Dr Asri: Siapa lebih bijak Tun M atau Ahmad Maslan?
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mempersoalkan, sekiranya Dr Mahathir yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan ekonomi negara tidak arif tentang cukai berkenaan, siapa lagi yang lebih arif dari pemimpin tersebut.
“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?
“Dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang berkata Dr Mahathir disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga menyarankan kerajaan agar membatalkan pelaksanaan cukai tersebut.
Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.
Dr Mahathir tak faham GST, kata Ahmad Maslan
Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.
"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.
Dr Mahathir hari ini mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Beliau sebaliknya menyarankan kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menyatakan pendirian sedemikian, sebelum ini beliau memberi gambaran Barisan Nasional (BN) bakal hilang undi jika GST terus dilaksanakan mengambilkira beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Pelaksanaan GST menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan satu sistem cukai yang lebih menyeluruh dan menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Bagaimanapun, Ahmad seringkali mempertahankan GST dengan mengatakan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah.
Malah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini juga mencetuskan kontroversi apabila mengecam Ahmad dalam sebuah forum yang diadakan di Shah Alam.
Selain itu, Ahmad juga menjadi bahan ejekan di dalam media sosial ekoran kenyataannya yang hanya menambah kemarahan orang ramai. – 25 April, 2015.
HahaHa...pecah perut gue dgr lu gelak..GST pnyer lawak.. jom tgok.. ahehehehe..heeeee...hehehe.. truk btul dia pnyer gelak.
Posted by Nan Hashim II on Saturday, 21 March 2015
Siapa lebih bijak Tun M atau Ahmad Maslan?
Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah terkenal dengan kebijaksanaannya.
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?,” tulisnya di Facebook.
Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci tentang GST daripada orang sekelilingnya.
Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.
Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik).
“Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?,” tulisnya.
CADANGAN UNTUK GST#PRKPermatangPauh #PRKRompin #LLLMAssalamualikum pada semua pemimpin,Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang prihatin. Walau pun kadang ada ketidakpuashatian, namun bila kita bersuara, kerajaan peka dan cuba memenuhinya. Contoh isu caruman KWSP, akhirnya suara rakyat di dengari. Sama lah juga soal GST. Kita tak boleh tolak kebaikan GST. Cuma ada kala bila tak ada pengalaman yang selalu buat huru hara. GST baru pertama kali di laksanakan di negara kita, dan kebaikannya kita akan nampak kemudian nanti.Selama ini cukai yang ada tak pergi kebanyakannya pada kerajaan. GST melindungi kerajaan untuk terus beri hasil terbaik pada rakyat sebab cukai sebelum ini banyak perniaga lari dari membayarnya kerana system cukai sebelum ini banyak kelemahan. Bila nak buat benda baik pasti ada halangan, tapi kita kena ada cara mengatasinya.Kita tak nak pihak pembangkang memutar belitkan cerita sebenar dan menafikan kebaikan GST dari pengetahuan rakyat. Namun, sebarang bentuk masalah kita kena atasinya bersama sebelum pihak pembangkang jadikan GST ni jadi salah dan fitnah untuk modal nak raih sokonganDengan itu harap pihak kerajaan dengar lah cadangan ini. Terima kasih
Posted by Lu Langsi Lu Mati - BN VS PR on Sunday, 26 April 2015
INGATKAN SATU , RUPANYA ADA DUA.
KENAPA si DAM (Datuk Ahmad Maslan) takut bebeno nak terima debat di hadapan rakyat lagi2 yg berkaitan dgn isu rakyat !!! Kalau dah 'kepala besar' UMNO pon takut nak berdebat sembunyi ketiak bini inikan pula hamba kuli yg di bawahnya... Cubalah ikut contoh keberanian Shabery Cheek berdebat wpun mulutnya berbuih2 dikerjakannya.. Apa kurangnya mulut kamu wahai DAM.. Tak berbuih pon takper janji gentle anak jantan berdebat di hadapan rakyat !!!

Kalau Dr M tak faham GST, bagaimana rakyat?
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?
"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?" soal Dr Mohd Asri dalam Facebooknya .
Beliau mengulas kenyataan Ahmad yang dilapor Astro Awani sebagai berkata dalam Twitter bahawa Dr Mahatir masih belum memahami sepenuhnya, belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai maksud GST sehingga beliau mahu cukai itu dibatalkan.
Semalam bekas perdana menteri itu menggesa kerajaan membatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dan masih ada pegawai yang belum faham dengan pelaksanaan cukai itu.

Mustahil Tun M tak faham GST, kata Dr Asri
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
mempersoalkan kenyataan seseorang pemimpin yang mengatakan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Beliau mempersoalkan, sekiranya Dr Mahathir yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan ekonomi negara tidak arif tentang cukai berkenaan, siapa lagi yang lebih arif dari pemimpin tersebut.
“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?
“Dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang berkata Dr Mahathir disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga menyarankan kerajaan agar membatalkan pelaksanaan cukai tersebut.
Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.
2:09PM - 25 Apr 2015
Bernama | Kemas kini: April 26, 2015
Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak
berikutan banyak kenyataan dan hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri
Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah
bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New
Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".
Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.
Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.
Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.
Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut tempat dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.
Sebenarnya orang ramai mempertikaikan banyak kenyataan Ahmad Maslan bukan perkara baru. Sejak beliau diangkat menjadi Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri empat tahun lalu, dirinya tidak pernah sunyi daripada serangan dan pertikaian umum.
Semalam, jawapannya di Parlimen yang menyatakan rasa kesal kerana rakyat tidak pernah terima kasih atas subsidi yang diterima, sebaliknya menyatakan bantahan apabila ia dikurangkan, menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang mempertikaikan hujah itu dan seolah-olah rakyat yang turut membayar cukai tidak boleh bersuara langsung terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Beliau kemudiannya berkata negara tidak mengalami krisis ekonomi walaupun nisbah hutang mencecah 51 peratus daripada KDNK dan ia adalah lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Italy, Portugal dan Singapura.
Berikutan kenyatan itu, Ahmad Maslan dilabel dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak turut dilemparkan terhadapnya.
Sebelum ini, banyak kenyataannya disanggah dan disifatkan tidak logik. Dalam isu kenaikan harga minyak bulan lalu, Ahmad Maslan mengutip teori atau kajian yang entah dari mana dengan menyatakan kenaikan 20 sen tidak memberi banyak kesan kepada rakyat kerana katanya, rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah hanya membelanjakan RM132 atau RM4.40 saja sehari untuk petrol manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas pula hanya membelanjakan RM375 atau RM12.50 sehari untuk minyak kenderaan mereka.
Hujah dan teori beliau ini seolah-olah semua orang mempunyai pejabat yang berdekatan dengan rumah dan tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti umum.
Hujahnya dalam mempertahankan tindakan Najib menaikkan harga minyak lantas mendapat serangan dan ejekan yang paling banyak di laman sosial Facebook dan Twitter kerana beliau seolah-olah pemimpin yang tiada perasaan terhadap derita rakyat dan melihat semua tindakan pemimpin atasannya betul belaka.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa harga minyak kita yang kelapan terendah di dunia dikritik orang ramai termasuk oleh Prof Dr Agus Yusof kerana fakta sebenarnya ialah kita berada di kedudukan 16.
Di Parlimen juga beliau mengulangi hujah Najib bahawa harga minyak tidak naik, cuma subsidi dikurangkan. Ia terlihat bahawa seolah-olah harga minyak yang dibayar oleh rakyat tetap sama antara sebelum dan selepas subsidi dikurangkan sedangkan hakikatnya tidaklah begitu. Mengakui sajalah harga minyak naik, habis cerita!
Banyak lagi tindakan dan kenyataannya turut menjadi bahan pertikaian sebelum ini. Pelbagai teori yang pernah diutarakannya sebelum PRU13 terutama untuk menang dalam pilihan raya bukan saja menjadi pertikaian, malahan menjadi bahan persendaan di kalangan ahli Umno sendiri. Ini kerana beliau sebagai ketua penerangan dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak melihat dunia politik mempunyai masalah dan halangan yang lebih kompleks serta berbeza-beza mengikut tempat.
Jika semasa menjadi Timbalan Menteri di JPM dulu, beliau sering bercakap berkaitan politik tetapi kini setelah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, hujah beliau juga jarang lari daripada elemen politik walaupun dalam isu ekonomi dan kewangan negara.
Program Juara Rakyat yang diperkenalkannya, kononnya untuk melonjak sokongan rakyat terhadap kerajaan, bukan saja tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, bahkan tidak lagi digunapakai sebagai medium utama untuk pilihan raya umum lalu. Program itu dihentikan di tengah jalan dan diambil alih oleh Program Janji Ditepati yang diadakan berterusan sehingga musim kempen pilihan raya.
Sebagai ahli politik yang mungkin turut bercita-cita tinggi dan tidak berpuas hati sekadar menjadi timbalan menteri saja, Ahmad Maslan barangkali tidak dalat memahami kenapa hujah dan kenyataannya sering dipertikai dan dipersendakan sedangkan beliau pelajar terbaik dan pandai. Naik darahnya mungkin sudah tidak tertahan lagi, lalu dibuktikannya bahawa beliau sebenarnya adalah seorang yang pandai sejak dulu.
Dengan pointer CGPA 3.85 itu, Ahmad Maslan juga boleh mendabik dada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang ada kerana pastinya tidak ramai yang tida ada pencapaian seperti itu.
Mulai sekarang juga bolehlah berkata di mana-mana, "saya tak bodoh, saya tak bodoh...." – shahbudindotcom.blogspot.com, 2 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Astro Awani | Kemas kini: April 26, 2015
more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahmad-maslan-tolak-jemputan-pembangkang-untuk-debat-gst-58690?cp
Beliau mempersoalkan, sekiranya Dr Mahathir yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan ekonomi negara tidak arif tentang cukai berkenaan, siapa lagi yang lebih arif dari pemimpin tersebut.
“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?
“Dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang berkata Dr Mahathir disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga menyarankan kerajaan agar membatalkan pelaksanaan cukai tersebut.
Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.
2:09PM - 25 Apr 2015
Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.
"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.
"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.
Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.
Badan masyarakat sivil dan pihak pembangkang mendakwa GST akan membebankan rakyat, dan mahu ia dimansuhkan.
Mereka mendakwa bukan masanya untuk rakyat Malaysia dikenakan cukai penggunaan, kerana kadar upah yang rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.
Bagaimanapun Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional lebih murah selepas cukai itu dilaksanakan pada 1 April.
"Harga kereta Proton telah menjadi lebih murah. Jadi, kalau nak beli kereta Proton, belilah," katanya.

Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST
Bernama | Kemas kini: April 26, 2015
(Diterbitkan pada: April 26, 2015 16:34 MYT)
GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang
untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.
AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.
"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).
"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di sini hari ini.
BACA: GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan
BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
BACA: 'Siapa suruh masak dalam kampus?' - Ahmad Maslan
Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.
"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya.

Saya tak bodoh, saya tak bodoh, CGPA saya 3.85 lagi, kata Ahmad Maslan - Shahbudin Husin
Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.
Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.
Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.
Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut tempat dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.
Sebenarnya orang ramai mempertikaikan banyak kenyataan Ahmad Maslan bukan perkara baru. Sejak beliau diangkat menjadi Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri empat tahun lalu, dirinya tidak pernah sunyi daripada serangan dan pertikaian umum.
Semalam, jawapannya di Parlimen yang menyatakan rasa kesal kerana rakyat tidak pernah terima kasih atas subsidi yang diterima, sebaliknya menyatakan bantahan apabila ia dikurangkan, menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang mempertikaikan hujah itu dan seolah-olah rakyat yang turut membayar cukai tidak boleh bersuara langsung terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Beliau kemudiannya berkata negara tidak mengalami krisis ekonomi walaupun nisbah hutang mencecah 51 peratus daripada KDNK dan ia adalah lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Italy, Portugal dan Singapura.
Berikutan kenyatan itu, Ahmad Maslan dilabel dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak turut dilemparkan terhadapnya.
Sebelum ini, banyak kenyataannya disanggah dan disifatkan tidak logik. Dalam isu kenaikan harga minyak bulan lalu, Ahmad Maslan mengutip teori atau kajian yang entah dari mana dengan menyatakan kenaikan 20 sen tidak memberi banyak kesan kepada rakyat kerana katanya, rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah hanya membelanjakan RM132 atau RM4.40 saja sehari untuk petrol manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas pula hanya membelanjakan RM375 atau RM12.50 sehari untuk minyak kenderaan mereka.
Hujah dan teori beliau ini seolah-olah semua orang mempunyai pejabat yang berdekatan dengan rumah dan tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti umum.
Hujahnya dalam mempertahankan tindakan Najib menaikkan harga minyak lantas mendapat serangan dan ejekan yang paling banyak di laman sosial Facebook dan Twitter kerana beliau seolah-olah pemimpin yang tiada perasaan terhadap derita rakyat dan melihat semua tindakan pemimpin atasannya betul belaka.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa harga minyak kita yang kelapan terendah di dunia dikritik orang ramai termasuk oleh Prof Dr Agus Yusof kerana fakta sebenarnya ialah kita berada di kedudukan 16.
Di Parlimen juga beliau mengulangi hujah Najib bahawa harga minyak tidak naik, cuma subsidi dikurangkan. Ia terlihat bahawa seolah-olah harga minyak yang dibayar oleh rakyat tetap sama antara sebelum dan selepas subsidi dikurangkan sedangkan hakikatnya tidaklah begitu. Mengakui sajalah harga minyak naik, habis cerita!
Banyak lagi tindakan dan kenyataannya turut menjadi bahan pertikaian sebelum ini. Pelbagai teori yang pernah diutarakannya sebelum PRU13 terutama untuk menang dalam pilihan raya bukan saja menjadi pertikaian, malahan menjadi bahan persendaan di kalangan ahli Umno sendiri. Ini kerana beliau sebagai ketua penerangan dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak melihat dunia politik mempunyai masalah dan halangan yang lebih kompleks serta berbeza-beza mengikut tempat.
Jika semasa menjadi Timbalan Menteri di JPM dulu, beliau sering bercakap berkaitan politik tetapi kini setelah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, hujah beliau juga jarang lari daripada elemen politik walaupun dalam isu ekonomi dan kewangan negara.
Program Juara Rakyat yang diperkenalkannya, kononnya untuk melonjak sokongan rakyat terhadap kerajaan, bukan saja tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, bahkan tidak lagi digunapakai sebagai medium utama untuk pilihan raya umum lalu. Program itu dihentikan di tengah jalan dan diambil alih oleh Program Janji Ditepati yang diadakan berterusan sehingga musim kempen pilihan raya.
Sebagai ahli politik yang mungkin turut bercita-cita tinggi dan tidak berpuas hati sekadar menjadi timbalan menteri saja, Ahmad Maslan barangkali tidak dalat memahami kenapa hujah dan kenyataannya sering dipertikai dan dipersendakan sedangkan beliau pelajar terbaik dan pandai. Naik darahnya mungkin sudah tidak tertahan lagi, lalu dibuktikannya bahawa beliau sebenarnya adalah seorang yang pandai sejak dulu.
Dengan pointer CGPA 3.85 itu, Ahmad Maslan juga boleh mendabik dada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang ada kerana pastinya tidak ramai yang tida ada pencapaian seperti itu.
Mulai sekarang juga bolehlah berkata di mana-mana, "saya tak bodoh, saya tak bodoh...." – shahbudindotcom.blogspot.com, 2 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
PRK P.Pauh: Jangan guna GST sebagai bahan kempen - Mohammad Agus
Astro Awani | Kemas kini: April 26, 2015
(Diterbitkan pada: April 26, 2015 08:38 MYT)
KUALA LUMPUR: UMNO dinasihat tidak
menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai jaminan
cukai itu dapat menurunkan harga barang semasa berkempen pada pilihan
raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, hujah GST yang dikatakan lebih rendah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilihat kempen tidak masuk akal.
"Di Permatang Pauh ini, isu utamanya adalah GST. Macam mana rakyat hendak percaya calon UMNO boleh membawa perubahan, jika GST sekarang sudah cukup memeritkan mereka.
"Apatah lagi jika setiap hari pengundi disuapkan dengan hujah cukai GST adalah lebih rendah dari SST. Itu kempen yang tidak masuk akal. Yang rakyat mahu ialah jika cukai GST lebih rendah, mengapa harga barang sekarang lebih mahal?" katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
PRK Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.
Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).
BACA: PRK P.Pauh: 'Keluar daripada legasi Anwar satu langkah terbaik' - pengundi
BACA: Hadi hormati pendirian PAS Permatang Pauh boikot PRK
Kata Dr Mohammad Agus, UMNO masih dilihat berpeluang untuk menang di Permatang Pauh jika tidak menyentuh isu GST semasa berkempen.
"Politik ini serba mungkin. Biarpun sukar untuk menang di Permatang Pauh, tetapi UMNO tetap masih ada peluang. Cumanya cukup-cukuplah berkempen atas isu GST menurunkan harga barang. Realistiklah!," jelasnya.
Ujarnya, pengundi juga disifatkan susah hendak percaya calon UMNO boleh membawa perubahan selain menyedari isu utama di PRK Permatang Pauh adalah GST.
Namun katanya, perbincangan yang dibuat juga melihat UMNO boleh menang dengan majoriti kecil di Permatang Pauh.
"Hujahnya kerana jentera UMNO termasuk jentera kerajaan pusat bekerja kuat di Permatang Pauh. Kedua, calon pertaruhan PKR adalah calon kitar semula. Ketiga, PKR telah membuktikan bahawa ia parti keluarga yang hanya berjuang untuk Anwar yang pasti ditolak rakyat.
"Keempat, PAS tidak membantu calon PKR. Kelima, PR sudah di ambang perpecahan dan ini tidak memberi kelebihan kepada PKR. Keenam, pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada presiden parti yang menolak hudud.
"Kawan saya bersemangat dengan hujahnya kerana ada sinar baru untuk perubahan bagi masyarakat di Permatang Pauh. Mereka sangat berharap dengan wakil rakyat UMNO nanti, rakyat Permatang Pauh tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, manakala pengundian awal 3 Mei.

1 ulasan:
Salam mullah qadammullah..memang bebankan rakyat gst ni bil air kena gst.bil api kena gst.indah water kena gst.ni rasanya cukai pintu dgn cukai tanah pun kena gst jugak..lps tu beli belanja dapur lagi pun kena cukai gst jugak sudahnya rakyat tak beduit langsung..dah abis semua duit gaji nak bayar cukai.kalau dah mcm tu buat ajalah negara komunis..senang inilah dinamakan negara islam sekular..langsung pemerintah yang memerintah tidak memegang apa yang ditinggalkan oleh nabi kita muhammad saw kepada umat-umatnya yang paling disayangi..bongok bahlol punya pemerintah..kalau orang kampung yang duduk di hulu-hulu terpencil pun kena gst jugak..deyyy maslan mike jadi timbalan menteri kewangan baru berapa ari hingus lagi tak kering ini lu cakap sama tun mahathir yang memerintah selama 22 tahun dulu lu cakap tun mahathir tak fahan pasal cukai gst..dan sst..kalau benda ni baik dah lama dah tun mahathir buat dah gst ni dulu..aku ingat masa .mula-mula mahathir jadi perdana menteri kamu tu baru nak belajar masuk parti politik..maknanya kamu yang tak paham tentang cukai sebenarnya...podahhhh..pegi belajo lagilah maslan
Catat Ulasan