“Punca kanser kolorektal merupakan interaksi kompleks antara faktor persekitaran dan genetik. Antara faktor persekitaran ialah pemakanan yang mana diet kurang sayur-sayuran atau lebih daging, gaya hidup yang pasif dan banyak duduk, merokok dan obesiti.
“Kebanyakan permulaan kanser kolorektal tidak mempunyai simptom yang nyata dan biasanya simptom bergantung kepada bahagian mana kanser itu berada.
“Jika di bahagian kiri usus besar, pesakit selalunya mengalami simptom perubahan pembuangan air besar, sakit ketika membuang air besar, banyak lendir pada tinja, berat badan menurun dan selera makan berkurangan.
“Jika pada bahagian kanan pula, simptomnya kurang jelas. Najis selalunya mengandungi banyak air dan kehilangan darah lalu menyebabkan pesakit mudah penat dan pucat,” terang Dr. Meheshinder.
Seperti yang diterangkan Dr. Meheshinder, simptom-simptomnya kurang jelas dan berbeza-beza. Maka mereka yang berisiko dan melihat sebarang perubahan perlu segera bertemu dengan pakar.
Rawatan
Menemui kanser kolorektal pada peringkat awal merupakan kunci utama untuk melawannya. Sebab itu doktor mengesyorkan ujian darah pada tinja untuk memeriksa tanda awal kanser kolorektal.
Terang Dr. Meheshinder, antara cara terbaik mendiagnosis kanser kolorektal ialah melalui endoskopi dengan mengambil sel di dalam usus untuk dihantar ke makmal. Selain itu, imbasan x-ray dan CT colonography turut boleh dilakukan bagi mendiagnosis kanser tersebut.
Jika disahkan menghidap kanser kolorektal, jenis rawatan pula bergantung kepada tahap kanser tersebut dan tiga rawatan utama ialah pembedahan, kemoterapi dan radiasi.
Ujarnya, rawatan utama ialah pembedahan. Jika saiz kanser kecil, berbentuk polip dan pada tahap awal, doktor akan membuangnya ketika menjalankan kolonoskopi.
“Jika merebak kedua-dua atau lebih bahagian usus, keseluruhan usus akan dibuang dan disambungkan hujungnya ke bawah,” terangnya.
Sempadan tisu normal usus dan nodus limfa yang berdekatan turut akan dibuang bagi memastikan kanser tidak merebak.

Tambahnya, rawatan susulan bergantung kepada keadaan sama ada kimoterapi atau jika kanser di bahagian rektum, biasanya radiasi akan dilakukan.
Namun, jika tidak dapat dilakukan, contohnya kanser terjadi pada bahagian rektum, pesakit mungkin perlu memakai stoma seperti kolostomi dan hilostomi iaitu laluan khas keluar dari bahagian abdomen ke beg khas bagi membuang bahan buangan.
Kadang-kadang, kolostomi adalah sementara, bagi memberi masa kepada usus besar atau rektum pulih selepas pembedahan dan ada sesetengah kes memerlukan kolostomi sentiasa.
Pencegahan
Menurut Dr. Meheshinder, apa yang penting bagi mencegah kanser kolorektal ialah memahaminya terlebih dahulu dan kesedaran yang tinggi akan risikonya.
“Gaya hidup perlu ditukar bagi mereka yang selama ini mengamalkan diet yang tidak seimbang dan cuba untuk kurangkan makanan berminyak, daging dan lemak dan cuba lebihkan makan sayur-sayuran,” ujarnya.
Terangnya, jika anda berusia 45 tahun ke atas, adalah amat penting menjalani pemeriksaan berkala kerana ia semakin berisiko apabila semakin berusia. Namun ujarnya, golongan muda juga berisiko menghidap kanser kolorektal atas sebab penyakit genetik atau sejarah keluarga terdekat yang pernah mengalaminya.
Ujian dan diagnosis amat penting kerana pada peringkat awal kanser, selalunya pesakit tidak mengalami apa-apa simptom langsung.
Selain itu, pemikiran orang ramai perlu ditukar yang mana kanser kolorektal boleh dirawat jika mendapat rawatan awal dan pesakit boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas rawatan.
Kebanyakan permulaan kanser kolorektal tidak mempunyai simptom yang nyata dan biasanya simptom bergantung kepada bahagian mana kanser itu berada
1. Usia 50 tahun ke atas.
2. Mempunyai sejarah menghidap kanser kolorektal atau polip adematous.
3. Mengalami masalah keradangan usus.
4. Mewarisi sindrom yang meningkatkan kanser usus seperti Sindrom Lynch.
5. Sejarah keluarga menghidap kanser usus dan polip usus.
6. Diet rendah serat dan tinggi lemak dan kalori.
7. Diet tinggi daging merah.
8. Gaya hidup yang banyak duduk (pekerja pejabat).
9. Diabetes.
10. Obesiti.
11. Merokok.
12. Minum arak.
13. Terapi radiasi kepada pesakit kanser.
Risiko
Faktor yang menambahkan risiko untuk menghidap kanser kolorektal


Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata


bawah mataWanita, lelaki, remaja, pakcik makcik, adik-adik dan sesiapapun diluar sana menghadapi masalah lingkari hitam di bawah mata? Sudah mencuba pelbagai petua namun masih belum hilang? Jika begitu, apa kata anda mencuba kaedah yang akan disebutkan di bawah ini.
Belum cuba belum tahu.Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, jom ikuti 7 langkah di bawah ini :
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Cubalah anda mengamalkan petua ini setiap hari jika berkesempatan. Lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan dengan diizinNYA