Koperal polis ditahan disyaki bunuh seorang wanita
JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan awal
hari ini selepas disyaki membunuh seorang wanita di kawasan trek joging
di bandar Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan M Kumar berkata, lelaki berumur 38 tahun itu sempat menghantar mangsa yang berumur 35 tahun ke Hospital Mersing sebelum dia ditahan.
"Dipercayai anggota polis berstatus duda dan wanita berstatus janda itu sudah berkenalan sudah lama.
"Difahamkan wanita tersebut terlebih dahulu pergi ke rumah lelaki berkenaan di (kawasan) perumahan polis di bandar Mersing sebelum kedua-duanya kemudian ke kawasan trek joging tersebut menaiki sebuah motosikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kumar berkata, dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka pada kira-kira pukul 11.45 malam sebelum wanita itu dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan senjata tumpul lalu tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian bertindak pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 10 minit dari tempat kejadian untuk mengambil keretanya dan berpatah balik mengambil dan menghantar mangsa ke hospital dengan kereta itu.
Katanya wanita terbabit yang mengalami kecederaan di kepala, bagaimanapun, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Polis kemudian menahan lelaki itu yang sudah bertugas di daerah berkenaan sejak empat tahun lepas dan dia kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.
Menurut Kumar, mayat wanita berkenaan yang masih berada di Hospital Mersing akan dihantar ke sebuah hospital di sini untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan
- Koperal polis ditahan disyaki bunuh seorang wanita
- Ibu tak sangka pemuda masih berdendam
- Bapa kelar anak diperintah ke Hospital Bahagia
- Timbalan Presiden MBM Perak terima ugutan bunuh
- Penganggur didakwa bunuh warga Pakistan
- Wanita dibunuh selepas lihat kejadian bunuh
- Penganggur, pekerja snuker dituduh bunuh
- 'Aku bunuh mu kalu mu lari'
- Empat ditahan bantu siasatan kes bunuh remaja
- Dihukum penjara 10 tahun sebabkan kematian nenek
Janda maut dibelasah kekasih
MERSING – Seorang janda beranak tiga mati dipercayai akibat dibelasah kekasihnya, seorang anggota polis berpangkat koperal, di kawasan rekreasi Hutan Bandar di sini awal pagi semalam.
Nurzilawati Akmar Affandi, 35, yang mempunyai tiga orang anak berusia antara lapan hingga 15 tahun dipercayai maut dipukul suspek yang tinggal di kuarters Kompleks Perumahan Polis Mersing dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini.
Jarak di antara kompleks perumahan itu dengan tempat kejadian kira-kira 3.2 kilometer.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M. Kumar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menyewa bilik di sebuah rumah teres di Mersing Kecil telah pergi ke rumah suspek yang merupakan seorang duda untuk berbincang mengenai hubungan mereka.
Bagaimanapun, kata beliau, tidak lama kemudian mereka mula bertengkar.
Kumar berkata, suspek dan mangsa kemudian menaiki motosikal menuju ke sebuah kawasan rekreasi di Hutan Bandar untuk meneruskan perbincangan, namun pertengkaran tersebut semakin memuncak sehingga melibatkan kekerasan.
“Akibat dibelasah suspek, mangsa dipercayai pengsan sebelum suspek bertindak pulang ke rumahnya untuk mengambil kereta bagi membawa Nurzilawati ke hospital,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Jari kaki ‘merayap’
Segamat: Perbuatan kurang ajar seorang lelaki Bangladesh mencabul kehormatan rakan sekerjanya menggunakan kaki di sebuah kilang kain di sini, semalam, mengundang pada apabila dia ditahan polis.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan tidak sampai setengah jam selepas mangsa berusia 30 tahun membuat laporan polis jam 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, wanita warga tempatan yang masih bujang itu mendakwa suspek mencabul bahagian sulitnya dari belakang menggunakan kaki jam 10.45 pagi.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia membongkok menulis dokumen pesanan pelanggan di atas meja apabila berasa alat sulitnya disentuh seseorang dari belakang.
“Mangsa terkejut melihat ibu jari kaki berada di celah kangkangnya lalu menoleh dan melihat suspek tersenyum kepadanya,” katanya.
Menurutnya, kejadian semalam bukan yang pertama dilakukan suspek terhadap wanita itu kerana mangsa mendakwa sebelum ini dia pernah diperlakukan demikian di tempat kerjanya.
“Mangsa mendakwa sebelum ini lelaki itu menyentuh kemaluannya dengan kaki kerana meja tempat mereka menjahit pakaian berada bertentangan.
“Namun mangsa tidak bertindak kerana menyangka rakan sekejarnya itu tidak sengaja tetapi selepas berulang, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kerana yakin suspek melakukan gangguan seksual terhadapnya,” katanya.
Mohd Kamil berkata, susulan daripada laporan yang dibuat mangsa, beberapa anggota polis ke tempat kerja suspek dan menahannya untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
“Suspek kini direman empat hari dan dihadapkan ke mahkamah sebaik siasatan lengkap dijalankan,” katanya.
Mohd Kamil menasihatkan wanita yang menerima gangguan seksual di tempat kerja tidak takut atau malu untuk tampil membuat laporan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 10:30 AM
Pistol hilang polis kena ragut
Sibu:
Misi sekumpulan anggota polis menyertai operasi bersepadu tertangguh
seketika apabila seorang daripada mereka kehilangan sepucuk pistol
berserta 10 peluru selepas beg sandangnya diragut lelaki tidak dikenali
berhampiran sebuah hotel di Jalan Tan Sri di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam ketika anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Temudok, Sri Aman itu mahu ke hotel penginapan sebaik keluar makan bersama rakannya sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam lalu merentap beg sandang miliknya.
Sumber berkata, sebelum kejadian, anggota terbabit bersama 11 anggota lain dalam perjalanan menyertai operasi di Kapit sebelum singgah di bandar itu untuk bermalam.
Menurutnya, kumpulan berkenaan bertolak dari Sri Aman pada jam 11.30 pagi selepas menempuh perjalanan lima jam dan sepatutnya bergerak ke Kapit menaiki bot ekspres pada keesokan hari.
“Pada malam kejadian, anggota terbabit keluar bersama rakan sebelum bergerak pulang ke hotel. Sebaik tiba di hotel, rakannya naik ke bilik terlebih dulu manakala anggota berkenaan berbual dengan isteri menerusi telefon.
“Sebaik selesai berbual, anggota itu berjalan menuju ke bilik penginapan dan ketika menaiki tangga hotel, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba merentap beg sandang miliknya sebelum melarikan diri menaiki Proton Wira biru muda,” katanya.
Katanya, selain pistol dan peluru, beg milik anggota berkenaan mengandungi waran, kad pengenalan, kad mesin juruwang automatik (ATM) dan lesen memandu.
“Anggota terbabit tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan dinaiki suspek, sebaliknya hanya sempat melihat lelaki itu memakai baju hitam, berambut pendek dan badan agak kecil.
“Berikutan itu, polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi untuk siasatan. Polis akan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) dipasang di premis berdekatan untuk mengenal pasti suspek,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi mengesahkan menerima laporan kes itu yang masih dalam siasatan.

17 hari dalam ‘neraka’
Kuala Lumpur: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlakukan lebih teruk daripada binatang.“Sepanjang dikurung (17 hari), saya dirogol sebanyak tiga kali dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Intan, 20.
Intan dilaporkan ‘diculik’ di kawasan rumahnya di Taman Salak Selatan, di sini, kira-kira jam 8 malam 12 Mac lalu oleh sekumpulan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lewat 20-an.
Dia yang berjaya dibebaskan dengan bantuan abang dan bapa saudaranya serta pihak berkuasa pada 29 Mac lalu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini, keesokan harinya (30 Mac).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu Harian Metro, mangsa yang baru pulang dari rumah rakannya di Cheras mendakwa melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di tangga kawasan perumahannya.
Tumbang berbalas tembakan
Sungai Siput : Seorang penjenayah ditembak mati dalam kejadian
berbalas tembakan dengan anggota polis di Salak Baru di sini, kira-kira
pagi tadi.
Dalam kejadian 5 pagi, sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bahagian Siasatan Khas D9, Ibupejabat Polis Kontinjen IPK Perak menjalankan tugas ops Cantas Khas di sekitar daerah itu sebelum terserempak dengan suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja.
Menurut sumber, pasukan polis berjaya memintas kenderaan suspek sebelum berlaku tembakan.
"Suspek yang bersenjatakan pistol berbalas tembakan dengan polis menyebabkan suspek ditembak mati di lokasi kejadian," katanya.
Sidang media membabitkan kes berkenaan akan diadakan 11 pagi ini di IPK Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 10:34 AM
Bayi beg kertas jadi rebutan
Kuala Lumpur: “Lebih 10 pasangan menghubungi JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Selangor membuat permohonan untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat. Ini termasuk suami isteri yang menemui bayi berkenaan.
“Tapi, kami beritahu pada mereka bahawa perlu melalui prosedur terlebih dulu,” kata Timbalan Pengarah JKM Negeri Selangor, Wan Zarina Wan Salleh, ketika mengulas mengenai perkembangan bayi lelaki yang ditemui di masjid An Nur Bandar, Country Homes, Rawang, malam Rabu lalu.
Wan Zairan berkata, JKM akan memberi keutamaan kepada pemohon yang sudah berdaftar kepada pihaknya terutama mereka yang berkahwin dan tidak mempunyai anak.
“Untuk rekod, terdapat 226 pemohon yang berdaftar dengan JKM Selangor antara 2012 hingga 2014. Kebanyakan mereka sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.
Menurutnya, bayi lelaki yang ditemui itu kini masih ditempatkan di Hospital Selayang untuk rawatan lanjut sehingga keadaannya benar-benar sihat.
“Bayi lelaki itu kemudiannya akan dibawa ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, di bawah perintah perlindungan sementara sehingga siasatan polis selesai.
“Dalam tempoh itu juga jika masih tiada keluarga kandung atau waris kepada bayi ini hadir dan menuntut bayi berkenaan, dia (bayi) akan ditempatkan di rumah kanak-kanak ini.
“Bayi ini kemudian barulah diserahkan sebagai anak pelihara mengikut prosedur ditetapkan JKM kepada mana-mana pasangan yang layak.
“Pihak hospital ada memaklumkan kepada kami mengenai perkembangan bayi berkenaan. Alhamdulillah kesihatannya baik dan JKM juga masih menunggu perkembangan seterusnya,” katanya.
Harian Metro, semalam, melaporkan bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui selamat di dalam beg kertas yang ditinggalkan di atas hud kereta di Masjid An Nur Bandar Country Homes, Rawang.
Bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak sebelum memaklumkan kepada jemaah masjid berhubung penemuan bayi berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 9:11 PM
Balasan toreh anu
Kuala
Lumpur: Seorang lelaki warga Pakistan dihukum penjara 24 bulan dan dua
kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kerana menoreh kemaluan
bekas teman wanitanya dengan pisau cukur, bulan lalu.
Gunam Raza Sanwal, 31, yang menganggur, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap pelajar Filipina berusia 30 tahun di Hotel Petaling Street di Jalan Petaling di sini pada 11 pagi, 24 Mac lalul.
Menurut fakta kes, mangsa bertemu dengan Gunam di Kuala Stesen Central Lumpur untuk mengambil telefon bimbitnya yang dibaiki.
Ketika di stesen itu, Gunam memaksa wanita itu mengikutnya ke sebuah hotel di mana dia menanggalkan seluar dalam wanita itu sebelum menamparnya dua kali di muka dan menoreh kemaluannya hingga cedera dengan pisau cukur.
Gunam enggan melepaskan mangsa hingga keesokannya, dan wanita itu membuat laporan polis sebelum pulang ke kediamannya.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin mengarahkan Gunam menjalani hukumannya dari tarikh dia ditangkap, pada 29 Mac.
Pendakwaan dilakukan Ketua Pegawai Inspektor Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Jantan keparat diburu
Kluang: Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini.
“Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.
Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian, katanya.
Mohd Roze berkata, laporan bedah siasat mengesahkan punca mangsa meninggal dunia adalah disebabkan tusukan pisau di rusuk kiri dan terkena paru-parunya.
Beliau berkata, ia merupakan kes bunuh bermotifkan dendam serta cemburu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.
Mangsa Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya kerana merasa cemburu mangsa mempunyai pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 4:24 PM
Jeritan penyelamat
Kota Bharu: Cubaan seorang lelaki meragut telefon pintar milik
seorang perempuan gagal selepas ditangkap orang ramai di Jalan Tok Guru
di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, jeritan Norazura Wan Mahadi, 20, yang sedang membonceng motosikal bersama ibunya menarik perhatian orang ramai sebelum suspek berjaya ditangkap.
Norazura berkata, ketika kejadian dia berada di stesen minyak untuk mengisi minyak sebelum seorang lelaki menyambar telefon pintar jenis Lenovo yang dipegangnya dan melarikan diri.
"Saya bersama ibu cuba mengejarnya sambil menjerit 'pencuri' sekuat hati.
"Kebetulan seorang orang awam yang berada di kawasan berhampiran berjaya menahan lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 3:36 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan