• Sirul Azhar Umar Rombongan “See For (C4) Yourself” mempertemukan Piah dan anaknya Sirul di Pusat Tahanan Imigresen, Australia, hari ini. - Foto ihsan Harakahdaily.net
1 / 1
SHAH ALAM – Suasana pilu dan hiba menyelubungi Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney sebaik sahaja rombongan misi “See For (C4) Yourself” berjaya mempertemukan ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, kira-kira 5.30 petang waktu tempatan, hari ini.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang mengetuai rombongan itu berkata, hanya linangan air mata menjadi pengubat kerinduan anak-beranak itu yang berpelukan sebaik sahaja pertemuan tersebut.

“Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan.

“Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rombongan misi tersebut ke Sydney, Australia yang bertolak semalam untuk bertemu dengan bekas anggota UTK itu yang kini ditahan di sebuah pusat Imigresen di negara kangaroo itu.

Mahfuz sebelum berlepas berkata, misi itu lebih kepada misi kemanusiaan semata-mata bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi.

Lebih menyayat hati lagi apabila ibu Sirul sempat membawa bekal sambal bilis dari kampung kepada anaknya yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Australia.

Mengulas lanjut, Mahfuz turut menyifatkan misi kemanusiaan anjuran Pas itu berjaya apabila dapat mempertemukan kedua-dua anak beranak itu termasuk adik perempuan Sirul, Noriatin Umar.

“Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi.

“Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul,” ujarnya.

Mahfuz turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya,” katanya lagi.

03 Mac 2015


BERITA YANG MENDEBARKAN DARI AUSTRALIA? NAK TAHU BACALAH.....

Anak saya lebih selamat di Australia, kata ibu Sirul




Piah Samad (kanan), ibu kepada Sirul Azhar Umar, kini berada di Australia bersama pemimpin PAS bagi menemui anaknya yang ditahan pihak imigresen di Sydney.

Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.


Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.

Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.

"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.

"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz.

Mahfuz memberitahu wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, terpulang kepada Sirul mendedahkan lebih lanjut peranannya dalam pembunuhan Altantuya.

"Terpulang kepada dia sama ada mahu memberitahu (motif pembunuhan) ataupun tidak. Itu bukan misi saya.

"Itu akan lahir daripada hatinya sendiri, dan dia sudah berjanji kepada anda semua baru-baru ini yang dia akan umumkannya bila sampai masanya nanti."


Ahli Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini gagal menghubungi Sirul bagi mengadakan tele-sidang khas bersama wartawan minggu lepas, berkata sesi seumpama itu tidak akan diadakan pada pertemuannya dengan Sirul nanti.

Misi rombongan itu dinamakan Mahfuz "C4 Yourself", dan mereka dijangka pulang pada 7 Mac. ~TMI



KEMASKINI 3 MAC 2015

Piah bawa makanan kegemaran Sirul


Piah Samad gembira dapat bawa makanan kegemaran anaknya, Sirul Azhar Umar ketika mengadakan pertemuan di pusat tahanan Villawood.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 74, tiba di Sydney, Australia untuk berjumpa dengan anaknya di pusat tahanan imigresen negara itu dibenarkan membawa makanan kegemaran anaknya itu, sambal ikan bilis oleh pihak berkuasa Australia.

Harakah Dailay melaporkan, Piah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam mendapat liputan meluas media antarabangsa dan Australia.

Dia yang turut membawa satu lagi makanan kegemaran anaknya iaitu rendang limpa, juga berharap agar pihak berkuasa Australia terus memberi perlindungan kepada Sirul.

Bagaimanapun dia terpaksa menerima keputusan pihak berkuasa Australia yang tidak membenarkan rendang limpa dibawa melepasi lapangan terbang.

“Tak mengapa tak dapat bawa keluarpun, Sirul memanag suka rendang limpa.



“Kita akan masak yang lain, saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul,” katanya memetik apa yang dikatakan oleh salah seroang ahli ‘See For (C4) Yourself’ melalui aplikasi whatsapp kepadaHarakah Daily.

Difahamkan, rombongan berkenaan termasuk Piah menginap di sebuah apartmen berhampiran pusat bandar Sydney.

Piah yang bersemangat untuk bertemu anaknya itu turut menyediakan hidangan kari kepala ikan kepada ahli rombongan berkenaan.

“Sirul seorang anak yang baik, tugasnya menjadi menteri. (Untuk itu) dia pergi serata tempat. Dia tidak pernah certia apa-apa pada saya sehinggalah dia ditahan.

“Sebelum dia ditangkap, dia pulang ke kampung dan berjumpa dengan saudara maranya,” katanya.

Ahad lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfiz Omar mengetuai rombongan ‘misi kemanusiaan’ ke Australia dengan membawa adik Sirul Azhar, Noriatin Umar dan peguam.

Kumpulan tujuh orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ahad untuk melawat Sirul yang ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood. Rombongan berkenaan dijangka pulang pada 7 Mac.

Sirul Azhar meninggalkan Malaysia ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mendapati dirinya dan juga seorang lagi tertuduh Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuyaa Shaarriibuu.

Hukuman itu membawa kepada waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Sirul.

Read more: SINI