Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik
Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik | Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah
untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah
s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri
kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.â€
†YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?†tanya pemuda itu.
†Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t.
sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain,†jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, †Golongan YANG KEDUA,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam
liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku
lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?â€
Jawab ahli ibadah tersebut, †Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika
sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,â€
Pemuda itu menyambung lagi, †Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.â€
†Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,†balas ahli ibadah itu lagi.
†Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?â€
Jawab ahli ibadah itu, †Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.â€
†Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,†sambung pemuda itu.
†Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,†jelas ahli ibadah
tersebut.
†Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,â€
†Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,†jawab ahli ibadah tadi.
†Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?†tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, †Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.â€
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.
w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan
sebesar zarah. Wallahua’lamMisteri Jenazah Berpuluh Tahun Tidak Reput
Misteri Jenazah Berpuluh Tahun Tidak Reput | “Jenazah Misteri†membuatkan tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.
Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah
juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.
Kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah
usia.
Penggali kubur tersebut berkata penemuan
jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang
lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.
“Selama 30 tahun menggali kubur di
sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah
mendengar cerita mengenainya sebelum ini. Sepanjang pengetahuan, mayat
yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya
milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.â€
“Tergamam apabila melihat wajah serta
tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika
mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat
melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama,
penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat
walaupun oleh penggali kubur.†– kata mereka. Subhanallah….
Renungan – Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk
Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah
menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak
busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku
telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur
mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan dan buah buahan syurga.â€
Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua
datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat
Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat
dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika
Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di
dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya
dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman
sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal
soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!â€
(Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.†(Surah Al-Baqarah: 237)
Wallahu’alam….
Kisah Penyesalan Seorang Isteri Curang
Kisah Penyesalan Seorang Isteri Curang | Kalau dulu kita telah mebaca tentang Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat (LINK) dan Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci (LINK) yang menceritakan tentang akibat bagi orang yang tidak solat. Dan yang terbaru pula tentang kisah seorang isteri curang yang sanggup menyihirkan suaminya dengan memberi makan air mani dan air hadi (LINK) dan mendapat penyakit misteri yang azab dari Allah. Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisah tentang seorang isteri yang mempunyai suami yang baik tapi tidak menghargainya dan berlaku curang.
Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih
penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Gambar hiasan: Carilah isteri yang beriman dan sejuk mata memandang. Kalau dapat yang cantik tu bonus.
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu
boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan
kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan
menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia
tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.
Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan
yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan
sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.
Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan
tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi
apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami
yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.
Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.
Agungnya cinta saya padanya namun kerana
kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami
ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati
saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga,
sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.
Namun, sebagai seorang isteri
yang baik, saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk
mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka
beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari
sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga
selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.
Dua tahun lalu, saya menyambung
pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya
tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar,
dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.
Saya cukup terharu dengan suami tapi
bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada
perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak
beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita.
Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan
cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya.
Entahlah, saya pun tak faham.
Orang kampung juga suka menghasut.
Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam,
saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.
Kali pertama jumpa, saya nampak dia
matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami.
Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar
bahagia dengannya.
Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu
dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat
soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk
berpisah dengannya.
Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami,
saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami
terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata,
akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.
Sekali lagi dengan linangan air mata,
saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk
kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu
menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah
dengannya.
Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang
kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka
menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga pula masih
buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus
hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami
lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.
Saya jalani perasaan ini dengan
penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak
didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya
mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati masih sayang dan kami sama-sama
gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri
harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan
kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan
darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan.
Kini baru saya sedar, dia bukan
lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya
hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga
saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.
Ketika ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Kini saya benar-benar menyesal.
Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka
Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka – Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani | Kalau dulu kita telah mebaca tentang Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat (LINK) dan Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci (LINK) yang menceritakan tentang akibat bagi orang yang tidak solat. Kisah terbaru ini pula diceritakan oleh Ustaz Nahrawi (bukan nama sebenar) tentang kisah isteri derhaka seorang rakannya yang bernama Arifin (bukan nama sebenar).
Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan. Benar atau tidak kisah
ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil
iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Lama benar saya tidak berjumpa dengan
Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di
arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat
saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?†kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan
sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah.
badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,†balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah
menggelebeh. Seluar pun longgar,†Tambah Arifin sambil menarik lengan
baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di
pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya
serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui
saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di
sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustazâ€, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam
aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?†saya bertanya.
Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan
seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya
dalam-dalam.
“Entahlah.†katanya perlahan,
†Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan
dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh
macam orang terkena air Panas,â€kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah
membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang
di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,â€tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?â€saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap
kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam
lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga
sembuh,†jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh
menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing
menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,†tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita
kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu
licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan
yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi.
Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan
dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga
yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang
tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut
yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala
yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,
rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang
sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia
bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia
mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain?
Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,†kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam duluâ€.
Di sebabkan doktor tempatan gagal
menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura.
Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang
dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari
penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah
bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan
menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,â€tambah Arifin.
“InsyaAllah.†Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan
ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang
diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya.
Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di
hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?â€
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya
dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap,
Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,â€kata
Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan
tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri .
Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,â€katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,â€Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz
jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif
sikit,†bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,â€kata
Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza
menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya
penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam
manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang
dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak
menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar
memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti
keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya
bertanya;â€Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah
kalau nanti awak tersinggungâ€.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,†jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau
yang.†soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya
maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,â€kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.â€
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu
kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis
untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza,
saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja
di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka
kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta
ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.â€
“Kalau macam tu, baguslah,â€kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat
yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya
nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan
ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,†kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya
keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila
Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya
itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya
petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau
yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin
supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian
Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak
menangis.
“Ustaz,â€katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustazâ€
“Kenapa?â€pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanyaâ€. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?â€
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.â€
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia
jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar
daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit
dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama
lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan
setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta
berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.â€Saya tak
sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak
membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.†Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya
itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup
berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin
berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,â€kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu
terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada
suaminya terlebih dahulu.â€
Lagipun, dia sudah terlalu menderita,
sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah
sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan
saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah
lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.â€
“Ampunkan dia?†Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak
senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau
saya maafkan dia?â€tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak
pula dapat pahala,†jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah
demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun
Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya.
Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia
menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja
dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,†jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin
mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga
kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak
tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu
tunaikan solat,†kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya.
Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah
kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia
sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak
bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi
dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka.
Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis
dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan
dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah
ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir
dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham
isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran
dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri,
jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.
Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat
Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik
tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin
lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap
perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca
ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat
berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku
itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya
telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi.
Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di
hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.†Ustaz,â€
kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah
seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.â€
kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
“Betulkah ini mayat anak mak cik?â€tanya saya. “Mak cik rasa
betul… tapi kulitnya putih.†“Makcik lihatlah betul-betul.†kata
saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin
yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan
menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari
bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai
wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?†tanya saya. Wanita itu tidak
mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan
tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan
sesuatu.â€Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu
uruskan jenazah anak mak cik ini. †kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil
mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang
baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau
pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa
membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…†tambah wanita itu lagi “apabila
makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia
mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,
dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya
bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.†kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik
cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas
menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk
pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke
rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas
keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak
untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon
yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara
Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.â€
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia
terkejut, “Orang tua mana pula?†katanya. Saya ceritakan tentang
wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta
pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!â€
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi
‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita
itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang
Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku
hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa
tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam
ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa
jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,
dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci
Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci | Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak.
Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang
mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang
muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya.
Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama.
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah
sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an, dikatakan bekerja sebagai seorang pramugari. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya
nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik
sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar
hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun
dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba
kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik
sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun
bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit†kata
saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,†kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat
wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak
jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih
lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya
teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di
hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga
tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman
pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha
untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz,
saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya.
Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah
saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus
memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni
bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya
bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?â€
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya
menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya
bertaubat, betul-betul taubat.â€
“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja
nak bertaubat?†tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus
menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara,
menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang
bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, “Ustaz, saya ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya
ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya
tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan
suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu
saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,†katanya tersedu-sedan.
“Habis yang puan pergi haji ini?â€
“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.â€
“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?†tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
“Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha
Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang
benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
“Betul ke puan?†tanya saya, terkejut
“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya
telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada
saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.â€
“Bukan itu saja, buah dada saya pula
diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api,
kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah
dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis
kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah
dada tu balik.â€
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin
banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
“Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.
Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab
itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.â€
Sambil bercerita, wanita itu terus
meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan
kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar
ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya
rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api
yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk.
Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya
lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya
hidup di dunia ini.â€
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, saya merayu mohon
kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang
untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata
saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg
soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.â€
Saya termenung mendengar cerita wanita
itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini
tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka
azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah
menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi
azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya
tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya
taubat Nasuha,†katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Puan…yang puan sembahyang
teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas
sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…†tegur
saya.
“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.â€
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram,
dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain
itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya
kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya
dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau
Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul-
betul bertaubat.†Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung, jaga lah aurat dengan sempurna.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai
seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa
diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap
sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang
lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10
orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya
mendapat 10 dosa.â€
“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak
jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna
beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana?
Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai
tudung macam saya ni??? Allah…â€
“Saya berazam, balik saja dari haji
ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya
sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji.
Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua
kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing
dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.â€
Sejak balik dari haji itu, saya tak
dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya
percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia
berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang
diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam
Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu
memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah
soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa
“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku
menyesal…†Itu dah terlambat.
Firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang tidak beriman
kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan
kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut
ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah
benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari
kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.†(Asy-Syuura 42:18)
Wallahu’alam….
7 azab yang dilihat pengali kubur
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan