Khamis, 18 Jun 2015

KITA MERANCANG...ALLAH JUGA MERANCANG...MERANCANG DIMANA SEGALANYA DALAM HAQ NYA...JUGA ADA YANG TELAH DITETAPKAN...KITA AJE RASA KUAT DAN BERLAGAK@PERASAN@SYOK SENDIRI















Maka benarlah apa yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran yang berbunyi:
"Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan." (Surah Ali Imran, 3:54)

Sunday, March 17, 2013

dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang..

kadang2 kita x sedar yang ada perkara2 yang kita lakukan, akan memberi impak dan kesan pada orang lain.
kadang2 kita lupa, kita bukan hidup seorang diri dalam dunia ni. banyak hati2 di sekeliling yang perlu dijaga, jasad2 yang perlu disantuni selayaknya sebagai makhluk Allah.
kerana manusia terikat dalam kitaran hidup manusia inilah, ada hati yang mungkin terluka dan terguris kerana tindakan yang datang juga dari seorang manusia.
sampai bila kita nak rasa bebas dgn kehidupan diri sendiri, perlakuan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang...
andai kata hati kita terluka atau terguris, maka percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya (':
kerana sifat Allah itu sebagai perancang yang Maha Sempurna.

"dan mereka merancang, Allah juga merancang. dan ALLAH sebaik-baik perancang" 3:54

Hadis Keempat ( Hadis 40 Imam Nawawi )


 

no-41

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم



Maksudnya:

Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim

HADITH 4

On the authority of Abdullah bin Masud, who said : the messenger of Allah, and he is the truthful, the believed narrated to us: “Verily the creation of each one of you is brought together in his mother’s belly for forty days in the form of seed, then he is a clot of blood for a like period, then a morsel of flesh for a like period, then there is sent to him the angel who blows the breath of life into him and who is commanded about four matters: to write down his means of livelihood, his life span, his actions, and whether happy or unhappy. By Allah, other than Whom there is no god, verily one of you behaves like the people of Paradise until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Hell-fire and thus he enters it; and one of you behaves like the people of Hell-fire until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Paradise and thus he enters it.”

Penerangan:

1. Nabi S.A.W menyebut peringkat kejadian janin di dalam perut seseorang ibu yang melalui tiga peringkat. 40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah. 40 hari ketiga menjadi seketul daging.
2. Ruh ditiupkan selepas empat bulan. Jika janin gugur selepas empat bulan, ia mestilah dimandikan, di kafankan, disembahyangkan dan dikuburkan di kaswasan perkuburan orang islam. Haram dengan sengaja menggugurkan janin.
3. Malaikat ditugaskan meniup ruh kepada janin.
4. Wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah:Ia merangkumi empat tahap:-
> Ilmu: Allah S.W.T mengetahui segala sesuatu.
> Catatan: Allah S.W.T telah mencatatkan di Luh Mahfuz ketentuan segala sesuatu.
> Kemahuan: Tiada suatu apa pun yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan kemahuan Allah S.W.T.
> Penciptaan: Segala sesuatu di langit dan bumi diciptakan Allah.
5. Gesaan memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba.
6. Bertawakkal dan berserah kepada Allah tanpa perlu khuatir kepada kefakiran kerana rezki telah ditetapkan.
7. Hidup manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu celaka atau bahagia.
8. Berwaspada daripada kesudahan yang buruk (su’ul khatimah). Untuk itu wajib bagi setiap muslim membersihkan batinnya sepertimana ia bersingguh-sungguh membersihkan zahirnya.
9. Perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. Perlu juga berwaspada daripada terpedaya dengan amalan sendiri.
10. Syurga dan neraka adalah hampir terhadap seseorang hamba.

Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
Allahu'alam.
.:Perancangan itu perlu, ttp ia tidak semestinya berlaku. Allah lebih tahu:.

ALLAH sebaik-baik PERANCANG!!!


salam muhasabah,
Alhamdulillah,setahun yang lepas telah saya habiskan pengajian di peringkat Diploma dan juga Sijil Tinggi Malaysia(STAM) dan alhamdulillah,semuanya di beri ruang kepada ALLAH untuk jalan yang lebih senang.
Dan Alhamdulillah,sebulan yang lepas saya mengisi BORANG ZAKAT Negeri Sembilan untuk peringkat pengajian yang seterusnya iaitu untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di al-Azhar,Mesir.Akan tetapi malangnya surat panggilan untuk di temuduga tidak kunjung tiba.Bermakna untuk mendapat kan “sponser” untuk ke Mesir agak mengecewakan.
Dan Alhamdulillah,dalam masa yang sama,sebagai “backup” jika tidak dapat ke Mesir,saya telah pun mengisi UPU atau Universiti tempatan di Malaysia,dan Alhamdulillah,saya mendapat panggilan ke ujian MedSI bagi panggilan pilihan pertama dan ke dua iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Arab(Pendidikan) dan pilihan kedua iaitu Pendidikan Moral,dan ujian MedSI pada 30April2011(sabtu).
Dan Alhamdulillah,dalam masa yang sama,kerajaan mengeluarkan kenyataan bagi sesiapa yang ingin ke Timur Tengah khususnya di al-Azhar,Mesir,hendaklah mengambil satu lagi imtihan(peperiksaan) di Malaysia bagi melayakkan pelajar-pelajar Malaysia ke sana,dan Borangnya telah pun di keluarkan oleh JPM untuk di isi oleh pelajar dan jadual imtihan berkemungkinan pada bulan 6.
———–
APA MOTIFNYA SAYA BERCERITA???!!
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama islam.Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka.
Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s.Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka di hancurkan oleh ALLAH yang mana dalam ayat yang seterusnya ALLAH menceritakan bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Qiamat.
Tafsir fi Zilalil Quran penulisan Syed Qutb menceritakan bagaimana perancangan ALLAH itu memusnahkan perancangan jahat kaum kafir quraisy.
Bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s kelangit itu adalah merupakan urusan ALLAH S.W.T dan tidak perlu untuk kita memikirkan urusan ALLAH dan perkara ghaib.Dan tidak perlu untuk di bahaskan dan di debatkannya.
Ayat ini (surah al-‘Imran ayat 54-58) jelas kepada kita bagaimana rapi dan hebatnya urusan perancangan ALLAH demi untuk membatalkan urusan rancangan tipu daya kafir quraisy.
Rujukan :
1- Tafsir al-Quran
2- al-Quran al-Karim bi riwayat hafsin li qiroati ‘asim (al-Tafsil al-maudu’ie) bil tadrij alluni(Bewarna)
3- Tafsir fi zilalil Quran,Syed Qutb Jil 1 m/s 403

sahabat-sahabat sekalian,kadang kala kita rasa mengeluh dengan apa yang kita buat,dan kadang kala kita rasa amat lah berputus asa dengan apa yang kita lakukan…
“aku dah apply UPU(Universiti) tapi x dapat”…
“aku dah minta kerja kosong tu,tapi x dapatt”..
“aku dah mohon bantuan zakat,tapi x dapat”..
“kenapa semua yang aku mohon x dapat?!!!”

Jika lah di takdirnya hatinya kosong dan lemah,saya yakin dan percaya bahawa pertama salahnya adalah di tuding pada ALLAH s.w.t kerana apa yang di minta sering tiada hasilnya.
Kita sering berdoa,sehingga menangis meminta dari ALLAH…
Kita kerap solat dan adakalnya tiada harinya selewat sebelum subuh untuk bangun mengejarkan Tahajjud dan hajat..
Kita kerap melakukan amal ibadah yang baik sehingga ada masanya merasakan tiada titik hitam dalam hati…
Tapi kenapa ALLAH sering sahaja tidak penuhi apa yang di hajati?kenapa ALLAH tidak tunai apa yang kita minta?
Adakalanya kita lihat mereka yang sering abai tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH sering ALLAH beri kesempatan pada dia untuk mendapat yang terbaik.
APA YANG PERLU KITA BUAT??!!
1 – Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia– Sahabat,Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia.ALLAH jadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia.Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH?Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan.
2 – Tenang kan hati dengan zikruLLAH – Sahabat,ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”,InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T.
3 – Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG – Sabahat,Seperti dalam permualaan penulisan saya,ALLAH berfirman وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ yang membawa maksud “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.Ingatlah sahabat,ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!!ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!
4 – Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa – Sahabat,teringat saya pada satu hadith Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya,pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita.
Namun,pasti sahaja dari kalangan kita terdetik dalam hati mengenai point yang ke -empat iaitu berkaitan dengan surah al-mu’min ayat yang ke 60.Pasti ada kalangan kita yang berkata…
“aku dah banyak kali berdoa,tapi ALLAH tak makbulkan juga”…
MasyALLAH sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH suka akan rintihan hamba-hambanya tatkala kita berdoa kepada-Nya,ALLAH rindu untuk mendengar suara kita merintih mengharapkan hajat kita di perkenankan.
Hampir sahaja semua umat manusia lupa setelah hajat mereka di perkenan ALLAH,berapa ramai dalam kalangan kita mengucapkan syukur tatkala mendapat kemenangan??berapa ramai??
ALLAH rindu akan doa2 umat islam,sengaja ALLAH melambatkan perkenan doa kita kerana yang utamanya pendapat saya,ALLAH rindu akan rintihan hamba-hamba-Nya.
Baiklah sahabat,….
ALLAH sebaik-baik perancang….
Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir…
Mungkin kita tidak mendapat tawaran kerja di tempat yang kita minta ALLAH gantikan dengan KERJA YANG LEBIH BAGUS….
Mungkin kita tidak mendapat universiti yang kita minta ALLAH gantikan dengan UNIVERSITI YANG LEBIH BAGUS
Mungkin kita tidak mendapat bantuan ketika waktu belajar ALLAH gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah…

Ingatlah sahabat!!!!ALLAH sebaik-baik perancangan!!!Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH…

Kita Merancang, Allah Juga Merancang

‘Hari ini ustazah nak minta setiap seorang dari kamu menulis satu karangan pendek ‘
‘Ala..nak tulis panjang ke ustazah?’ salah seorang dari mereka bertanya.
‘Tak perlu panjang, satu perenggan dah cukup’ saya menjawab.
‘Tajuknya, kalau saya satu benda, saya ingin jadi apa? Tuliskan juga sebab-sebab kamu pilih benda tersebut dan kemudian lukiskan benda itu.’ Saya memberikan arahan seterusnya.
‘Baik,’ serentak mereka menjawab.
‘Jangan lupa tuliskan tajuk dibahagian atas kertas. Hari ini kita belajar tentang tauhid,’ saya menyatakan sambil menulis tajuk yang sedang dipelajari di papan putih.

SAYA INGIN MENJADI……
‘Kalau saya satu benda saya ingin menjadi teddy bear,’ kuat dan jelas suara Fairuz membaca karangannya.
‘Kenapa nak jadi teddy bear?’ soal saya teruja.
‘Saya ingin menjadi teddy bear kerana saya ingin disayangi. Manusia bukan teddy bear, kadang-kadang teddy bear menjadi tempat curahan perasaan.’ Dia membacakan karangan ringkasnya.
Saya beralih pula kepada pelajar perempuan lain.
‘Maryam ingin menjadi baju yang direka dengan pelbagai warna dan menarik perhatian manusia, Sarah pula mahu menjadi sebuah komputer dengan perisian canggih terkini, manakala Auni mahu menjadi sebuah robot perempuan dengan fungsinya sebagaimana manusia biasa. Menarik!
Tiba pula giliran pelajar lelaki membacakan karangan mereka.
Musa mahu menjadi Menara Berkembar Petronas, manakala Muaz disebelahnya pula mahu menjadi sebuah kitab suci al-Quran. Mus’ab mahu menjadi sebuah pintu dan Hakim pula mahu menjadi sebuah buku. Semuanya ada sebab masing-masing yang tidak kurang menariknya.
Tetap Mikail mahu menjadi  pistol. Pistol? ‘Ye saya nak jadi pistol sebab kalau ada orang jahat, saya boleh mempertahankan diri dan orang lain,’penuh yakin dia memberikan sebab. Saya tersenyum.

KITA BERUSAHA, ALLAH MENENTUKAN
‘Baik, semua jawapan beserta sebab-sebab yang diberi bagus dan menarik, tetapi tentu kamu tertany-tanya, apa pula kaitannya denagn pelajaran tauhid, bukan?’ saya melontarkan persoalan untuk membuka minda mereka.
‘Sebenarnya ustazah nak sentuh tentang kekuasaan Allah sebagai Tuhan yang menentukan segala-galanya. Dalam rukun iman, ia disebut sebagai beriman dengan qada’ dan qadar.’
‘Cuma, satu perkara yang kita kena ingat, tidak semua yang kita impikan akan berlaku sebagaimana yang kita mahu sebab Allah mempunyai perancangan yang lain yang kita tidak tahu.’
‘Ada sebab mengapa berlaku sebegitu. Allah memberi  kita semua keupayaan untuk berikhtiar dan berusaha sebaik mungkin. Kita ada akal untuk berfikir, ada tenaga untuk bekerja .  Apabila sudah berusaha sehabis daya , namun hasil yang kita dapat tidak sebagaimana yang kita ingini, itulah dugaan yang Allah datangkan supaya kita melipatgandakan lagi usaha yang ada. ‘
‘Bukan dengan berserah semata-mata atau menyalahkan takdir atas setiap keburukan yang menimpa. Allah berikan pelbagai ujian itu untuk melihat samada kita akan terus beriman atau tidak, samada kita masih tetap meminta bantuan dari Allah atau kita menjadi semakain jauh darinya.’  Allah mahu melihat bagaimana usaha kita berdepan dengan  ujian yang diberi. Adakah masih patuh dan taat mengikut syariat Allah atau terus melakukan perkara yang Allah benci?
Kerana itu, Rasulullah mengajar kita bagaimana orang beriman apabila datang ujian hidup dan ujian keburukan mereka  bersabar dan apabila diberi ujian kebaikan maka mereka bersyukur.’
Rasulullah bersabda yang maksudnya: ‘Sungguh amat mengagumkan keadaan mukmin itu kerana semua urusannya itu baik baginya. Apabila ia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur,maka itu menjadi kebaikan baginya dan apabila ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu juga menjadi kebaikan baginya’ (Riwayat Muslim)
‘Itulah maksud beriman kepada qada’ dan qadar, iaitu kita yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita samada yang baik atau buruk, semuanya berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha sebaik mungkin, tetapi hasilnya tetap Allah yang menentukan.’

DIA PENENTU SEGALANYA
Sememangnya perjalanan hidup tidak selalu seiring dan sejalan sebagaimana yang kita harapkan. Tiada manusia yang menginginkan keburukan dan kekecewaan berlaku dalam hayat yang sementara ini. Bahkan apa yang kita mahukan adalah semua yang baik-baik belaka.
Akan tetapi hidup didunia ini merupakan ujian dan masalah yang tidak berpenghujung, ianya datang bersilih ganti sepanjang perjalanan, dengan ‘rupa’ kebaikan atau keburukan. Ia sebagai satu hikmah daripada Allah untuk melihat umat manusia, siapa yang benar-benar berjihad dan bersabar dijalannya.
Allah berfirman yang bermaksud: ‘Sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang yang berjihad dan bersabar antara kamu dan agar kami menyatakan (baik buruknya hal ehwalmu). ‘ (Surah Muhammad: 31)
Justeu, walau apapun yang sedang kita impikan atau angan-angankan, wujudkan satu ruang dalam jiwa untuk DIA. Lantaran apa yang ada dalam pengetahuan Allah, benar-benar berada diluar kuasa dan jangkauan kita. Hanya ikhtiar yang tidak mengerti putus asa, doa, harapan dan tawakal, menyediakan kita dengan jiwa yang tenang dan redha atas setiap ketentuan yang Maha Esa.

KISAH DUA POHON
Suatu ketika, ada dua batang pokok yang tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan. Kedua-duanya saling berbicara antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing.
‘Aku berharap satu hari nanti aku ditebang dan akan menjadi peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan barangan kemas yang bergemerlapan. Badanku akan diukir dengan ukiran yang indah. Semua orang akan memuji kecantikan dan keindahanku,’ kata pohon pertama yang memasang angan-angan.
‘Aku pula mengimpikan menjadi sebuah kapal yang besar dan teguh. Akan membawa raja dan permaisuri belayar merentas lautan sehingga kehujung dunia. Mereka yang diatasku akan berasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku, ‘ pohon kedua pula menyuarakan impiannya.
Selang beberapa tahun selepas itu datang sekumpulan pembalak. Setelah ditinjau, kedua-dua batang pokok itu dipilih untuk ditebang dan dijadikan kayu.

TAKDIRNYA BEGITU
Sebaik tiba ditempat tukang kayu, pohon pertama dipotong dan digergaji untuk dijadikan sebuah kotak kayu dan digunakan sebagai bekas makanan untuk haiwann ternakan. Ia diletakkan di dalam sebuah bangsal. Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Disana , dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil menangkap ikan. Musnahlah harapan kedua-duanya.
Tiga tahun berlalu, kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian yang pernah mereka semai.
Pada suatu hari, sepasang suami isteri yuang entah dari mana  tiba di bangsal tersebut, tempat kotak kayu berada. Di bangsal ini, si isteri melahirkan seorang bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka, pasangan suami isteri tersebut membaringkan anak mereka didalam kotak kayu berisi jerami kering itu. Hanya kotak itu sahaja yang dapat member keselesaan kepada si kecil.
Pohon pertama turut merasai keperluannya saat ini. Kini, dia menyedari walaupun tidak dapat menjadi peti simpanan harta dengan kilauan emas permata, namun dia kini sedang memegang suatu harta yang sangat bernilai, seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa namun akan membesar dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.
Ditempat lain, bot kecil sedang digunakan oleh sekumpulan nelayan ke tengah samudera untuk menangkap ikan. Tiba-tiba, ribut besar melanda. Lautan yang tenang mula mengganas. Bot kecil itu terumbang-ambing dihempas badai.
Bot kecil itu berasa tidak mampu untuk menyelamatkan nelayan-nelayan didalamnya sehinggalah dia melihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakannya untuk terus bertahan menentang gelombang.
Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. Dengan senyuman lega nelayan berkata: ‘Kita selamat.’
Pohon kedua sebagai bot kecil itu berasa bangga dan gembira. Dia menyedari walaupun tubuhnya kecil, kini berdiri seorang ‘raja’ yang gagah dan berjasa.

Usah mengeluh.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
picture by Converse001 of devianART.



Hidup adalah sebuah ujian. Ujian yang menyebabkan kita kena membuat pilihan demi pilihan. Hidup juga adalah sebuah percaturan, tersilap melangkah mungkin membawa kepada jalan yang berduri. Dan hidup juga bermain dengan perancangan yang kadangkala menjadi dan adakalanya tidak.



Kita membuat perancangan. Cantik, kemas dan tersusun. Persiapan dilakukan. Hanya menunggu masa untuk dilakukan. Tapi tiba-tiba segalanya berlaku sebaliknya. Apa yang kita rancangkan semuanya tak dapat dilakukan. Terpaksa ditunda atau yang lagi teruk, dibatalkan! Tentu terselit rasa sedih dan kecewa kan?

"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal." Seringkali dengar ayat ini kan? 

Samalah seperti kita berjalan tanpa arah tujuan tentu kita tidak tahu kemana hala tuju kita bukan? Bagaikan hidup tanpa arah pegangan. Tentu tidak tahu mana matlamatnya, tidak tahu mana akhirnya. Tentu sukar. 

Itu yang dikatakan kenapa orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Tapi kadang-kadang, kita buat perancangan tapi tetap gagal. Kenapa? 

Allah sebaik-baik perancang.


Mengimbau kembali saat ditinggalkan AirAsia (KLIK sebelah -.-) tahun lepas memang pada mulanya menyedihkan. Bayangkan, sampai-sampai sahaja di LCCT, kapal terbang baru sahaja berlepas. Oh, luluh hati! Tambah sedih bila tiket MAS dan AirAsia ke Kelantan sudah habis! 

Tapi semuanya bertukar jadi satu pengalaman yang terindah. Kenapa? Sebab kerana tertinggal  flight, saya balik kampung dengan ayah saudara yang kebetulan masih ada di KL. Mana pernah lagi sebelum ni. Tambah-tambah sebab musim raya, memang terasa lain. Seronok. Lagipun merasa juga pengalaman kena tinggal tu. Bercampur baur perasaan. (=


Itu kisah tertinggal kapal terbang. Kisah lain? Banyak lagi. Banyak benda yang kadangkala nak dilakukan tapi akhirnya tertangguh. Ada benda yang sebab-sebab tertentu, terpaksa ditunda. Mula-mula memang terlepas juga keluhan itu, "kenapa ini, kenapa itu.", "kan bagus begitu, lebih baik begini." Mengeluh bagaikan tahu kisah cerita yang ditulis olehNya. 


Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya. 


Bukan mudah tapi tak mustahil, bagi jiwa-jiwa yang beriman. (=


Kita hanya mampu untuk merancang dan kita kena ingat yang Allah jua merancang dan hanya Allah yang menentukan segalanya. 


Mungkin di mata kita, itulah perancangan yang terbaik tapi tidak pada Allah. Mungkin itu yang salah tapi kita tidak tahu itu yang terbaik buat kita. Bukankah,



"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Benarlah, Allah sebaik-baik perancang. Percaturan yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Allah Maha Mengetahui segalanya. Itu pasti.


Sesungguhnya bila kita melihat sesuatu apa yang berlaku dengan mata hati, sandarkan segalanya pada Allah, tentu tiada keluh kesah itu. Tentu kita takkan mengeluarkan perkataan 'kalau'. Tentu kita menerima segalanya dengan berlapang dada di saat ia terjadi. 


Ayuh, berusaha untuk menjadi hamba yang paling yakin dengan doa dan paling redha dengan ketentuanNya. (=

Tiada ulasan: