Isnin, 27 April 2015

BAGAIMANA KITA....PI BELAJAR


 

Khamis, 25 Ogos 2011


AHLI SYURGA MELIHAT ZAT ALLAH DI AKHIRAT DENGAN MATA KEPALA

                                      


          بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ         

               
  قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬
 وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن  كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ
 عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ
 رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
         Maksudnya:
"Katakanlah : 'Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku' : 'Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa.' Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." 
             [Al-Quran surah al-Kahfi : 110

**************************************
وَلَمَّا جَآءَ مُوسَىٰ لِمِيقَٰتِنَا وَكَلَّمَهُۥ رَبُّهُۥ قَالَ رَبِّ أَرِنِىٓ أَنظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَن تَرَىٰنِى وَلَٰكِنِ ٱنظُرْ إِلَى ٱلْجَبَلِ فَإِنِ ٱسْتَقَرَّ مَكَانَهُۥ فَسَوْفَ تَرَىٰنِى ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُۥ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُۥ دَكًّۭا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًۭا ۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبْحَٰنَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلْمُؤْمِنِينَِ
                 Maksudnya :
"Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (lansung) kepadanya, berkatalah Musa: 'Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau)'. Tuhan berfirman : ' Kamu sekali-kali tidak ssanggup melihat- Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat Ku'. Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata : 'Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman'." 
            [Al-Quran surah Al-A'Raaf : 143] 
                      **************************

Sebagaimana yang telah diterangkan mengenai Masalah Roh dalam entri blog ini setiap manusia itu ditiupkan 'Roh' oleh Malaikat Roh pada jasadnya [dalam bentuk janin bayi] ketika berada di dalam kandungan rahim perut ibu dengan perintah Allah. Mulai daripada saat itu 'Roh' daripada tiupan malaikat itu yang dikenali juga sebagai Roh Hammalul Amanah atau 'badan batin' terus hidup berkekalan hingga ke akhirat [tidak dimatikan] walaupun jasadnya [badan zahir] mati dan dikebumikan dalam kubur dan mengalami kebinasaan atau dalam apa juga keadaan mengikut kehendak dan takdir ketentuan Allah.  

Roh Hammalul Amanah yang ditiupkan oleh Malaikat Roh ini adalah sama jenis dengan malaikat dan padanya lekat tersimpan secara berkekalan semua ilmu agama dan pahala ibadat atau dosa maksiat ketika hidup di dunia.

Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan hakikat Roh Hammalul Amanah ini yang diberikan kepada manusia, jin dan malaikat yang sangat ajaib hal keadaannya. Roh mempunyai anggota yang sama dengan jasad atau badan zahir tetapi dalam bentuk 'Roh' juga. Ertinya dia mempunyai mata untuk memandang, telinga untuk mendengar, 'akal' dan mata hati untuk memahami sesuatu ilmu pengetahuan mengenai ilmu agama.

'Hati' yang dimaksudkan ini bukanlah organ jantung hati fizikal yang terdapat di dalam anggota badan zahir tetapi ia merujuk kepada 'hati' atau disebut juga dengan panggilan 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati. Kesemua anggota badan batin yang terdapat pada Roh Hammalul Amanah ini tidak mengalami kebinasaan dan berkekalan selama-lamanya.
Huraian yang terkandung di dalam Kitab Terjemah Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat At Tauhid ada menyebut  :

"bahawasanya pada Zat Tuhan itu diketahui ada-Nya dengan akal, dan dapat dilihat di akhirat kelak dengan pemandangan mata sebagaimana yang diketahui dengan akal itu juga..."
Pengertian "akal" yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada akal pada syarak yang terbit daripada Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati semasa hidup di dunia. Segala ilmu pengetahuan mengenai Allah SWT yang dipelajari, difahami, menjadi pegangan akidah dan beriman sepenuhnya ketika hidup di dunia itu apabila berada di akhirat kelak segala pemahaman ilmu pengetahuan ini diperlihatkan kepada mata kepala ahli syurga tanpa misal, tanpa ibarat dan tanpa umpama dengan sejelas-jelasnya tanpa sebarang keraguan dan halangan seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.. Inilah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada ahli-ahli kebahagian di syurga yang tertinggi martabatnya mengatasi segala nikmat yang tersedia di syurga. 
Di dalam Hadis ada menyebut seperti yang dimaksudkan seperti berikut:

" Ketika kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., maka Baginda telah melihat bulan di malam "Al-Bader" (al-Bader : bulan penuh) lalu bersabda: Bahawasanya kamu sekelian akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kamu melihat bulan ini... [ hingga akhir hadis.]
Sekiranya dibaca secara sepintas lalu sahaja mengikut pemahaman bahasa biasa sudah pasti seseorang yang jahil dalam ilmu mengenal Allah yang hak itu akan menggambarkan bahawa Zat Allah itu mempunyai rupa dan segala hal sifatnya sama seperti bulan penuh, bercahaya seperti bulan, mempunyai juzuk, bertempat dan sebagainya.
Pemahaman ini adalah bertententangan dan bercanggah sama sekali dengan nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa Allah itu tidak menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam apa jua hal sekalipun tanpa misal dan tanpa ibarat sebagaimana yang dimaksudkan :

                            " لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ....."
                   [LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN WA HUAS-SAMI'UL BASIR ]

Yang  diertikan bahawa: 

"......Allah SWT itu tiada seperti seumpama "sesuatu" apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat." 
          [ Al-Quran surah Asy-Syuura: 11 ]
 Sekiranya seseorang itu berfahaman dan beriktiqad sedemikian rupa maka rosaklah imannya kerana menuduhkan bahawa Zat Allah itu sebagai makhluk dan berbentuk, mempunyai juzuk dan sifat sama seperti bulan dan berada di dalam syurga atau di mana-mana jua. 
Apakah  maksud sebenar Hadis Rasulullah s.a.w. ini?
Pengertian Hadis Rasullah s.a.w. seperti ini adalah satu kiasan sahaja kepada para sahabat baginda yang benar-benar arif dan mendalami pemahaman mereka dalam Ilmu At-Tawhid. Kata-kata yang mengandungi hikmah pengajaran ilmu seperti ini boleh difahami dengan mengibaratkan seperti; 
"...sekiranya ketika hidup di dunia seseorang itu tidak menaruh sebarang syak wasangka dan uas-uas bahawa: "matahari itu benar-benar matahari" atau "bulan itu benar-benar bulan", demikian juga ahli-ahli syurga dapat melihat Zat Allah yang Qadim itu di akhirat kelak dengan sejelas-jelasnya oleh mata kepalanya tanpa syak wasangka atau ragu-ragu lagi bahawa itulah Zat Allah yang Qadim sebagaimana ilmu yang dipelajari, difahami, dihayati, dijadikan pegangan iktiqad dan diimani ketika hidup di dunia dahulu." 
Misalnya ketika hidup di dunia dahulu sekiranya seseorang hamba Allah yang mukmin itu mempelajari, memahami dan berpegang teguh kepada iktiqad bahawa :
" Allah SWT itu ada,  sentiasa ada, selama-lamanya ada, tiada berkeputusan ada-Nya, dan ada-Nya Allah SWT itu tiada bagi-Nya permulaan, tiada bagi-Nya kesudahan dan ada-Nya Allah SWT itu tiada bagi-Nya misal, tiada bagi-Nya bandingan,  tiada bagi-Nya umpama dan tiada bagi-Nya keadaan berlawanan, dan Allah SWT itu ialah yang awal,  tiada yang berawal bagi-Nya, Dialah yang akhir,  tiada berakhir bagi-Nya dan Dialah yang zahir yakni 'Al-A'ali' bermaksud Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan dan tidak sekali-kali Allah SWT itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya dan Dialah yang batin bererti Al-Muhtajibu A'nil-Hawasi Bihajbi Kibria-ihi yakni ialah yang terdinding daripada segala pendapatan pancaindera yang lima dengan dindingan kebesaran dan kemuliaan-Nya, ada-Nya Allah itu tidak sama sekali menyamai dengan adanya makhluk dan Allah SWT itu bukan di dalam sesuatu,  bukan di luar sesuatu dan tidak bersatu-padu dengan sesuatu dan Allah itu mempunyai segala kemuliaan Asma' Ullah Al-Husna dan sifat-sifat yang serba sempurna tanpa sebarang kekurangan atau kelemahan,  dan lain-lain hal yang dikaitkan dengan kemuliaan serta kesempurnaan sifat-sifat Allah itu.......",
Maka kesemua kandungan pemahaman ilmu yang menjadi pegangan iktiqad keimanan ini akan diperlihatkan dengan sejelas-jelasnya kepada mata kepala ahli-ahli syurga di akhirat kelak .

             ii. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT]

Rasullullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud Allah berfirman kepada penduduk syurga:
"Adakah kamu menginginkan sesuatu kenikmatan ?" Mereka menjawab: " Wahai Tuhanku, apa yang kami inginkan? Kau telah menerangkan wajah-wajah dan tempat tinggal kami." Allah SWT berfirman: "Aku telah berjanji kepada mu dan Aku tidak akan mengingkarinya. " Perawi berkata: "Lalu Allah 'membukakan hijab' yang menutupi 'Zat-Nya' sehingga mereka mendapat melihat kepada-Nya. Mereka tidak pernah melihat satu kenikmatan..."
Kemuncak segala kenikmatan dan kebahagian orang-orang mukmin apabila berada di akhirat ialah  dapat melihat Zat Allah dengan mata kepala mereka seperti yang diperjelasakan di dalam al-Quran surah al-Qiyaamah: 22-23 :
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)
Yang bererti: 
“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu (Hari Kiamat) berseri-seri”.  
“Kepada Tuhannya (mereka) melihat”.
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada juga menyebutkan sebagaimana yang dimaksudkan seperti berikut :
“Dan kata Mujahid bahawasanya sekurang-kurangnya ahli syurga itu martabatnya ialah bagi orang yang berjalan pada pemilikannya seribu tahun ia melihat yang lebih jauhnya, dan yang lebih tinggi martabat mereka ialah orang yang melihat kepada [Zat] Tuhannya pada pagi dan petang." 
Sungguhpun ahli-ahli syurga dikurniakan nikmat hingga dapat melihat Zat Allah yang Qadim itu apabila sudah berada di dalam syurga tetapi ini tidak bererti bahawa Zat [Diri] Allah itu berada di dalam, di luar atau bersatu-padu dengan syurga kerana syurga itu adalah tempat (Alam al-Khaliq )yang dijadikan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya dan Kehendak-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali. Apabila sudah diadakan syurga Allah tidak berhajat atau memerlukan atau mengambil faedah daripada syurga.
Dalam al-Quran terdapat penjelasan :

                     كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ
                           
                                 Maksudnya : 
"Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhan mereka." 
                              (Surah Al-Mutahaffifin: 15).

Ayat ini merujuk kepada ahli-ahli maksiat dan ahli-ahli neraka terhalang dan tidak boleh sama sekali melihat Zat Allah dan tertutup daripada sebarang rahmat dan nikmat Allah di akhirat kerana ahli neraka tidak langsung dapat merasai atau diberi izin memperolehi apa juga rahmat dan nikmat walau sekecil mana sekalipun. 
Bahkan jika terbit keinginan di hati walaupun hendak menangis atau berhenti daripada menangis kerana menanggung azab seksa yang tidak terhingga pedih dan dahsyatnya itu pun tidak boleh dilakukan dan perlu meminta izin terlebih dahulu. Jika sudah diberikan keizinan dia tidak boleh berhenti atau sebaliknya mengikut sesuka hatinya. Apa tah lagi untuk merasai nikmat melihat Zat Allah yang mengatasi segala nikmat yang terdapat di dalam syurga. Maksud ayat al-Quran ini boleh dikaitkan dengan maksud tersebut:

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ..فَاعْتَرَفُوا بِذَنْبِهِمْ فَسُحْقًا لِأَصْحَابِ السَّعِيرِ

                       Maksudnya:
" Dan mereka berkata : ' Sekiranya kami mendengarkan atau memahami [peringatan itu] nescaya tidaklah kami bersama-sama dengan penghuni-penghuni neraka yang bernyala-nyala.   
Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." 
         [ Maksud al-Quran surah Al-Mulk : 10-11 ]
Dalam surah Ath-Thuur : 7-12  Allah berfirman memberi amaran  :


                                        (7)  إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَٰقِعٌ                  
                                                                              (8) مَّا لَهُۥ مِن دَافِعٍ                         
           (9)يَوْمَ تَمُورُ ٱلسَّمَآءُ مَوْرًا
    (10)وَتَسِيرُ ٱلْجِبَالُ سَيْرًا
      (11)فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
                                                          (12)    الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ  يَلْعَبُونَ  
                      
                         Bermaksud:
"Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, 
tidak seorang pun yang dapat menolaknya, 
pada hari ketika langit benar-benar bergoncang,  
dan gunung-ganang benar-benar berjalan.  
Maka kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan, [Iaitu ] orang-orang yang bermain-main dengan kebatilan. "                                   
Peringatan dan amaran yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut mengesahkan lagi bahawa manusia yang tidak mempunyai akal syarak, iaitu 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati itu tidak menghiraukan atau mengambil berat untuk 'memahami' dan beriman kepada segala peringatan dan ilmu yang disampaikan oleh Rasul-rasul Pesuruh Allah mengenai wahyu Allah yang diutuskan melalui Malaikat Jibrael a.s. supaya beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan segala perkara yang berkaitan dengan akidah keimanan.
Walaupun mereka hanya mengakui dosa kesalahan besar mereka apabila sudah berada di dalam neraka tetapi penyesalan mereka sudah terlambat dan tidak akan mengubah takdir hukuman Allah sebagaimana yang telah diperingat dan dijanjikan ketika hidup di dunia. Lebih malang dan dahsyat lagi bagi mereka yang mempersenda dan "bermain-main dengan kebatilan."


Ketika berada di dunia tubuh badan manusia termasuk mata yang bersandarkan kepada kekuatan darah dan anggota pancaindera yang lima, organ-organ dan saraf tidak mampu dan tidak boleh menterjemahkan secara zahir kandungan ilmu mengenal Allah kerana bagi keperluan hidup di dunia ianya tidak dijadikan untuk mengetahui secara logik akal mengenai segala hal 'ghaib' yang tidak dapat diterjemahkan oleh akal fikirannya kepada pancaindera yang lima.
Justeru ketika hidup di dunia mata kepala manusia tidak dapat melihat atau menterjemahkan ilmu pengetahuan mengenai Zat [Diri] Allah SWT yang Qadim dan sama sekali tidak menyamai dengan zat makhluk itu untuk diperlihatkan kepada mata kepalanya kerana dia masih tertakluk kepada hukum alam tabi'e yang bersandarkan kepada anggota badan dan deria pancaindera yang lima.
Dalam al-Quran ada menjelaskan bahawa Zat [Diri ] Allah SWT tidak dapat dilihat sama sekali oleh pemandangan mata kepala di dunia berdasarkan ayat al-Quran surah Al-A'Raaf ayat 143 [kandungan sepenuhnya tertera di atas]:
"......Lan Tara Ni " [ لن تراني ]   
 yang bermaksud:  
"....tiada sekali-kali engkau melihati akan Aku (yakni di dunia)."
Maksud yang sama juga diperjelaskan dalam surah al-An'aam :103 :
 "لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ"
Yang bermaksud :
“Dia tidak dapat dilihat (oleh segala penglihatan mata(, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan (mata)….”.                
[ Untuk keterangan lanjut sila lihat : Kitab Tarbiyatu Fikrit - Tifli Li Fahmi Ulumuddin (bhg 6) ]

Hanya Ainul Qalbi,  Al-Basirah atau Mata Hati sahaja yang dapat memahami dan menterjemahkan kepada 'akal' pada hukum syarak yang tidak melibatkan deria pancaindera yang lima. Ketika berada di akhirat pula ke lima-lima pancaindera  yang ada pada manusia, termasuk mata,  kesemuanya bertukar daripada kebiasaan hukum tabi'e kepada luar hukum tabi'e kehidupan di dunia. Ini disebabkan kesemua perkara berkaitan dengan hal keadaan di akhirat adalah di luar kebiasaan atau berlawanan sama sekali dengan hukum tabi'e seperti yang terdapat di dunia.
Manusia yang tidak menggunakan atau mempunyai 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati adalah tersangat sukar untuk memahami hakikat bahawa Allah itu BUKAN makhluk dan tidak menyamai sama sekali zat dan sifat-sifat makhluk dalam apa jua cara dan hal sekalipun.
Dalam banyak nas ada menyebutkan semasa dilakukan pengadilan Allah untuk menghisab segala amalan buruk baik dan dosa pahala setiap orang hamba, antara saksi-saksi terpenting adalah anggota badannya sendiri yang boleh memberi pengakuan kata-kata/lisan dengan caranya tersendiri mengikut ketetapan Allah bagi mengesahkan tentang segala perbuatan tuannya ketika hidup di dunia. Hal ini ada diperjelaskan dalam al-Quran seperti :

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ
قُلْ أَبِاللَّهِ وَءَايَـتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
                  Maksudnya :
i."Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberikan kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." 
                                    [ Surah Yaa Siin : 65]

   يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
                          Maksudnya :
ii." Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang mereka kerjakan."
            [ Surah An-Nuur: 24 ]
                   
وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاء اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ (١٩) حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَـٰرُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٢٠) وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (٢١) وَمَا كُنتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلاَ أَبْصَـٰرُكُمْ وَلاَ جُلُودُكُمْ وَلَـٰكِن ظَنَنتُمْ أَنَّ اللَّهَ لاَ يَعْلَمُ كَثِيرًا مِّمَّا تَعْمَلُونَ (٢٢) وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُم مِّنْ الْخَاسِرِينَ (٢٣) فَإِن يَصْبِرُوا فَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ وَإِن يَسْتَعْتِبُوا فَمَا هُم مِّنَ الْمُعْتَبِينَ (٢٤)

Maksudnya:
iii. "Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh-musuh Allah digiring dalam neraka lalu mereka dikumpulkan (semuanya). 
 Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. 
 Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?”. Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata-kata yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan. 
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan kamu maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. 
Jika mereka bersabar (menderita azab) maka nerakalah tempat diam mereka, dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya." 
  [Al-Quran surah Al-Fush-Shilat : 19-24]
Begitu juga segala catatan amal oleh dua orang malaikat yang menerima amanah Allah untuk mencatat dan merekodkan segala amalan setiap diri manusia menyerahkan catatan amalan itu kepada orang yang dicatatkannya mengikut bahagian masing-masing sama ada kepada tangan kanan atau tangan kiri dengan perintah Allah.
Beruntunglah mereka yang menerima catatan amalannya dengan tangan kanan.  Mereka yang menerima catatan amalannya dengan tangan kiri akan menerima nasib malang dan berdukacitalah mereka menempuh perjalanan hidup mereka seterusnya di alam akhirat kelak yang berkekalan tanpa had batasan masa.
Apa juga yang berlaku di akhirat yang kesemuanya di luar tabi'e kelak adalah untuk mempastikan setiap pengadilan dan timbangan dosa pahala itu dilakukan dengan seadil-adilnya kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan tidak sekali-kali berlaku zalim terhadap setiap diri hamba-Nya. Demikian juga dengan hal keadaan yang tersedia di dalam syurga dan api neraka yang kesemuanya bertentangan dengan hukum tabi'e seperti kehidupan dan hal keadaan yang terdapat di dunia.

Umpamanya ada disebut di dalam banyak Hadis Rasullullah s.a.w. dan juga al-Quran akan hal keadaan kenikmatan yang bakal dinikmati oleh ahli-ahli syurga yang kesemuanya tidak langsung dapat dicontohi atau dibandingkan walau sedikit pun dengan kenikmatan yang ada di dunia. Keluasan syurga yang dimiliki seseorang ahli syurga itu adalah sangat luas dan tidak dapat digambarkan dengan fikiran manusia biasa yang hidup di dunia ini. Ada yang memiliki keluasan syurga sejauh 1000 tahun, 300 tahun,100 tahun pada penglihatan mata dan sebagainya mengikut pengurniaan darjat martabat masing-masing berdasarkan sebanyak mana pahala dan 'cahaya ibadat' yang dimilikinya.
Pemandangan mata di sini ialah pemandangan mata ahli syurga di akhirat yang langsung tidak sama dengan pemandangan mata kepala manusia di dunia. Di dalam syurga terdapat istana dan mahligai-mahligai yang diperbuat daripada emas, perak, cahaya dan sebagainya yang dikurniakan kepada ahli-ahli syurga sebagai janji ganjaran dan rahmat balasan Allah terhadap pahala kebajikan dan amalan salih yang mereka lakukan ketika hidup di dunia. 

Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani amat berkuasa mengadakan semuanya dengan mudah. Janji Allah adalah benar dan pasti berlaku kerana Allah tidak pernah dan tidak sekali-kali memungkiri segala janji-janji-Nya!

Begitu juga dengan hal keadaan azab seksa yang terdapat di dalam api neraka. Kesemuanya tidak dapat digambarkan oleh pemikiran manusia biasa dalam segala aspek yang kesemuanya di luar hukum tabi'e seperti yang terdapat di dunia. Umpamanya ukuran badan seseorang ahli neraka itu adalah tersangat besar. Sebatang gigi gerhamnya sahaja adalah sebesar Gunung Uhud dan kulitnya setebal 3 hari perjalanan.

Apabila disenggar api neraka kesemua daging pada badan dan kulitnya runtuh ke bawah tumitnya dan rohnya bergantungan pada urat-uratnya. Sekiranya diizinkan menangis, dia tidak dibenarkan berhenti daripada tangisannya hingga habis air mata dan keluar pula air mata darah bercampur nanah. Pipinya menjadi seperti parit yang keluasan dan kedalamannya hingga boleh dilalui bahtera dunia. Rohnya tidak binasa dan tidak mati tetapi bergantungan pada urat-urat menanggung segala kesakitan azab seksa. 

Selepas itu Malaikat Malik Zabaniah menyeru balik kepada orang yang kena seksa itu dan anggota badannya kembali semula seperti keadaan asal dengan serta merta untuk menerima azab seterusnya. Setiap ahli neraka menerima azab seksa sebanyak 70,000 kali pada setiap hari .

Bayangkanlah sekiranya seseorang itu kekal selama-lamanya menanggung azab seksa dalam api neraka! Daripada penjelasan ringkas ini dapat difahami bahawa Allah SWT sangat berkuasa bagi mengizin dan membolehkan seseorang ahli syurga yang terdiri daripada mukminin/mukminat yang salih dan mereka yang mendapat keampunan Allah itu melihat Zat Allah yang Qadim itu dengan mata kepalanya di akhirat berdasarkan pemahaman ilmu mengenal Allah yang dipelajari, difahami dan menjadi pegangan iktiqad di dunia kerana hal keadaan kehidupan di akhirat kesemuanya di luar tabi'e. Hakikat ini tersangat mudah bagi Allah untuk mengadakannya.


              ii. Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya 
Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah dirumuskan betapa pentingnya seseorang Muslim itu mempelajari, memahami, mendalami, beriman dan menghayati sepenuhnya ilmu mengenal Allah kerana ilmu-ilmu ini berkekalan selama-lamanya dan dapat membantunya kelak hingga ke akhirat.  Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebut yang antara lain bermaksud :
i. ".....dan ditanya wahai Rasullullah, apakah amalan-amalan yang lebih afdhal? Maka sabdanya ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla. Maka ditanya apakah dia ilmu yang kau kehendaki itu? Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT. Maka ditanya kepadanya : Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu. Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan dengan ilmu pengenalan kepada Allah SWT. "
 ii. "....Dan dari apa yang diriwayatkan, maka sabda Rasulullah s.a.w. apabila mengutuskan Mu'az ke Yaman : Satu orang yang Allah berikan hidayat-Nya melalui engkau adalah lebih baik dari dunia dan barang apa yang ada di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik hadiah ialah sepatah perkataan hikmat yang engkau dengar dan engkau pelihara akan ia kemudian engkau membawanya kepada salah seorang saudaramu yang Muslim, lalu engkau mengajarnya akan dia adalah sama dengan ibadat satu tahun."
Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini bahawa membaca dan memahami kandungan ilmu yang terdapat pada maksud kalimah La Illahaillallah yang sangat luas tafsilnya itu dan beriman kepadanya adalah tersangat besar fadhilat dan hikmahnya kerana kalimah syahadah At-Tawhid ini adalah asas akidah keimanan seseorang Muslim. Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan yang antara lain bermaksud :
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada hari kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah. Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah lebih berat daripada demikian itu ."
Inilah yang dimaksudkan di sebalik pengertian nas-nas yang menjelaskan bahawa ahli-ahli syurga akan dapat melihat Zat Allah dengan mata kepalanya di akhirat. Alangkah malang dan tersangat ruginya sekiranya segala ruang, nikmat, kemudahan dan peluang yang tersedia bagi membolehkan seseorang itu mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan At-Tawhid mengenali Allah dan akidah keimanan yang hak dipersia-siakan begitu sahaja hingga ajal maut menjemput mereka kembali ke rahmatulllah yang kekal abadi selama-lamanya.
Maka beruntunglah mereka yang dapat mengisi usia 'singkat' yang diamanahkan Allah kepdanya dengan memenuhkan setiap detik hayatnya untuk mempelajari, mendalami ilmu pengenalan terhadap Allah dan menghayati Ilmu At Tawhid dan akidah keimanan serta memanfaatkan setiap detik waktu usianya untuk beristiqamah beribadat dengan penuh ikhlas kepada Allah.
[Lihat : Kenikmatan Hidup di Syurga ]


RINGKASAN MENGAJAR...


pagi ahadlah...smalamlah....ihya ulumuddin jilid 1...bab 2..Ahli sunnah wal jamaah...kata kitab ...Allah bersifat Maha melihat dan Maha mendengar...huraiannya ...lihatNya tak terbatas dan terhad begitu juga mendengarNya..dan jgn fikir bagaimana Dia mendengar dan melihat...jika kita fikir telinga...jangan fikir zat telinga macam mana bgitu juga mata(atau dgn kata lain jgn fikir bagaimana cara Allah melihat atau mdengar)....sbb zat memang dilarang kita gambarkan...tetapi Allah Maha zahir dan Maha batin...Jika Allah tak ada sifat maha zahir...bererti Allah ada sifat kelemahan...cuma jgn kita gambar zahirNya macam mana...ni byk ulamak2 mnyesatkan...mengkafirkan antara satu dgn yg lain dll dan bertelangah...Allah berjanji akn memperlihatkan wajah pada Ahli syurga...jgn kita fikir macam mana....bla...bla...biasa de lawak ciput2.......kita kene sedar Allah bgi ilmu daya fikir ciput aje...akal fikiran serta ilmu kita terhad lagi terbatas...mai klg...hari2 bole dtg kuliah


DARI FACEBOOK


Sahabat.. kita boleh berbeza pendapat.. kita boleh berbeza citarasa.. tapi jangan sesekali kita berbeza iktikod.. jangan sesekali kita berbeza akidah.. Jauhi fahaman wahabi.. jauhi fahaman yang menjisimkan Allah.. Allah wujud tanpa tempat.. Allah tidak sama sesekali dengan makhluk..

SILA FIKIR


Bila pendapat tiada rujukan... pkai akal smata2...bkn bidang kita pula tu... tuduh swenang2... org ni..... xkan kita lebih alim dri imam ghazali... da bpe jilid mgarang kitab besar2... sila rujuk ihya ulumuddin jilid 1...bab 2...akidah ahli sunnah wal jamaah... jika slh trjemah... elok kitab ni dharamkan.... semak dulu bru hujah... stakat kata org alim... sape dia.... stakat kata ulamak apa namanya... stakat sebut kitab muktabar... xsebut nama... ni hujah nk menang dan dangkal...







MACAM IMAM GHAZALI WAHABI LAH

Tiada ulasan: