadi baik ni?
Macam mana kita nak jadi baik yang senang? Supaya kita tak cakap susah nak jadi baik. Mari aku cerita kisah seorang budak yang nak jadi baik, tapi orang kata dia jahat!
*******************************
Nama aku Hagemaru. Aku berumur 7 tahun. Aku sebenarnya budak baik, tapi orang selalu cakap aku budak jahat. Mesti apa yang aku buat, langsung tak kena dimata dorang.
Satu hari, bapa aku bawa aku ke rumah kawan dia. Kawan bapa aku ni banyak pelihara burung. Dengan bangganya kawan bapa aku tu cerita tentang burung dia. Aku kesian tengok tu burung. Terkurung di dalam sangkar. Kawan-kawan dia yang lain semua berkicau riang bermain di luar sangkar.
Kawan bapa aku pun bawalah bapa aku masuk dalam rumah sambil bercerita tentang burung dia. Kesian pula aku tengok bapa aku, menguap jak kerja dia sampai termakan lalat lagi. Aku pula, masa ni ambil kesempatan bagi burung tu keluar sangkar, supaya dia dapat main dengan kawan dia.
Terkejut burung (ganti beruk) kawan bapa aku nampak burung dia semua tiada. Kaw kaw aku kena marah dengan bapa aku. Aku cakaplah, aku kesian burung tu terperap dalam sangkar, aku bagilah dia main kat luar, nanti pandailah dia balik sangkar. Sedangkan aku pun main kat luar tahu jalan balik rumah.
Tapi bapa aku tak terima apa yang aku cakap, dia cakap aku budak jahat. Salahkah aku?
Lepas tu kan, ada lah hari tu aku ikut pakcik aku pergi memancing. Wah, banyak dapat ikan. Besar-besar lagi tu. Pakcik aku letak dalam baldi semua hasil tangkapan dia. Tapi, bila aku tengok, ikan tu semua kotor, berlumpur, eeew, tak suka, tak suka.
Jadi, selaku budak baik yang tolong mak basuh pinggan, aku letak ikan tu dalam air. Pakcik aku pun terus marah aku. Dia cakap kenapa lepaskan ikan tu. Aku cakaplah, aku nak bagi ikan tu mandi. Lepas dia bersih, kita tangkap baliklah.
Tapi pakcik aku tak terima apa aku cakap, dia cakap aku budak jahat. Salahkah aku?
Last sekali, masa tu abang aku cuci motor. Lepas cuci dia masuk dalam rumah. Tapi aku nampak, dia cuci langsung tak bersih. Dalam ekzos tu hitam gila. Aku ni kan adik yang baik, aku tolong lah cuci dia punya ekzos. Susah juga nak tanggal yang hitam tu. Sampai aku tuang satu baldi air sabun dalam lubang ekzos.
Abang aku tiba-tiba keluar. Nampak jak apa aku buat, terus dia pukul aku. Dia kata aku budak jahat. Adik cuma nak tolong abang, kenapa pukul adik. Orang nak cuci ekzos bagi bersih. Kenapa semua cakap aku jahat?
******************************
Kesian Hagemaru, aku pun sedih ni, sambil lap-lap air mata semut yang nangis baca apa yang aku taip ni. Memang baik Hagemaru ni, dia berusaha nak jadi baik, tapi, kenapa orang cakap dia jahat? Bukan baik apa yang dia buat tu?
Nak jadi baik, kita perlu sesuatu, yang akan menerangkan jalan kebaikan. Yakni ILMU. Ulang balik kawan-kawan, nak jadi baik perlu apa? ILMU! Bagus, dapat setengah markah. Setengah markah mana lagi? Setengah lagi adalah AMAL!
Imam Ghazali mengatakan “Ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia”. Demikianlah Hagemaru, bukan sahaja mendapat gila, tapi perbuatannya sia-sia.
Kita belajar agama adalah untuk diamalkan, demikianlah untuk cara nak jadi baik.
Namun, mentaliti orang, bila orang nak jadi baik, mesti ada tak puas hati, memperlekehkan orang tersebut. “Nak tunjuk baiklah tu” “Ala, dibelakang lain dibuat tu” dan macam-macam lagi ayat standard.
Persoalannya ~ Kita nak tunjuk baik depan orang atau depan Allah? Yang aku dapat rumuskan di sini :
Tunjuk baik dengan orang = Hipokrit.
Tunjuk baik dengan Allah = Ikhlas.
Bila buat baik semata-mata nak tunjuk dengan orang kita ni baik, atau takut dicop budak jahat, bila orang tak nampak, kemungkaran itu boleh dilakukan.
Bila kita nak tunjuk dengan Allah, lantas keredhaan-Nya yang kita dapat, kerana takutkan-Nya, lebih dari golongan masyarakat.
Satu lagi perkara yang menyebabkan kita rasa susah nak jadi baik, yakni pemikiran kita yang memberatkan kebaikan itu. Kerana kebaikan itu kita tafsirkan dengan kesempurnaan.
Mana mungkin manusia itu sempurna. Pasti ada berlaku kesilapan. Itulah gunanya kita bermuhasabah diri, dan yang paling penting segera bertaubat, biarpun ianya hanya ucapan Astaghfirullah.
Selain itu, jagalah solat, kerana solat itu tiang agama, dan solat itu juga mencegah kemungkaran. Jangan sampai tunggu ketika solat, kita berada paling hadapan, terlebih imam lagi, bukan apa, dorang solat jenazah kan, waaah!
Nak jadi baik tak susah, yang penting kita cuba. Biarpun percubaan itu perlahan, bukan mendadak, sekurang-kurangnya ada. Panduan pun sudah ada, yakni Al-quran dan Sunnah. InsyaAllah, kita semua memperoleh kebaikan yang dicari.
Yang penting jangan jadi Hagemaru, perangai pelik minggu ini, yeay!

'Aku jahat, so aku tak ada peluang nak jadi baik?'

8:45:00 PM
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*** 


Dengan pedang tersisip di pinggangnya dia pergi dengan penuh bersemangat mencari Nabi Muhammad. Perjalanan untuk memburu dan membunuh Nabi Muhammad. Itulah Umar. Bertemu dengan Nu'aim bin Abdillah, lalu:
"Lebih baik engkau kembali ke rumahmu perbaikilah isi rumah mu terlebih dahulu; tidakkah engkau tahu iparmu Said bin Zaid dan saudaramu Fatimah sudah masuk Islam menjadi pengikut Muhammad?”
Darahnya menggelagak dan mukanya merah padam marah bercampur malu, lantas langsung pulang bergegas-gegas untuk menemui adiknya Fatimah yang kebetulan sedang belajar Al-Qur'an.
Surah Thoha, Ayat 1-5, pelembut hati Umar. Subhanallah, hidayah itu hadiah terindah buatnya, dialah insan yang sangat kasih kepada Baginda Rasulullah SAW! :')

*** 

'Aku jahat, so aku takde peluang nak jadi baik?'

Benar, tidak ada insan soleh yang tidak punya masa silam, dan tidak ada pendosa yang tidak punya masa depan. Semua orang berhak menjadi lebih baik. Allah sudah bentangkan pintu taubat seluas-luasnya.
Sakit dengan masa silam? Sebab ada orang cakap-cakap belakang? Sebab suasana sekeliling tidak begitu sesuai? Sebab tak ada orang yang boleh datang bimbing? Sebab tak sampai masanya lagi? Sebab tak sampai seru? Sebab kawan-kawan perlekehkan? Sebab-sebab yang sengaja dibisikkan oleh syaitan untuk menuju jalan pintu taubat.
Jalan untuk menjadi soleh dan solehah tidak dibentangi dengan bunga-bungaan mahupun red carpet ye, so kalau nak lalu jalan tu, kena berhati-hati. Sebab sepanjang jalan tu yang banyak je duri-duri yang tajam, kalau memang kita tak mampu nak survive agak susah sikit. Untuk berubah, banyak benda kita kena korban, dari segi emosi, masa, tenaga, pendirian dan mungkin jugak korbankan egois. Dan semestinya proses untuk ‘menjadi baik’ ni tak mudah, kena tarbiyah diri, nak kawal nafsu, and so on. And and paling lah sangat payah, bila nak berubah mesti ada konflik-konflik dalaman yang mengacau. So, lenyapkan semua sebab-sebab ‘sindrom’ untuk takut berubah. Ada sikit tips untuk terus kuat dan fight dari nafsu yang sangat suka dimanja ni.
1) Paksa diri untuk melakukan kebaikan 
Kadang-kadang kebaikan tu perlu dipaksa. Paksa diri, jangan manja-manja sangat. Jalan dakwah bukan untuk orang yang manja. No no. Nafsu kata ni, ikuttt je. Nafsu nak itu, pun jalannn je. Kalau diturutkan kehendak hati dan nafsu, sampai ke penghujung pun memang tak kan dapat dipenuhi.
2) Kalahkan nafsu dan syaitan, menangkan iman 


Aha, this one, tersangatlah payah. Okay, setiap pagi benda paling susah nak fight ialah nak teruskan tidur yang lagi best tu ke atau nak bangun Qiamullail? Nafsu kata tidur. Syaitan bisik, tidur lagi best owh. Iman kata bangun, bangun! Kuatkan diri lawan kata hati dan syaitan. Then, kita akan gembira sebab dapat lawan diorang. Bahagia sebab dapat menangkan iman. And for sure, kita akan dapat rasa kemanisan iman. Allahu :’)
Fight untuk iman kita, fight untuk apa yang Allah suka, fight untuk kebaikan diri kita. InsyaAllah, lama-lama dari perkara yang sangat susah untuk kita buat, akan jadi mudah bila dah rajin buat. 
3) Kawan soleh dan solehah sangat penting. 
Orang kata, nak tahu kita ni camne, tengok kengkawan sekeling. Okay, sekarang cuba fikir jap, kawan-kawan kita camne? Kalau kawan-kawan kita jenis kaki masjid-style, alhamdulillah, insyaAllah kita juga akan terkesan dengan peribadi mereka yang soleh solehah tu. Tapi kalau kawan-kawan kita tu jenis selalu je bawak kita jauh dari Allah, bahaya! Selamatkan diri anda. Pentingnya ada kawan-kawan yang soleh solehah ni ialah diorang ni dapat bantu urusan Akhirat kita. :’) Menguatkan bila kita lemah, menegur bila kita salah.

4) Rajin kan diri pergi majlis ilmu.
Ilmu ni tak kan masuk ke dalam hati-hati yang gelap. So bersihkan hati, bertaubat, tanamkan penyesalan yang teramat sangat dengan masa silam yang gelap tu dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Banyakkan bahan-bahan bacaan yang membina, join majlis ilmu, kalau ada kuliyyah maghrib dekat surau/masjid berdekatan, jangan malas join.
5) Sentiasa bermuhasabah diri dan berdoa 
Kuasa doa. Jangan remehkan. Kalau kita rajin berdoa, rajin mintak dengan Allah, Allah nilai, Allah pandang. Mohon kekuatan. Mohon istiqamah dalam perubahan. Jangan bagi jatuh. Jangan bagi fragile sangat. Disentuh sikit, menangis, diuji sikit, lemah, common. Jadilah hamba-Nya yang kuat. Tak gentar tak goyah bila diuji! ^^ *bakar semangat


Dan rajin rajin belek surah Yusuf ayat 53:

Firman Allah SWT yang bermaksud, ".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)

InsyaAllah, kalau awak tanam azam nak berubah, Allah akan permudahkan. kalau rasa diri nak berubah, cepat-cepat berubah, takut hidayah tu Allah tarik balik. :')
*teringin nak makan carbonara, balik ni mesti cuba masak! :’)

Kenapa susah nak berubah ?

Assalamualaikum
hye semua !


Semua orang ada hati, ada niat untuk berubah, ada keinginan untuk jadi baik tetapi apa yang menghalang ?
Keadaan dan masa yang menghalang :)

Masa :

"Masa muda hanya untuk bergembira dan bila tua bertaubat, 
duduk atas sejadah mengenang dosa..
bukan.. "

masa muda perlu diguna untuk kuatkan hati di jalan Allah..kita tahu kita ada Allah tapi adakah kita tahu hati kita benar benar percaya kan Allah ?
Pernah tanya diri sendiri..siapa aku? kalau masih rasa hidup ni susah, masih tak bersyukur, masih lalai..ingat balik siapa kita..apa hak kita untuk minta segalanya sedangkan kita jauh dari Allah.
Kita kata kita percayakan Allah, kalau benar2 percaya redhalah dengan takdirnya.
Kita rasa umur masih muda, hidup masih lama, belum lagi tua tapi kita kena tahu mati tu bila bila tak kira masa..
Kita tak tahu tapi Allah tahu.

Keadaan:

Persekitaran , keluarga, kawan ,keinginan.
Kita nak berubah tapi terfikir kembali..

"nanti aku pakai tudung labuh, orang cakap menunjuk"
"kalau aku tulis status yang baik baik je dianggap hipokrit"
"macam pelik je pakai baju longgar, nampak gemuk,burukk"
"nanti kita pakai stoking orang cakap kaki busuk"
"malu la, tiba tiba je nak berubah, nanti orang pelik tengok aku"


Situasi A "Walaupun dia pakai baju ketat, 
sekurang-kurangnya dia pakai tudung."
Situasi B : "Dia tak tutup aurat pun, 
sekurang-kurangnya dia baik dengan semua orang."


Jadi kesimpulanya Perkataan 'sekurang kurangnya' itu lah, yang sering membuat kita berasa, segala amal ibadah kita dah cukup. Ubahlah :)

jangan fikir apa orang kata dan yang penting lawan apa syaitan kata.
Jangan rasa diri dah cukup baik, amal tak cukup sebab iman masih lemah.
manusia tak sempurna tapi jangan jadikan itu alasan untuk kita terus melakukan dosa :)
tak pe :) berubah slow slow..biar lambat asal selamat.
Tak perlu berlari, nanti jatuh.
Biar merangkak asal nanti mudah nak berdiri teguh :)


Nak berubah bukan dari segi pakaian je, tapi lidah, tingkah laku.
Jangan hanya cakap "saya islam" tapi tunjuk bahawa anda benar2 islam :)
Bila kita buat pilihan menyakitkan hati menyedihkan jiwa untuk jalan Allah, jangan pernah rasa rugi. Allah akan sentiasa jaga kebahagiaan kita. Segala sesuatu itu awalnya sulit sebelum menjadi mudah. Maka bersabarlah :)
Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya, 
tapi org tahu betapa indahnya ia. 
Seperti kamu, kamu tidak tahu betapa indahnya dirimu tapi Allah tahu.
Jika satu dunia tidak suka tetapi Allah sahaja yang suka, 
itu sudah lebih dari cukup..



Awak..nanti bila mula berubah, kadang kala awak akan jatuh..percayalah..tapi sabar..
jangan putus asa..kuatkan hati..doa supaya terus istiqamah :)
nanti bangun semula awak akan teguh..insyaAllah :)

Ingat ! manusia tak sempurna tapi jangan jadikan itu alasan untuk kita terus melakukan dosa :)
Nak berubah tak mudah, kena "tahan telinga", tetapi bersabarlah..Allah bersamamu :)
Benar, saya tinggalkan hampir segalanya yang saya minat tetapi saya dapat rezeki yang hebat :) Alhamdulillah.
### Saya bukan mujahidah tetapi saya menulis untuk diri sendiri..untuk orang lain..kamu , mereka..atau sesiapa sahaja :)
saya masih mencari "Nur Ilahi" moga bermanfaat :)


Friday, December 14, 2012

Hati Manusia, Allah yang jaga

Hati Orang ni, kita takboleh jangka.

Macam hati kita jugak. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang taktahu.

sampai kadang kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.

Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.

kat sini, bukan lah kata takkan ada org tak suka kita. Takkan ada orang yg boleh sangka buruk or buat jahat kat kita.

tapi, ia nya hubungan/layanan kita terhadap orang : cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. segala yang ma'ruf tu la. Mungkin kita ada TER buat salah tanpa sengaja. ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.

andai tahu, ringankan je mulut utk mintak maaf. Allah tahu hati siapa benar benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan.

mungkin orang yg buat salah dengan kita akan terbuka hati. atau org yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego utk meminta maaf.

Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. bila cara salah. Bukan hati takmahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati org. senang senang berkata kasar, senang senang berkurang ajar, senang senang bg layanan " eh i know better, kau tahu apa, kau buat salah, aku yg betul. jd walau cara aku salah, tp niat aku betul, jadi kau kena terima je.There's now way la nak mintak maaf"

Tak, tak jalan macam tu.

Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa kat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa sama,Kita dah buat salah, tapi tanak mengaku/ tanak mintak maaf. Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.

Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu hati kita. Jadi takkan pernah rugi utk berhati hati . kita hidup bermasyarakat. kalau susah nak tolerate dan respect. Susahlah jugak dapat kat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang je nak bg orang buat balik kat kita.

Tapi itu pun kira ok. kalau kena kat akhirat? NAUZUBILLAH.

Mintak pada Tuhan. Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang.

Orang boleh kata. boleh caci. boleh suka suka je sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. macam memang sedara dah. tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikarkan.
Tapi tulah, hati orang. Mak pesan, Allah yang pegang. Allah yang jaga.

Jadi perlindungan tu mintak kat siapa? Yes DIA. Ada satu masa , bila orang yg kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa mcm " Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita , dan kita beri balik. kita lagi takde akal. walhal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia , kat akhirat. mungkin dua dua. mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bg org lain yg kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dr ceruk mana nak datang. Kan?

Berterima kasih. kadang kadang bukan tentang berkira. tapi setiap manusia, suka bila dihargai. rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. magik. besar mana pun seseorang tu buat , bila dapat ayat ringkas je . "terima kasih." , cukup. cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu utk buat sesuatu. ikhlas tu makin rasa kuat. lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tgk setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan?

syukur,bukan hanya kata kata tapi minta tuhan. dalam doa. " jaga hati aku. jaga akhlak aku. andai diberi kelebihan walau pun satu, izinkan hati aku bergantung hanya pada yang SATU. jadi khalifah yang berguna." solat, tiang. mungkin kat dunia, ada org ada segalanya. diorang kata chill. tapi bila tetibe rasa tak tenang terus kata hidup ni tak adil.palat. semua benda tah apa apa. terus salahkan takdir. terus rasa nak mati. padahal. waktu Tuhan bagi segala yang kau minta, ada sujud dan hargai pemberian DIA? *hah setepek kena kita kita ni kadang kadang leka*

aku dengar mak & kawan kawan dia borak. aku ada kat situ. pendengar. pemerhati. mcm mana orang orang yang hebat. yang byk berbakti pada masyarakat. popular. kaya raya. semua ada. tapi, hati tak tenang.

Hm . ha'ah.Jauh. Tiada Tuhan dalam hati. Tahu, Tuhan tu ada. tapi tak pasti. pada siapa dan apa.jadi hubungan hati dengan hati dengan YANG MAHA ESA tu, tiada permulaan. maka tiada pengakhiran. hati meronta je, " aku dah buat segala perkara baik, tapi masih hati tak tenang. rasa semua serba tak kena."

"Allah je tahu siapa yang benar benar MENCARI hidayah." manusia lain nampak orang tu sedang cari hidayah. Tapi well, Allah je yang tahu.

lagi sekali.

kira pemberian. bukan ujian. orang ada macam macam. orang bukan sempurna. orang kadang kadang lupa. dan orang tu kita pun sendiri. Takboleh nak expect semua yang kita sangka orang akan buat. macam kita pun, bukan kita buat selaga yang org expect kan. jadi, bagi yang terbaik. seboleh bolehnya jangan cari pasal dengan orang kalau " pasal" tu kita tak suka org buat kat kita.

nak menangis ke apa. menangis je. sebab kadang kadang menangis bukan sebab lembik, tak kuat. tapi sebab kuat tu la. kita menangis dan adu pada tuhan instead of meroyan and sebar pada semua orang. masalah kita pun sebenarnya, bukan semua orang faham. tup tup disalah ertikan pulak. Biar org nak assume apa dari terbuka aib diri sendiri & orang lain. At the end, truth will reveal. Allah janji,

ingat ni je. apape yang Allah bagi. baik buruk. kalau kena cara kita tangani. Allah upgrade Iman kita. susah. tahu. but well, tak susah tak bernilai. ye dok?

" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.

sebak. aku memang orang biasa. yang ada masa lampau. ada salah silap tersilap. yang aku rasa mcm aku memang harap aku tak pernah buat this and that. Tapi kalau takde lampau, takdelah sekarang dan akan datang. Bila tgk kelebihan orang lain, ingat. kita pun ada. bila tgk kesusahan kita, ingat, orang lain ada lebih teruk.

Cakap pasal palestine. kerap aku dengar lagi lagi org yang ke sana. walau ujian mereka tak terkira. senyum masih di muka. layanan baik masih diberi hati terbuka. well, semestinya. sebab diorang ada ALLAH dalam hati mereka. Aku nak menangis. ini yang kita kata, mungkin tak kenal tak pernah jumpa. tapi aku jatuh cinta pada mereka.

itu yang kita kata orang yang kuat. thought yang datang dan rasa, ini yang betul betul kita kata orang yang indah. terima dan redha , hati diorang tenang. bukan tak risau. tp itu yang kita boleh panggil. kehidupan. hati diorang "hidup." INDAH. YA ALLAH.

Better late than never. 
Kadang kadang bila kita minta sesuatu utk dimiliki pada Tuhan dan diberi hint itu bukan terbaik utk kita, mungkin dah tiba masa minta miliki hati yang Redha & minta hanya yang terbaik dariNYA.


p/s: Aku menulis. bagi peringatan pada diri sendiri juga. aku manusia biasa. takde alim takde sempurna. nak jadi yang lebih baik. takkan nak sendiri je. aku pun rasa dimotivasi dari sekeliling.orang dan kejadian. sharing is caring. Tulis berdasarkan kebenaran.pengalaman. diri sendiri. Orang sekeliling. macam yang dikata. hati orang, lain lain kan * senyum *


Sunday, November 4, 2012

Nak jadi baik sangat mudah, nak jadi jahat pun tak susah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-11-2012


Sejak semalam, hujan on-off. Berenti sekejap, then ujan lagi...
Hari ini pun sama. Kami pegi kenduri tadi pun makan bawah khemah sambil layan ujan turun. Memang kesian bila ada kenduri di musim ujan. Kesian tuan rumah. takpa la, niat yang baik biasanya akan berakhir dengan baik.
Saya sempat tengok ulangan siri baru di 104, Primadona. Pernah dengar promosi di Sinar.FM hari tu, di mana Puan Hajjah Ziela Jalil diundang bercakap tentang program ini.

Rupanya siri bual bicara, 4 wanita yang terkenal, bukan saja cantik bergaya tapi juga popular (cuma part tang Che Ita tu Saya dok fikir, dia ni kalu bercakap serupa sembang kat rumah jer.... jadi host??). Tengok tadi pun lompat-lompat. Interbiu dengan Dato’ Jalal dan Lisdawati pun tak tengok semua. Yang jelas, topik adalah curang.
*pengacara dah ramai, macam berebut nak cakap. Nampak macam Raja Azura jer macam nak kontrol dialog? Over-shadowed?
Isu curang. Panjang kalu nak ulas pun. Sebab isu curang ni boleh jadi pada sesiapa saja, tak kira lelaki pompuan, dah kahwin atau belum.
Cuma rata-rata kita tak boleh terima bila yang curang itu ada suami/isteri. Kemudian mula cari sebab dan alasan untuk menyalahkan pasangan bagi menutup kecurangan.
Ada satu kes: Seorang wanita yang Saya pernah kenal, sudah kahwin ada anak ramai juga. Kemudian diuji dengan jatuh chenta dengan seorang lelaki yang muda dari umurnya. Lalu keraplah Saya dok dengar dia mengutuk dan mengumpat suami dia. Kesimpulan yang Saya lihat sebagai menjadi sebab untuk menutup kecurangan dia di luar rumah.

Saya selalu kata, beruntung lah dia kerana umur dah 4 siri pun masih ada lelaki muda yang mahu, masih boleh berchenta-chenta sedangkan anak-anak sudah remaja, masih kuat hati untuk melalui ranjau ini... tapi sebaliknya pengakhiran kisah sebegini jarang berakhir dengan baik pun.
Jangan menyesal sudah. Jangan menyesal sudah.
Takut nanti, yang dikejar berciciran yang ditinggal dah tak boleh nak kejar lagi. Jangan sampai bekas suami gelak sambil tepuk tangan.

Rabu, Ogos 25

baik ke jahat senang?

Ada pernah, seorang kawan berkata,

"Bob, dalam dunia ni, jadi orang jahat lagi senang dari jadi orang baik. Bukan senang nak jadi orang baik"

Memang selepas 2 saat selepas ayat itu habis dari mulut kawan aku ni, aku terus tak setuju. Memang secara totalnya aku langsung tidak setuju dengan pendapat itu. Biarpun maksud ayat itu sangat subjektif, terlalu luas definisinya, pada aku secara kasar, dari luarnya aku tetap tidak bersetuju.

Kerana aku melihat dari sudut kemanusiaan. Sudut yang lebih tipikalnya otak aku, mestilah berpihak pada 'orang baik'.

Apa maksud aku yang ayat itu sangat luas? Sangat subjektif?

Cuba aku diam sebentar, dan berfikir.

Orang jahat? Jahat yang macam mana? Jahat itu ada macam - macam. Jahat membunuh ke? Jahat mencuri tiub basikal ke? Jahat mengumpat ke?

Takde jawapan yang timbul.

Kemudian, datang lagi beratus persoalan yang baru. Orang baik? Orang baik yang macam mana? Baik sebab tolong makcik angkat sayur ke? Baik sebab tak tinggal sembahyang ke? Baik sebab cakap lembut dan jarang mencarut ke? Baik ada macam - macam.

Hmmm... aku terdiam.

Biarlah persoalan yang datang itu kadang - kadangnya berbunyi sungguh tipikal. Tapi bila otak kita ini mula berfikir laju, mula untuk menggali jawapan dari pelbagai sudut, tipikaliti itu sudah diketepikan dengan sendirinya. Kata pelbagai sudut, tipikal pun dikira satu sudut jugak, kan?

Memang aku tak jumpa jawapan. Lalu aku bertanya, "Maksud kau?"

"Maksud yang lebih tepat akan datang, bila kau dah terkena"

Ah, lantaklah! Aku fikir. Kadang - kadang otak aku ni malas jugak nak korek dalam - dalam setiap persoalan. Makin banyak pulak rambut aku ni gugur nanti. Apa pun, aku tetap kurang bersetuju dan aku percaya manusia yang waras mana - mana sekali pun jugak tidak akan bersetuju.

Tapi hari ini, cuba kau berbuat baik dengan manusia lain, kau akan dibalas baik semula ke?
Setelah pelbagai kejadian yang menimpa, setelah terjumpa babak - babak kecil dalam hidup aku,

Aku semakin hampir untuk bersetuju.
Tinta Muallimah. Mencari RedhaNya.. Baitullah : Rindu yang tak pernah padam Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku... Home Matematik Dan Islam Palestine Thursday, April 10, 2014 Kenapa Susah Nak Didik Anak Perempuan Jadi Isteri Solehah ?? Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang. Ditanya kenapa? Dia pun menjawab dengan berkata ; 'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.' Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ 'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie) Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah. Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi! Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa. Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang! Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri. Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa! Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan. # Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah. Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya. Ini kerana Allah berfirman; أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ "Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22] Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula. Kata Nabi salallahualaihiwassalam; الأعمال بالخواتيم 'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari) # Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda! ustaz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tinta Muallimah. Mencari RedhaNya.. Baitullah : Rindu yang tak pernah padam Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku... Home Matematik Dan Islam Palestine Thursday, April 10, 2014 Kenapa Susah Nak Didik Anak Perempuan Jadi Isteri Solehah ?? Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang. Ditanya kenapa? Dia pun menjawab dengan berkata ; 'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.' Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ 'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie) Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah. Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi! Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa. Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang! Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri. Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa! Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan. # Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah. Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya. Ini kerana Allah berfirman; أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ "Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22] Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula. Kata Nabi salallahualaihiwassalam; الأعمال بالخواتيم 'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari) # Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda! ustaz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Bagaimana Menjadi ‘Muslimah High Class’ Akan Membuat Hidup Kita Sentiasa Bahagia?

muslimah high class
mari menjadi muslimah high class
Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Muslimah High Class?
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri.
Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible?
Bagaimana itu  muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?
Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
Menyebut tentang High Class, saya jadi teringat pada pesan mama:
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya.  Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu.
Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya  adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling.  Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.
Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang menangis, down, stress atau sakit”.
Jika kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.
Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu,  ada yang membuatnya analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.
Tidak kurang juga yang membuat soal selidik  dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat.
Di sini, bukan niat saya untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan saya.
Saya amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.
Saya yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.
Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah artikel ini sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat semua.

Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?

1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.

Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.
Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.
Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.
Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.

Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .
Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
Tambahan lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan pula.
muslimah high classHaa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w.
Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.
Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.
Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri.
Sibuk dengan  gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.

3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.
Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan buat kita. We’re choosen.
Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.
Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.
Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.
Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:
“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”

4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.

Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.
Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.
Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang.
Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.
Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!
Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.
muslimah high classJika kita selami dan perhatikan,  perempuan itu amat dekat jiwanya untuk memberi.
Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak suka memberi.
Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni Kaum Hawa.
Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi bahagia, memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia lakukan (sebenarnya lelaki pun).
Tidak kisahlah samaada dari segi masakannya, dari segi mengemas rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya,  dan lain-lain.
Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.
Semua hanya untuk mencari redha Allah.
Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda seorang “Muslimah High Class”.

Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.
muslimah high class
Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.
Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.
That’s life. Allah maha adil.
Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.
Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.
Lantas, Allah mendidik kita. Dengan lembut.
Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita menanggungnya.

Penutup:

All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.
Bagaimana tu?
muslimah high class
muslimah high class
Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati. Kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa.
Jika baik pahala, jika buruk dosa.
Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia sedar yang dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam.
Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk mancari redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi hari.
Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.
Jadi. Jom sama-sama pimpin tangan “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.
Ia bukan soal berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan saya dan kita semua.
Peace *senyum*
Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami (akuislam.com@gmail.com) daripada Farahani Md Noor, Facebook | Blog ]
Jika anda rasakan artikel bermanfaat, sila share kepada sahabat-sahabat anda yang lain agar semua mendapat manfaatnya dan kita semua mendapat pahala. InsyaaAllah.
Adakah anda berasa sukar untuk menerapkan diri untuk menjadi high class ini pada situasi hidup anda?
Kami suka untuk mendengar jawapan anda pada bahagian komen dibawah.

Wednesday, July 18, 2012

Aku Bukan Orang Jahat Tetapi Kenapa Aku Malas Solat?



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang. Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila time iman naik sikit kan. Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"




"Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain. Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I...I just don't get it...Please, help me..."







Apa hikmahnya solat dikatakan sebagai tiang agama? 



Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad. ( HR Tarmizi )
Solat tiang agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud beza antara orang muslim dan orang kafir adalah meninggalkan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat umpama seperti meruntuhkan agamanya sendiri.

"Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan" (Shahih Bukhari)


 
Kenapa solat sangat penting dan menjadi tiang agama?
Sebagai seorang muslim, pastinya anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan?
Ya, kerana solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Bermula dari Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bacaan syahadatain (dua kalimah syahadah) dibaca dalam tasyahud akhir yang merupakan salah satu rukun solat. Yang mana jika tiada dilakukan, maka solat tersebut tidak sah. Syahadatain ada dalam solat.
Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat itu sendiri ada dalam perintah solat yang diwajibkan
Rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Zakat membawa makna pembersihan dan penyucian. Pembersihan pada harta yang juga ada padanya hak orang lain dan penyucian terhadap akhlak terutama dari sifat bakhil selain menanam sifat bertolak ansur serta syukur. Hikmah zakat ada dalam solat. Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan salah satu syarat sah solat selain memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis. Solat juga berperanan untuk menyucikan jiwa tatkala sujud menyembah Allah Yang Esa.  
Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan. Puasa membawa maksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Makan dan minum termasuk antara perkara yang membatalkan solat hatta menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya. Puasa mengajar supaya menahan diri daripada percakapan yang buruk atau sia-sia. Berkata-kata dengan sengaja selain daripada Al-Quran, zikir atau doa walaupun satu huruf membatalkan solat.  Hikmah puasa ada dalam solat. 
Rukun Islam yang kelima ialah mengerjakan haji. Tawaf ditunaikan dengan mengelilingi kaabah yang merupakan kiblat umat Islam sebanyak tujuh kali. Menghadap kiblat antara syarat sah solat. Hikmah haji juga ada dalam solat.



Subhanallah!




"Aku tak solat tapi aku masih berbuat baik terhadap orang lain? 



Solat amalan pertama yang akan dihisab Allah. 


Abu Hurairah berkata" Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:

" Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?'

Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu "

(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)



Andai anda melihat manusia yang berbuat baik terhadap kucing jiran tetapi apabila pulang ke rumah, kucing sendiri disepak dan disiksa. Pelik tak? 


Begitulah kelihatannya. Berbuat baik kepada manusia tetapi hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga. Bagaimana begitu?


Anda baik dengan manusia sekarang. Kenapa tidak dilengkapkan sahaja kebaikan itu dengan solat yang sempurna?


Solat itu menyucikan jiwa dan hati. Terutama menyemai rasa ikhlas dalam melakukan amalan. Bimbang andai kebaikan selama ini yang dilakukan mungkin hanya kepuraan di hadapan manusia sedangkan solat ditinggal di belakang manusia.


Bimbang. Kerana solat yang ditinggal, amalan kebaikan yang lain tersangkut waktu hari perhitungan.



Wahai hamba. Solatlah.



"Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman" (Surah An-Nisa' ayat 103)



 




"Kenapa aku jadi macam ni?"



Satu. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
Dua. Sebab tak ingat mati.
Tiga. Sebab seronok hidup dekat dunia.
Empat. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
Lima. Sebab lalai dengan kemewahan.
Enam. Sebab kurang ilmu agama.
Tujuh. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
Lapan. Sebab malas mujahadah.
Sembilan. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
Sepuluh. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.








"Baik. Faham. Tapi macam mana kalau perangai ni kembali semula?" 



Sebagai sesama muslim, kita sentiasa perlu diingatkan kembali. 



Ingat tujuan hidup. Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah berfirman yang bermaksud "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".



Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Apakah lima perkara tersebut?

Tak salah nak dengar lagu 'You're Beautiful' Bruno Mars. Tak ada siapa nak marah. Kalau ada yang marah anda dengar lagu itu, saya boleh tolong marah dia balik. Tetapi ingatlah juga pesanan Rasulullah yang diabadikan dalam lirik Demi Masa kumpulan Raihan.
 



"Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
"



Kalau kita boleh fikir masa hadapan. Mahu kahwin. Mahu kereta besar. Mahu rumah besar. Duit pun kalau boleh nak besar tak muat kilang proses duit palsu Saidina. Kenapa kita tidak boleh fikir yang ke hadapan lagi? Bukan tentang soal hidup di dunia sahaja. Tetapi juga soal hidup di akhirat sana.



Kalau tidak mahu buat yang sunat pun tidak mengapa, tiada siapa yang paksa. Kerana itu hak asasi masing-masing. Tetapi tunaikanlah yang fardu. Masih ingat kisah Rasulullah ke Sidratul Muntaha dalam hikmah peristiwa Mikraj? Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS. Mujurlah dari 50 waktu dikurangkan hingga disyariatkan 5 waktu seperti sekarang. Kalau tidak, entah bagaimana jadinya kita.



Ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur. Paling kurang ucaplah Alhamdulillah. 




Syukur kerana masih hidup. Bangun pagi sahaja, mata masih bisa dicelik. Udara masih bisa dihirup. Nafas masih lagi terhela. "Oh, hidup lagi aku ni rupanya. Alhamdulillah".


 

Syukur kerana udara dan anggota yang digunakan hari-hari ini langsung tidak diminta bayaran daripada Allah. Kalau tidak, mungkin kita tidak bisa lagi membeli kereta baru, make-up baru, handbag baru, motosikal baru, laptop baru, baju baru, handphone baru dan semua yang namanya baru di belakang. Allah langsung tidak berkira. Namun kita mahu solat satu waktu yang hanya memakan masa selama 10 minit pun kedekut. Hamba apakah itu?


 

Syukur kerana pancaindera cukup lengkap sempurna. Muka cantik. Mata menarik. Hidung masih berfungsi. Mulut masih bisa menelan. Tiada anggota yang cacat. Ada orang tempang tiada sebelah kaki pun masih rajin lagi menggagahkan diri berjalan kaki ke masjid. Malu kita.



Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia. Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana.

 


Ingat waktu dihisab nanti. Ingat waktu ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apakah dapat diri menjawab kesemua soalan dengan iman dan amalan? Ada fikir semua itu?



Andaikan tiba-tiba sewaktu bangun pada esok pagi, saat mata dicelikkan yang kelihatan hanyalah kegelapan. Dilihat ke kanan dan ke kiri namun yang terbentang tetap hanyalah kegelapan. Allah hilangkan nikmat pandangan. Diri mula panik. Tidak bisa melihat alam lagi. Tidak bisa menatap wajah-wajah yang disayangi lagi. Mungkin waktu itu agaknya baru hati sedar. Mula meraba-raba kawasan sekeliling bimbang terlanggar hanya untuk ke tandas mengambil wuduk.




Andaikan otot anda yang digunakan untuk menulis, menaip dan bermain. Suatu ketika Allah menarik nikmat tersebut apabila hanya satu otot yang tidak berfungsi. Saraf mula terjejas. Tiada lagi bisa menggerakkan jemari seperti dulu. Tiada lagi bisa menaip assignment yang bertimbun. Apakah waktu itu mula mengagahkan jua jemari membasuh muka berwuduk untuk solat?



Andaikan tika selesai dari membeli-belah, tiba di tempat parking di mana kereta diparkir. Tiba-tiba sewaktu meletakkan barang ke dalam bonet kereta, datang seorang peragut yang cuba merentap beg tangan dan menetak tangan kita berkali-kali hingga darah keluar dengan banyaknya. Mungkin sewaktu itu ingatan mula berputar mengingati Allah untuk menunaikan solat.



Andaikan sewaktu memandu ke pejabat apabila menerima panggilan ada tender baru, tiba-tiba kereta kehilangan arah seketika dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang laju merempuh. Pintu kereta remuk redam. Cermin kereta pecah seribu. Kaki tersepit. Didapati patah. Hampa dirasakan saat doktor mengatakan bahawa sebelah kaki terpaksa dipotong. Mungkin waktu terlantar dalam bilik pembedahan mula sedar untuk menunaikan solat.



Apakah ingin menunggu saat-saat keinsafan seperti yang disaksikan dalam typical local drama di televisyen itu baru kita mahu sibuk solat? Kalau jawapannya ya, silakan. Tunggulah.



Kalau tidak. Ya, bermula dari sekarang. Kerana kematian itu bukan umpama jarum jam yg bisa diputar ke masa sebelumnya. Anda pasti akan mati. Saya pasti akan mati. Kita pasti akan mati. Bersiaplah untuk satu perkara yang pasti. Tidak ada masa untuk berlengah lagi.




Wahai hamba. Solatlah.



"Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa" (Surah Taha ayat 132)
 







"Em, any last advice?" 



Everyday Allah gave us everything that we need, blessings upon blessings, day after day. Allah gave us everything without we need to ask and without we need to beg Him. Everyday He gives, and everyday He sees His slaves turning back on Him. But never mind, He keeps showered us with so many blessings!


 

We have time to hang out with our friends. We have time to giggle and watching television. We have time to surf the internet and chatting through Facebook. We have time for everything but is it possible when we say that we don't have time, even only 5 minutes for solat!



Now you say that "I'm too lazy to perform solat". And see, Allah has given us everything. Blessings that we can't even count because there are too much! Allah said in verse 18 surah An-Nahl, "If ye would count up the favours of Allah, never would ye be able to number them: for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful". But yes, still you can count. Eyes to see. Mouth to talk. Nose to smell. Ears to hear. Legs to walk. Hand to pick up things. A healthy body. Clothes for you to wear. A car for you to move from one place to another. A house for you to stay day and night. And for everything that Allah has given you, yet you still dare to say, "I'm too lazy to perform solat"! 



If you still realize that your own two feet still on His Earth, then please. Please, please and please. Please do perform the solat. But if you believe that you can find another 'Earth' for you to live, it's alright. 
Please do whatever you want.
Go.








Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"

Tiada ulasan: