Raja botox bunuh diri, jerut leher dengan tuala
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Akibat sedih dan kecewa kerana paparan
sinis mengenai dirinya disiarkan dalam sebuah rancangan, seorang pakar
dermatologi yang digelar raja botox telah mengambil keputusan untuk
membunuh diri.
Menurut laporan akhbar Miami Herald, raja botox itu yang dikenali sebagai Dr Fredric Brandt, 65, didapati membunuh diri dengan cara menjerut lehernya dengan tuala.
"Pegawai yang menyiasat malam Sabtu lalu mendapati beliau tergantung dengan tuala dilehernya," kata polis Florida.
Sementara itu, laporan polis menyatakan bahawa Brandt juga mengambil ubat ketika kematiannya.
Menurut ruangan gosip Miami Herald, Brandt kecewa dengan paparan sinis mengenainya dalam 'Unbreakable Kimmy Schmidt,' siri Netflix yang dihasilkan bersama pelakon Tina Fey.
Menerusi rancangan itu, pelakon Martin Short memainkan watak pakar dermatologi yang mirip Dr Brandt, termasuk rambut perang platinum dan berkulit cerah melakonkan adegan yang cukup sinis.
Terdahulu Dr Brandt membahagikan masa antara New York dan Miami untuk 'merawat' ramai selebriti termasuk Madonna dan Kelly Ripa.
Walaupun menjadi kegemaran ramai pesakit dan syarikat farmaseutikal untuk menguji produk baru, Dr Brandt juga berhadapan dengan masalah kemurungan.
2:12PM - 8 Apr 2015
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam
lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan
Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432
Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama
seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini
tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah)..
Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Sumber: http://www.al-fikrah.net/
6:00PM - 8 Apr 2015
Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.
"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.
Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.
Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.
'Hujah peguam saya kuat'
Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.
Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.
"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.
"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.
Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.
Gerak hati kalah kes
Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.
Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.
Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.
Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya ~ Malaysiakini
Menurut laporan akhbar Miami Herald, raja botox itu yang dikenali sebagai Dr Fredric Brandt, 65, didapati membunuh diri dengan cara menjerut lehernya dengan tuala.
"Pegawai yang menyiasat malam Sabtu lalu mendapati beliau tergantung dengan tuala dilehernya," kata polis Florida.
Sementara itu, laporan polis menyatakan bahawa Brandt juga mengambil ubat ketika kematiannya.
Menurut ruangan gosip Miami Herald, Brandt kecewa dengan paparan sinis mengenainya dalam 'Unbreakable Kimmy Schmidt,' siri Netflix yang dihasilkan bersama pelakon Tina Fey.
Menerusi rancangan itu, pelakon Martin Short memainkan watak pakar dermatologi yang mirip Dr Brandt, termasuk rambut perang platinum dan berkulit cerah melakonkan adegan yang cukup sinis.
Terdahulu Dr Brandt membahagikan masa antara New York dan Miami untuk 'merawat' ramai selebriti termasuk Madonna dan Kelly Ripa.
Walaupun menjadi kegemaran ramai pesakit dan syarikat farmaseutikal untuk menguji produk baru, Dr Brandt juga berhadapan dengan masalah kemurungan.
OFFF OFFF
Posted by Mavi Kocaeli on Monday, 6 April 2015
2:12PM - 8 Apr 2015
Laporan polis seluruh negara pada Dr M
Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi
menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.
"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.
“Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sebelum ini Dr Mahathir mempersoalkan mengenai siapa yang mengarah wanita itu dibunuh ekoran kenyataan Sirul Azhar Umar yang mengatakan beliau hanya menjalankan arahan supaya berbuat demikian.
Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Abu Bakar berkata, bekas perdana menteri itu tidak melanggar Akta Hasutan berkaitan kritikannya terhadap Najib mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Badrul Hisham mempersoal bahawa sebelum ini beliau ditahan dan disiasat bawah akta itu berhubung tulisannya mengenai misteri kematian wanita Mongolia itu sedangkan Dr Mahathir tidak.
SAMM Hulu S'gor lapor polis
"Saya sendiri pernah ditahan hanya kerana bertanya dan tulis buku bercakap soal Altantuya. Tapi Dr Mahathir pula tidak (ditahan dan disiasat)," kata pemimpin PKR yang mesra dipanggil Chegubard.
Sementara itu, SAMM Hulu Selangor pula pagi tadi membuat laporan polis dan memberi tempoh 10 hari kepada polis untuk memanggil Mahathir supaya memberi kenyataan berhubung serangannya terhadap Najib.
Dalam laporan polisnya, wakil kumpulan itu, Megat Khairul Anuar Razali mendakwa beberapa kenyataan Mahathir sebelum ini berbaur hasutan kepada orang ramai supaya membenci Najib.
"Kenyataan Dr Mahathir tanpa selindung merupakan hasutan kepada orang ramai (supaya) membenci perdana menteri Malaysia," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
Dalam laporan itu juga, Megat turut mempersoalkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang yang disiasat bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa hampir sama dengan Dr Mahathir.
"Soalnya sekarang, kenapa Dr Mahathir tidak terusik, bebas mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat membenci perdana menteri?" katanya yang juga ahli PKR Cabang Hulu Selangor.
Dalam laporan polisnya, Megat juga berkata jika tidak tindakan dalam tempoh itu, maka tindakan supaya membenci Najib selepas ini dianggap "halal".
Malah, tambahnya, pihak yang membangkitkan isu seperti yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir melalui pelbagai medium juga tidak harus diganggu polis selepas ini.

Larangan Melihat Aurat Wanita
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432
Bolehkah Menceritakan Aurat Kepada Bukan Mahram?
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Sumber: http://www.al-fikrah.net/
6:00PM - 8 Apr 2015
Jawab dakwaan Mahathir, kata KJ sekali lagi
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab isu dibangkitkan terhadapnya,
terutama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya kenapa Najib lama berdiam, Khairy berkata beliau percaya isu itu harus disentuh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di Institut Sukan Negara di Kuala Lumpur hari ini.
“Setiap pentadbiran berdepan sesuatu isu dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menangani isu ini.
“Saya fikir perkara itu akan berlaku,” katanya.
Minggu lalu, Khairy berkata Najib sendiri harus menjawab persoalan dibangkitkan Mahathir, walaupun perkara itu mungkin telah dijawab sebelum ini.
Mahathir mulai minggu lalu mula menyerang keras Najib dalam pelbagai isu, termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Developement Bhd dan kemerosotan sokongan kepada BN.
Kritikan itu dilihat antara paling keras terhadap Mahahir, yang menariknya dibuat sehari sebelum ulang tahun keenam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri pada 3 April.

Rakyat
ramai yg susah sampai sanggup mencuri sbb lapar nak beli nasi, tp para
pemimpin x pernah ambil tahu hal ni, malah berpuluh2 kilo beras sanggup
menbazir bina bendera. Beras 2 makanan bukannya benda utk buat bendera.
Thursday, February 19, 2015
Altantuya: "Saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya?" soal Sirul
Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.
"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.
Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.
Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.
'Hujah peguam saya kuat'
Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.
Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.
"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.
"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.
Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.
Gerak hati kalah kes
Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.
Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.
Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.
Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya ~ Malaysiakini
Mahadi Hj Isa shared Demi Rakyat's post.
12 hrs ·
Suarakan kemarahan anda di www.bantahGSTdotcom
sebarkan!
7:40AM - 9 Apr 2015
sebarkan!
7:40AM - 9 Apr 2015
MP bantah sidang berlarutan tengah malam
Persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila anggota Parlimen pembangkang
tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat itu yang masih tidak
dihentikan walaupun sudah melewati 12 tengah malam tadi.
Kekecohan berlaku apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit meminta penjelasan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat, untuk mempertimbangkan bagi menghentikan mesyuarat yang telah berlarutan sehingga lewat malam.
"Dua hari lepas kita sudah bermesyuarat sehingga 2.30 pagi dan hari ini kita masih ada empat rang undang-undang untuk dibincangkan dan saya rasa mungkin ambil masa hingga 3 atau 4 pagi.
"Saya mahu membahaskan rang undang-undang ini tapi macam mana, mungkin kita tidak diberi masa untuk bahas, semua mahu cepat, macam mana mahu debat dengan berkualiti," katanya yang menyebabkan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang bangkit menyokong.
Rata-rata anggota Parlimen yang ketika itu sedang membahaskan rang undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, mempersoal mengapa kerajaan tergesa-gesa membentang dan meluluskan lapan daripada 11 rang undang-undang yang disenaraikan dalam aturan mesyuarat semalam.
"Kalau sudah tidak ada asas (untuk teruskan mesyuarat) kenapa mesti diteruskan sehingga 3 atau 4 pagi," tegas Gobind Singh.
G. Manivannan (PKR-Kapar) pula mendesak menteri berkaitan menjelaskan kenapa kesemua rang undang-undang itu mesti diluluskan hari ini: "Kenapa kita tidak boleh bahaskan rang undang-undang ini esok."
Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pula menyifatkan tindakan untuk meluluskan segera rang undang-undang seolah-olah menghina Parlimen dan menjadikannya seolah-olah seperti 'pak turut' sahaja.
"Ini ertinya macam tak perlukan Parlimen. Kalau macam ini mana kita hendak ambil masa untuk kemukakan perbahasan berkualiti," hujahnya.
Manakala anggota Parlimen BN pula mempertahankan tindakan kerajaan untuk meneruskan persidangan dan menggesa anggota Parlimen pembangkang untuk pulang jika tidak sanggup menunggu.
"Kita ada asas (untuk bahaskan rang undang-undang). Kalau malas, balik rumah," kata Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).
Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) menyifatkan kekalutan pembangkang itu disebabkan kini mereka tidak mempunyai 'ketua', sehingga menimbulkan kemarahan wakil rakyat pembangkang.
Keadaan itu, bagaimanapun reda apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee menegaskan untuk meneruskan mesyuarat seperti usul yang dipersetujui sebelum itu.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengemukakan usul melalui Peraturan Mesyuarat 12(1) untuk tidak menghentikan mesyuarat sehingga selesai Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015.
Bagaimanapun, bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2015 ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang.
Setakat 12 tengah malam, sidang dewan sedang membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 selepas meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.
Empat lagi rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludulan Migran (Pindaan) 2015 menanti untuk diselesaikan.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan