Rabu, 25 Mac 2015

HUDUD KIAN MENARIK...MASING2 BUKA TEMBELANG ...JANGAN KITA RASA DUDUK SORANG2 DALAM DUNIA NI...YANG BUKAN ISLAM TAK TERLIBAT...KENAPA MENOLAK HUDUD...TAKUT BISNES TERJEJAS KOD...AGAK2 JE...MUNGKIN AJE...TAK MESTI BETUL...SAPE JALANKAN KEGIATAN PELACURAN...JUDI...DADAH TERMASUK JUALAN MINUMAN KERAS...PROGRAM2 MAKSIAT...HINGGA ADA YANG MENINGGALKAN SOLAT DLL KERANA ACARA2 MAKSIAT...TAK MUSTAHIL MEREKA MENOLAK ADALAH ALASAN BISNES AKAN TERJEJAS....KITA ULAMAK JANGAN KELUARKAN KENYATAAN2 MERAGUKAN...ORANG AWAM BUKAN CERDIK MACAM KITA...KADANG2 KITA PERLU DIAM....KERANA DIAM ITU LEBIH BAIK

Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika pindaan enakmen syariah diluluskan. Sumber berkata Majlis Raja-raja tidak bersetuju pindaan itu, menyebabkan rang undang-undang itu mungkin gagal. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika pindaan enakmen syariah diluluskan. Sumber berkata Majlis Raja-raja tidak bersetuju pindaan itu, menyebabkan rang undang-undang itu mungkin gagal. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.
Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.
Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.
DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.
Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.
Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.
Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.
"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.
"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.
Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.
Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.
Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.
Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).
Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.
Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.
Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.
Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.
Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.
Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.
Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.
Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.
Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.
PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – 25 Mac, 2015.
Putus dengan bapa, kawan dengan anak
  • Pas
1 / 1
SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mengajak pimpinan Pas berbaik-baik dengan parti itu sebagai tindakan yang lucu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataanya hari ini mengandaikan kemungkinab DAP beranggapan sekiranya Abdul Hadi disingkirkan, ahli-ahli Pas yang tinggal akan mudah dipergunakan.

“Mengisytiharkan putus hubungan dengan bapa dan dalam masa yang sama menghulurkan persahabatan kepada anak-anak merupakan satu tindakan yang melucukan di abad ini.

“Ia lebih pelik apabila kata-kata nista yang dilontarkan kepada bapa dengan segala macam tohmahan sedangkan anak-anak diajak untuk berbaik. Barangkali dengan sangkaan jika bapa dimatikan, harta pusaka yang diwarisi oleh balu dan anak-anak senang dibahagi-bahagikan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Siapa nak keluar, dialah keluar!']

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi susulan tindakannya yang tidak jujur dan bermaruah dalam soal undang-undang hudud.

Tindakan itu menerima pelbagai reaksi dari pimpinan Pas yang rata-rata kurang senang dengan kenyataan DAP tersebut.

Sementara itu, menurut Ahmad Fadhli, perjuangan tetap diteruskan dengan kepimpinan Abdul Hadi dan tidak akan sesekali penyokong Pas akan mengkhianati pemimpin nombor satu Pas itu.

“Hanya anak-anak yang derhaka sahaja yang sanggup menerima tawaran beracun seperti ini. Yang kasihkan bapa, berakit ke hulu berenang ke tepian, bapa seorang takkan ditinggalkan. Kasih biar sampai penghujung, sayang tiada tukaran ganti.

“Waktu berdiri kami setia, waktu diserang kami mendada. Jika melontar ke tengah laman, di pintu pagar kami menunggu,” katanya.

 

Monday, 23 March 2015

Penjelasan Terbaik Hukum Hudud Dari Kerajaan Kelantan.. Wajib Baca


Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan di Kelantan, namun masih terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu.


Malah, rakan sekutu PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR juga dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian hudud sekiranya dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkongsi dengan Malaysiakini masalah yang dihadapi PAS bersama rakan sekutunya serta menjawab pandangan umum berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Malaysiakini: Ada pihak berpendapat undang-undang hudud tak patut dilaksanakan sekarang kerana sehingga kini, kerajaan negeri masih gagal untuk menguruskan masalah rakyat dari segi ekonomi dan hal-hal lain. Jadi kenapa mesti nak laksanakan hudud sekarang juga?

Mohd Amar: Dari segi ekonomi kita buat juga, program-program lain pun kita buat. Undang-undang lain pun kita buat. Ini sebahagian daripada pentadbiran. Takkanlah buat satu benda sahaja. Kerajaan macam pasar raya, semua barang ada, bukan jual satu barang sahaja. Di pasar raya ada pakaian, makanan, aksesori. Jadi kerajaan macam itu jugalah.

Tapi ada yang mengatakan, Kelantan patut memastikan negeri ini bebas kemiskinan terlebih dahulu sebelum nak melaksanakan hudud bagi memastikan tiada kecurian berlaku?

Bila nak jumpa (negeri macam itu)? Boleh beritahu saya di mana negeri macam itu di dunia? Mana ada dalam dunia ini yang negeri macam itu. Ia seolah macam utopia. Utopia ialah sesuatu yang kita tak boleh nak dicapai. Tak mungkin.

Zaman Nabi dulu majoriti orang Islam, termasuk Rasulullah juga miskin. Dalam keadaan majoriti orang miskin dan hidup susah, undang-undang jenayah sudah dijalankan dan undang-undang jenayah itu bertujuan untuk menghukum orang jahat, bukan hukum orang miskin. Kalau masyarakat itu baik semuanya, apa yang jadi masalah.

Walaupun hudud hukum Allah, tetapi ada kebimbangan terhadap pihak yang akan melaksanakannya kerana bimbang ia tidak dilaksanakan dengan betul? 

Kebimbangan semua orang ada. Macam takut nak beli kereta kerana takut kemalangan. Adakah kerana itu kita tak pakai kereta? Saya ambil analogi sahaja. Adakah ia satu pendapat yang betul? Macam kapal terbang jatuh, adakah kerana itu kita semua tak nak naik (kapal terbang)? Tak boleh begitu, ia salah. Sebab benda yang melibatkan kemalangan memang tak boleh lari dan dalam kes mesti ada satu, dua kesilapan. Kita tak nafikan, tapi kita akan cuba yang terbaik.

Paling penting dalam perspektif kita ialah melaksanakan tuntutan agama sebab dalam Islam, bila kita ada kuasa politik, bila jadi kerajaan, antara perkara yg kita perlu buat ialah menegakkan undang-undang jenayah Islam. Setelah 23 tahun, kita rasa ini adalah masa yang sesuai.

Dan kita nak jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang. bukan mesti laksana terus. Laksana bergantung kepada keadaan kalau tak ada kes yang berlaku kita tak hukum sesiapa. Bukan bila undang-undang ini ada kita nak cari orang untuk potong tangan. Itu bukan tujuan undang-undang ini, sebab tujuan utama ialah mencegah.

Bila letak hukuman keras, kita harap masyarakat akan rasa takut untuk melakukan jenayah. Hari ini orang rasa tak bimbang nak buat kesalahan. Kerana dia tahu paling kurang pun dia kena denda RM400, RM500 kemudian keluar (penjara). Jadi tak ada perasaan takut. Bila curi kena potong tangan, orang akan fikir dua, tiga kali.

Bukan bila kita lulus undang-undang ini kita cari orang, kemudian potong tangan. Tidak. Bila baca balik enakmen ini, ada 20 keadaan di mana hukuman potong tangan tak boleh dikenakan. Jadi undang-undang Islam ini untuk wujudkan perasaan takut dalam hati. Perspektif itu yang penting.

Bila hukuman ini akan dilaksanakan? 

Langkah pertama, perlu lulus dalam dewan (DUN). Langkah kedua, bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk buat pindaan pada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965). Kalau diluluskan, empat daripada enam kesalahan jenayah hudud dah boleh dilaksanakan. Yang tak boleh (dilaksanakan) ialah potong tangan, rejam, hukuman bunuh sebab itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Daripada situlah, kita memerlukan kepada Perkara 76A (1) Perlembagaan (untuk memberikan kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang). Kalau itu lulus di Parlimen, barulah keseluruhan undang-undang itu dibuat dan prosesnya bergantung pada langkah-langkah ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim kata tidak boleh bawa rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen kali ini kerana jadual penuh? 

Kita ada masa. Tengok pada peraturan Parlimen, kita hanya perlu 14 hari daripada tarikh untuk dibentangkan dalam Parlimen. Parlimen sampai 9 April depan. Kita ada masa lagi.

Jadual kerajaan penuh, betul. Tapi kita boleh masuk usul pada bila-bila masa. Yang penting cukup masa 14 hari, lepas itu masalah naik atau tidak usul tersebut, itu isu kedua. Nak masuk usul, bila-bila masa boleh masuk.

Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian, dan bukan Datuk Takiyuddin Hassan (ahli Parlimen Kota Bharu)?

Kelantan mencadangkan supaya Hadi yang bawa. Datuk Takiyuddin akan bawa Perkara 76A(1) sebab ia spesifik untuk Kelantan. Jadi kemungkinan wakil rakyat dari Kelantan akan bawa, tapi pindaan Akta 355 ini umum dan bukan spesifik di Kelantan jadi Hadi orang paling sesuai, itu pandangan kita.

Kenapa tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bawa rang undang-undang persendirian di Parlimen? 

Kalau kita bincang adakah Pakatan akan setuju? Saya nak cerita, DAP kata kita tak bincang dengan dia. Waktu bincang Khamis lepas, dua wakil Kelantan pergi iaitu Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan, Datuk Nasaruddin Daud bersama Datuk Takiyuddin memberi keterangan tentang ini (enakmen hudud). Dia (DAP) mengadu suruh kita buat macam ini, tetapi bila Takiyuddin tanya Gobind Singh (peguam DAP) "kalau kita ikut you punya cadangan, adakah you akan sokong?" Dia tak sokong juga. Jadi apa gunanya. Apa gunanya kita nak bincang, sebab dia tidak akan sokong juga.

Apa yang DAP bimbangkan? 

Itu saya tak tahu, awak kena tanya merekalah.

Tapi di laman sosial ada juga orang bukan Islam bising mengenai pelaksanaan ini?

Bukan orang bukan Islam, tetapi DAP. Orang bukan Islam tak ada (bising). Di Kelantan, awak boleh buat tinjauan, mereka OK dan tak ada masalah (dengan pelaksanaan hudud). Yang bising ialah ahli politik sebab mereka ada niat politik. Baca di Facebook, mereka ramai yang bukan Islam sokong.

Niat politik? Niat politik macam mana?

Itu saya tak tahu. Kena tanya DAP

Ada mereka beritahu tentang perkara yang mereka tak puas hati berkaitan rang undang-undang ini?

Tak ada. Alasan mereka macam ini, mereka kata tak bincang. Empat kali saya jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Empat kali saya berbahas, saya mewakili Kelantan. Dalam pertemuan ini semua hujah dia, dia tak boleh pertahan. Dia kata bukan rangka kerja dasar yang sama. Kita kata memang bukan, sebab hudud muncul 1993, masa itu Pakatan tak ada lagi. Jadi memang tidak akan ada dalam (dasar) itu. Jadi kita buat benda yang sudah memang ada.

Takkan bila ada Pakatan kita nak tinggalkan perjuangan kita. Masa saya mula-mula bentang di ibu pejabat DAP, kita berbahas dan masa itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) semua ada, akhirnya masa itu kita buat keputusan untuk setuju untuk tidak bersetuju dan Pakatan tak akan halang PAS untuk meneruskan agenda politik. Sangat jelas masa itu.

Kemudian, kita bincang lagi, dan dia kata benda ini (enakmen hudud) benda baru. Ini bukan yang baru, tapi ini pindaan kepada apa yang sudah ada pada 1993. Dia kata tak betul formatnya. Jadi, Takiyuddin tanya, "kalau ikut 100 peratus macam you nak, adakah akan sokong?" Mereka kata tak sokong juga. Jadi apa gunanya?

Harapan PAS pada PKR dalam isu ini? 

Kita hanya boleh berharap mereka (PKR) boleh ada faham dengan kita sebab kita pun banyak bertolak ansur contoh dalam isu pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita tak ganggu, walaupun kita tak setuju, kita tak bising, kita tak serang. Tak boleh ke kalau DAP ambil pendirian yang sama macam kita. Dia tak setuju, itu tidak apa. Tapi jangan serang, ugut, jangan tekan kita.

Kalau nak gaduh, dah lama kita boleh bergaduh dengan DAP mengenai isu PBT ini tapi sebab tak nak rosakkan Pakatan, kita ambil pendirian untuk senyap. Kita dah suarakan pendirian kita dan kemudian, senyap. Dan kita tak tekan, tak desak. Kalau Dap boleh ambil pendirian macam itu. Kita PAS bertolak ansur untuk Pakatan, isu Negara Islam, sanggup tukar jadi Negara Berkebajikan. Walaupun isinya sama tapi kita tukar juga, walaupun kita dimarahi pengundi kita. Isu kalimah Allah pun kita ambil pendekatan terbuka.

DAP mesti berani berdepan dengan pengundi, beritahu pengundi "Ini hak orang-orang Islam, undang-undang ini hanya untuk orang Islam kita tak perlu bimbang apa-apa biar PAS uruskan dengan orang Islam", itu sahaja yang kita harap tapi itu pun dia tak boleh buat, jadi kita nak kata apa? Maka serah pada DAP dan PKR untuk buat keputusan.


Sumber

Hotel bajet diserbu lagi
  • Hotel bajet diserbu lagi Antara individu yang ditahan dalam operasi di hotel bajet di Jalan Pudu, kelmarin.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sebuah hotel bajet di Jalan Pudu yang menawarkan perkhidmatan pelacur bertindak mematikan suis  lampu dan lif bagi menghalang premis mereka diserbu anggota imigresen, kelmarin.
Operasi bermula jam 11 malam itu melibatkan 188 anggota dari Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, Pasukan Gerakan Am Cheras, dan Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur dan Melaka.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Putrajaya, Zahari Abdul Aziz berkata, hasil serbuan berkenaan, seramai 200 individu telah diperiksa. Bagaimanapun, seramai 47 wanita warga asing yang disyaki menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan harga lingkungan RM70 hingga RM200, ditahan.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 41 adalah warga Vietnam, empat warga China dan dua warga Myanmar. Seramai 27 lelaki warga asing membabitkan warga Bangladesh dan Myanmar dipercayai pelanggan juga ditahan.
“Pemeriksaan mendapati, premis yang kotor dan tidak terjaga ini dikunjungi warga asing dan tempatan.

"Pengunjung akan berunding dengan 'bapa ayam' di situ untuk aktiviti persundalan sebelum diarahkan ke bilik-bilik hotel yang berada di tingkat atas.

“Kita pernah menyerbu hotel ini tiga tahun lalu. Kita percaya kawasan ini dilindungi oleh individu tertentu menyebabkan ianya kembali beroperasi,” katanya.

Kesemua tahanan berusia lingkungan 20 hingga 40-an disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Artikel Berkaitan


Taktik pusat hiburan tawar khidmat GRO terbongkar
  • Taktik pusat hiburan tawar khidmat GRO terbongkar Antara wanita warga asing yang ditahan, awal pagi semalam.
1 / 1
KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai pelaris, diserbu sepasukan anggota dari Unit Maksiat Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya mendapati taktik itu digunakan bagi menarik pengunjung ke premis terbabit.

“Kita memberkas 28 wanita warga Thailand dipercayai GRO ketika mereka sedang asyik melayan pelanggan di premis tersebut,” katanya.

Menurutnya, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai sebagai pengurus pusat hiburan itu.

“Siasatan mendapati pelanggan hanya perlu membayar RM150 hingga RM200 untuk khidmat seks, mereka boleh membawa GRO tersebut ke hotel bajet berhampiran untuk tujuan maksiat,” katanya.

Kesemua wanita warga asing yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Artikel Berkaitan

Nak tarik pengundi bukan Islam.
Boleh ke cammi PASMA ?

Umat Islam bebas persoal hudud PAS, kata mufti Perlis












Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak semua perincian undang-undang jenayah Islam terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah dan tidak salah bagi umat Islam mengkritiknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak semua perincian undang-undang jenayah Islam terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah dan tidak salah bagi umat Islam mengkritiknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan.
Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.
"Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.
"Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas," kata Asri dalam satu kenyataan di laman blognya semalam.
Beliau berkata, umat Islam perlu mengetahui perincian undang-undang syariah itu kebanyakannya tidak wujud dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
Tambahnya perincian mengenai hudud mungkin terdapat dalam beberapa nas (dalil) tetapi dari segi perbincangan hukum fekah, ia boleh diandaikan pelbagai tafsiran.
"Ini yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).
"Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar," katanya.
Oleh kerana terdapat pelbagai tafsiran dalam nas tersebut, terdapat perbezaan dalam perincian hukum seperti kadar curian, ‎suasana undang-undang itu dilaksanakan dan sama ada taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, kata Asri.
‎Pada masa sama, beliau menegaskan pendiriannya menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud tetapi mahu kerajaan PAS itu memberi ruang agar enakmen syariah itu dikaji semula pakar perundangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Katanya, tindakan  mengkaji semula enakmen tersebut adalah wajar agar kerajaan Kelantan tidak mengulangi kegagalan pelaksanaan hudud yang pernah berlaku di negara lain seperti di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan.
‎"Yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang dibuat oleh mereka, katanya.
Asri berkata, Kelantan di bawah pentadbiran PAS harus mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang seperti berlaku di bawah pentadbiran Taliban dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
"Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.
Selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan hudud, seorang penyampai radio BFM, Aishah Tajuddin diugut bunuh dan rogol di media sosial kerana dituduh mempersendakan hukum Islam dalam sebuah klip video YouTube.
Aishah bagaimanapun berkata beliau tidak berniat mengkritik hudud, dan hanya mempersoalkan keutamaan kerajaan Kelantan ketika masalah pasca banjir di negeri itu masih belum selesai. – 24 Mac, 2015.



AKU KAGUM DENGAN KECEKALANMU WAHAI SAHABAT
Ustaz Rizal tidak pernah memberikan alasan untuk tidak hadir mana mana program tarbiyah. Ketika solat subuh di Masjid Rusila aku terserempak dengannya. Apabila aku tanya "datang dengan siapa?" dia menjawab "naik bas sendiri". Menitis air mata melihat kecekalan anak muda lulusan Al Azhar Mesir ini.
Tatkala ramai ahli gerakan islam yang menculaskan diri untuk hadir program ijtima antarabangsa dengan pelbagai alasan. Beliau hadir dengan usaha sendiri menaiki bas dari Kajang - KL walaupun dengan fizikal seperti itu. Sekarang siapa OKU wahai teman? Dia atau kau?
- Nurul Mohamed Yussof -
*sengaja admin siarkan lagi peristiwa mengenai Ustaz Rizal ini, agar mampu memberi kesedaran kepada kita semua yang "culas" dalam menggerakkan seruan jihad.

DAP kekal bersama Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 24 MAC: DAP memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat kerana ia gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat untuk membina Malaysia baharu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.
PAKATAN RAKYAT“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam Pakatan Rakyat, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” katanya.
Guan Eng berkata DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.
“Rakyat yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama,” katanya dalam kenyataan media.
EZY

DAP putus dengan Pas bukan Presiden sahaja
  • Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti memutuskan hubungan baik yang terjalin dengan Pas selama ini.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, presiden adalah pimpinan utama parti dan tindakan menggesa Abdul Hadi keluar PR akan melemahkan Pas dalam PR.

"Abdul Hadi adalah Presiden kepada semua ahli Pas. Pemuda Pas adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli Pas.

"Saya sangat kecewa dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden kami. Kami Pemuda Pas mahu Pas kuat bersama PR. Bagaimana Pas boleh kuat bersama PR tanpa Presiden kami? Memutuskan hubungan dengan Presiden Pas adalah umpama memutuskan hubungan dengan Pas," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Putus dengan bapa, kawan dengan anak]

Guan Eng hari ini mengumumkan  memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi ekoran kedegilan Abdul Hadi salam meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Suhaizan berkata, beliau lebih selesa memilih langkah optimis dalam mencari penyelesaian kemelut dua parti ini.

"Sebesar mana pun masalah pasti ada penyelesaiannya. Mari kita lihat masa depan Pakatan Rakyat yang cerah. Mari kita mencari titik temu bagi menyelesaikan masalah ini.

"Pemuda Pas sangat optimis bahawa adanya jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Berdamailah. Kerana rakyat Malaysia mahu kita semua berdamai," katanya.
Artikel Berkaitan
DAP beri Hadi kata dua, hudud atau PR?
  • Abdul Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa keluar PR sekiranya masih mahu meneruskan  pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di sidang Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui media di lobi Dewan Rakyat berkata, Abdul Hadi tidak seharusnya membentang RUU berkaitan hudud atas kapasitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang kerana ia diluar perbincangan pihak Pas dan PR.

"Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik dia tinggalkan Pakatan Rakyat, dia tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu turut mengumumkan pendiriannya untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

"Saya kesal dengan tindakan tidak jujur dia (Abdul Hadi).

"Hadi telah mengkhianati serta memungkiri janji yang dibuat kepada PR. Oleh itu dia harus keluar dari Pakatan," tegasnya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng: DAP sudah hilang kepercayaan kepada Hadi ]
Artikel Berkaitan

Pas Selangor anggap tindakan DAP bukan pelik
  • Mohd Khairuddin Othman
1 / 1
 SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan tindakan DAP menghentikan kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan isu hudud, bukan sesuatu yang pelik.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan itu adalah daripada ahli DAP dan bukan ahli Pas.

"Tidak pelik, yang pelik ialah kalau ada ahli Pas sendiri yang tidak taat pada Presiden, sedangkan presiden dipilih oleh ahli di dalam Muktamar Tahunan yang sah.  Walaupun DAP menolak presiden kita, tetapi ahli-ahli kita di Selangor tetap bersama Presiden Pas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ ARTIKL BERKAITAN: DAP sudah hilang kepercayaan kepada Hadi ]

Menurutnya, Pas Selangor akan terus kekal bersama PR selagi parti itu belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan tertinggi berhubung kerjasama dalam pakatan itu.

"Pas Selangor tidak menerima sebarang arahan untuk meninggalkan PR dengan sebab itu kita kekal," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam suasana hormat menghormati.

“Setiap parti mempunyai dasar mereka sendiri dan kita telah bersetuju untuk saling berbeza pandangan,” katanya.


Artikel Berkaitan

Penternak babi diberi tempoh tiga tahun

KUALA LUMPUR 24 Mac - Penternak babi tempatan diberi tempoh tiga tahun bermula tahun ini untuk menaik taraf ladang ternakan mereka kepada jenis ladang tertutup.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap ladang babi yang tidak memenuhi kriteria itu selepas tamat tempoh berkenaan.
Katanya, ladang moden yang tertutup sepenuhnya dan mempunyai sistem pengurusan sisa yang teratur adalah lebih baik kerana lebih mesra alam dan mesra awam.
Menyedari kos tinggi untuk pembinaan fasiliti ladang ternak babi yang moden, beliau turut meminta pengusaha ladang bergabung tenaga dan sumber untuk membina ladang-ladang yang memenuhi spesifikasi kerajaan.
“Kini, anda mempunyai notis mencukupi untuk semua penternak babi, tiga tahun daripada sekarang, kita akan tutup semua ladang babi yang tidak mematuhi penternakan ladang tertutup,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Katanya, pendapatan daripada sektor penternakan babi adalah hampir RM2 bilion setahun.
Terdahulu, beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa terdapat sebanyak 737 buah ladang babi di seluruh negara dengan Pulau Pinang mempunyai ladang terbanyak iaitu 199 buah, diikuti Sarawak sebanyak 141 buah dan Selangor sebanyak 128 buah.
Bilangan babi yang direkodkan ialah sebanyak 1.82 juta ekor.
Katanya, pengeluaran daging babi buat masa ini memenuhi 96 peratus daripada permintaan tempatan manakala empat peratus lagi diimport.- BERNAMA

Bimbang orang bukan Islam juga akan jengkel dengan cara DAP' - Nik Abduh

'Bimbang orang bukan Islam juga akan jengkel dengan cara DAP' - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh menjelaskan bahawa PAS tidak akan meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat. - Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Tindakan DAP yang terus menyerang PAS dalam isu hudud sehingga terlajak pula kepada menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecewakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya hairan bagaimana DAP boleh hidup menyerang PAS dengan menipu rakyat Malaysia? Selama manakah politik begini boleh bertahan? Saya khuatir, lama-lama rakyat bukan Muslim (Islam)  sendiri akan naik jengkel dengan cara DAP,” ujarnya.

Menurutnya, DAP harus sedar bahawa PAS konsisten mendekati dan menarik sokongan bukan Islam tanpa perlu menyerang DAP.

“Mengapa DAP tidak boleh melakukan perkara yang sama?” katanya melalui sebuah kenyataan rasmi hari ini.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh turut menyatakan bahawa terdapat ‘usaha berterusan daripada musuh Pakatan Rakyat untuk melabelkan DAP sebagai anti Islam.’

“DAP kena lebih menjaga dirinya daripada masuk ke dalam perangkap musuh. Terlalu kerap mengkritik hak Kelantan laksanakan hukum hudud akan membina persepsi buruk yang menguntungkan pihak musuh Pakatan Rakyat itu,” ujarnya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, tindakan DAP memperkecilkan  Abdul Hadi disifatkan sebagai tindakan yang tidak membantu DAP pada perspektif umat Islam dan jika itu berlanjutan untuk masa akan datang, usaha melabel DAP sebagai anti-Islam akan menjadi kenyataan yang tidak tersangkal lagi.

“Saya yakin, dengan konsisten PAS melalui lunas-lunas demokrasi membawa dan memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah ke persada politik negara, ia sama sekali tidak akan menjadikan PAS dilabel sebagai anti bukan Muslim,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Ma situ juga berkata, pembinaan politik baharu Malaysia yang diimpikan pembangkang dan majoriti rakyat Malaysia hendaklah digerakkan di atas landasan politik yang damai dan benar.

"Politik damai adalah pembentukan suasana harmoni yang membolehkan rakyat Malaysia berfikir secara aman dan penuh minat tanpa provokasi melampau yang mengganggu kewarasan berfikir.

"Manakala, politik benar pula bererti penyampaian fakta-fakta untuk rakyat tanpa penipuan dan pemalsuan yang akan merosakkan masa depan rakyat yang akan membuat keputusan dan pilihan," katanya.

Nik Mohamad Abduh yang ditemui lebih awal di Parlimen hari ini menyifatkan keputusan DAP yang tidak mahu bekerjasama dengan Abdul Hadi sebagai tidak mempunyai asas memandangkan setiap tindakan atau kenyataan Abdul Hadi juga dianggap sebagai pendirian PAS.

“DAP tidak perlu membuat kenyataan yang berlapik dan lebih baik berterus terang tentang agenda mereka. Kenyataannya itu hanyalah untuk memberi tekanan untuk memaksa Abdul Hadi keluar daripada Pakatan Rakyat,” ujar Nik Mohamad Abduh ketika ditemui di lobi Parlimen.

Berkenaan masa depan dengan Pakatan Rakyat, Nik Mohamad Abduh menjelaskan bahawa PAS tidak akan meninggalkan gabungan berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau mengegsa DAP agar tidak menjadikan isu hudud sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat.

“DAP sedang menipu rakyat untuk menolak PAS dengan dengan menggunakan isu hudud,” katanya yang sudah secara peribadi bertemu dengan kepimpinan DAP agar tidak menjadikan isu tersebut sebagai sebab perpecahan Pakatan Rakyat.

DAP hari ini melalui kenyataan media Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyatakan bahawa parti itu tidak lagi dapat bekerjasama dengan Abdul Hadi yang didakwa secara berterusan tidak berlaku jujur dalam tindakannya.

DAP turut menegaskan pihak mereka telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Abdul Hadi sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat seterusnya mahu menamatkan semua hubungan selain berhenti bekerjasama dengan beliau.





Pendapat :10 Soalan tentang pelaksanaan Hudud, Islam, dan bukan Islam – Ooi Kok Hin


Hudud1
1. PAS sebagai parti politik perlu bersedia berhadapan dengan kritikan dan tomahan. Parti politik tidak boleh bersembunyi disebalik agama untuk menempelak kritikan, atau lebih teruk lagi, menghukum pengkritik atas alasan menghina Islam. Adakah mengkritik parti politik bersamaan dengan menghina agama?
2. Orang Muslim yang memaki-hamun, mencaci, dan mengugut orang lain kerana mengkritik pelaksanaan hudud adalah lebih kafir daripada orang kafir. Sesungguhnya Surah Al Hujurat 11-12 menyebut, “Wahai orang yang beriman, jangan menghina mana-mana kaum, sesungguhnya yang dihina itu mungkin lebih baik dari yang menghina…jangan kamu menggelar sesama kamu, amat buruk nama yang kamu namakan setelah kamu mendapat kemuliaan beriman.” Adakah perbuatan dan kata-kata kita mencerminkan akhlak yang mulia atau sebaliknya?
3. Ayat Quran juga menyebut “Tiada Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke alam ini.” (Al Anbiya: 107), dan “Jika Tuhan mu mengkehendaki (wahai Muhammad) nescaya akan beriman seluruh manusia di muka bumi ini, apakah engkau (wahai Muhammad) mahu memaksa orang sehingga mereka menjadi beriman? Tiada jiwa yang boleh beriman melainkan dengan izin Allah lalu Allah jadikan azab pada mereka yang tidak beraqal.” (Yunus: 99-100) Apakah ini yang berlaku dalam pelaksanaan hudud sedia ada? Belumpun dilaksanakan tapi kita sudah melihat bagaimana orang yang berbeda pendapat dikecam dan difitnah sebagai tidak bermoral dan menentang agama. Jadi, adakah golongan yang tidak setuju dengan pelaksanaan hudud tidak dapat mempercayai hukum hudud, atau adakah mereka tidak dapat yakin dengan orang yang melaksanakannya?
4. Nabi mengatakan jika anak perempuannya bersalah, Baginda tetap akan menghukumnya dengan saksama (tiada layanan istimewa). Di Malaysia, apakah undang-undang Hudud hanya akan diaplikasikan kepada golongan bawahan dan golongan atas akan terkecuali, seperti di Brunei dan Arab Saudi?
5. Jika orang Muslim mengkritik pelaksanaan hudud, dia dikatakan sesat dan menolak agamanya. Jika orang bukan Muslim mengkritik pula, dia dikatakan tidak menghormati agama Islam dan sibuk campur tangan urusan agama lain. Jadi adakah pelaksanaan hudud ini memang langsung tidak boleh dikritik dan tidak boleh dibincangkan?
6. Sekiranya kes seorang Muslim dirompak oleh seorang bukan Muslim (atau sebaliknya), apakah kes ini akan disiasat di bawah undang-undang Hudud? Bagaimana pula kalau terdapat dua penjenayah yang bersuhabat melakukan satu perbuatan terkutuk, sama ada mencuri dan/atau merogol, satu penjenayah Muslim dan satu bukan Muslim? Hudud dikatakan tidak akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam, tapi bagaimana jika wujud pertindihan seperti di atas? Adakah kes yang melibatkan mana-mana individu bukan Islam akan dibicarakan di bawah Mahkamah Sivil secara automatik? Bagaimana jika di pertengahan perbicaraan (ongoing court session) sesuatu kes yang disiasat mengikut undang-undung hudud, hakim mendapati terdapat individu bukan Muslim yang terlibat – sama ada penjenayah, saksi, atau pihak berkepentingan?
7. Sebagai rakyat Malaysia, orang bukan Muslim berhak mempersoalkan pelaksanaan hudud, seperti mana semua rakyat berhak mempersoalkan kewajaran mana-mana undang-undang atau polisi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan negeri. Pelaksanaan hudud merupakan satu perkara yang besar kerana menyentuh sistem perundangan dan norma masyarakat. Jadi, bukankah semua pihak berkepentingan perlu diberi peluang untuk melontarkan pendapat dan berkongsi pandangan?
8. Jika bukan Muslim dikatakan tidak perlu campur tangan kerana hudud tidak dikenakan atas mereka, apakah orang Semenanjung tidak perlu campur tangan dengan urusan Sabah dan Sarawak (sekatan kemasukan para aktivis dan pemimpin pembangkang; usaha kumpulan puak pemisah; kes rasuah dan penyalahgunaan Taib Mahmud) kerana juga tidak berkenaan orang Semenanjung?
9. Jika dikatakan orang yang tidak berbuat salah tidak perlu takut pelaksanaan hudud, apakah alasan ini juga boleh digunapakai untuk mempertahankan ISA dan Akta Hasutan?
10. Tuan Guru Hadi Awang berkata pada 10 May 2012 bahawa undang-undang hudud tidak dapat dilaksanakan selagi syarat tidak dipenuhi. Memetik kata-katanya dalam sebuah video yang disebarkan dalam laman web Facebook, “Kita dahulukan yang mana dahulu, dahulukan masalah atasi kemiskinan, hukum hudud tak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau gaji minima tak dilaksanakan, syaratnya mesti (ada). Gaji minima kena ada, masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan.” Setahu saya, bukan sahaja gaji minima dan pendapatan isi rumah rakyat cukup rendah, malah rakyat akan dibebankan lagi dengan GST, kos sara hidup yang semakin meningkat, dan berbagai-bagai hutang. Malah, rakyat Kelantan adalah ke-2 termiskin di Malaysia dan pastinya menghadapi pelbagai tekanan. Justeru, adakah syarat yang dikatakan Tuan Guru tersebut telah ditunaikan, bila dan bagaimana? Jika tidak, adakah kempen hudud kali ini hanyalah taktik memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi oleh sesetengah pemimpin PAS menjelang Muktamar PAS akan datang?

MOHON ‪#‎SHARE‬ - SEBARKAN FAKTA...
ADAKAH KERAjaan BN berani meminda Perlembagaan Negara ??
Akta Mahkamah Syariah 1965 jadi penghalang ??
Ini bermakna SEKIRANYA Kelantan berterusan ingin menjalankan hukum hudud Allah, Kelantan seharusnya keluar dari Malaysia kerana ada akta dalam Perlembagaan Malaysia yang menghalangnya dari berbuat demikian.
*ADAKAH ANDA TAHU..!!!
Kerajaan negeri Kelantan pernah mohon secara bersurat pada 8 Jun 1994 TETAPI ditolak oleh PM Tun Mahathir pada 15 Julai 1994 dan diberi amaran utk tidak diteruskan... Pas melalui MP Marang telah mengemukakan usul secara 'private bill' juga telah ditolak mentah2 oleh speaker...
Perlembagaan negara menyekat niat kerajaan Kelantan nak laksanakan hudud .. Noktah!!!!

Tiada ulasan: