Jumaat, 12 Jun 2015

BUKAN SENANG NAK MENERIMA TEGURAN DAN NASIHAT...EGOLAH KITA JIKA TAK MAHU MENERIMA...TANDA SAYANG DAN KECINTAAN ....KITA MENERIMA DENGAN RASA KASIH DAN TERHARU...NI LAH SAHABAT DAN KEKASIH YANG PERLU KITA CARI










7 Cara Gembirakan Hati Isteri

4
Jika anda mahu buatkan isteri anda tersenyum gembira, anda boleh ikut tip – tip yang saya sediakan di bawah
• Anda berikan hadiah pada isteri anda. Hadiah tersebut perlulah sesuatu yang memang isteri anda mahu dan sentiasa idamkan. Saya yakin selepas anda beri hadiah pada isteri anda, isteri anda akan tersenyum riang sepanjang beberapa hari.
• Anda balik awal dari kerja dan anda kemaskan rumah atau pada hujung minggu anda suruh isteri anda rehat dan anda sendiri yang buat semua kerja rumah termasuk memasak. Kadang – kadang isteri anda perlukan rehat dan biarkan dia rehat. Apabila dia sudah rehat, dia pasti akan rasa tenang dan kembali tersenyum riang.
• Anda bawa isteri anda keluar membeli belah dan anda gunakan sebahagian pendapatan anda untuk belanja isteri anda. Kehidupan akan jadi bosan jika anda asyik lakukan rutin yang sama sahaja pada setiap hari. Anda perlu ubah rutin harian anda dan bawa keluar isteri anda berjalan – jalan di luar.
• Anda bawa isteri anda ke kampungnya . Apabila dia bertemu dengan ahli keluarganya terutama ibu bapanya, dia akan rasa tenang dan pasti akan sentiasa tersenyum riang.
• Anda layan isteri anda dengan rasa cinta dan hormat pada setiap hari. Sentiasa ucapkan kata – kata cinta pada isteri anda.
• Goda isteri anda secara lembut dan sopan. Sentiasa menggoda isteri seperti anak muda sedang bercinta. Wanita sebenarnya suka di goda. Lagi – lagi lelaki yang menggoda itu adalah suaminya sendiri.
• Berikan isteri anda kepuasan dalam "hubungan suami isteri". Jika selama ini permainan "hubungan suami isteri" anda agak muram atau merudum, anda cari jalan dan belajar bagaimana hendak menghangatkan suasana. Apabila ini terjadi, isteri pasti akan rasa bahagia dan tersenyum riang kerana dia rasa dicintai dan dihargai.
Menggembirakan isteri adalah salah satu dari nafkah batin yang jarang-jarang suami kisahkan... Suami hanya tahu nafkah batin tu melayan kehendak isteri di kamar tidur.. Sebaliknya...menjaga hati isteri dari disakiti itu juga nafkah batin ya buat pengetahuan para suami....

Tips Bahagiakan Isteri

tips-bahagiakan-isteri Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
bahagiakan-isteri
1.     Sentiasa berdoa agar disayangi.
2.     Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
bahagiakan-isteri-tips
3.     Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
perihatin-bahagia-isteri
4.     Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
bahagiakan-isteri-mendengar
5.     Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
bahagiakan-isteri-waktu
6.     Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
bahagiakan-isteri-bunga
7.     Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
bahagiakan-isteri-memasak
8.     Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
bahagiakan-isteri-pujian
9.     Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
bahagiakan-isteri-pujuk-isteri
10.   Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
bahagiakan-isteri-memasak-tolong-isteri
11.   Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
bahagiakan-isteri-mendengar-luangkan-masa
12.   Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
bahagiakan-isteri-bunga-telefon
13.   Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
bahagiakan-isteri-jangan -mengungkit
14.   Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
bahagiakan-isteri-fikir
15.   Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
bahagiakan-isteri-keliru-salah-faham
16.   Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
bahagiakan-isteri-perhatikan
17.   Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
bahagiakan-isteri-order
18.   Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
bahagiakan-isteri-rehat-tidur
19.   Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
bahagiakan-isteri-peluk
20.   Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU “.
bahagiakan-isteri-iloveyou
21.   Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
bahagiakan-isteri-iloveyou-sayang
22.   Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
bahagiakan-isteri-kemas-katil
23.   Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
bahagiakan-isteri-jalan-jalan
24.   Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
bahagiakan-isteri-tunaikan-hajat
25.   Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
bahagiakan-isteri.-rindujpg
26.   Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
bahagiakan-isteri-hadiah
27.   Sentiasa lakukan ibadah bersama.
28.   Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
29.   Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
30.   Urut belakang isteri sekali sekala.
31.   Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
32.   Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
33.   Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
34.   Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
35.   Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
36.   Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
37.   Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
38.   Lebihkan isteri daripada anak-anak.
39.   Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
40.   Seeloknya masuk tidur serentak.
41.   Belai isteri sebelum pergi kerja.
42.   Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
43.   Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
44.   Lakukan riadah bersama isteri.
45.   Pergi berkelah sekali sekala.
46.   Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala

5 Tip Super Berkesan – Cara Mudah Menghargai & Dihargai Pelanggan

March 27, 2013 — Penulis:

“Manusia sememangnya suka dihargai..”
Siapa yang tidak suka apabila diri kita diberi perhatian. Ia merupakan prinsip terpenting dalam setiap perkara. Anak-anak suka dihargai oleh ibunya. Ibu pula suka dihargai oleh anaknya. Suami juga suka dihargai oleh isterinya.
Beza Budaya
Begitu juga dalam bisnes, pelanggan juga amat suka apabila dihargai peniaga. Pekerja juga suka apabila dihargai majikan. Penghargaan juga adalah salah satu cara untuk bersyukur.
Namun, prinsip memberikan penghargaan kian pudar dilaksanakan dalam perniagaan dari hari ke hari. Ia terbukti dalam firman Allah,
“Sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba: 13)
Sedikit sekali orang yang menerapkan penghargaan dalam segenap kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah penting, kita mula menerapkan penghargaan dalam bisnes.
Berikut antara 5 tips yang boleh anda guna pakai untuk menghargai para pelanggan anda:

#1 Sentiasa Ucapkan Terima Kasih

Walau ucapan terima kasih hanya ada 2 perkataan, ia tersirat penghargaan dari hati yang terdalam. Di samping itu, ucapan terima kasih mampu menjadi pelonjak semangat untuk para pekerja terus berkhidmat.
berjabat tangan
Kita boleh lihat pada pekerja yang membuka pintu di ruang utama di sebuah hotel. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk mereka berdiri di depan pintu selama beberapa jam. Malah, ia adalah pekerjaan yang memenatkan.
Pasti mereka berasa dihargai apabila kita ucapkan terima kasih kepada mereka. Terutamanya jurutera kesihatan yang membungkus sampah dan mengemaskan pejabat kita. Ucapan terima kasih mampu menjadi penaik semangat kepada mereka untuk terus bekerja, kerana khidmat mereka dihargai majikan.
Oleh sebab itu, sebarkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang sudi berurusan dengan kita, di samping pekerja yang sudi berkhidmat untuk uruskan bisnes kita.

#2 Sentiasa Murah Senyuman

“Smile change the beast to a prince.”
Itu adalah pepatah yang saya rumuskan. Ketika saya berkunjung ke pejabat Maybank untuk urusan peribadi, saya tertarik dengan seorang pekerja wanita bersaiz sederhana. Saya perhatikan cara beliau melayan pelanggan di kaunter.
Dana Ilmu
Walaupun beliau tidak rupawan, tetapi senyuman beliau sungguh menawan. Senyuman beliau buat saya mahu berurusan dengannya. Ia adalah akhlak bisnes berTuhan yang menerapkan penghargaan kepada orang lain.
Walau dalam situasi bagaimanapun, senyuman adalah penawar duka yang mampu menarik pelanggan. Hatta pelanggan tidak nampak kita, mereka pasti dapat mendengar daripada intonasi suara kita, apabila kita bercakap dengan mereka. Ia adalah kerana, apabila kita senyum, intonasi suara kita juga akan berubah, menjadi suara yang menceriakan.
Oleh sebab itu, adalah penting menjadi usahawan yang murah senyuman walaupun kita sedang bercakap dalam telefon, apetah lagi ketika berususan di depan pelanggan.

#3 Sentiasa Memberi Pujian

“Manusia suka dihargai dan dipuji.”
Saya pernah melihat satu video. Dalam video itu ada seorang lelaki yang suka memuji orang. Sebab utama mereka datang kepada beliau, adalah kerana ingin mendapatkan pujian daripada beliau. Mereka adalah golongan yang mempunyai keyakinan yang rendah, sentiasa dalam keadaan tertekan.
Namun, apabila mendapat pujian daripada beliau, keyakinan diri mereka meningkat. Mereka kembali ceria dan bertenaga setelah dipuji oleh individu itu. Ia menunjukkan, manusia suka apabila mereka dihargai dan dipuji.
Ia ibarat pengiktirafan daripada orang lain mengenai kebolehan kita. Contoh, majikan kita memuji bakat kepimpinan kita di hadapan kawan-kawan beliau, selama menguruskan syarikat beliau. Pasti kita merasakan diri kita mendapat penghormatan, daripada beliau terhadap kepimpinan kita. Ia akan meningkatkan keyakinan dalam diri kita untuk terus berkhidmat.
Oleh sebab itu, galakkan memberi pujian kepada pelanggan, pekerja dan sesiapa sahaja individu, yang membantu pengurusan bisnes kita.

#4 Sentiasa Bersyukur 

Apabila kita mula melibatkan diri dengan perniagaan, risiko adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan. Contoh, pendapatan yang kita peroleh tidak tetap. Adakalanya meningkat, adakalanya merundum.
sentiasa bersyukur
Saat pendapatan kita meningkat, hanya senyuman menjadi teman. Namun, ia berbeza apabila pendapatan kita mula merudum. Kita mula tidak tentu hala. Tekanan mula meresepi diri. Di kala itu, derasan rungutan bercambah dalam tiap bicara.
Ada orang yang peroleh RM10 tiap hari dan bersyukur, buat mereka peroleh RM100 tiap hari. Sebaliknya, ada orang yang peroleh RM100 tiap hari dan tidak bersyukur, buat mereka peroleh RM10 tiap hari.
Itulah kuasa bersyukur, ia ditekankan dalam firman Allah,
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu” (Surah Ibrahim: 7)
Semakin kita bersyukur dengan pendapatan yang Allah beri, semakin meningkat pendapatan yang kita jana.

#5 Sentiasa Meraikan Diri, Pelanggan Dan Pekerja

Adakalanya kita lupa untuk meraikan diri sendiri setelah bekerja keras untuk bisnes kita. Tanpa sedar, sudah bertahun kita tidak bercuti untuk memberi diri peluang, untuk berhibur dan berehat daripada perniagaan untuk seketika. Kita tidak memberi masa kepada diri untuk berehat.
menghargai pelanggan
Untuk meraikan diri dan pekerja, kita boleh tetapkan satu masa untuk kita bercuti ke tempat yang santai, dan menenangkan. Kita raikan segala kerja keras dan kejayan yang syarikat kita telah capai bersama pekerja kita. Ia akan meningkatkan momentum pekerja untuk setia berkhidmat dalam syarikat kita.
Bagi meraikan pelanggan, kita boleh mengadakan kupon diskaun, dan menganjurkan pertandingan dengan hadiah menarik. Di samping itu, digalakkan memberi hadiah istimewa kepada pelanggan setia yang sudah berurusan dengan kita dalam tempoh yang lama. Ini akan menguatkan hubungan usahawan dan pelanggan.

“Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai..”
Dengan mengamalkan 5 tips memberikan penghargaan kepada para pelanggan anda, InsyaAllah, mereka rela menjadi pelanggan produk dan servis kita berkali-kali, kerana penghargaan yang kita beri kepada mereka.
Begitulah antara kelebihan jika kita memberikan penghargaan kepada para pelanggan kita. Kita bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, perniagaan kita juga akan lebih maju pada masa depan setelah kita dihargai para pelanggan kita hasil daripada sikap kita menghargai mereka tanpa jemu.

13 CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN
Jom tengok apakah dia~>
1. Sentiasa sayang menyayangi
Memang satu fitrah manusia perlukan kasih sayang dalam kehidupan. Kalau tak ada kesayangan pun, cukuplah yang satu orang tu tahu yang ada orang masih ambil kisah dengan kita atau senang kata benda yang bagi kita tak bermakna sebenarnya mampu memberi motivasi untuk pasangan kita tu. Percayalah dia sangat memerlukannya
2. Jangan tipu.
Siapa yang suka di tipu? Kalau kita dalam hubungan yang baik, tiba-tiba hubungan tu hanyalah palsu. Pastinya terasa seperti buang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan taik kambing. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul tipu-tipu yang lain.
3. Sentiasa timbulkan suasana yang menarik ataupun sentiasa berkomunikasi.
Dalam kelas bila sunyi apa kita rasa? sunyilah jawapan dia. Rasa bosan, tak rasa seronok nak belajar. Cuba bila ramai kawan-kawan kita memberi respon yang baik untuk setiap kelas, selalu bertanya selalu ikut perintah cikgu, selalu bertanya dengan kawan-kawan lain tentang kerja sekolah yang di beri, selalu bincang tentang perkara yang kita tak faham, mesti terasa seronoknya keadaan tu. Serupa juga dengan hubungan, kita perlukan komunikasi untuk cipta satu suasana. Tanpa komunikasi jangan di angan satu keajaiban indah akan berlaku dalam kehidupan berpasangan.
4. Selalu bersama.
Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan pasangan. Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita, tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.
5. Bila berduka, belajar untuk maafkan dan lupakan.
Memang, dalam bab memaafkan kita memang payah untuk buat. Nabel sendiri menyokong dekat sesiapa yang kata nakbebel memang senang, cuba buat tengok. Confirm susah ! Tapi maksud nabel dekat sini, kita kena cuba biarlah ia sepahit mana pun perkara itu, kita kena tempuhi. Bayangkan macam ni lah, katakan kita jarang sekali basuh pinggan bila habis makan, selalu kita biarkan dekat mak kita untuk basuh. Cuba satu hari nanti, bila habis makan terus angkat pinggan dan basuh sendiri. Tak perlu fikir bosan, payah, jijiknya basuh pinggan tu. Dalam masa beberapa minit, akan selesai masalah yang kita fikir tu dan semuanya terus selesai. Boleh aplikasi untuk masalah memaafkan orang? cubalah. wink emoticon
6. Jangan bercakap tentang putus hubungan.
"Kalau satu hari tiba-tiba kita break macam mana, kita akan berkawan tak?" Pernah tak sekali bila korang berhubungan dengan pasangan yang korang sukakan, tertanya akan soalan nabel bagi tadi? Kalau pernah, lepas ni jangan tanya. Benda tu boleh bawa kepada fikiran negatif yang mungkin akan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Kenapa? Sebab apa tanya soalan macam tu? Jangan sebut 'saja', itu jawapan klise. Cakap je yang sebenarnya kita terfikir nak putus hubungan. Kan senang berterus-terang.
Cuba, jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali kita berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa kita terus kepada negatif. Kenapa? pernah belajar math kan? tengok equation ni lah sebagai contoh.
+ dengan + sama dengan +
- dengan + sama dengan -
- dengan - sama dengan -
- dengan - sama dengan +
See, contoh la jika bahagian 1st tu sebagai fikiran dan 2nd tu sebagai hubungan, bila fikiran kita negatif tapi sebenarnya ketika itu hubungan kita positif hasilnya ia tetap akan membawa kepada negatif. Kenaap? sebab nabel dah cakap tadi, kenapa perlu cakap benda tu? Akan punya terjadi.
Lain pula kalau kata, fikiran kita negatif, tapi hubungan pula negatif, tetap juga negatif hasilnya. Tapi kalau kedua-duanya negatif, jangan pula korang main buat dua-dua negatif tanpa sebarang tindakan untuk mempositifkannya. Mungkin bila fikiran kita negatif, tambah pula hubungan yang negatif membawakan kita untuk bawa berbincang dengan pasangan. Bawa bincang tu maknanya apa? positif lah kan? wink emoticon
7 Jangan cakap 'semuanya baik' walaupun sebenarnya ianya tidak
"awak okay?"
* "okay" Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu api kemarahan membara mengalahkan sang matahari membakar badannya sendiri. #amboi ayat.
Memang kita selalu nak menjaga hati si dia walaupun dalam hati kita sebenarnya ada benda kita tak suka dengan dia. Buang sifat itu, kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri kita menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. Ada pula sampai yang sanggup melukakan diri hanya kerana kita enggan memberitahu seseuatu yang kita tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan kita. Hari ni cuba buang sifat tu, terus terang apa yang kamu ingin katakan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.
8 Jika kamu minta maaf, biarkan ianya benar-benar
Betul lah kan? Kalau nak minta maaf, buatlah dengan ikhlas, dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respon daripada si dia. Kalau dia tak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia berasa tenang hati macam tinggalkan sekeping nota mengatakan yang kita memohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.
9 Jangan bercakap tentang bekas kekasih.
"awak kenal tak yang si Nabel tu, ala ex I yang handsome dulu tu. . . "
Ini kalau pasangan sorang lagi dengar, confirm berapi je seluruh badan dia, bukan setakat telinga je, hati, tangan, kepala, badan, kaki, rasa semua benda ringan je. haha Okay, cubalah jangan buat cam ni, baik lelaki atau perempuan sama saja.
10.Jangan bezakan kehidupan yang lalu dan sekarang
11 Ambil perhatian tentang perasaan si dia
Setiap orang memang normal perasaan atau senang nak faham orang kata feeling manusia ni. Kadang-kadang dengan top punya level, kadang rasa muram, kadang tak okay. So masing-masing berilah kerja sama, kalau ada yang mood dia tak ada, cubalah kembalikan mood dia kepada yang baik.
12 Bila anda bergaduh, jangan biarkan hari itu berlalu tanpa menjadikan ianya kembali pulih (hubungan)
Faham tak? Bila kita gaduh, tak kesah la pasal apa pergaduhan tu. Tapi kena pastikan, jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya selesai dengan cepat. Katakan hari ni kita gaduh, lepas tu kita terus tidur, malas nak layan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, minggu depan. Nanti lama-lama stress. Aiyoyo
13 Jangan cuba menjadi seorang yang sempurna, cubalah menjadi yang terbaik
"Aku nak beli BMW, supaya dia bangga dengan aku"
Cuba berfikir secara matang untuk kebaikan bersama, "kalau aku dapat membeli sebuah kereta memudahkan kita bergerak ke mana sahaja, kalau aku membeli sebuah rumah yang luas sedikit pasti memberi keselesaan tambahan pula anak makin ramai, esok kena beli katil besar pasal badan dia makin besar" ;p
*Just copy paste, semoga cara ini berkesan untuk anda.
SELAMAT MENCUBA



22 Perbezaan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Bahagia


Terdapat 2 jenis orang di dalam dunia ini : mereka yang memilih untuk bahagia dan mereka yang tdak memilihnya. Berlawanan dengan pandangan ramai – kebahagian bukanlah datangnya dari kekayaan, populariti, harta-benda dan sebagainya – ianya datang dari diri individu itu sendiri. Orang paling kaya didunia mungkin berserabut pemikirannya dan seorang yang tidak punya apa-apa bahagia dengan setiap langkah dan detik di dalam hidupnya. Orang yang bahagia bergembira kerana mereka memilih untuk membahagiakan diri mereka. Mereka sentiasa positif di dalam melihat kehidupan dari segenap aspek dan sentiasa tenang dengan diri mereka sendiri.
Persoalannya – bagaimanakah mereka melakukannya?
happiness9-aristotle
Jawapannya adalah mudah. Orang yang bahagia mempunyai tabiat yang menambahbaik kehidupan mereka. Mereka melakukan sesuatu dengan berbeza. Tanyalah kepada setiap orang yang bahagia – jawapannya adalah sama, iaitu :-
1. Jangan simpan dendam.
Orang yang bahagia faham yang perbuatan memaafkan (forgive and forget) adalah lebih baik dari menyimpan dendam kesumat. Dendam mempunyai pelbagai impak negatif kepada kebahagiaan termasuklah memberikan tekanan dan stress yang melampau. Kenapa perlu memberikan “kuasa” kepada orang yang berbuat salah kepada kita untuk terus menekan dan menghantui kita? Sekiranya anda memaafkan – fikiran akan menjadi tenang dan anda akan bertenaga untuk menikmati pelbagai perkara yang baik dan menarik di dalam hidup ini.
2. Layanlah dengan penuh kebaikan.
Tahukah anda dengan melayan setiap orang lain dengan penuh kebaikan membuatkan anda lebih gembira dan bahagia? Ia telah terbukti secara saintifik dimana setiap kali anda melakukan perkara (kebaikan) yang tidak mementingkan diri sendiri – otak akan mengeluarkan ‘Serotonin”  iaitu sejenis hormon yang melegakan tekanan dan menaikkan semangat. Bukan itu sahaja, dengan melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang anda akan turut dihormati dan ini akan mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan, saudara dan juga orang lain.
3. Lihatlah masalah sebagai cabaran
Orang yang bahagia sentiasa melihat masalah sebagai satu cabaran – bukannya sebagai situasi penghalang, payah ataupun sukar. Sekiranya dilihat sebagai satu cabaran – masalah akan bertukar menjadi peluang untuk cuba meyelesaikannya dan sebagai satu tugas yang perlu disiapkan. Jadi, setiap kali berhadapan dengan masalah – anggaplah ia sebagai satu cabaran.
4. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Orang yang bahagia sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan sebaik-baiknya”. Anda akan lebih berasa gembira sekiranya anda bersyukur dengan apa yang ada daripada terus mengeluh dengan apa yang anda tidak ada.
5. Bercita-cita tinggi
Orang yang bercita-cita tinggi (dream big) selalunya akan berjaya mencapai cita-citanya itu daripada orang yang tidak bercita-cita langsung. Sekiranya anda bercita-cita tinggi, otak serta pemikiran anda akan menetapkan fokus bagi mencapai cita-cita tersebut.
6. Jangan membesarkan perkara yang kecil
Orang yang bahagia tidak peduli dengan perkara kecil yang remeh-temeh. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah perkara ini akan menjadi hal dalam tempoh sebulan atau setahun akan datang?” Bagi mereka, hidup ini adalah singkat untuk dibebankan dengan perkara yang kecil. Mereka gembira menjalani hidup dengan mengenepikan perkara kecil yang remeh.
7. Bercakap baik tentang orang lain
Menjadi baik atau berbuat baik adalah lebih bahagia dari menjadi atau berbuat jahat. Sama juga dengan berkata benda yang baik adalah lebih bahagia serta mulia dari berkata benda yang jahat – apatah lagi mengenai diri orang lain. Walaupun ber”gossip” itu seronok – namun bercakap tentang keburukan seseorang akan membuatkan diri anda menjadi geram dan kadangkala rasa bersalah akan muncul. Bercakap atau bercerita kebaikan seseorang akan membuatkan anda berfikiran lebih positif dan tidak menilai diri orang lain.
8.  Jangan memberi alasan
Benjamin Franklin pernah berkata yang “Seseorang yang pandai memberi alasan selalunya tidak pandai di dalam apa jua perkara lain”. Orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak berguna. Orang yang bahagia tidak memberikan alasan atau menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal.  Mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri dan akan cuba membuat yang lebih baik di masa hadapan.
9. Lupakan kisah silam
Orang bahagia tidak memikirkan atau mengenang kisah-kisah silam. Mereka sentiasa menjalankan kehidupan yang terbaik untuk hari ini dan merancang yang terbaik untuk hari esok. Memikirkan secara keterlaluan perkara yang sudah lepas serta perkara yang akan berlaku di masa hadapan sering membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Jalanilah da nikmatilah hidup pada hari ini dengan sebaiknya seolah tiada hari esok.
10. Bangunlah pada waktu yang sama setiap pagi
Tidakkah anda perasan yang orang yang bahagia dan berjaya selalunya orang yang bangun awal pagi. Bangun pada masa yang sama setiap pagi akan menetapkan ritma sirkulasi tubuh badan. Hasilnya – produktiviti diri akan meningkat dan membuatkan anda sentiasa fokus. Dan ingat..pintu rezeki sentiasa terbuka di awal pagi.
11. Elakkan perbandingan sosial
Setiap orang bekerja dan berfungsi pada kadar diri mereka masing-masing – ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang sederhana. Ada yang sudah berjaya, adaya yang belum berjaya dan ada yang masih sedang mencuba. Sekiranya anda merasakan diri anda berjaya dan lebih bagus dari orang lain – anda akan mempunyai sifat takbur. Manakala sekiranya anda merasakan anda lemah dan gagal dan orang lain lebih baik serta bagus dari anda – maka anda akan merasa terlalu rendah diri pula. Jadi usahlah dibandingkan diri anda dengan orang lain. Anda akan lebih bahagia dan gembira jika anda menumpukan perhatian terhadap usaha serta pencapaian anda dan memuji kejayaan orang lain. Dan ingat..perbandingan sosial ini juga adalah antara penyebab perasaan hasad dengki.
12. Pilih kawan yang sesuai
Amat penting bagi anda untuk dikelilingi oleh rakan-rakan yang optimistik dan sentiasa berfikiran positif. Rakan yang optimistik akan sentiasa mendorong anda untuk mencapai cita-cita anda manakala rakan yang pesimis pula akan sentiasa menghadirkan rintangan serta masalah terhadap cita-cita anda. Lagi banyak tenaga positif di persekitaran anda maka anda akan merasa bertamabah lega, senang dan bahagia.
13. Jangan meminta izin atau kebenaran orang lain
Orang yang bahagia dan berjaya tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Mereka tidak perlu meminta kebenaran dari orang lain untuk berbuat sesuatu yang membahagiakan mereka. Anda perlu tahu yang adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, perlu dengar pendapat mereka dan keputusannya andalah yang buat sendiri tanpa memohon kebenaran mereka. Namun begitu, seorang isteri haruslah meminta izin suami untuk melakukan sesuatu yang melibatkan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.
14. Lebihkan mendengar dari bercakap
Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar – kerana dengan mendengar akan membuat fikiran anda lebih terbuka terhadap pendapat, kebijaksanaan maupun kebodohan orang lain. Lebih peka anda mendengar – lebih tertumpu serta tajam pemikiran anda.
15. Eratkan hubungan sosial.
Orang yang bersendirian (penyendiri) adalah orang yang sengsara dan bermasaalah. Orang yang bahagia dan gembira tahu bahawa hubungan sosial yang sihat dan erat adalah sangat penting. Jadi selalulah berhubung dengan saudara, rakan-rakan, jiran serta orang yang penting di dalam hidup anda.
16. Meditasi.
Meditasi adalah perbuatan duduk berdiam diri dan mengosongkan pemikiran – bagi merehatkan minda. Bagi kita orang Islam, solat adalah meditasi yang terbaik. Solat 5 waktu mampu merehatkan minda serta membersihkan jiwa dari segala sifat yang tidak diperlukan di dalam diri. Orang yang bahagia tahu dimana mereka perlu merehatkan minda dan menenagkan jiwa ketika berhadapan dengan dengan rintangan, halangan, dugaan serta perasaan amarah.
17. Pilih makanan yang terbaik.
Jangan makan dengan kerap makanan ringan yang tidak elok dan tidak berkhasiat. Makanan ringan membuatkan anda menjadi lembap – anda tidak akan gembira sekiranya badan dan pemikiran anda lembap. Setiap makanan yang dimakan akan memberi kesan terhadap pengeluaran hormon-hormon yang menentukan, tenaga,  perasaan, sifat serta mood anda. Jadi sentiasa makan makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan mental dan juga fizikal.
18. Kerap bersenam
Kajian menunjukkan senaman menaikkan tahap kegembiraan seseorang dengan lebih baik. Bersenam juga akan meningkatkan tahap kendiri dan membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda serta memberikan rasa pencapaian yang lebih tinggi.
19. Hidup bersederhana.
Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan seharian. Rumah mereka tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.
20. Bercakap benar
Menipu membuat anda stress, menghakis sifat atau jati-diri serta membuatkan anda tidak disukai. Menjadi seorang yang jujur membuatkan anda lebih terasa bebas, mental anda lebih stabil dan juga perhubungan sosial anda akan sentiasa baik. Jasi, sentiasalah bercakap benar dan bersifat jujur.
21. Kebolehan mengawal diri.
Orang yang bahagia mempunyai kebolehan untuk menentukan haluan atau arah tuju beliau sendiri. Mereka tidak membenarkan orang lain mengawal diri serta kehidupan mereka. Kebolehan menjalani serta mengawal hidup sendiri meningkatkan lagi tahap jati-diri (self-esteemed).
22. Terimalah seadanya
Sekiranya anda boleh menerima yang hidup ini serta diri anda secara fizikalnya adalah tidak sama dari seorang individu kepada individu yang lain – anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah dibandingkan hidup anda dengan orang lain – betapa cantiknya orang itu dan anda tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi.  Anda perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan tuhan yang tidak boleh anda ubah.
Kredit : Chiara Fucarino
——————————————————————————————————-
Artikel ini dikirim oleh seorang rakan saya semalam dan asalnya adalah di dalam bahasa inggeris, namun saya telah olahkan semula di dalam bahasa melayu. Terima kasih Eliza.
Marilah kita bersama-sama menjadi insan yang bahagia. Ameeen.signature



17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak





Pelajaran dalam kehidupan
Kita sering kali sukar untuk melihat pelajaran dalam kehidupan yang Allah ingin berikan..

Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time. If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan; – kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar. Kita tidak akan nampak.
Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.


Akui sahaja hidup ini adalah sukar..

Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar. Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.
Hidup ini adalah misteri. Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…
…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus; ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.
Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.
Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.
Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.
Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.
Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.
Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.
Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.
Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.
Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.
Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.
Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.
Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?
Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya..

Jangan mudah mengalah dalam kehidupan. Ada pelajaran yang Allah ingin kita lalui.

Kita selalunya membiarkan kekecewaan dan penolakan dimasa lampau menentukan setiap langkah yang kita buat. Kita tidak pasti adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sekarang tiba masanya untuk kita menyedari dan menghapuskan fikiran separa-sedar yang menyatakan kita tidak layak untuk mendapat yang terbaik.
Hidup kita, kita yang tentukan.

Sekarang adalah masa untuk mengingatkan diri kita bahawa..

  1. Orang yang kita suka, sayang dan hormat di masa lalu (atau sekarang), dimana dia melayan kita seperti sampah, tiada apa yang boleh kita harapkan daripadanya pada masa akan datang, melainkan hanya sakit kepala dan sakit hati serta perasaan.
  2. Salah satu saat yang paling berharga dan penting dalam hidup kita adalah apabila saat dimana pada akhirnya kita mempunyai kekuatan untuk melepaskan apa yang kita tak mampu ubah, seperti perangai dan keputusan orang lain.
  3. Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat buat kita, dimana ia tidak akan membuatkan kita menangis siang dan malam atau membuatkan kita patah hati lagi. Yakinlah bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
  4. Kebenaran memang pahit; Kadangkala kita perlu merasa perit jatuh ke tanah dahulu, sebelum dapat berdiri lebih tinggi dan lebih kuat dari sebelumnya.
  5. Dunia masih belum berakhir: – biasa kita merasakan kehilangan seseorang yang kita sayang adalah seperti dunia mahu kiamat. Tenang, masih banyak peluang dan ruang untuk kita.
  6. Kadangkala orang tidak akan perasan apa yang kita beri dan korbankan selama ini sehinggalah kita berhenti membuatnya. Dan kadangkala juga, semakin banyak peluang yang kita beri, semakin kita tidak dihormati. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan orang lain berasa selesa tidak menghormati anda. You deserve better.
  7. Sesetengah babak dalam kehidupan kita berakhir tanpa penutup. There’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ketenangan bermula apabila kita memutuskan untuk tidak membiarkan orang lain atau apa yang berlaku mengawal emosi kita.
  9. Kita jangan mengambil hati sangat dengan apa yang orang lain cakap-cakap mengenai diri kita. Apa yang mereka fikir dan ucapkan adalah refleksi diri mereka yang sebenar, bukan kita.
  10. Orang yang mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam tempoh yang panjang adalah mereka yang membina kejayaan diri mereka menggunakan batu-bata yang dilempar orang lain terhadap mereka.
  11. Biarkan parut yang masih berbekas mengingatkan kita bahawa; kesakitan yang dilakukan orang lain pada waktu lalu telah menjadikan kita semakin kuat, lebih bijak dan tabah.
  12. Bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu, jangan fikirkan ia sebagai satu kehilangan. Tetapi anggap ia sebagai satu kesenangan yang meringankan beban kita, supaya kita boleh mengembara dengan lebih baik dalam perjalanan hidup.
  13. Kita tidak akan terlepas apa yang telah ditetapkan untuk kita, walaupun ia datang dalam arah yang bertentangan. Oleh itu sentiasa tenang dan stay positive.
  14. Membandingkan diri anda dengan orang lain, atau persepsi mereka, hanya akan menenggelamkan kemahuan hati, kecerdikan dan kebebasan pemikiran kita. Tiada siapa yang boleh mengawal keadaan hidup kita sekarang lebih baik melainkan anda sendiri.
  15. Lebih banyak kita isi kehidupan kita dengan tujuan dan semangat yang tulen, semakin kurang masa dan tenaga yang kita bazirkan untuk memuaskan hati semua pihak.
  16. Kadangkala, perubahan dalam kehidupan adalah peluang yang sempurna untuk melepaskan satu situasi untuk menghadapi sesuatu yang lebih baik yang akan datang kepada kita
  17. Sekarang adalah permulaan baru. The possibilities ahead are endless. Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, cukup rajin untuk bekerja keras dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

Penutup: Masa silam tidak boleh diubah, ditukar, dipadam dan dilupakan. Ia hanya boleh diterima

Kesakitan itu memang wujud.
Dan memang perit untuk hidup dengan hati yang sarat dengan luka. Tiada siapa yang akan mampu memahami apa yang kita lalui.
Tapi sebenarnya kehidupan akan lebih mudah jika kita tidak mempersoalkan lagi setiap apa yang berlaku.
Redha itu akan mudah dicapai bila kita membuka hati untuk belajar berdamai dengan takdir.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
Maafkan mereka yang melukakan hati kita, sebab dengan kemaafan akan membuka pintu ketenangan.

Buka mata, buka hati dan ambillah segala pelajaran yang kehidupan berikan kepada kita. Kesakitan yang paling perit itulah yang akan memberi kita pelajaran yang paling berguna dalam hidup.
Dan satu hari nanti, apabila kita telah redha dengan semua yang terjadi; pasti kita akan mengucapkan terima kasih atas pengalaman ini. Kita akan rasa bertuah diuji sebegitu.
Kerana Allah adalah penulis jalan hidup yang terbaik. Cuma kita harus bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
La tahzan, innallaha ma anna :’)

Bagaimana Sepatutnya Seorang Isteri Melayan Suami?

Saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letakkan pada artikel ini. Apa yang saya cuba sampaikan dalam penulisan ini adalah hasil reaksi daripada artikel yang disiarkan dalam surat khabar mengenai saranan untuk melayan suami seperti pe***** kelas pertama.
Pelbagai reaksi yang timbul, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang bersetuju. Adapun saya, pada mulanya saya terkejut membaca tajuk artikel tetapi akhirnya saya merasa insaf membaca artikel ini tatkala melihat petikan hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang berbunyi : ”Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia (ke dalam syurga) melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya). Selepas itu, saya seakan terlupa tujuan sebenar saya untuk menilai tajuk artikel yang menyentuh sensitiviti masyarakat itu, sebaliknya saya mula menilai diri saya.
Selesai membaca artikel ini, saya terus terbayangkan keadaan di mana isteri menolak hajat suami. Seorang kawan kepada suami saya sendiri pernah mengadu kepadanya, isteri yang kepenatan pulang bekerja selalu memberi bermacam alasan kerana tidak dapat memenuhi permintaan suami. Saya pernah terbaca fenomena di mana isteri tidak membenarkan dirinya digauli suami selama 7 bulan dalam tempoh mengandung; ditambah pula beberapa bulan selepas melahirkan. Adakah kita para isteri faham apa yang dirasai dan dilalui suami ketika ini? Saya tidak tahu samada fenomena-fenomena ini boleh menyebabkan suami cari makan luar atau tidak. Tapi yang pasti, ia mempunyai ancaman yang besar di sisi syara’. Oleh itu, marilah kita semua para isteri muhasabah dan menilai kembali bagaimanakah khidmat kita kepada suami, baik khidmat batin mahupun zahir.
Seorang wanita datang kepada Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam, dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Adakah engkau mempunyai suami?” Kata wanita itu : Ya, ada. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Bagaimanakah engkau terhadapnya (iaitu redhanya, murkanya terhadapmu dan bagaimana pula khidmatmu kepadanya?)”. Kata wanita itu : Sesungguhnya aku tidak mengurangi apa-apa pun dari haknya kecuali apa yang benar-benar aku tidak mampu. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Lihatlah di mana engkau di sisinya, sesungguhnya dia adalah syurgamu dan nerakamu.” (Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwaththa’). Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh para isteri supaya sentiasa menimbang, memuhasabah dan menilai, apakah suami redha atau murka kepadanya. Apakah suami berpuas hati dengan khidmatnya? Kerana redha atau murkanya suami boleh menjadi faktor samada si isteri tadi ke syurga atau ke neraka.
Apakah tuntutan Islam dalam hal ini; iaitu melayan dan memenuhi hajat suami? Apakah anjurannya? Apakah garis panduannya? Apa pula ancaman meninggalkannya? Apakah ada pantang larangnya? Mari belajar bagaimana melayan suami menurut al-Quran dan Sunnah.
Tujuan perkahwinan
 Sebelum kita menjawab soalan-soalan di atas, mari kita sama-sama imbas kembali apakah tujuan sebenar disyariatkan perkahwinan. Dalam sebuah hadis, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam ada berkata : ”Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka bernikahlah; sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kehormatan. Barangsiapa yang tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya ia dapat memadamkan syahwat.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa anjuran Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam supaya para pemuda itu bernikah adalah untuk menjaga penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang haram. Begitu juga untuk memelihara syahwat mereka daripada disalurkan kepada yang haram. Sebaliknya, dengan pernikahan mereka dapat meleraikan gelojak syahwat dengan menyalurkannya ke jalan yang halal.  Dan mereka boleh melihat sesuatu yang asalnya adalah haram, tetapi dengan pernikahan ianya menjadi halal.
Berkata al-Syaikh al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Aadab al-Zifaaf : ”Hendaklah kedua-dua suami dan isteri itu meniatkan dengan pernikahan mereka itu untuk menyalurkan nafsu mereka ke jalan yang halal dan memelihara diri mereka daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya persetubuhan mereka itu ditulis sebagai sedekah seperti yang disebut dalam hadis Abu Dzar radhiyallahu ’anhu : ”Apakah jika salah seorang daripada kami mendatangi syahwatnya, adakah pahala baginya? Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menjawab : Katakanlah padaku, jika dia meletakkannya pada sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitu jugalah sekiranya dia meletakkannya pada yang halal, maka dia akan mendapat pahala.” (Diriwayatkan oleh Muslim) [Aadab al-Zifaaf, 64]
Al-Imam al-Nawawi berkata : ’Hadis ini menjadi dalil bahawa suatu perkara yang mubah (harus) itu boleh menjadi suatu amal ketaatan dengan niat yang benar. Contohnya, jima’ boleh menjadi ibadah sekiranya ia diniatkan untuk menunaikan hak isteri / suami serta meniatkan untuk bergaul dengannya secara baik seperti yang diperintahkan oleh Allah, atau untuk mendapat anak yang soleh, atau menundukkan syahwat suami / isteri daripada mendatangi yang haram lantas menghalangnya daripada melihat, memikirkan atau menginginkan yang haram dan lain-lain niat yang baik’. (Syarh Sahih Muslim, 4/100)
Dalam satu hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan dari Allah : orang yang berperang di jalan Allah, hamba yang hendak membayar al-mukatabah dan orang yang hendak bernikah kerana hendak memelihara kehormatan dirinya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)
Benar, tujuan perkahwinan itu ada banyak, tetapi salah satu antara yang terutama yang mana jelas sekali daripada hadis-hadis ini bahawa menikah untuk tujuan menyalurkan nafsu syahwat ke jalan yang halal bukanlah satu tujuan yang ’jijik’ atau ’tidak patut’. Bahkan ia adalah satu tujuan yang mulia demi untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Jima’ : menurut al-Quran dan Sunnah
 Adakah saya terlalu terbuka dalam masalah ini? Perkara ini telah direkodkan oleh para ulama’ beratus tahun dahulu. Mereka –rahimahumullah- telah mentafsirkan ayat dan mensyarahkan hadis-hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang menyentuh cara berjima’ serta the do’s and dont’s. Mari kita olah semula isu ini dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami.
Dalam ayat 223 surah al-Baqarah, Allah menyebut yang maksudnya : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”
Isteri itu diumpamakan dengan kebun kerana kebun / ladang / bumi jika ditanam benih padanya, maka akan tumbuhlah pokok / tumbuhan. Begitu jugalah dengan isteri, jika disetubuhi / diberi benih si suami, maka akan terhasillah anak dengan izin Allah [Lihat : Aysar at-Tafaasir, Abu Bakar al-Jazaa-iri, 35]
Dalam ayat ini juga Allah mengajar manusia bagaimana untuk mendatangi isteri. Suami boleh mendatangi isteri dengan apa jua cara yang dia mahu, samada dari hadapan atau belakang tetapi hanya melalui qubul dan bukan dubur. Dari Jabir radhiyallahu ’anhu berkata : Orang Yahudi berkata : Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari belakang (melalui qubul), maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Abdullah bin Saabith datang menemui Hafsah bint AbdirRahman bin Abi Bakr, dia berkata : Aku hendak bertanya satu soalan kepadamu tetapi aku malu. Hafsah berkata : Janganlah engkau malu wahai anak saudaraku. Dia berkata : Bagaimana hukum mendatangi isteri melalui dubur? Hafsah berkata : Ummu Salamah memberitahuku bahawa orang Ansar tidak mendatangi isteri mereka dari belakang. Orang Yahudi mengatakan siapa yang mendatangi isteri mereka dari belakang, anak yang terhasil akan menjadi juling. Apabila kaum Muhajiruun datang ke Madinah dan menikahi wanita-wanita Ansar, mereka mendatangi para isteri dari belakang. Si isteri enggan mentaati suami mereka dan berkata : Janganlah kamu lakukan sebegitu sehingga aku berjumpa Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Wanita tadi berjumpa dengan Ummu Salamah dan mengkhabarkannya mengenai perkara itu. Wanita itu malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh Ummu Salamah memanggil wanita itu dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam membacakan ayat : ” Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..”, dan kata Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam : ”Asalkan melalui qubul.” (Diriwayatkan oleh Ahmad; Syu’aib al-Arna-uth berkata : Isnadnya hasan)
Para wanita Ansar enggan didatangi dari belakang kerana telah terbiasa dengan cara Yahudi yang mana para wanita mereka didatangi dari tepi / sisi, kerana menurut mereka cara ini lebih tertutup bagi isteri. Ini disebut dalam sebuah athar oleh Ibn Umar radhiyallahu ’anhu [lihat : Tafsir Ibn Kathir, 1/273]. Tetapi Islam datang menyatakan bahawa suami boleh mendatangi isteri dengan cara mana pun asalkan melalui qubul (pantang larang lain akan disebut kemudian insha Allah).
Jima’ dibolehkan pada bila-bila masa, oleh itu isteri wajib mentaati suami dalam hal ini tidak kira siang atau malam. Tidak ada hari-hari tertentu yang dimakruhkan jima’ padanya.
Pantang larang dalam perhubungan intim antara suami dan isteri
 Apakah keadaan yang diharamkan jima’?
1-     puasa fardhu
2-    i’tikaf
3-    dalam keadaan ihram – haji atau umrah
4-    haid dan nifas
dan beberapa keadaan lain yang melibatkan iila’, zihar dan talaq.
Diharamkan melakukan persetubuhan melalui jalan dubur. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran, janganlah datangi isteri kamu melalui dubur.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Kewajipan isteri memenuhi hajat suami
 Isteri wajib mentaati suami kerana hak qawwamah (kepimpinan) yang telah diberi oleh Allah kepada suami seperti yang disebut dalam surah al-Nisa’ ayat 34. Tidak ada maknanya hak qawwamah ini jika tidak disertai dengan hak ketaatan. Terdapat beberapa cabang perkara yang perlu diberi  ketaatan oleh isteri; antaranya ketaatan dalam memenuhi hajat suami, ketaatan dalam urusan taharah, ketaatan dalam urusan kebersihan tubuh badan dan perhiasan, ketaatan untuk tetap di rumah, ketaatan untuk memelihara harta suami dan lain-lain lagi dalam semua hal. Walaubagaimana pun, perlu diingatkan di sini, walaupun hak ketaatan itu sangat besar bagi suami namun isteri tidak boleh taat jika suami menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyebut : ”Mendengar dan patuh pada seseorang Muslim itu dalam hal yang dia sukai atau pun yang dibenci adalah selagi mana dia tidak disuruh melakukan maksiat. Jika dia menyuruh sesuatu yang maksiat, maka janganlah dengar dan patuh padanya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)
Tulisan akan membincangkan secara khususnya mengenai ketaatan dalam memenuhi hajat suami.
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)
Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sirah Ummahatul Mukminin radhiyallahu ’anhunna pula, kita dapat lihat dalam sebuah hadis, ’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata : ”Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : ‘Aku perlu melangsaikan beberapa hari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan), dan tidaklah aku mengqadha’nya melainkan dalam bulan Sya’aban (kerana menyediakan diri untuk Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam).” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Lihatlah bagaimana bersungguhnya para isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dalam menyediakan diri mereka untuk Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam sehingga mereka ini menangguhkan puasa qadha’ mereka ke bulan Sya’aban kerana bimbang Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mungkin menghajati diri mereka pada bila-bila waktu. Ini juga menunjukkan ketinggian adab mereka terhadap Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam. Beginilah sepatutnya kita para isteri berusaha untuk menyediakan diri untuk para suami dan memasukkan kegembiraan dan keredhaan ke dalam hati mereka pada setiap masa. (Lihat : Sahih al-Bukhari, tahqiq Mustafa al-Bugha, 2/689)
Nusyuz
 Mengapa isteri berhak mendapat nafkah? Atau dalam erti kata lain mengapa suami wajib memberi nafkah kepada isteri?
Para fuqaha’ menyebut beberapa sebab antaranya :
–         Kerana hak yang dimiliki suami untuk ’menahan’ isteri di rumah. Oleh itu, dia tidak dapat keluar mencari rezeki, maka rezekinya mestilah ditanggung oleh suami. Manfaat tetapnya isteri di rumah pula berbalik kepada suami iaitu isteri sentiasa dalam keadaan sedia apabila suami memerlukannya dan ini memelihara suami daripada terjerumus ke dalam perkara haram.
–         Kerana penyerahan diri isteri kepada suami, dan membolehkan suami untuk bersama dan berseronok dengan isteri tanpa sebarang halangan. Saya berpendapat Bahasa Arab lebih jelas dan mendalam maknanya dalam menyampaikan maksud ini : وتمكينه تمكينا تاما من الاستمتاع بها
–         Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa sebab wajibnya nafkah adalah akad nikah samada isteri memberi khidmat atau tidak. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/156]
Makna nusyuz : Ingkarnya seorang isteri terhadap suaminya dalam menjalankan tanggungjawab seperti : menolak untuk bersama, keluar dari rumah tanpa izin, enggan duduk serumah dengan suami, enggan musafir bersama suami dan lain-lain [lihat : al-Mughni, Ibn Qudamah, 8/163].
Apakah seorang isteri dikira nusyuz  jika menolak permintaan suami tanpa alasan yang diterima syarak?
Di sisi al-Syafi’iyah : seorang isteri itu dikira nusyuz sekiranya menolak permintaan suami untuk bersama atau menolak muqaddimah jimak seperti meraba, memegang dan mencium. Dengan ini gugur kewajipan suami untuk memberinya nafkah kerana nusyuznya isteri dalam hal ini. Jika isteri mempunyai alasan yang diterima syarak seperti sakit, haid, puasa Ramadhan dan lain-lain, maka dia tidak dikira nusyuz dan tidak gugur hak nafkahnya. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/163].
Begitu juga jawapan Ibn Taimiyah apabila ditanya mengenai isteri yang menolak permintaan suaminya untuk bersama, kata beliau rahimahullah, isteri ini nusyuz dan gugur hak nafkah daripadanya [Lihat : Majmu’ al-Fatawa, 32/175]
Dan akhirnya, beginilah sepatutnya penyerahan diri seorang isteri kepada suami menurut al-Quran dan Sunnah. Solehahnya seorang isteri bukan semata-mata dinilai dari luaran, sopan santun, lemah gemalainya dia, pakaiannya, ibadahnya, tapi antara karakter terbesar yang menjadi ukuran adalah taatnya dia kepada suami. Walau sekuat mana ibadah, walau selabuh mana hijabnya, jika dia tidak mentaati suaminya dalam urusan yang bukan maksiat, bermakna dia telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya.


17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

menambat hati suami
menambat hati suami sesuatu yang sukar dilaksananakan? * photo by xaliaz
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.
Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.

3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?

4. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

6. Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur. Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.

8. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.

9. Jangan terlalu kuat membangkang

Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.

10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.

12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.

13. Elakkan gangguan

Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.

14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.

15. Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?

16. Beri pendapat bila ditanya sahaja

Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.

17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.

Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda. Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?
Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.
Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.

KHAS UNTUK MAI...MAAF DARI SAYA 




Tiada ulasan: