Isnin, 2 Mac 2015

KENA TAHU ISU POKOK DAN ISU KHILAFIAH

https://www.facebook.com/video.php?v=386631531517611&set=vb.250082641839168&type=2&theater



Post by Promediatajdid.



Post by Suziey Ibrahim.


8 hrs ·
agama baru yg tiru Islam. ya Allah cry emoticon wajib baca Agama baru kristian ortodok dr syria n lebanon.. Gereja spt masjid.. Bila dgr bacaan tu mcm alunan ayat quran.. Takut rasa utk anak2 kita generasi akan dtg kalau kurang tauhid INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN... Musibah Besar Mengintai Umat Islam. Ada agama baru yg masuk di Indonesia dari Syiria & Libanon, Agama Kristen yg menyerupai Islam. Namanya Kristen Ortodoks Syiria (KOS) Mereka sholat, puasa, zakat, Gerejanya berbentuk Masjid, dll. http://m.facebook.com/note.php…. Demi Islam & Kaum Muslimin, buka segera & sebarkan ke yang lain, sebelum di BLOCK. Wajib di sebarkan. Video Ini pulak maybe agama baru KOS (Kristen Ortodoks Syria) Now sedang berleluasa di Indonesia.. Yg dibaca tu bukan Quran but injil dlm bahasa arab. KOS ni semua bende dia tiru islam... bacaan2 dll... KOS ni kat luar sebijik mcm islam tapi masih pegang tuhan 3. Ade org islam , beli Al-Quran cetakan terbaru, ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah tersebut : 1. AL-IMAN 2. AL-WASAYA 3. AL-TASAJUD 4. AL-MUSLIIN. Sebarkan informasi ini ke umat nabi Muhammad Saw. jangan takut, kerana Allah akan mnggantinya brlipat ganda, tapi jika brhenti di tngan anda, brarti anda tdak peduli dgn islam. Yang muslim, teruskan copy/share. ‪#‎copypaste‬
Like ·
·




Umat Islam dimomokkan dengan Wahabi
Umat Islam dimomokkan dengan Wahabi
RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.

Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.

Perkataan Wahabi itu mereka sandarkan kepada Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi rahimahullah. Siapakah Syaikh Muhammad ini dan apakah sejarah beliau?

Ringkasnya, beliau boleh dikatakan bapa kemerdekaan Saudi di mana hasil kerjasama beliau dengan Su’ud berjaya membentuk negara Saudi dengan menjadikan Mazhab Hanbali sebagai mazhab utama dalam negara tersebut. Mazhab Hanbali ialah sandaran kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, murid kepada Imam Al-Syafi’i.

Syaikh Muhammad banyak menulis dan hampir kesemuanya berkaitan akidah, anti-syirik, anti-sihir, anti-tangkal.
Perkara yang mencacatkan akidah adalah paling banyak ditulis beliau. Antara tulisannya yang terkenal dan luas tersebar adalah Kitab Al-Tauhid dan Usul Al-Tsalatsah (Tiga Dasar Agama) yang ditulis berdasarkan hadis daripada Abdullah ibn Mas’ud RA, “Barang siapa yang reda ALLAH sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Nabi, maka layaklah baginya syurga.” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis itu beliau mengarang kitab Usul Al-Tsalatsah yang membahas bagaimana mengenal ALLAH, mengenal Rasul, dan mengenal Islam.

Beliau juga menulis kitab berjudul Kasyfu Al-Syubuhat (Pembongkaran Syubhat-syubhat) yang membongkar kristianisasi dan triniti, hak wanita, dan turut memfokus pada isu dalaman akidah dan seumpamanya. Oleh kerana ini, beliau dimusuhi golongan anti-tauhid.

Ikon perpaduan Arab Saudi

Syaikh Muhammad memiliki ramai musuh kerana apabila terbentuknya negara Saudi, sudah pasti berlaku banyak pertembungan dan peperangan, termasuk juga peperangan di antara ahli mazhab. Beliau bermazhab Hanbali manakala ada yang lain bermazhab Syafii, Hanafi dan Maliki.

Dahulu di empat penjuru Kaabah, umat Islam berpecah kepada empat jemaah solat mengikut mazhab masing-masing. Syaikh Muhammad melihat semua jemaah ini perlu disatukan, maka beliau menetapkan Mazhab Hanbali sebagai mazhab rasmi negara.

Antara perjuangan utama beliau ialah merobohkan dan meratakan kubur yang dibina melebihi tinggi asas binaan yang dibenar dalam syariat Islam. Beliau bukan membongkar kubur sebagaimana ditohmah golongan membenci dakwah dan seruan tauhid.

Bahkan apa yang dilakukannya adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang mengatakan tinggi kubur hanya sejengkal dari tanah dan diletakkan pada kepala kubur itu seketul batu sahaja sebagai tanda.

Nabi SAW mengutus Ali bin Abi Thalib RA dan Ali pula mengutus Abul Hayyaj Al-Asadi untuk merobohkan mana-mana kubur yang tingginya melebihi sejengkal. Namun pada zaman Syeikh Muhammad, kubur dibina dengan tinggi dan dihias, malah disembah dan dijadikan tempat ibadah seperti iktikaf, solat, tawaf, zikir dan berdoa.

Dakwah dan usaha beliau ini menyebabkan berlaku pertembungan yang serius dengan golongan Sufi, penyembah kubur dan pemuja kubur. Walhal beliau melaksanakan seperti apa yang diperintahkan Nabi SAW dalam hadis sahih.

Selain isu akidah, beliau turut menyeru supaya mentaati pemerintah Islam yang sah, kerana itu beliau mempertahankan kerajaan Su’ud. Dakwah ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang memerintahkan supaya umat Islam bersatu dengan mentaati pemimpin Islam.

Disebabkan isu politik juga mereka menghentam dan mengeluarkan kata-kata dusta terhadap Syaikh Muhammad.

Di Malaysia beberapa tahun dahulu, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pernah merobohkan kubur di Pulau Besar. Adakah Jaim Wahabi kerana merobohkan kubur? Apabila Jais dan umat Islam Malaysia memerangi Syiah, adakah mereka ini semua Wahabi?

Gerakan Syaikh Muhammad, juga kerajaan Saudi yang dikatakan Wahabi pada hari ini adalah gerakan yang melawan Syiah habis-habisan.

Oleh itu Arab Saudi dikatakan sebagai negara Wahabi. Ini hanya momokan musuh kalangan kafir Barat dan juga Syiah yang cukup benci kepada Arab Saudi kerana ia satu-satunya negara yang menegakkan al-Quran dan al-sunnah serta benar-benar memberi perhatian dalam mempertahankan kesucian tauhid di atas muka bumi ini.

Kini tiada lagi kubur ditinggikan, atau kesyirikan tersebar di Arab Saudi kesan daripada dakwah Syeikh Muhammad 200 tahun dahulu.

Alhamdulillah, pemerintah Arab Saudi prihatin dalam memelihara agama ALLAH, walau tidak dinafikan di mana-mana pemerintahan pasti ada kekurangan. Namun ia terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan mereka dalam mempertahankan kesucian agama ALLAH.

Ini menyebabkan musuh Islam cukup benci dengan Arab Saudi dan cuba memburuk-burukkannya.

Fikirkanlah, masihkah ada negara Islam mana yang menegakkan al-Quran dan Sunnah lebih baik dari Arab Saudi? Sudah tentu hal ini sangat dicemburui musuh yang tidak mahu melihat tauhid ditegakkan.
Tidak hairanlah Arab Saudi dan siapa saja mengajak tauhid ini dikatakan Wahabi.

Padahal tidak ada satu orang pun yang menamakan dirinya Wahabi. Tidak ada pertubuhan atau gerakan yang menggelar gerakan mereka sebagai Wahabi. Ia hanya label yang diberikan pihak lain semata-mata bertujuan memburukkan ahli sunnah, sekali gus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam sebenar.

Bahkan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, guru kepada Imam Ibnul Qayyim dan Imam Ibnu Kathir rahimahumullah, adalah tokoh yang paling banyak menulis kritikan terhadap Syiah. Tulisan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berjudul Minhaju Al-Sunnah Al-Nabawiyah adalah rujukan utama yang dipakai sepanjang zaman.

Ini adalah kitab yang menjadi rujukan paling kuat untuk menentang Syiah. Bahkan orang yang tidak suka Ibnu Taimiyah pun akan merujuk kitab Ibnu Taimiyah apabila hendak menentang Syiah.
Maka sudah tentu Ibnu Taimiyyah juga dikatakan sebagai tokoh besar Wahabi.

Sedangkan Ibnu Taimiyyah yang hidup sekitar tahun 661H – 728H itu telah pun wafat jauh sebelum lahirnya Syaikh Muhammad pada tahun 1115H. Bagaimana mungkin dia dikatakan tokoh Wahabi?

Ternyata siapa saja yang mengkritik Syiah, yang melawan ajaran sesat akan dituduh Wahabi. Ini kerana dakwah tauhid dan menghapuskan syirik adalah modus operandi yang dilakukan Syaikh Muhammad ketika melakukan dakwah tauhid di Saudi dahulu. Sehingga hari ini, kesan dakwahnya terus subur ke seluruh pelosok dunia walau pelbagai tohmahan telah dilemparkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sentiasa akan ada sekelompok dari kalangan umatku yang akan terzahir membela kebenaran. Tidak memudaratkan mereka orang-orang yang menghinanya sehinggalah datang keputusan ALLAH (Kiamat) dan mereka masih tetap dalam keadaan seperti itu” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Perselisihan mazhab

Selain fiqah, fokus dakwah Syaikh Muhammad adalah pada akidah. Adapun masalah fikah, hanya khilaf yang berlaku antara mazhab, seperti Maliki, Hanbali, Syafii dan Hanafi.

Keempat-empat imam mazhab tidak menyuruh pengikutnya taksub kepada mereka sehingga menyesatkan orang yang mengikuti mazhab lain.

Perselisihan mazhab ini masalah kecil jika dibandingkan dengan masalah akidah.

Contohnya, imam mazhab selain Imam Al-Syafii tidak membaca qunut Subuh, mereka tidak membacanya bukan kerana suka-suka, tapi mereka berhujah dan berdalilkan al-Quran dan hadis. Sahabat Nabi SAW juga tidak membacanya.

Adakah mereka ini Wahabi? Adakah dikatakan solat Imam Ahmad, Imam Malik yang merupakan guru kepada Imam Al-Syafii, Imam Abu Hanifah ini tidak sah kerana tidak membaca qunut Subuh, atau adakah mereka ini sesat? Sudah tentu tidak.

Oleh itu janganlah kita mudah memberi label apabila menghadapi perselisihan seperti ini. Bagaimanapun berdepan dengannya, kita hendaklah luruskan perselisihan tersebut agar tidak membawa kepada perpecahan yang menjadi suatu yang dibenci dan dilarang dalam syariat.

Cara meluruskan perselisihan dalam agama adalah dengan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah sejajar pemahaman Salaf Al-Soleh.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.
saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat manusia.
moga kita terhindar dr sikap bangga diri,sombong,ujub dgn amalan kita sendiri. sekali2 jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kau
Firman ALLAH: “Maka sekiranya kamu berselisih dalam suatu urusan, maka hendaklah kamu kembalikan kepada ALLAH dan RasulNya (yakni al-Quran dan al-sunnah).” (Surah Al-Nisa: 59)


Golongan Diharamkan Syurga

*

Golongan yang diharamkan Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir. 
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya).
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.

”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)

"Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)

"Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )

“Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)

"Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.



Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

*

Golongan yang tidak akan dapat mencium bau Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie).
2. Orang yg memutuskan silaturrahim.
3. Perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.
4. Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar.
5. Orang yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Orang yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya).
8. Orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
9. Orang yang membunuh kafir zimmi.


“Sesiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”. (HR Ahmad)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun.” (HR Bukhari)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tiada seorang manusia yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya), dia tidak akan dapat mencium bau syurga" (HR Bukhari dan Muslim )

“Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban), mereka tidak akan mencium bau syurga.“ (HR Abu Daud)

“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (HR Ibnu Majah)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan, perempuan tersebut tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mendapat mencium baunya, Sesungguhnya bau syurga itu boleh dibaui dari jarak sejauh perjalanan 500 tahun”. (HR Muslim)

“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga.” (HR Abu Daud)

“Bauan syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah, tidak akan merasainya, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR Tabrani)



Wallahu a'lam.


Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

Kisah menarik di sini...

  • sombong (185)
  • bodoh sombong (74)
  • Sifat sombong (55)
  • apa itu sombong (46)
  • tanda tanda orang sombong (41)
  • sombong dalam islam (39)
  • orang yang sombong (34)
  • maksud sombong (28)
  • apa hukum manongsia lupa kan diri (25)
  • Tanda orang sombong (22)
  • orang sombong (21)
  • akibat sombong (20)
  • ego dalam islam (20)
  • hadis tentang sombong (20)
  • sikap sombong (20)
  • penyakit sombong (18)
  • sifat sombong dalam islam (15)
  • sombong itu pakaian allah (15)
  • sombong menurut islam (15)
  • sombong pakaian allah (15)
  • tanda tanda riak (15)
  • tanda-tanda orang sombong (14)
  • sifat ego (13)
  • nasihat untuk orang yang sombong (12)
  • manusia yang sombong (11)
  • hadis sombong (10)
  • jangan sombong sesama manusia (10)
  • sombong selendang allah (10)
  • kesan sombong (9)
  • sombong adalah (9)
  • orang sombong dalam islam (8)
  • sifat kibir (8)
  • tanda orang busuk hati (8)
  • tanda2 orang sombong (8)
  • hukum sombong (7)
  • kenapa manusia sombong (7)
  • manusia lupa kan diri apa hukum nya (7)
  • nasihat untuk orang sombong (7)
  • sifat ego dalam islam (7)
  • Tanda riak (7)
  • tanda-tanda orang yang sombong (7)
  • bodoh sombong dalam islam (6)
  • cara mengatasi kawan kawan yang sombong (6)
  • ego menurut islam (6)
  • hadis nabi tentang hati busuk (6)
  • Orang yang tidak mendengar nasihat (6)
  • riak dan sombong (6)
  • sombong kepada allah (6)
  • tanda orang benci kita (6)
  • akibat sombong dalam islam (5)
  • akibat sombong menurut islam (5)
  • allah benci orang sombong (5)
  • hadis nabi tentang sombong (5)
  • hukum ego dalam islam (5)
  • kesan sifat sombong (5)
  • maksud sombong dalam islam (5)
  • perkataan sombong di dalam al quran (5)
  • sombong dan angkuh dalam islam (5)
  • Tanda sombong (5)
  • tanda tanda kawan benci kita (5)
  • tanda-tanda sombong (5)
  • akibat bagi yang benci islam (4)
  • akibat orang sombong (4)
  • ayat kasih untuk orang sombong riak (4)
  • berdosakah membuang makanan pemberian orang lain (4)
  • cara mengobati sifat kibir (4)
  • erti sombong (4)
  • hukum jalan hentak kaki (4)
  • hukum orang yang sombong (4)
  • hukum sombong dalam islam (4)
  • kata kata kepada orang yang tidak menghargai pemberian seseorang (4)
  • kenapa dia sombong (4)
  • kesan ego (4)
  • madah bagi orang rasa bersalah (4)
  • maksud ego dalam islam (4)
  • manusia yang bodoh sombong (4)
  • mengapa sombong (4)
  • nasihat orang yang sombong (4)
  • orang yang sombong adalah (4)
  • orang yang sombong dalam islam (4)
  • orang yg sombong (4)
  • penyakit hati sombong (4)
  • punca busuk hati (4)
  • sebab sombong (4)
  • selendang Allah (4)
  • sifat sombong hanya milik Allah (4)
  • sombong adalah selendang allah (4)
  • sombong itu selendangku (4)
  • sukar dengar nasihat (4)
  • tanda orang riak (4)
  • Tanda tanda sombong (4)
  • tanda-tanda penyakit hati dalam islam (4)
  • 7 tanda orang yang sombong (3)
  • akibat bercakap takbur (3)
  • apa erti di lupa yang lama (3)
  • apa itu bodoh sombong (3)
  • apa kah orng sombng itu apa ajab x (3)
  • ayat untuk orang yang tidak menghargai kawan (3)
  • cara menghilangkan sombong pada riak wajah (3)
  • doa kawan suka berkawan dengan kita (3)


Sombong Adalah Selendang ALLAH


Tidak ada orang yang suka pada orang yang bersifat dan bersikap sombong. Sombong adalah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh ALLAH. Sombong adalah perasaan menganggap diri lebih (lebih baik, lebih istimewa, lebih cerdas, lebih kaya, lebih tampan, lebih cantik, dsb.) atas orang lain, dan memandang orang lain lebih rendah dan lebih hina.
Dalam Al-Qur’an surat Luqman ayat 18 dan 19, ALLAH SWT berfirman,
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Dari dua ayat di atas kita bisa menarik sebuah kesimpulan bahwa sikap dan sifat sombong, angkuh dan suka membanggakan diri sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT. Tetapi ALLAH sangat menyukai sifat rendah hati dan sederhana. Ada banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mencela sikap sombong di antaranya:

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. (QS. Al-A’raaf [7]: 146)
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. (QS. An-Nahl [16]: 23)
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. (QS. Al-Mu’min [40]: 60)
Rasulullah saw., pun mencela sikap sombong. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,
Tidak akan masuk surga orang yang hatinya terdapat seberat biji sawi dari sikap sombong. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di hadits yang lain Rasulullah saw. bersabda,
ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
Sementara itu Amr bin Syu’aib meriwayatkan dari ayahnya dari kakeknya, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda,
Orang-orang yang sombong besok di hari kiamat akan dikumpulkan seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, mereka datang dengan hina dari berbagai tempat, mereka diberi minum dari keringat penduduk neraka yang berupa nanah dan darah penduduk neraka. (HR. Ahmad danAt-Tirmidzi: 2492)
Abi Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda,
Saya diperlihatkan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk surga dan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama yang masuk surga adalah orang yang mati syahid, budak yang dimiliki tuannya akan tetapi ia melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya dan memberikan nasihat kepada tuannya, dan orang yang menjauhkan dirinya dari hal-hal yang haram dan meminta-minta orang lain, padahal ia mempunyai tanggungan keluarga. Sedangkan tiga golongan pertama yang masuk neraka adalah pemimpin yang sewenang-wenang dan orang mempunyai harta banyak, akan tetapi ia tidak memberikannya kepada orang lain yang berhak menerimanya dan orang fakir yang sombong. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisy, dan Al-Hakim)
Manusia sesungguhnya adalah makhluk yang dhaif (lemah) karena itu tidak berhak untuk menyombongkan diri dengan apapun yang dimilikinya. Sesungguhnya semua yang dimiliki oleh manusia hanyalah titipan, hakikatnya semua adalah milik ALLAH. Dan semua itu akan kembali kepada-NYA.
Sungguh jelas ancaman ALLAH atas sifat dan sikap sombong ini seperti yang sudah dituliskan pada ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits di atas. Jika sudah sedemikian jelas ancaman untuk kesombongan, apakah kita masih berani untuk sombong??
Mari kita tanggalkan pakaian kesombongan, takutlah akan ancaman ALLAH SWT. Mari kita beristighfar, memohon ampun atas kesombongan-kesombongan yang mungkin pernah kita lakukan, baik secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Mari kita pakai pakaian rendah hati untuk menggantikan pakaian kesombongan yang pernah atau masih kita kenakan. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.. amin yaa Rabb..

Tiada ulasan: