Khamis, 4 Jun 2015

JANGAN BERSEDIH








Saturday, September 15, 2012 Jangan Bersedih Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati. Wahai Hamba Ilahi, Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya.. Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya.. Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini.. Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka. Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita. Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit. Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka.. Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan. Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan. Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu. Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu.. Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua. Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

JANGAN BERSEDIH, WAHAI MANUSIA


Wahai umat manusia sekalian, hai orang yang bosan dengan kehidupan, yang tidak ghairah dalam hidup ini, yang hari-harinya sempit dan jalan nafasnya tersumbat, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang semakin dekat, jalan keluar dari kesempitan dan kemudahan setelah kesusahan.

Persekitaran kita ada perkara-perkara kecil yang tersembunyi. Ada cita-cita yang indah, ada masa depan yang menjanjikan dan ada janji yang pasti.

Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. Dalam musibah yang kita hadapi ada perkara yang akan menyelamatkan kita dari musibah itu sendiri. Justeru, di dalam perkara-perkara yang tidak kita sukai itu pasti ada nikmat dan kebaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, ‘Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari Kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).’” (Fathir 35: 34)

Wahai umat manusia, sudah saatnya kita menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk.

Sudah sampai masanya kita menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, menggantikan harapan yang pahit dengan keredaan yang manis dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan.

Wahai umat manusia, di sebalik ladang yang gersang itu ada tanah yang subur yang rezekinya melimpah ruah.

Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, yang tidak perlu disiram hujan lebat. Kebun itu memberikan khabar gembira, harapan yang baik dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur dan yang selalu mengeluh kerana kegelapan, kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata, ‘Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhan mu. Kaum Engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepada mu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluarga mu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isteri mu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?’" (Hud 11: 81)

Pagi yang akan menyinarkan cahaya, kegembiraan dan kesenangan.

Wahai orang yang harinya ditimpa kesedihan, melangkahlah dengan perlahan, di ufuk sana telah tersedia jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan kenikmatan kepada kedua bola mata mu. Tenanglah, kerana kita berhak mendapat perlindungan diri Sang Pencipta dan pemeliharaan dari kebijaksanaan Nya. Tenanglah qadha telah selesai, kebijaksanaan telah dirumuskan, rintangan sudah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar, dan pahala telah ditetapkan bagi yang terus berusaha.

Tenanglah, kerana kita sedang berurusan dengan Zat Yang Berkuasa atas urusan Nya, yang Maha Bijaksana atas hamba-hamba Nya, yang Maha Pengasih terhadap makhluk Nya, dan yang Maha Indah dalam segala pengaturan Nya.

Tenanglah, kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya adalah ketenangan dan penutupnya adalah kemuliaan.

Setelah kefakiran itu akan ada kekayaan, setelah kehausan akan ada kesegaran, setelah perpisahan akan ada pertemuan, setelah bertengkar, akan datang kerukunan, setelah terputus akan bersambung kembali, dan setelah tidak tidur malam pasti akan dapat itdur nyenyak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).” (Thalaq 65: 1)

Seorang penyair mengatakan;

Perapian mereka mula terlihat saat mala mula gelap dan pengiring unta sudah letih serta petunjuk jalan telah kebingungan. Kurenungi perapian itu sedang fikiranku tidak menentu kerana perpisahan dan mataku sudah letih. Hatiku adalah hati seorang yang menderita dan kerinduan yang mencengkamku begitu mendalam. Kami bertanya kepada Yang Maha Melindungi lagi yang diharapkan pertolongan-Nya dalam setiap musibah masih adakah jalan keluar dari derita ini. Maka ternyata kami jumpai Dia Raja yang berlimpah pemberian-Nya Esa lagi Maha Agung.
Hai orang yang hidup menderita di bumi kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kefakiran dan penyakit, bergembiralah, kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang dan sihat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang” (Mudatsir 74: 33-34)

Seorang penyair mengatakan;

Malam pasti berlalu dan berbelenggu pasti akan patah. Barang siapa yang takut mendaki gunung nescaya selamanya akan hidup di antara galian-galian.
Sebagai seorang hamba, seharusnya berbaik sangka pada Tuhannya, menunggu kurnia dari Nya dan mengharapkan kebijaksanaan Nya. Sesungguhnya Tuhan yang perintah Nya hanya memakai kalimah ‘kun’, maka harus percaya kepada janji Nya.

Tidak seorang pun yang dapat memberikan kebaikan kecuali Dia dan tidak pula seorang pun yang dapat memberhentikan bahaya kecuali Dia. Di dalam setiap jiwa Dia telah menentukan kebijaksanaan, dalam setiap gerakan ada hikmah dan setiap saat Dia memberikan jalan keluar.

Dia yang menjadikan pagi hari setelah malam, yang menurunkan hujan setelah kegersangan, yang memberi agar disyukuri, yang menurunkan ujian untuk mengetahui siapa yang sabar dan siapa yang tidak, yang memberi kenikmatan hanya kerana Dia ingin mendengar pujian dari hamba Nya dan yang menurunkan bencana supaya hamba mahu berdoa. Ini adalah keharusan agar hamba lebih menguatkan tali hubungan dengan Nya, dan banyak memohon kepada Nya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisa’ 4: 32)

Serta firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A’raf ayat 55;

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A’raf 7: 55)

Sebuah kisah tentang Al-‘Ala’ bin Al-Hadhrami tersesat dengan para sahabatnya di tengah padang pasir, bekalan air mereka telah habis, dan hampir sahaja mati kehausan. Al-‘Ala’ pun menyeru kepada Tuhannya dan Tuhan Yang Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa, “Wahai Zat Bijaksana, dan Yang Maha Tabah…” dan tiba-tiba turunlah hujan. Mereka pun minum, berwudhu’, mandi dan memberi minum kepada haiwan tunggangan mereka. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Asy-Syuaraa’ ayat 28;

“Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan Nya dengan) berkata, ‘Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami Nya!" (Asy-Syu’ara’ 26: 28)

Renungan


Mencintai Allah s.w.t., bermakrifat kepadanya, selalu berzikir kepada Nya, mencari ketenangan dengan Nya, menenangkan hati di sisi Nya, takut, berharap dan tawakal hanya kepada Nya, dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah s.w.t.

Kebergantungan hati hanya kepada Allah s.w.t., ketekunan hati untuk berzikir hanya kepada Nya, dan qanaah hati adalah kerana hilangnya keresahan dan kegundahan, sebab munculnya kelapangan hati dan sebab bagi kehidupan yang baik. Oleh kerana itu, tidak ada hati yang lebih sempit dan tidak ada jiwa yang lebih resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain dari Allah s.w.t. yang lalai berzikir kepada Allah s.w.t. dan yang tidak puas dengan yang diberikan Allah s.w.t.

Jangan Bersedih Jika Putus Kasih




jangan bersedih
jangan bersedih

Anda putus kasih? Jangan bersedih

Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.
Memang sakit dan pedih.
Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek.
Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.
Dan memang terbukti.
Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin.
Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.
Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya.
Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat.
Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.
Saya tidak lagi mengharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya.
Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.
Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf.
Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.
Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya.
Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.
Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.
Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi.
Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita.
Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu.
Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.
Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung.
Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.
Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.
Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.
Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)
 Semoga bermanfaat.
 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.
.
**Artikel ini adalah sumbangan sahabat kita, Jue
"JANGAN BERSEDIH! ALLAH BERSAMA KITA"
Benarkah Beragama adalah Kelemahan?
Barangkali kita pernah mengalami kondisi dimana kita seperti tak mampu untuk menghadapi realitas yang sangat kompleks dan pelik. Otak kita dibuat mentok, tak mampu berbuat apa-apa. Dalam kondisi begini, diantara kita kemudian ada yang melarikan diri dari realitas tersebut, menyerah, lalu berlindung dibalik agama. Jika sudah demikian maka, bisa digunakan untuk menjustifikasi pandangan Sigmund Freud bahwa beragama adalah lahir dari kelemahan-kelemahan. Dari situ kemudian disimpulkan bahwa orang-orang yang beragama adalah orang-orang yang lemah.
Tapi pandangan Freud di atas menjadi mentah ketika kita mengikuti cara beragamanya Kanjeng Nabi Muhammad Saw. Dahulu kala, ketika realitas yang sangat kompleks, pelik, congkak dan angkuh telah mengepung Kanjeng Nabi, Beliau menghadap Tuhan, menghindar sejenak dari realitas tersebut, ber-isra' mi'raj. Yang demikian itu bukan karena Kanjeng Nabi melarikan diri dari realitas tersebut dan menyerah kepadanya. Bukan! Buktinya, tak lama kemudian beliau kembali lagi ke bumi menantang realitas tadi dengan penuh kekuatan dan gagah berani. Lalu, kalahlah realitas tadi.
Jadi, agama itu jangan sekedar dijadikan pelarian diri dari kekalahan menghadapi realitas. Tapi, jadikan lah agama sumber kekuatan. Ketika kita sudah cukup mentok atau merasa hampir menyerah menghadapi realitas tersebut maka, larilah ke agama mu, larilah ke pangkuan Tuhan mu, ambil lah kekuatan-kekuatan baru dari sumbernya itu. Setelah itu, kembalilah! Tantanglah realitas angkuh dan congkak tadi dengan gagah berani. Dengan kekuatan baru yang telah diletakkan oleh Tuhan dalam hati dan pikiran mu. Begitulah Kanjeng Nabi Muhammad mengajarkan.
Dengan demikian beragama (Islam) bukanlah kelemahan. Beragama (Islam) adalah kekuatan! Islam tak mengajarkan kita menyerah dan lari dari masalah. Untuk itu Tuhan berkata; "Jangan lah kalian putus asa dari rahmat Allah..." QS. Yusuf : 87.


Jangan Bersedih Lagi lyrics


 Kekasihku jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan airmata di pipi
Kekasihku tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan impian bersama
Jangan dikesali atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah menerima
Segala-galanya dengan redha
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan berulang semula

La Tahzan Innallaha Ma'ana "Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"

Selama ALLAH beserta kita
Apalah artinya bersedih hati
Apalah arti takut
Dan ..
Apalah artinya cemas

Tenangkanlah ..
Tegarkanlah ..
Tenteramkan ..
Dan ..
Teduhkanlah hati ..
Karena sesungguhnya ALLAH beserta kita

Kita tidak akan terkalahkan

Tidak akan mundur
Tidak akan sesat
Tidak akan  tersia-sia
Tidak akan putus asa
Dan ..
Tidak akan frustasi
Karena sesungguhnya ALLAH beserta kita

Pertolongan akan berpihak kepada kita
Kemudahan akan menyertai kita
Kemenangan akan selalu menemani kita
Kemuliaan adalah tujuan kita
Dan ..
Kebahagiaan adalah kesudahan kita
Karena sesungguhnya ALLAH senantiasa beserta kita

Tiada yang lebih kuat hatinya daripada kita
Tiada yang lebih berpetunjuk manhajnya daripada kita
Tiada yang lebih agung prinsipnya daripada kita
Tiada yang lebih baik perjalanannya daripada kita
Dan ..
Tiada yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita
Karena sesungguhnya ALLAH bersama kita

Bila mungkin ada luka coba TERSENYUMLAH
Bila mungkin tawa coba BERSABARLAH
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan DIA
Karena hanya dengan-NYA hati tenang
Damai jiwa dan raga

La Tahzan Innallaha Ma'ana
"Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"La Tahzan Innallaha Ma'ana "Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"

Jangan Bersedih Jika Orang Mengingkari Kebaikan Yang Anda Lakukan.


Jadikanlah amal perbuatan anda itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain! Dan jangan bersedih atau gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan, atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan. Kerana itu, apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.

Allah S.W.T berfirman tentang wali-waliNya, sebagaimana yang tersebut di dalam surah Al-Fath, ayat 29:

“..Mereka mencari kurnia Allah dan keredhaanNya ….” (Al-Fath : 29)

Juga tentang para NabiNya...

“Aku tidak meminta upah sedikitpun atas da’wahku…” (Shad : 8)

Katakanlah: ‘Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk untuk kamu’...  (Saba : 47)

“Padahal tidak ada seorangpun yang harus memberi nikmat kepadanya yang harus dibalasnya...  (Al-Lail : 19)

Sesungguhnya kami memberikan suatu makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih...  (QS Al Insan : 9)

Seorang penyair berkata:

Sesiapa saja yang berbuat baik pasti ada pahalanya,
Kerana hal itu adalah kebiasaan,
Antara Allah dan manusia,
Yang tidak pernah lenyap.


Maka berbuat baiklah hanya untuk Yang Maha Esa, kerana Dialah yang akan memberi pahala, memberi kurnia, menjatuhkan hukuman, menghisab setiap amalan, yang akan meredhai dan juga yang akan memurkai. Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

Ketika ramai di antara para sahabat yang terbunuh sebagai syuhada di kota Qandahar, maka Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada para sahabat yang masih hidup: “Siapakah yang terbunuh?” maka mereka pun menyebut beberapa nama, kemudian berkata: “Dan masih banyak lagi nama mereka yang tidak kau ketahui,” jawab para sahabat itu. Maka menitislah air mata Umar Radhiyallahu ‘anhu, lalu berkata: “Tetapi Allah mengetahui mereka.

Ada seorang soleh yang memberikan sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang yang buta. Keluarga orang yang buta berkata “Bukankah orang yang buta ini tidak tahu apa yang dimakannya.” Orang soleh itu menjawab: “Tetapi, bukankah Allah mengetahuinya.”

Selama anda menyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda lakukan, serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan, maka mengapa anda mengharapkan sesuatu daripada manusia?

(Dr. Aidh Al Qarni)

La Tahzan (Jangan Bersedih)
10 Wasiat Rosul Buat Wanita Sholehah
Ukhti, sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita sholehah. Dan ''perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami, (HR. Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah).
Ukhti, ada 10 wasiat Rasullullah kepada putrinya Fatimah binti Rasullullah. Sepuluh wasiat yang Beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri sholehah, wasiat tersebut adalah::
1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung utk suami dan anak 2nya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum,melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak2nya, niscaya Allah menjadikan dirinya dgn neraka tujuh tabir pemisah

3. Ya Fatimah, tiadala seorang yang meminyaki rambut anak2nya lalu menyisirnya dan mencuci pakainnya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahankannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti

5. Ya Fatimah, yang utama dari seluruh keutamaan diatas adalah keridhoan suami terhadap istri. Andaikan suami tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu
Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika waanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa2nya seperti dia dilahirkan dr kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman surga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan sribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimahan, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dgn rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa2nya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum dihadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadlah wanita yang membentangkan alas tidur buat suaminya dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan ALlah mengampuni dosa2nya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fatimah, tidalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari ah sakaratul sungai2 surga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman surga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.

Begitu indah jadi wanita yg dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Maka jadilah wanita sholehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini..
Semoga bermanfaat...




La Tahzan..Jangan bersedih..Allah S.W.T mendengar jika kita mengadu padaNya.


LA TAHZAN….
 Bismillahirahmannirahim…pagi ni saya mulakan menulis blog dengan lafaz bismillah..dengan hati yang tenang…tiada keserabutan dan masalah yang membendung dalam kotak pemikiran…BENAR..dengan berdoa…Allah mendengar rintihan kita..dan membantu kita..kenapa kita hambaNya dengan ego yang tinggi terasa berat untuk mengangkat tangan menadah memohon keampunan penuh keinsafan dan taubat..mengadu dengan rendah hati..ego itu harus dibuang…kerana di atas dunia yang semakin banyak dugaan dan pancaroba dan propagandanya..hanya DIA kita harus percaya..hanya DIA tempat kita mengadu segala…sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha pengasih dan penyayang..
Sebagai seorang wanita..seorang sahabat..seorang kekasih…seorang isteri..dan seorang ibu…kita harus sentiasa tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada di dalam diri ini…DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..hari ini kita gembira..mungkin esok kitakanberduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup…
Terlalu banyak dugaan telah dihadapi sejak 30 tahun hidup di atas muka bumi ini…namun ada satu kekuatan dalam diri ini untuk terus melawan dugaan demi dugaan..tanpa melawan….kerana..ALLAH S.W.T akan menduga kita selagi kita mampu menangani dugaan itu…ia bukan aniaya..tetapi kerana mahu kita dekat denganNYA..kerana kasihNYA kepada kita hambanya…
“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”
surah Al-Baqarah ayat 286
“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139
setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka yang menikmati dugaan itu..
“bawalah daku kembali kepada jalan mu..kuatkan lah diri hambamu yang kedil ini..jauhi daku dari kesedihan ini berpanjangan agar daku mampu mencapai redha mu Ya Allah..”aminn..
LA TAHZAN
sebelum ni tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu apa itu maksud “La Tahzan”…yelah..mengaji kat sekolah tak ambil bahasa arab..dan dalam kehidupan seharian belum pernah diberi peluang untuk mendengar perkataan itu sehingga satu peristiwa berlaku dan perkataan itu keluar dari mulut seorang hamba Allah…“La Tahzan..bersabar..ingat pada Allah”
saya tercari cari makna La Tahzan..dan doa ini saya temui…
InsyaAllah aku tidak akan terus mengalah kepada dunia yang penuh dengan pancaroba..kerana Allah sentiasa ada bersamaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon ampun daripadaMU..aku mohon kerdhaan daripadaMu..aku mohon kau lindungi keluargaku…anak-anakku dan suamiku Ya Allah…hanya kebahgiaan yang kucari di dunia ini dan di akhirat sana…berilah kami sekeluarga peluang itu Ya Allah…Amin..Ya Rabill Alamin…….
Psst: Sesungguhnya aku tidak terdaya untuk menghadapinya sekali lagi Ya Allah..namun jika itu yang telah KAU tetapkan..akan ku harungi jua lautan api tersebut sehingga menemui lautan jernih lagi harum mewangi…:)

KHAS BUAT MAI


 

Tiada ulasan: