Ahad, 7 Jun 2015

AWAS...ORANG JAHIL BIASANYA TAK TAHU MEMBEZAKAN YANG MANA KACA DAN YANG MANA BERLIAN....MUNGKIN TERHIJAB DENGAN DOSA SERTA HASAD DENGKI







Membentuk Keluarga Impianku




"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

(Dipetik dari Blog Cikgu Anelyza )



Jauhari Jua yang Mengenal Manikam

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Utusan Malaysia
Sebagaimana besar badai dan gelora Lautan Hindi, demikian juga hebatnya gejolak perasaan yang menyelubungi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 ketika ini.  Malah kesedihan yang ditanggung turut dikongsi seluruh rakyat negara ini dan di seluruh dunia.  Misteri yang seolah-olah sukar dirungkai sejak lebih dua minggu yang lalu dikejutkan dengan kenyataan memilukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014.  Perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, utara Antartika. 
Apa pun juga keadaannya, Allah Yang Maha Pengasih telah mengabulkan sebahagian doa dan hajat agar misteri kehilangan tersebut diberikan penunjuknya.  Maka kepada Allah jualah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, dikembalikan segala urusan.  Dialah yang telah mengizinkan peristiwa yang mendukacitakan itu berlaku dengan hikmahnya yang tertentu.  Golongan yang beriman meyakini bahawa Allah S.W.T. tidak akan mentakdirkan sesuatu ujian di luar kemampuan hamba-hamba-Nya.  Dalam situasi sebegini hanya Allah sahajalah sebaik-baiknya diadukan kedukaan dan kesedihan.  Hal ini sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ya`qub A.S. yang dirundung dukacita akibat kehilangan putera kesayangannya, Nabi Yusuf A.S.  Al-Qur’an merakamkan (maksudnya), “Nabi Ya`qub menjawab, “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah....” (Surah Yusuf 12 : 86).  
Krisis besar yang melanda negara ini membolehkan kita mengamati tindak balas setiap pihak yang terbabit; sama ada wajar diberikan pujian atau kritikan.  Kritikan atau pujian itu pula haruslah adil sifatnya.  Dengan kata-kata lain, tidak semua yang dilakukan ditolak sama sekali atau sebaliknya diterima tanpa dikritik.  Sikap yang adil ialah menerima dan mengiktiraf usaha yang telah dilaksanakan atau sikap yang ditunjukkan.  Sebaliknya pula kritikan membina diberikan terhadap kelemahan atau kesilapan yang telah dilakukan.  Kepemimpinan negara pada semua peringkat yang teruji dengan krisis ini umpamanya perlu dinilai melalui neraca yang adil ini.  Tidak mungkin semua tindakan yang diambil dikatakan salah dan mustahil pula semuanya betul tanpa cacat celanya.  Sebagai contoh, penyelarasan operasi mencari dan menyelamat yang bermula di Laut China Selatan, Selat Melaka, dan akhirnya ke Koridor Utara, dan Selatan wajar diiktiraf dengan hati yang terbuka.  Begitu juga tugas-tugas lain yang membabitkan perbincangan dengan keluarga penumpang, khususnya dari China yang terbaru dilaporkan mengadakan protes di Kedutaan Malaysia negara itu.  
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, kelemahan ketara dan kesilapan yang dilakukan harus diakui.  Betapa dalam krisis yang melibatkan dunia dan masyarakat antarabangsa ini, kepemimpinan negara dan pelbagai agensi itu telah tercabar untuk menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan sebenar.  Kelemahan yang mengundang kritikan bukan sahaja wajar diterima dengan terbuka malah perlu ditangani segera.  Hal ini khususnya apabila negara memasuki fasa krisis seterusnya yang lebih hebat cabarannya.  Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa kritikan yang diterima tidak perlu diberi tindak balas secara berlebih-lebihan sehingga gagal melihat motif atau agenda jahat pihak luar.  
Di samping kumpulan kepemimpinan, tindak balas yang ditunjukkan anggota keluarga yang terbabit juga pelbagai sifatnya. Selain beberapa buah keluarga penumpang warga asing seperti Australia, tindak balas keluarga juruterbang, anak kapal, dan penumpang warga tempatan yang terdiri daripada pelbagai agama serta kaum, layak diberikan pujian.  Emosi dan tindakan berusaha dikawal dengan sebaik-baiknya.  Tidak dipamerkan tindak-tanduk keterlaluan bagi meluahkan kesedihan yang ditanggung.  Sikap atau tindak balas anggota keluarga berkenaan secara tidak langsung menunjukkan akhlak luhur dan budaya terpuji masyarakat tempatan.  Bagi keluarga yang beragama Islam, tindakan mereka menepati peringatan Nabi S.A.W., “Bukanlah daripada kalangan kita orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan kocek baju, dan meratap-ratap sebagaimana ratapan golongan jahiliah.” (Bukhari)         
Pemerhatian kita seterusnya tertumpu pula pada media asing.  Sebahagian mereka sejak awal lagi tidak mempamerkan sikap bertanggungjawab dan beradab.  Mereka begitu ghairah membentuk teori tertentu dan menyebarkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.  Daily Telegraph UK misalnya tanpa segan-silu menyiarkan transkrip komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan menara kawalan yang ternyata tidak tepat dan tidak dapat dipastikan sumbernya.  Malah transkrip berkenaan juga melalui proses penterjemahan sebanyak tiga kali.  
Media asing juga dengan sewenang-wenangnya memberikan tohmahan dan label buruk kepada pemimpin, pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyiasat. Meskipun mengakui insiden membabitkan MH370 adalah yang pertama seumpamanya di dunia, bahkan ditegaskan Andy Pasztor daripada Wall Street Journal sebagai tugas berat sehingga banyak negara lain juga mungkin gagal, mereka terus mengecam Malaysia semahu-mahunya.  Kebebalan mereka juga ketara, misalnya melalui Fox News kerana kekal dengan pandangan stereotaip terhadap umat Islam sebagai pengganas.  Hanya disebabkan juruterbang dan pembantu juruterbang serta penumpang beragama Islam, maka mereka mengaitkannya dengan kehilangan pesawat MH370.  Saingan terdekat media itu, CNN pula membuat spekualsi secara berterusan dan keterlaluan berhubung dengan tragedi tersebut.    
Kebiadaban media asing juga ketara dalam kesungguhan mereka mencemarkan nama baik juruterbang dan pembantu juruterbang dengan pelbagai spekulasi.  Mereka seterusnya cuba mengaitkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan tragedi yang menimpa pesawat yang dikendalikannya.  Tanpa sebarang bukti, beliau dikaitkan dengan tindakan membunuh diri; perbuatan yang dilarang keras oleh agama dan diyakini kita semua tidak sama sekali akan dilakukan beliau.  Sebagai Muslim, kedua-duanya, Kapten Zaharie dan Fariq Abdul Hamid pasti mengetahui batas atau sempadan yang ditetapkan agama.  Kecintaan Kapten Zahar ie yang besar terhadap kerjayanya juga terserlah.  Maka sudah pasti beliau memiliki komitmen tinggi untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah tanpa mengira apa juga situasi yang melanda.  Tidak berputus asa dengan kegagalan membuktikan kebenaran teori itu, mereka cuba pula beralih kepada isu lain.  Antaranya termasuklah kecenderungan fahaman politik beliau sehingga memungkinkan tindakan protesnya berikutan perkembangan baru dalam negara.  Begitu juga pengalaman luas yang dimiliki sehingga mungkin dihubungkan dengan kenyataan pesawat diterbangkan tanpa pengesanan radar. Bahkan hal-hal kekeluargaan beliau turut didedahkan untuk tatapan umum demi mencapai matlamat jahat mereka.  
Dakwaan-dakwaan liar yang menyakitkan itu jelas menggambarkan usaha mereka untuk menghukum Kapten Zaharie sebagai individu yang bertanggungjawab dan bersalah.  Maruah diri juruterbang yang disanjung sebagai wira oleh Chris Goodfellow, bekas juruterbang Kanada yang memiliki pengalaman selama 20 tahun itu tidak diberikan pertimbangan sama sekali.  Demikian juga perasaan anggota keluarga beliau.  Justeru, kita begitu mengharapkan pendirian tegas MAS sebagai syarikat penerbangan yang terlibat untuk mempertahankan sepenuhnya kewibawaan Kapten Zaharie dan semua anak kapal pesawat MH370 serta seluruh kakitangannya yang masih berkhidmat pada ketika ini.  
Sebagai warga negara ini, kita harus berhati-hati dalam mengikuti laporan media asing yang diketahui merupakan salah satu pihak yang mewakili kepentingan barat. Usah sesekali kita diperbodoh-bodohkan atau diperdaya dan dilaga-lagakan sesama sendiri.  Barat juga tidak terlepas daripada kegelojohan menegakkan kepentingan peribadi dan melakukan kesalahan.  Kesalahan itu sebagaimana sering dilihat, diselindungkan dengan menuding jari kepada orang lain.  Maka dalam insiden kehilangan pesawat yang dihasilkan mereka, barat ternyata perlu melakukan sesuatu bagi mempertahankan maruah dan keegoannya yang tercalar.  Justeru tidak mustahil mereka menggunakan kita sebagai bahan untuk dihenyak dan diperkatakan sesuka hati.  Jika kita mahu menggunakan cara yang sama digunakan mereka untuk menyalahkan kepemimpinan negara, syarikat penerbangan, dan semua agensi tempatan yang terlibat, kita malah juga boleh misalnya mempertikaikan kebenaran dakwaan pengeluar pesawat 777-200ER, iaitu Boeing bahawa pesawat yang dihasilkannya itu merupakan salah satu pesawat yang paling selamat.
Sikap barat melalui medianya, jelas terserlah melalui insiden menyayat hati yang menimpa pesawat MH370 ini.  Betapa mereka telah bersedia sejak awal dengan deretan isu yang perlu dibesar-besarkan meskipun tiada asas bagi membuktikan kebenarannya.  Persoalannya di sini, mungkinkah tindakan itu merupakan salah satu cara bagi mengalihkan perhatian kita daripada isu atau perkara sebenar yang berlaku?  Jauhari jualah yang mengenal manikam, hanya yang bijak sahajalah yang berupaya mentafsir dan menilai.
HIKMAH AL-KARIM (mutu manikam kitab Al-Hikam Ibnu 'Atoillah)
5 April ·
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilany
Sudah berapa kali anda belajar tetapi tidak pernah mengamalkan? Lipatlah pustaka ilmu, lalu sibuklah dengan pustaka amal disertai dengan ikhlas, jika tidak, pencarianmu pada ilmu tidak menguntungkan sama sekali.
Hanya mencari ilmu saja, berarti anda berdosa pada Allah Swt. melalui perbuatan anda. Berarti pula anda melemparkan tirai rasa malumu dari matamu, hingga orang melihatmu dengan pandangan penuh hina. Anda tersiksa karena hawa nafsumu, gagal karena hawa nafsumu, bergerak karena hawa nafsumu, apalagi anda hancur karena hawa nafsumu. Malulah kepada Allah Azza wa-Jalla dalam seluruh perilakumu, dan amalkan ketentuan hukumNya. Bila anda hanya mengamalkan menurut lahiriyahnya hukum belaka, sungguh anda telah meremehkan amal anda untuk mengenal Allah Azza wa-Jalla.
“Ya Allah ingatkan kami dari kealpaan orang-orang yang lalai. Amiin.”
Bila anda menumpuk dosa, bahaya akan tiba dan menimpa dirimu. Jika anda taubat dan memohon ampunan pada Allah Azza wa-Jalla, anda pun memohon pertolongan padanya, anda pun akan meraihnya. Jika ada cobaan menimpamu, mohonlah pada Allah Azza wa-Jalla, agar Dia menurunkan anugerah kesabaran padamu dan keselarasan denganNya, hingga antara dirimu dengan DiriNya damai. Lalu derita hanya di lahiriyah belaka tidak sampai masuk di hati, hanya pada harta bukan pada agama, hingga cobaan berubah jadi nikmat yang sirna dari kepedihan.
Hai orang munafik!Anda ini mengikuti perintah Allah Azza wa-Jalla dan RasulNya hanya formalitas nama belaka, tidak sampai menyentuh makna sesungguhnya, berarti lahir batin anda telah dusta. Wajar jika anda hina di dunia dan di akhirat. Ahli maksiat hina dalam dirinya, pendusta juga hina dalam dirinya.
Hai para Ulama jangan kau kotori ilmumu dengan kontaminasi generasi duniawi, jangan anda ikuti kemuliaan dengan kehinaan. Yang hina adalah apa yang ada di tangannya senantiasa duniawi. Makhluk lain itu tidak akan mampu memberi anda, yang memang bukan bagian anda. Bagianmu adalah di atas tangan mereka, jika anda sabar justru Allah akan memberikan bagianmu di atas tangan mereka, dan anda mulia (Justru anda jadi pemberi).
Ingat! Siapa yang diberi rizki tidak mendapat rizki? Siapa yang diberi tidak meraih pemberian? Sibukkan dirimu dengan patuh pada Allah Azza wa-Jalla, tinggalkan berburu dariNya, karena apa yang anda butuhkan Allah Azza wa-Jalla Maha Tahu mashatamu. Dalam hadits Qudsy disebutkan:
“Siapa yang sibuk dengan dzikir padaKu dibanding meminta padaKu, Aku memberinya lebih utama ketimbang yang diberikan kepada para peminta.”
Dzikir lisan saja tanpa hati tidak ada kemuliaan sama sekali. Dzikir sesungguhnya harus disertai dzikir hati dan rahasia hati, baru muncul dzikir lisan. Maka benarlah Dzikirnya Allah Azza wa-Jalla:
“Ingatlah kepadaKu maka Aku ingat kepadamu, dan bersykurlah kepadaKu dan janganhlah kufur padaKu.” (Al-Baqarah: 152)
Dzikirlah hingga Allah Azza wa-Jalla mengingatmu. Dzikirlah hingga dosa-dosamu dihapus oleh dzikir, lalu anda bersih dari noda, taat tanpa maksiat. Di saat itulah Allah Azza wa-Jalla mengingatmu, sehingga anda sibuk berdzikir padaNya jauh mengingat makhlukNya, dan DzikirNya menyibukkan dirimu dari memintaNya, hingga seluruh tujuanmu adalah Dia, lalu anda total meraih tujuanmu.
Jika Dia adalah seluruh tujuanmu, di tangan hatimu kunci-kunci RahasiaNya dibukakan. Siapa yang mencintai Allah Azza wa-Jalla, cinta kepada yang lainNya sirna, fisik, lahir dan batinnya, jiwanya untuk disediakan bagi Kekasihnya, lalu ia menjadi di luar kebiasaan dirinya dan di luar keramaian, dan ketika sudah sempurna, Allah Azza wa-Jalla mencintainya. Apakah anda merenungkan dan memandang ini semua?
Kehadiranmu akan diturunkan, dan ketika itu malah anda didatangi Malaikat Maut yang menjemputmu, mencopot hidupmu dari tempatmu, memisahkan dirimu dari keluarga dan orang-orang yang kau cintai. Berusahalah serius agar dirimu tidak mati dalam keadaan benci bertemu Allah Azza wa-Jalla. Siapkan langkahmu ke akhirat, tunggulah kematian, karena anda akan melihat di sisi Allah Azza wa-Jalla sesuatu yang lebih baik dibanding apa yang anda lihat di dunia.
“Ya Tuhan kami berikanlah kami kebajikan di dunia, dan kebajikan di akhirat. Dan lindungi kami dari azab neraka.”

Berbahagialah Duhai Sekalian Jiwa

13 02 2011
 
 
 
BERBAHAGIALAH anda semua. Alhamdulillah, kita telah pun dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna. Beragama Islam dan besar panjang dalam kenikmatan yang melimpah ruah. Subhanallah. Cukup banyak nikmat Allah kurniakan. Kenapa lagi kita tidak berasa bahagia?
Kesyukuran itu adalah sebuah kebahagiaan. Maka, berbahagialah untuk menikmati kesyukuran terikhlas kepada Yang Maha Pemberi Nikmat.
Kita tiada alasan untuk tidak bersyukur, jesteru kita adalah makhluk yang sentiasa bahagia.
Tatkala ujian datang memberati pundakmu, berbahagialah kerana Allah sedang melihat betapa kuat kita untuk bersabar. Bahkan, itu semuanya adalah kerana Wujudnya Allah, sedang kita ini asalnya tiada; menjadi ada untuk menjalani percaturan yang sementara. Berbahagia sahajalah.
Tatkala menjalani ibadah solat, puasa, zakat dan seumpamanya – berbahagialah kalian menikmati tiap detik ibadah itu. Kerana ia adalah anugerah! Berbahagia menikmatinya adalah bersyukur kepada-Nya.
Bahagialah duhai jiwa. Andaikata menitis air matamu pada berat ujian yang menimpa sekalipun – berbahagialah kerana Allah masih mengurniakan air mata untuk menjadi bukti hati kita masih lembut untuk menzikiri kewujudan-Nya. Percayalah!
Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Berbahagialah.

hanya jauhari mengenal manikam

Thursday, September 30, 2010


Detik demi detik, saat berganti saat. Umur semakin beranjak, bergulir bersama waktu. Hari dirasakan sungguh pantas berlalu. Sedangkan banyak juga lompong-lompong masa yang tidak terisi sebaik-baiknya. Masih ada, saat-saat dan hela nafas yang diisi dengan bermain-main dan lalai leka. Banyaknya detik waktu yang pergi meninggalkan… dan mustahil dijemput kembali. Modal umur kurniaan Pencipta ini, apakah nanti akan menjadi saksi yang menggembirakan diri atau justeru mencelakakan?

Waktu yang bersilih ganti, menandakan diri-diri yang menghuni dunia semakin dekat dengan janji Ilahi. Hakikatnya sekarang kita sedang bermusafir dan permusafiran di alam dunia ini sudah pun ditempuh dalam sekian–sekian jarak (umur), bukankah itu bermakna destinasi akhir semakin dekat menghampiri? Dan pastinya destinasi akhir itu adalah negeri akhirat yang kekal abadi.

Anak-anak dunia VS anak-anak akhirat
Barangsiapa yang thabat di hatinya keyakinan pada akhirat, betapa negeri akhirat itu lebih baik dan kekal, maka hiduplah dia seperti ‘anak-anak akhirat’, yang mana memakmurkan dunia dengan cita-cita akhirat, akan tetapi barangsiapa yang rakus menghirup keseronokan dunia dan merasa akhirat hanyalah sebuah cerita rekaan, (na’uzubillah) maka jadilah dia ‘anak-anak dunia’ yang menjadikan hidup di dunia sementara ini sebagai matlamat dan tujuan akhir kehidupannya. Sungguh rugilah mereka. Mereka itulah yang berada dalam siksaan dan kesesatan yang jauh. Begitu firman Allah Yang Maha Agung di dalam surah Saba’ ayat 8.

Dan temanku, adapun orang-orang yang bertaqwa, mereka meyakini dengan sesungguhnya bahawa negeri akhirat itu adalah tempat kembali yang kekal dan lebih baik berbanding dunia sementara. Wal akhiratu khairun limanittaqa (An-Nisa:77),

Merekalah seumpama jauhari yang mengenal manikam. Hanya tukang batu permata yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Hanya tukang emas yang dapat menilai emas manakah yang asli dan palsu,ia berbeza walaupun kilaunya mungkin tampak serupa. Hanya para solihin dan para muttaqinlah yang lebih mendamba kenikmatan kehidupan akhirat, berbanding nikmat dunia yang terlalu sedikit itu. Fahamilah wahai diri.

Seorang murabbi pernah memberikan tamsilan yang cukup simple, saya mengakui kadang-kala tamsilan yang simple begitu ada kalanya lekat di hati… mudah mudahan.. InsyaAllah.. begini ni…
cuba kita bayangkan, kita keluar dari rumah untuk ke suatu tempat. Mungkin tempat itu adalah pasar, shopping complex, kedai runcit, sekolah, pejabat, hospital atau kuliah ilmu. Mahukah kita berlama-lama di tempat tadi? Dalam erti kata lain inginkah kita terus bermukim, berehat, berlama-lama dan tidur ditempat itu? Walau tempatnya secanggih shopping complex, pasti yang bermain di fikiran “Aku sekadar singgah untuk menyelesaikan beberapa urusan dan selepas selesai, aku nak balik rumah”. Rumah dibayangkan sebagai tempat perlindungan yang selesa. Ada isteri, suami, anak-anak, ada tv, ada katil, ada air cond, ada makanan, ada jus, ada.....ada....ada...... pendek katanya segala keperluan kita tersedia lengkap di rumah.

Nah, begitulah perumpamaan mereka yang merasakan alam dunia ini hanyalah tempat bermusafir sebentar cuma. Dunia ini hanyalah check point persinggahan. Mereka tak ingin berlama-lama kerana di dunia ini bukannya tempat berehat, bersenang-senang dan tempat tidur yang sebenarnya. Mereka rindu kepada ‘mahligai’ yang kekal di negeri abadi sana dan terlalu ingin untuk melihat segala bentuk ‘perhiasan’ dan kenikmatan di mahligai tersebut dari pahala solat, pahala puasa, pahala qiyamulail, pahala sedekah, pahala zakat, pahala jihad, pahala zikir, pahala selawat, pahala membaca al-quran, pahala cinta (pada yang haq), pahala sabar dan sebagainya. Bagaimana ya rupanya? Mereka terlalu rindu kepada negeri akhirat dan tergiur dengan kenikmatan syurga.Syurga yang mana kenikmatannya tidak pernah dilihat oleh mata. tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati.

Termaktub di dalam firman-Nya:
“ Di antara kamu, ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu ada (pula) yang mengkehendaki akhirat…” (Ali Imran: 152)
Bagaimana wahai diri? Bagaimana dengan kita?


Fahamilah hanya jauhari yang mengenal manikam.


Doakan untuk saya... wahai para jauhari, agar seperti kalian yang bisa mengenal manikam. Jazakumullah kher...


Al-haqerah cuma,
ummulbarakah

Cara Membedakan Batu Akik Terbuat dari Kaca atau Batuan Alam

Batu akik yang konon harganya mahal tersebut, ternyata batu tersebut telah diketemukan oleh seorang nenek yang tinggal di Jawa Tengah. Nenek tersebut tinggal di lereng gunung Merapi. Mungkin kalau ditelusuri; masih ada hubungan darah dengan mbah Marijan dari canggahnya, warengnya, udeng-udegnya atau mungkin gantung siwurnya Mbah Marijan.

Ketika gunung merapi meletus pertama kali, “mbuh tahun piro” mungkin tahun 1006 katanya.

Ketika itu ada sorang nenek-nenek yang sudah renta namanya mbah Mariyem, namun kondisinya masih sangat sehat. Naik, turun gunung sudah biasa dilakukan setiap hari hanya untuk mencari kayu bakar. dan buah-buahan. Pada saat gunung Merapi meletus pertama kali tersebut, mbah Mariyem luput dari serangan wedus gembel karena saat itu mbah Mariyempun lagi nuntun wedus; sehingga wedus gembelnya agak segan dengan wedus yang di gembala sama mbah Mariyem.

Cara Membedakan Batu Akik terbuat dari Kaca atau Batuan Alam

Singkat cerita, seselesainya gunung Merapi itu meletus; keesokan harinya cuaca sangatlah cerah tidak seperti biasanya. Dan kebiasaan mbah Mariyem juga tidak berubah; mengeluarkan kambing(wedus) dari kandangnya dan membawanya ke hutan. Ketika itu mbah Mariyem melihat segumpal batu yang bersinar hingga menyilaukan pandangan mbah Mariyem. Mabah Mariyempun mencoba menghampirinya, apa sebenarnya yang mengeluarkan cahaya yang begitu terang dan indah tersebut.

Banyaknya jenis-jenis dan khasiat batu akik tentunya membuat bingung dan anda tidak ingin rugi jika membeli koleksi batu batuan tersebut, apa lagi banyak marak sekarang cara atau metode pemolesan batu imitasi dengan kimia-kimia sehingga sulit membedakan mana batuan akik palsu (terbuat dari kaca) atau batu akik yang asli (terbuat dari batuan alam).

Jenis Batu Akik

Berbagai jenis batu akik yang kita temui sekarang ini merupakan batuan yang berasal dari mikro kristal kuarsa dengan tingkat kehalusan dan kecerahan warnanya yang berbeda. Dalam perkembangannya, batu akik di Indonesia menyimpan banyak makna, seperti pengasihan, menunjukkan pesona asmara, rasa tentram bahkan membawa kewibawaan dan karisma pemakainya.

Berikut ini 7 jenis batu akik yang banyak di Indonesia:

1. Batu Mirah Delima
Batu mirah delima merupakan batu akik yang banyak dicari orang karena dipercaya bisa mengobati orang yang terkena racun dan menghilangkan penyakit mistis seperti guna-guna dan juga untuk menarik simpati.

Ketahui ciri-ciri merah delima pada artikel: Ciri-Ciri Batu Merah Delima Asli: Bentuk dan Asal Usul

2. Batu kecubung
Jenis batu akik kecubung ini banyak disukai pria karena memudahkan pergaulan yang dapat membangun relasi. Kecubung rambut dianggap meningkatkan gairah hidup untuk pria karena memperluas pergaulan.

Selengkapnya Baca Artikel : Cara Mengetahui Batu Kecubung Asli atau Palsu

3. Batu giok
Sepertinya banyak yang sering mendengar nama batu ini namun tidak mengetahui jika batu ini termasuk ke dalam jenis batu akik. Batu giok dikenal berasal dari daratan Cina dan biasanya berwarna Hijau. Batu giok dipercaya membuat hati bertambah tenang, tenteram dan juga banyak digunakan sebagai obat untuk penderita ginjal dan rematik.

4. Batu Amber
Batu akik amber banyak diburu oleh orang meskipun harganya bisa dibilang mahal. Hal ini dikarenakan khasiat batu amber mampu memancarkan karisma sehingga memiliki daya tarik yang kuat.

5. Batu intan
Batuan yang indah tidak hanya memberikan keindahan saja namun juga bisa meningkatkan rasa percaya diri si pemakai. Batu akik intan memberikan ketenangan batin dan menambah semangat hidup. Batunya yang biasanya berwarna putih jerni dan berkilauan memancarkan ketenangan.

6. Onix hitam
Batu akik ini menjadi salah satu jenis batu akik banyak yang digunakan para pebisnis karena khasiat batu onix hitam dianggap mampu memberikan perlindungan bisnis pada cincin tersebut.

7. Zamrud
Batu zamrud sering digunakan orang untuk mendatangkan kesejukan batin ketika sedang berada pada kesulitan dan kemudian menyejukkan dan mendatangkan ketenangan dalam hidup.

Ke tujuh jenis batu akik di atas memang dianggap mampu memberikan kemudahan-kemudahan dalam hidup namun yang perlu diingat adalah tidak ada kekuatan yang paling besar dari sang pencipta. Hendaknya untuk menyikapi setiap hal-hal yang kita lakukan dengan bijak. Karena bagaimanapun, akal sehat harus tetap berjalan untuk tetap berjalan di jalan yang semestinya.

Cara Membedakan Batu Akik terbuat dari Kaca atau Batuan Alam:

Berikut ini merupakan cara yg paling mudah Membedakan Batu Akik terbuat dari Kaca atau Batuan Alam adalah:
  1. Jika Batu di letakkan di tempelkan di pipi, terasa dingin insyallah batu itu asli. jika cepat menghangat bagai mana: setiap benda yang kita pegang pasti akan berubah hangat karena hantaran suhu badan kita, untuk batu akik, jika kita pegang akan lama hangat bahkan selalu terasa dingin dan akan cepat mendingin. jika di tempelkan di pipi terasa dingin
  2. jika di sulut dengan api putung rokok atau di bakar dengan korek api, maka tidak akan ada perubahan warna gosong atau titik meleleh pada batu, setelah lama di bakar atau di sulut pasti akan menghasilkan cairan minyak berwarna cokelat, nah jika ASLI ketika di usap maka cairan tersebut akan hilang dan tidak berbekas atau menempel kuat dibatu, jika palsu meski di olesi air atau minyak untuk menghikangkan, bekasnya tidak akan hilang. Jika di bakar atau di sulut api atau korek tidak meninggalkan bekas bakar yang aneh
  3. Meski dibakar batu akan panas dan kembali cepat mendingin, beda dengan kimia plastik atau kaca buatan, yang akan cukup lama menyimpan hangat atau panas.
  4. Lihat serat didalamnya dengan menerawang, jika asli serat dalam batu terlihat seperti retak-retak dan motif alami, karena jarang sekali kita jumpai batu mulia akik dengan mulus tanpa serat. anda pasti bisa membedakannya buatan alam dan manusia (Serat dalam batu)
  5. Tanyakan kepada ahlinya atau laboratorium untuk menguji kandungan batu.

Tiada ulasan: