Ahad, 7 Jun 2015

ADAKAH KITA MEMILIH JADI BATU API DARI MENJADI PENDAMAI











Sunday, February 24, 2013

Peringatan kpd orang Islam yg beriman


Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat beberapa nas dan dlil al-Quran dan as-Sunnah tentang keawajipan setiap anak itu terhadap kedua ibu bapa mereka, maka segala-galanya itu menentukan sama ada si anak tu akan bahgian dalam kehidupan ahiratnya atau tidak.
Kali ini kita lihat pula beberapa perkara yg juga memudaratkan akhirat kita. Perkara-perkara yg kita sebutkan ini amat relevan sekarang ini, terutama kpd orang politi - yg memimpin dan yg dipimpin, yg berkuasa dan yg mencari kuasa, kerana sudah lebih setahun berjalannya kempen - secara langsung atau tidak lagsung - menjeang tibanya Pilihanraya ke-13. Apa yg disebutkan dalam post ini amat elevan kpd ahli poitik atau orang politik, krana merekalah yg banyak melakukan apa-apa yg ditegah dalam ketetapan as-Sunnah tersebut.

Sifat Mengadu Domba (Menjadi Batu Api)
 
Cuba kita lihat seterusnya bebarap prinsip dan panduan hidup umat Islam lain yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Hadith berikut amat penting kita hayati kerana jika kita tergolong dalam golongan yang disebutkan di dalam hadith tersebut, pastilah amt rugi kita semasa di dunia dan lebih-lebih lagi di ahirat kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim hadith daripada Hamam hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘ La yahkhulul jannata qattatun.' [Yg bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang menjadi batu api (yakni, mengapi-apikan dikalangan manusia supaya timbul pertengkaran dan perselisihan faham dan perbalahan atau bermusuh-musuhan antara mereka).] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab] Sesiapa yang menjadi ‘batu api’ tidak masuk syurga. Amat bahawa sifat tersebut. Jika kita sentiasalah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu semata-mata untuk menimbulkan kekacauan antara orang, maka kita menjadi batu api. Kita penyebab berlakunya pertengkaran atau pergaduhan atau berbalahan. Maka, tidak ada gunanya pada kita. Malah kita menempah kedudukan yang amat merugikan kita di akhirat kelak.
 
Suka Mededahkan Rahsia Orang

Satu lagi sifat yang sering ada di kalangan kita orang Melayu adalah suka mencari-cari rahsia dan keaipan orang lain. Setelah kita mengetahui sesuatu keburukan atau keaipan seseorang itu, dengan suka rela pula kita hebahkan kepada orang lain. Dan, kita suka menceritakannya kepada orang lain apabila wujud kesempatan untuk berceita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Jubairin hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘ Lamma ‘urija bi mararrtu biqaumin lahum azfarun min nuhasin yakhmisyuna wujuhahum wa-sudurahum’, [Yg bermaksud: Ketika aku dinaikkan (yakni, Isra’ dan Mikraj) aku melalui (yakni, melihat) atas satu kaum bagi mereka (yakni, mempunyai) kuku-kuku mereka daripada besi yang tajam mencakar beberapa wajah mereka dan dada mereka], ‘faqultu man haula-i ya Jibrilu[Yg bermaksud: Bersabda aku (sabda Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Jibrail (a.s)): ‘Siapa mereka itu wahai Jibrail (a.s)?’],(sambung Jibril (a.s): 'haulail-lazina yakkuluna luhumannasi wa-yaqa’una fi ‘aradihim.' [Yg bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang memakan daging manusia dan menyebarkan dalam rahsia-rahsia mereka.] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Rasulallah (s.a.w) semasa menjalani Isra’ dan Mikraj diperlihatkan oleh Allah (a.w) di dalam neraka manusia yang diseksa kerana suka mendedahkan rahsia dan keaipan orang lain semasa hidupnya. Mereka dibekalkan dengan kuku panjang dan tajam, dan dengan kuku itu mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri, tanpa henti-henti. Apabila bertaup balik daging dan kulit muka dan dada mereka, mereka cakar semula. Sudahlah sakitnya tidak dapat dibayangkan, tetapi seksaan tersebut diulangi tanpa kesudahannya! Oleh itu berwaspadalah kita dan buanglah sifat yang suka mencari keburukan seseorang dan menyebarkannya. Kalau kita tahu maka suatu masa akan kita hebahkan juga secara tak senagaja. Yang paling selamat usah dijadikan tabiat mencari-cari keburukan atau rahsia orang lain.
Saudara,
 Hadith di atas ini menceritakan apa yang berlaku kepada manusia yang Islam di akhirat kelak, menerima balasan kerana menganianya saudara mereka sesamasa Islam yang diumpamakan seolah-olah memakan daging saudarnya sendiri. Mereka adalah golongan manusia yang mendedahkan rahsia peribadi saudara sesama Islam. Apa saja rahsia, terutama rahsia keburukan yang diketahuinya dari saudara Islam yang lain dihebah-hebahkannya atau didedahkannya untuk membolehkan orang lain tahu keburukan saudaranya itu.
Saudara, 
hari ini dalam keghairahan orang politik berkempen untuk mendapatkan pengarauh atau untuk mengekalkan pengaruh di kalangan rakyat, setiap saat mereka bercakap pasti mereka akan terlibat dalam dua perkara ini. Tidak sedar mereka bahawa mereka sebenarnya menyipkan diri mereka untuk terlepas dari mendapat ganjaran syurga.  Kita sebagai manusia biasa wajiblah akur dan berwaspada supaya tidak sama-sama diheret dan terheret ke kancah kemusnahan tersebut.

Jazakallahu khairah

Orang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

RINTANGAN PERTAMA:
ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA
Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:

“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka. Ibnu Mu’taz pernah berkata:

“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Dalam hubungan ini Allah Subhanahu Wata’ala telah memerintahkan Nabi dan umatnya supaya berlindung dari bencana golongan pendengki. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dan kejahatan makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. ” (Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)
Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Sebenarnya orang-orang yang dengkikan kelebihan, kebolehan dan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada para Du’at mempunyai jiwa yang berpenyakit, hati yang berkarat. Mereka sanggup membuat tipu-daya terhadap saudara mereka sendiri demi melepaskan kemarahan dan sentimen yang meluap dalam dada mereka. Sikap inilah yang pernah mendorong Qabil membunuh saudara kandungnya Habil. Perasaan dengki, marah dan dendam yang meluap-luap inilah yang mendorong berlakunya kejahatan tersebut. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dan salah seorang dan mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian ‘alam.” “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim. Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.”
(SurahAl-Ma’idah: Ayat 27-30)
Babak-babak dakwah Islam yang dilalui sepanjang sejarah zaman dahulu dan kini banyak memperlihatkan peristiwa-peristiwa tragis di mana penyebab utamanya ialah sifat hasad dengki. Bukan sifat dengki dan orang jauh tetapi yang datang dan kalangan sahabat handai sendiri. Salah seorang penyair bermadah:
Penganiayaan oleh kaum kerabat lebih berbisa dirasakan, oleh seseorang, dari tusukan pedang waja India.

Sekian banyak para pemimpin dan penguasa yang telah difitnah dan dicela, khabar-khabar angin dan kata nista dihadapkan kepada diri mereka; terbit dari rasa dengki orang yang sakit jiwa dan tidak mengendahkan maruah orang dan tanggungjawab akhlak terhadap orang lain. Sekian banyak tuduhan-tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian dan permusuhan yang didorong oleh perasaan dengki dan khianat. Banyak jamaah yang berpecahbelah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati; membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, — Tuhan alam semesta; tanpa mengambil pusing akan peringatan Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam. Baginda bersabda mengingatkan:
“Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.”
Kemudian baginda membaca firman Allah Subhanahu Wata’ala yang berbunyi:

“Orang-orang yang menyakiti para Mu‘min lelaki dan perempuan (dengan membuat fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut) tidak berdosa maka sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban pendustaan dan dosa yang nyata.”
(Surah Al-Ahzab: Ayat 58)
Bencana hasad dengki ini apabila telah berkobar boleh mendorong orang yang berkenaan melakukan berbagai-bagai kebodohan, boleh melakukan apa saja keburukan dan hal-hal yang dilarang; persis seperti api apabila ia berkobar marak; ia membakar daun-daun yang kening dan basah tanpa kecuali. Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta
kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi lawannya. Alangkah baiknya, kalau sebelum ia berbuat demikian ia menginsafi bencananya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam yang menyelar orang-orang sepertinya. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)
Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat dan menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasanalasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah. Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Ada di antara mereka yang berkata izinkan saya pergi dan jangan melibatkan aku dalam fitnah. Bahkan mereka telah pun terjebak dalam fitnah dan sesunguhnya neraka itu melingkari orang-orang kafir. Seandainya, engkau; hai Muhammad mendapat kebaikan maka hal itu merunsingkan mereka tetapi sekiranya engkau mendapat bencana kesusahan mereka akan berkata: Kami telah pun menyedari dan menghindari bencana tersebut awal-awal lagi. Kemudian mereka beredar dengan riang gembira. Katakanlah wahai Muhammad, tidak ada yang akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dialah Tuhan kami dan hendaklah orang-orang Mukmin bertawakkal kepada Allah.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 49-51)
Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya siksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat dan sedar diri.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menyatakan:
‘Riba itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan Jenis dengan ibu sendiri dan sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis nama baik saudaranya.’ (Hadith riwayat A1-Tabrani)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak.
(Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahbat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat dengan sabdanya:
“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi:(Mengumpat ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Bersambung, insyaAllah.
INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.


Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang politik hari ini apabila mereka bertelingkah. Enggan mengiktiraf sumbangan pihak lain hanya kerana perbezaan politik yang ada.
Demikian juga dalam kehidupan, ramai yang enggan mengiktiraf kebaikan pihak yang dibenci sekalipun nyata kebaikannya. Ini adalah sifat yang tidak munsif atau kita sebut tidak insaf. Perkataan insaf di sini bukan seperti yang kita faham iaitu menyesal. Sebaliknya bermaksud sesuatu yang berada di tengah; tidak melampau dan tidak terkurang. Inilah arahan Allah kepada kita.
Dalam urusan jual beli, kita diharamkan mengurangkan hak orang lain, apatah lagi dalam urusan nilai dan harga diri orang lain yang lebih bermakna dari timbangan makanan dan barang, lebih utamalah untuk kita memastikan hak orang lain tidak dikurangkan. Firman Allah: (maksudnya):
“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).
Timbangan Amalan
Allah Tuhan Yang Maha Adil tidak menetap bahawa hanya orang tidak berdosa sahaja yang masuk syurga. Tidak juga menyatakan bahawa setiap yang ada dosa akan memasuki neraka. Sebaliknya al-Quran menyatakan bahawa seseorang ditimbang amalan baik dan buruknya. Maka, sesiapa yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya, maka dia berjaya. Begitulah sebaliknya; sesiapa yang amalan buruknya melebihi amalan baiknya, maka tempatnya neraka. Firman Allah (maksudnya):
“adapun orang yang berat timbangannya (amalan baik), maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sesiapa yang ringan timbangannya (amalan baik), maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalan engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Setelah Allah menetapkan demikian, bagaimana mungkinkah kita ingin memutus hanya insan yang tidak berdosa sahaja yang layak untuk diiktiraf sebagai insan yang baik?! Sebaliknya, insan yang baik itu ialah seseorang yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya.
Semua Berdosa
Sabda Nabi s.a.w:
“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah/ dihasankan oleh al-Albani).
Justeru, setiap kita tidak sunyi dari kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci dari dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri. Sementara orang yang buruk keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.
Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikap dirinya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali kepadaNya. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53).
Jahat Tak Menafikan Baik
Dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).
Walaupun dia minum arak, itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihannya itu. Kita lebih wajar demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.
Diri Sendiri
Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.
Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):
“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).
Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.
Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:
“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)
Seimbang
Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).
Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:
“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.
Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.
Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”. (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).

Friday, February 27, 2015

Bila Kawan / Ahli Keluarga Bergaduh.....Orang Lain Jangan Jadi Batu Api



Salam sejahtera....dah hafal lagu korea kat entry lepas....dah yer...ok bagus.....hehehe

Entry kali ni aku nak terangkan apa yang patut kita buat bila kita dapat tahu kawan kita bergaduh dengan kawan kita juga....atau kawan kita bergaduh dengan sipolan-polan....

Apa2 isu sekalipun baik sekecik-kecik hama tetap takkan selesai jika ada sahaja dikalangan kita suka menjadi batu api bila dapat tahu ada kawan bergaduh dengan orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak......

Kadang benda tu cuma hal atau isu kecil jer.....kawan kita tu boleh jer settle sendiri....cuma updet buat melepaskan rasa jer....ini tak...asal nampak status kawan 2 yang tengah marah atau bengang dan meluahkan perasaan...kita pun mula menyibuk tanya....kenapa...??? siapa...?? PM plisss....

Konon nak prihatin dengan memberi sokongan tapi hakikatnya dalam tak sengaja terlibat jadi batu api.....

Aku kalau nampak status camtu....biasa aku buat derk jerrrr.....jangan kata komen...like pun tidak....kalau waktu tu aku punya adrenalin tengah laju...maka aku akan tegur.....kalau otak aku tengah sumpek.....buat derk dahh aihhh.....kang dia totet totet aku pun tak dapat nak pikir nak jawab apa....

Kita ni kadang bukan tau apa isu sebenarnya.....yer ker kawan kita tu tak salah yer ker lawan kawan kita tu betul......cuba hint sikit2....biasalah org marah...tanya sikit tu diaaaa...semua keluar....dia cerita tak salah...tapi kita yg salah sebab dah tanya tapi tak bagi nasihat...malah jadi batu api lagi.....itu yang banyak aku nampaklahhh.....aku pun sama kadang2 tapi masih boleh kawal dari melarat....kita dengar dulu...pastu kita sokong dia...biar dia lega dulu pastu baru nasihat.....selagi boleh elak kita elak....selagi boleh tepis kita tepis.....

Orang kena nasihat nih biasanya'lah'kannn....mula2 dia akan menyampah ngan kita sebab kita cam tak sokong dia...tapi percayalah.... lama2 kelamaan bila dia dah cool down mesti dia akan terfikir akan segala nasihat kita....

Tabiat orang marah ni sama jer....dia akan cerita apa yang dia rasa...bukan cerita apa yang sebenarnya terjadi.....stendedlah...sapa nak mengaku salah dan nak kalah...yerrr dakkk

Oleh itu jangan jadi minyak petrol simbah kat api....silap2 bukan kawan tu terbakar ngan kita ngan orang sekeliling pun boleh ikut burn sama....

Tak salah kita jadi orang yang penyabar biarpun kita tak salah.....

Tak salah kita diam walaupun kita benar......

Tak salah jugak kita buat derk demi menjaga hati kawan yang tengah marah.....

Lagi satu aku nak nasihat....aku pernah buat tapi aku menyesal....mujur dah minta maaf...delete status dan taubat segalanya....jangan up status tentang keluarga...maksud aku yang baik2 takper...contoh keluarga mertua baik ....saudara mara penyayang...ahli keluarga kita baik dan kita sayang mereka....itu takper....

Tapi jangan up status aku tak suka keluarga pasangan.....benci ngan ipar duai....ahli keluarga mereng dan tak betul dan sebagainya....bukan keluarga kandung kita bolehlah kita nak kutuk sesedap rasa....tapi kena ingat...itu keluarga kandung pasangan kita....kita nak khawin dengan dia tapi kita benci dan buang ahlli keluarga pasangan sebab ada yang tak berkenan kat mata kita....

Jangan camtu.....hal keluarga adalah aib yang kita kena jaga.....aib keluarga bukanlah aib laki bini semata....tapi aib keluarga adalah aib adik beradik saudara mara kita dan saudara mara sebelah pasangan kita...sekalipun tak suka....benci diorang dan blablabla...bincang dalam forum keluarga sajer...jangan heret orang luar....orang luar apa tau....jadi batu api pandailah....

Itulah yang paling aku takut dan paling aku tak suka...menceritakan hal2 aib keluarga pada umum.....becerita pada umum masaalah keluarga takkan menyelesaikan masaalah.....menambah dosa lagi adalah....

Kalau betul ada masaalah dengan keluarga...carilah seseorang dan luahkan pada kawan yang boleh dipercyai yang sifatnya adil dan dapat memberi nasihat....disaat hati sedang marah kita perlukan KAWAN bukan cari si BATU API....

Oklah....aku nasihat dan tegur sebab aku sayang......bukan sebab aku penyibuk....nak terima atau tak itu hak masing2...kalau tak nak aku tegur dan nasihat....boleh hide aku unfriend dan block aku kat mana2 yang aku ada....takder masaalah...walaupun bukan semua kemungkaran dapat aku cegah dengan tangan....dengan selemah-lemahnya iman aku akan cegah dengan hati ..

50 Ciri Dan Tanda Orang Munafiq

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Muafik.
Banyak perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan. Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq tersebut:

1. Lupa Kepada Allah SWT
Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja.

2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadis Nabi SAW:  “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).” 

3. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT:  “…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas…”  (An-Nisa’: 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apa lagi untuk menyemak dan menghayatinya.

4. Melalaikan Solat Fardu
Firman Allah SWT:  Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (SurahAl-Ma’un : ayat 4-5)

5 Meninggalkan Solat Jumaat
Rasulullah SAW ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu terluang dan tidak memiliki uzur syari’i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

7. Menghina Nabi dan Sahabat Rasullullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah mempersendakan hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, Jatuh Kafir.
Firman Allah SWT:  “…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”  (At-Taubah: 65-66)

8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-Ayat Allah
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.

9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian Allah dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

10. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
Dan dalam hadis Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadits lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa bersumpah demi amanat, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

13. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

14. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Sabda Rasulullah SAW:  “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya.
Firman Allah SWT:  “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”  (Al-Ahzab: 19)

17. Mengumpat
Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

18. Hasad Dengki
Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

19. Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.” 

Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.” 

20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

21. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

22. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya.
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam bahkan menghilangkan pahala ikhlas.

23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah SWT
“Kalau kamu melakukan perdagangan dengan riba, hanya menjadi penternak-penternak dan gembira hanya dengan bertani saja dan meninggalkan jihad (perjuangan) maka Allah akan menimpakan kehinaan atasmu. Kamu tidak dapat melucutkan kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Ad dienmu.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

24. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa  memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sedikit, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain hukumnya berdosa besar.

28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang adalah wajib dibayar. Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” (HR. Ahmad)

30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan mewar-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada individu.

31. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran
Firman Allah SWT:   “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.”  (Surah At-Taubah; ayat 65-66).

32. Berasa Aman Daripada Murka Allah Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari kemurkaan dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

33. Bermuka-Muka
Sikap penuh kepura-puraan menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata dan lidah bercabang dua. Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya.

34. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelaran itu, seperti panggilan hai fasiq, hai kafir, hai pelacur, hai penjudi, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut sememangnya beriman dan telah bertaubat.
“Orang-orang yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam.” (Ibnu Jarir)
Firman Allah SWT:   “Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan perbuatan).” (Surah Al Humazah: 1)

35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun sesama masyarakat.

37. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
Menjadi batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.

38. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah SWT.
“Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:283)
39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.

40. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya

41. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
Membuat sesuatu perkara dan keputusan kemudian merubah semula dalam masa yang singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.

42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
Firman Allah SWT:  “Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai…”  (An-Nisa’: 108)

43. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam

44. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno dan narkotik.

45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka Menyesatkan Orang

46. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu… semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi seperti menggondolkan hutan dan bukit bukau tanpa mengadakan perbaikan. 
Firman Allah SWT:  “Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”  (Al-Baqarah: 11-12)

48. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

49. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

50. Mengingkari Takdir Allah SWT
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Sesungguhnya orang yang tidak dapat menerima kekalahan dan menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur, rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah SWT.
.
Ingatlah Allah SWT  berfirman dalamAl-Quran:

  الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْمُنكَرِ‌ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُ‌وفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 67)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Gambaran Siksaan
 
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.
"Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti".   Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku  terus berjalan.
"Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya,  tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."
Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat"
Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."
Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu"  Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku"  Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk" 
Berikut adalah  gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.

Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan  orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak  sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.


Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan   kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA

26 Juni 2010
Pada suatu hari Uqa’il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa’il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahwa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahwa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar.”

Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa’il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahwa Uqa’il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa’il bin Abi Thalib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, “Jika padamu ada air, berilah aku minum!”
Uqa’il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, “Katakanlah kepada Rasulullah, bahwa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : (“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu).” “Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku.”
Peristiwa yang ketiga ialah, bahwa ketika Uqa’il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, “Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu.” Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, “Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?”
Jawab orang kampungan itu, “Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan).” Rasulullah S.A.W bertanya, “Mengapa engkau menderhakai dia ?”
Jawab unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya’. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay’ itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka.”
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahwa dia tidak akan meninggalkan solat Isya’. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Punca utama perceraian di Malaysia

PUNCA  UTAMA  PERCERAIAN  MENINGKAT  IALAH   FASIK/PEMBOHONG
Apa yang dinyatakan ustaz azhar dan sebahagian besar ustaz yang lain tiada salahnya.
Yang penting kita kena nayatakan yang benar walaupun pahit, Jika sudah diawalnya berbohong/fasik maka kita akan menjadi
pembohong sehingga akhirnya. Kerana kefasikan sesudah beriman dan bertaubat serta faham ilmunya kemudian mereka
mengulangi2nya lagi maka mereka lebih jauh tersesat dan semakin sukar untuk memahami jalan mana yang hak dan jalan mana
yang batil. Kerana hati mereka akan dibutakan. Berbeza dengan orang2 kafir yg baru memeluk islam.  


(74) Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (75) Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang kerana) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa. (76) Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (77) Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu dan mereka pula berkata: (Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah, padahal ia bukanlah dari sisi Allah, dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (78
(94) Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
(95) (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(96) Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(97) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
(98) Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
(1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(2) Lelaki yang berzina  tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula  tidak ingin berkahwin dengannya melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik danperkahwinan yang demikian itu diharamkan
kepada orang-orang yang beriman."

ADA BERTAN-TAN  ALASAN MEREKA BERIKAN  UNTUK “MENEGAKKAN  BENANG KERING”  DEMI UNTUK MENANG BERDEBAT DAN BERHUJAH TENTANG PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BENAR DARI JALAN-JALAN YANG HAK. DEMI KEPENTINGAN NAFSU YANG PENUH DENGAN KEPALSUAN YANG BATIL.
 LEBAIH BAIK MENJADI  ORANG GILA YANG MERABAN DAN MERAPU TUTUR BICARANYA TETAPI BERKATA YANG HAK PADA TEMPATNYA.

BERTEPATAN DENGAN PERIBAHASA MELAYU “  MENEGAKKAN BENANG BASAH “ SATU BIDALAN PEMBOHONG & SONGSANG, YANG SUDAH MENJADI KEBIASAAN  DAN KELAZIMAN DALAM MASYARAKAT MELAYU UNTUK MENTAFSIRKAN SESUATU DENGAN KEBENGKOKKAN DAN PEMBOHONGAN DEMI KEBODHAN SEJAK BERKURUN LAMPAU. ( ORANG YANG FAHAM WALAU SEDIKIT ILMUNYA LEBIH BERMUNAFAAT DARIPADA ORANG PANDAI YANG CERDIK TAPI  SANGGAP / SENGAL.

TAK PERCAYA AMBIL BENANG KERING DAN BENANG BASAH KEMUDIAN GANTUNGKAN ATAU LURUSKAN DI LANTAI , NANTI  KITA AKAN FAHAM BETAPA FAHAMAN SONSANG YANG DAH SEBATI DALAM  DIRI  MELAYU INI MENYEBABKAN NEGARA BERTAMBAH JAHANAM DAN PEMIKIRAN MELAYU BERTERUSAN SONGSANG SEHINGGA TIDAK ADA SATU TEKNOLOGI PUN YANG DAPAT DIBANGUNKAN OLEH BANGSA MELAYU BODOH INI. 
 NATIJAH KEBOHONGAN/KEFASIKAN APABILA DIPANDANG RINGAN DAN DIAMALKAN
APA YANG MEREKA PANDAI HANYA, BERCERAI BERAI DENGAN MEREKA CIPTA  BERTON-TON CERITA  DIDALANGI PEGUAM-PEGUAM/LOYAR BURUK SYRIE  ( KALAU BESI BURUK ADA JUGAK MUNAFAATNYA )  NI “ORANG” DAHLAH BUSUK HANYIR DAN FASIK  PULAK TU ( tidak semua tapi kebanyakkannya ).
 SEBAB ITU BANYAK PEMASALAHAN RUMAHTANGGA  APABILA DIRUJUK KE JABATAN AGAMA (SEBAHAGIAN TEMPAT  MEREKA BUANG PERKATAAN ISLAM  DALAM JABATAN INI ) ATAU PEGUAM SARIE  PASTI BENCANA KESUDAHANNYA.
MEREKA NI KENA RUJUK PADA Al-QURAN DAN HADIS SERTA PERHALUSI ISI KANDUNGANNYA JANGAN MENGIKUT HUKUM AKAL SERTA KIASAN CERITA YANG TIADA HUJUNG PANGKALNYA. JANGAN HANYA MAKAN GAJI BUTA ATAU DITIMPA PENYAKIT  RESAH TAK BERPENGHUJUNG  MENCARI-CARI PEMANGSA. MAKLUM RUMAH BANGLOW, KENDERAAN MEWAH  DAN KEHIDUPAN ALA-ALA VIP SEMUA MELEMASKAN DAN MEMERLUKAN   DUIT MAKA, JADILAH MEREKA BATU API, SAMAN MENYAMAN DAN SEBAGAINYA. MENJADI GELANGGANG PERMAINAN KINI.
KEMUDIAN MEREKA  BANGGA MENCANANG  MEMPAMIRKAN  DIDADA  AKHBAR “ MAHKAMAH SYARIAH BERJAYA MEMENANGI TUNTUTAN SAMAN TERBESAI ABAT INI”  HUH ! BODOH DANG BANGGANGNYA MEREKA-MEREKA YANG DIANGGAP CERDIK PANDAI AGAMA   TAPI MENYUNDAL MEMAKAN DUIT HARAM SEHINGGA SANGGUP BERHUJAH DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN SEDANGKAN MEREKA SEDAR YANG MEREKA GUNAKAN ITU BUKAN DALIL YANG HAK TAPI SEMATA-MATA KERANA KEMENANGAN DAN UPAH YANG TELAH DI BIDA SEJAK AWAL LAGI. "KALAU BERJAYA MEMBUAT PELANCARAN ROKET KEBULAN HASIL CIPTAAN TEMPATAN MENGHARUKAN JUGAK."
"“ BARANG SIAPA YANG BERDEBAT DENGAN AYAT-AYATKU DEMI KEPENTINGANNYA MAKA KAFIRLAH DIA “  JANGAN JADI PEMUKA AGAMA IBARAT “ API DALAM SEKAM”,”PAGAR MAKAN PADI”, “DURI DALAM DAGING”

BAIK PERGI MENOREH GETAH ATAU PENCUCI LONGKANG,  KALAU BERDOSA PUAN HANYA HANYA DENGAN POKOK,LONGKANG  DAN ALLAH. TAPI BAGI DALANG YANG MEROBOHKAN RUMAHTANGGA  DEMI KEUNTUNGAN DUNIA YANG SEDIKIT SEDANGKAN MEREKA TIADA DISITU SEBAGAI SAKSI YANG MENYAKSIKAN  MALAH MENJADI BATU API  DENGAN FALSAMPAH “ HANTAM SAJALAH LABU SAMPAI BOLEH  ASAL POKET PENUH “
BUKAN SAHAJA MEREKA BERDOSA KEPADA ALLAH, MALAH RASULNYA, INDIVIDU YANG DIZALIMI, KELUARGA MEREKA ANAK KETURUNAN MEREKA HINGGA TURUN TEMURUN.
 JANGAN SEBUK MENGEJAR PANGKAT IMAMA, KADI, PENTADBIR AGAMA KALAU SEMUA SEMATA-MATA KERANA TEMBOLOK. TAPI KECUT UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN.

NEGARA KITA SUDAH CUKUP KAYA DAN BERLAMBAK-LAMBAK   DENGAN DUDA DAN  JANDA TIRI, MAK TIRI, IBU TIRI, ISTERI TIRI, SUAMI TIRI , ANAT TIRI, NENEK DAN DATUK TIRI SAMPAI KESEMUA BARANG DAN PRODUK PUN DITIRIKAN HEBATKAN MALAYSIA NI YA HEBAT DENGAN KEBODOHAN. BARANG KALAU DAH TIRI NI MANA ADA TULIN MANA ADA QUALITI SEBAB ITU TENGOK DIRI KITA DAN SEKELILING KITA APA DAH JADI.  DALAM METRO TV1,TV2,TV3,TV9 BANYAK JAWAPANNYA DARI WARTAWANNYA SAMPAILAH KE ISI KANDUNGANNYA KERANA APA' KERANA KITA SUKA BUDAYA BERBOHONG DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEBOHONGAN YANG KITA BUAT..

SEBAB DARI ASAS PEMBOHONGAN INI MENJADIKAN MASYARAKAY MELAYU TERBIASA, SEHINGGA MENJADI RUTIN PEMAKAIAN  KEHIDUPAN HARIAN. SEHINGGA PERKATAAN BOHONG /FASIK MENJADI BENAR BAGI MEREKA DAN PERKATAAN BENAR  MERUPAKAN PEMBOHONGAN BAGI MEREKA.

MANA MUNGKIN  SESEORANG  YANG SENTIASA  MENGISI PEMAKANAN DAN PEMAKAIAN FSAIK/BOHONG DALAM  KEHIDUPAN SEHARIAN ,  DAPAT MEMAHAMI ERTI TAKWA DAN ISI KANDUNGAN AL-QURAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA, WALAUPUN MEREKA DIPANDANG TINGGI DAN  HEBAT DI DALAM MASYARAKAT. WALAU MEREKA MEMILIKI BERELONG-RELONG PHD , IJAZAH DAN KEDOKTORAN  SAMPAH. MEREKA SAMA SAHAJA KEBODOHANNYA SEPERTI KITA YANG SUKA MENDENGAR UNCKAPAN DAN UCAPAN MEREKA.
SEBAB ITULAH YANG BATIL TETAP HANCUR DAN YANG HAK TETAP BERDIRI
KERANA HASIL KEFASIKAN/KEBOHONGAN YANG MEREKA AMALKAN SERTA  SANGKAKAN BAIK SELAMA INI  AKHIRNYA JADI KUDIS YANG TIDAK TERUBATKAN LAGI DIBUMI MALAYSIA INI.MEMAKAN DIRI SENDIRI MENYEBABKAN HATI MENJADI BUTA UNTUK MENGENAL MANA YANG HAK DAN MANA YANG BATIL. MAKA SISTEM KEKELUARGAAN TERUS RUNTUH TANPA DAPAT DIBENDUNG.
MAKA BANGSA MELAYU TERUS SANGGAP BERANGAN-ANGAN MACAM MAT JENIN  YANG JATUH TERHEMPAS BERSAMA TANDAN KELAPA.
SELAGI HAK AL-QURAN DAN SUNAH RASUL ITU TERUS  DIPERMAINKAN TANPA BERJALAN DI ATAS HAKNYA. MAKA SELAGI ITULAH MEREKA TERTIPU DAN TAKKAN ADA SATU TEKNOLOGI PUN YANG DAPAT MEREKA CIPTA DAN HASILKAN  ATAS TANGAN MEREKA SENDIRI.  DAN BANGSA MELAYU AKAN TERUS RUNTUH WALAU ILMUNYA SELAUTAN LUAS.
BIAR BANGANG, BODOH , BAHLOL, SANGGAP, KUTU RAYAU, MAT REMPIT  DAN SEBAGAINYA JANGAN CAKAP BOHONG/FASIK DAN  MAKAN DUIT HARAM.
BIAR ROBOH KOTA MELAKA IANYA BOLEH DIBENA BALIK, TAPI KALAU ROBOH SESEBUAK KERAJAAN KELUARGA MEREKA SUDAH TIADA KETULINANNYA ,  JADILAH MEREKA BANGSA YANG RUNTUH TURUN TEMURUN.  
NAK JADI PANDAI KLIK SINI…:
ORANG YANG SENTIASA BERBOHONG/FASIK AKAN MENGATAKAN PEMBOHONGAN ITULAH YANG BENAR. DAN UCAPAN DAN PENGAKUAN YANG BENAR TETAP DIANGGAP BOHONG OELH MEREKA.
TAK PERCAYA TANYALAH KAT JANDA-JANDA KEMUDIAN PADA DUDA-DUDA BEKAS SUAMI MEREKA / PEGUAM SARIE / PASTINYA UNGKAPAN BOHONG MEREKA MENJADI BENAR BAGI YANG MENDENGARKANNYA. J

1 ulasan:

Atiqah berkata...

Trima kasih nasihat brguna yg mndalam dri blog ini.semoga diluaskan rezeki awak.insaf baca 50sft munafik tu