Peruncit Kad Tambah Nilai Lebih Rela Hentikan Penjualan Kerana Tidak Sanggup Tanggung Rugi Lagi
Peruncit kad tambah nilai dalam dilema apabila mereka sekarang dilaporkan lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan pengguna.
Mereka rela berbuat demikian bagi mengelak menanggung keerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa awal bulan ini.
Memetik laporan Malaysiakini , pekedai ini mereka tidak layak untuk mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.
Tetapi walaupun tidak layak berdaftar, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.
“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit, Shamsuddin Moidutty.
Shamsuddin, 55, beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.
Seorang lagi peniaga, Amin Mohd Saman berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.
“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.
“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.
Menurut seorang pernaiga lagi ,Amin, 49, berkata, walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.
"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...
"Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja," katanya ketika ditemui di kedainya di Pantai Dalam.
Seorang pengedar kad prabayar, Hanif Abdullah memberitahu dia sudah menghentikan penjualan kad prabayar kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.
“Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.
“(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.
“Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.
“Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.
Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.
“Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.
“Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.
Sebelum perlaksanaan GST Jualan kad prabayar dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).
Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna. - Siakapkeli.com.my
Xyah dolak dalik..sirul.....
Terus terang je sapa yang
Bagi arahan
Terus terang je sapa yang
Bagi arahan
Welcome to go lubang kubor
Orang tidak beriman kpd allah sahaja berani bermain dgn madah berhelah sanggup bersumpah,kerna takut orang lain kurang mempercayai kejujuran kita.
Orang tidak beriman kpd allah sahaja berani bermain dgn madah berhelah sanggup bersumpah,kerna takut orang lain kurang mempercayai kejujuran kita.
Biarlah Pihak Polis Teliti Dahulu Kes Dr M Sebelum Lakukan Laporan - Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sebelum dilakaukan apa-apa laporan tentang Tun Mahathir biarlah pihak polis siasat terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil.
Beliau berkata demikian selepas dikatakan Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mengajak orang ramai membuat laporan polis seluruh Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kerana menghasut.
“Sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis, tetapi pihak polis akan meneliti dahulu kandungan laporan tersebut. Biarkan polis menjalankan tugas mereka,” kata Musa.
Menurut beliau, terdapat beberapa prosedur yang perlu mengikut saluran undang-undang dan tindakan susulan bergantung kepada penelitian terhadap isi laporan itu sendiri.
“Jika bercakap tentang Akta Hasutan, masih ada pengecualian-pengecualian tertentu. Maka, pihak polis akan menilai dahulu sama ada ia termasuk dalam pengecualian-pengecualian itu.
“Pihak polis akan meneliti sama ada kehendak laporan yang dibuat itu benar-benar mempunyai sebab seperti yang didakwa ataupun ia sekadar untuk mendapatkan penjelasan,” ujar Musa. - Siakapkeli.com.my
11:13PM - 9 Apr 2015
Najib elak isu utama dibangkitkan Dr M
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengelak dari menjelaskan
beberapa isu utama dalam wawancara khas yang disiarkan pada malam ini.
Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.
Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya, allahyarham Tun Abdul Razak.
Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang diwarisi perdana menteri.
Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.
Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.
Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai “semakin sengit”.
Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.
Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya, allahyarham Tun Abdul Razak.
Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang diwarisi perdana menteri.
Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.
Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.
Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai “semakin sengit”.
Azadila Zainuddin added a new photo.
2 hrs · Pulau Mertajam ·
Wasilah untuk merasa Cinta Allah - wajib tengokJika kita ada masalah dan susah sangat nak mencintai Allah dan ibadat, mungkin video ini boleh membantu. Antara prinsip yang sangat menyentuh jiwa ialah, kita terlalu gembira terlonjak2 bila menghadiri tempat parti dan keraian. Tidak pula terlonjak-lonjak ketika kita berjaya sampai ke Rumah Allah atau majlis ilmu yang dicintai Allah.Asalnya Kita Tidak Tahu adanya agama seindah Islam, sebahgian besar dari kita kita dilahirkan dalam keluarga Islam, tidak seperti mereka dari kalangan Awalul Muslimiin. MEREKA berhempas pulas, berhabis harta dan jiwa untuk mendapatkan Islam dan Iman. Mereka berlapar dan tersiksa untuk secebis petunjuk dan nikmat Iman. Ada kalangan mereka yang tidak sempat mengecapinya kerana terlebih dahulu dijemput ajal. Ada yang berkorban diri untuk kesejahteraan kita yang mewarisi nikmat itu.Alangkah beruntungnya kita yang TIDAK MEMINTA Islam tapi Allah beri percuma, pasang siap. Bersusahalah sahabat dan saudaraku sekalian. Buatlah sesuatu dengan sungguh-sungguh untuk mendaulatkan semula agama ini, yang telah kita sendiri hina dan keji, tidak melalui bibir yang sentiasa mengatakan Allah besar, Allah dan Rasul itu benar. tapi menghina pula dengan ciputnya pengorbanan kita, dengan pakaian kita, dengan perpecahan kita, dengan sembahan UTAMA terhadap pangkat dan harta. Sembahan terhadap ALLAH JADI NOMBOR DUA. Jika Hadiah Islam yang PERCUMA tanpa usaha, tanpa di dera, tanpa kita MINTA-MINTA itu kita persia sia, pasti nanti Allah tidak sudi berikan ruang syurga bila sampai masanya kita pula yang terkial-kial, yang sangat MEMINTA-MINTA.Admin ikut menangis terisak-isak menonton video ini. alangkah hinanya kita yang hari-hari memperlekeh banyak sekali perintah Allah, dengan terang-terang dan sesuka hati kita saja. SILA TEKAN "LIKE DI ATAS PAGE INI" UNTUK VIDEO DAN POSTING SETERUSNYA. SHARELAH SEBANYAK MUNGKIN, PERTONTONKAN KEPADA YANG LAIN SEBAGAI SUMBANGAN KECIL KITA UNTUK MENDAULATKAN AGAMA.KLIK DISINI TENGOK VIDEO
Posted by Koleksi Video & Posting Terbaik on Monday, 9 September 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan