Hadis Pertama ( Hadis 40 Imam Nawawi )
by Cahaya Purnama
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ
وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
Maksudnya:” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penerangan:
1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.
2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperoleh.Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itu sajalah yang akan diperoleh.
3. Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya untuk akhirat.
4. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah SWT.
5. Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana mahkluk.
6. Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.
7. Nabi SAW mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah SAW dan yang ditujukan kerana selain Allah dengan yang berhijrah , dimana:
- Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.
- Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang berhijrah dari daerah islam ke daerah kafir untuk mencari harta, atau untuk mancari wanita kerana ingin berkahwin dengannya. Orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah SWT.
9. Kemestian berwaspada daripada dunia dan tipu daya wanita kerana fitnah dan godaannya sangat dashyat.
10. Kemestian beraspada daripada menumpukan amalan akhirat untuk tujuan duniawi.
Hadis Kedua ( Hadis 40 Imam Nawawi )
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ
الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ
إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي
عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ
خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ
تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ.
قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ
الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟
قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم
Maksudnya:Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis Riwayat Al-lmam Muslim
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis Riwayat Al-lmam Muslimspoken rightly. He said: “Then tell me about eman .”He said:”It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day, and to believe in divine destiny, both the good and the evil thereof.” He said:”You have spoken rightly”. He said: ” Then tell me about ehsan .” He said: “It is to worship Allah as though you are seeing Him, and while you see Him not yet truly He sees you”. He said: “Then tell me about the Hour”. He said: “The one questioned about it knows no better than the questioner.” He said: “Then tell me about its signs.” He said: “That the slave-girl will give birth to her mistress and that you will see the barefooted, naked, destitute herdsman competing in constructing lofty buildings.” Then he took himself off and I stayed for a time. Then he said: “O Omar, do you know who the questioner was?” I said: “Allah and His messenger know best”. He said: “He was Jebreel (Gabriel), who came to you to teach you your religion.”
Penerangan:
1. Galakn bertanya untuk memperolehi ilmu. Bertanya adalah sebahagian daripada ilmu kerana ia adalah sebab untuk tahu. Malah digalakkan menghadiri majlis ilmu dengan penampilan kemas dan bersih.
2. Mengemukakan soalan tentang ilmu yang bermanfaat dan meninggalkan yang tidak berfaedah.
3. Sewajarnya seseorang yang hadir ke majlis ilmu apabila ia mendapati para hadirin perlu mengetahui tentang sesuatu perkara, sedangkan tiada orang lain yang bertanyakan mengenainya, maka ia hendaklah mengajukan soalan, sekalipun ia telah mengetahuinya. Ini supaya para hadirin dapat mengambil manfaat.
4. Orang yang bertanya hendaklah iltizam dengan adab yang baik. Orang yang menjawab wajar menjawab lebih daripada soalan yang diminta. Malah orang yang mengajar wajar dikhususkan tempat yang istimewa untuknya.
5. Penyerupaan diri Jibril adalah antara jenis wahyu, selainnya ialah mimpi yang benar, diselubungi rasa cemas, melihat rupa kejadian malaikat yang sebenarserta malaikat berkata-kata di sebalik hijab.
6. Islam adalah amalan zahir merangkumi pertuturan lisan dan perbuatan anggota, Iman pula adalah amalan batin merangkumi aqidah dan amalan hati.
7. Galakan merendah diri dan mendekatkan diri kepada pengajar.
8. Wajib beriman dengan malaikat, para rasul, kitab-kitab samawi dan hari akhirat.
9. Wajib bermuqarabah (berwaspada) terhadap Allah S.W.T. Ini kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Memerhati.
10. Allah S.W.T mengkhususkan pengetahuan waktu berlaku hari qiamat kepadaNya dan Nabi yang diutuskanNya juga tidak tahu.
11. Antara tanda-tanda hari kiamat adalah:
> Penderhakaan kepada ibubapa berleluasa. Anak-anak berinteraksi dengan ibubapa seperti tuan dengan hamba.
> Golongan bawahan menjadi pemimpin dan harta mereka berkembang banyak. Lalu mereka mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi kerana ingin menonjolkan kemegahan.
12. Antara perkara lain yang berlaku menjelang Qiamat ialah berleluasa kerosakan ahklak. Selain itu, kemegahan dan pembaziran menjadi-jadi serta harta benda bertambah banyak. Urusan manusia pula dipimpin oleh orang yang sebelumnya fakir dan miskin. Yang mana hidup mereka bergantung dengan ihsan orang lain.
13. Seorang yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara apabila disoal, ia hendaklah menjawab: ” Allah lebih mengetahui (Allahu a’alam).” Ini menunjukkan sikap wara’ dan cerminan agama.
14. Rangkuman iman, Islam dan ihsan ini disebut sebagai agama.
Hadis Ketiga ( Hadis 40 Imam Nawawi )
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا ل
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
HADITH 3
On the authority of Ibn Omar, the son of Omar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with both, who said : I heared the messenger of Allah say: “Islam has been built on five [pillars]: testifying that there is no god but Allah and that Muhammed is the messenger of Allah, performing the prayers, paying the zakat, making the pilgrimage to the House, and fasting in Ramadan.”
Penerangan:
1. Islam di bina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak kepada binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.
2. Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.
3. Pengertian kalimah syahadah (kesaksian): Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.
4. Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahada. terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu: Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ihklas tanpa syirik, benar tnapa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.
5. Solat adalh rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalmah syahadah. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.
6. Terdapat persoalan: Mengapakah tidak disebutkan jihad sedang ia adalah amalan yang paling afdhal? Jawabnya: Jihad adalah fardhu kifayah. Ia hanya menjadi fardhu ain waktu tertentu sahaja.
Hadis Keempat ( Hadis 40 Imam Nawawi )
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً
مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ
وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى
مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ
أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ
بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim
HADITH 4
On the authority of Abdullah bin Masud, who said : the messenger of Allah, and he is the truthful, the believed narrated to us: “Verily the creation of each one of you is brought together in his mother’s belly for forty days in the form of seed, then he is a clot of blood for a like period, then a morsel of flesh for a like period, then there is sent to him the angel who blows the breath of life into him and who is commanded about four matters: to write down his means of livelihood, his life span, his actions, and whether happy or unhappy. By Allah, other than Whom there is no god, verily one of you behaves like the people of Paradise until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Hell-fire and thus he enters it; and one of you behaves like the people of Hell-fire until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Paradise and thus he enters it.”
Penerangan:
1. Nabi S.A.W menyebut peringkat kejadian janin di dalam perut seseorang ibu yang melalui tiga peringkat. 40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah. 40 hari ketiga menjadi seketul daging.
2. Ruh ditiupkan selepas empat bulan. Jika janin gugur selepas empat bulan, ia mestilah dimandikan, di kafankan, disembahyangkan dan dikuburkan di kaswasan perkuburan orang islam. Haram dengan sengaja menggugurkan janin.
3. Malaikat ditugaskan meniup ruh kepada janin.
4. Wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah:Ia merangkumi empat tahap:-
> Ilmu: Allah S.W.T mengetahui segala sesuatu.
> Catatan: Allah S.W.T telah mencatatkan di Luh Mahfuz ketentuan segala sesuatu.
> Kemahuan: Tiada suatu apa pun yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan kemahuan Allah S.W.T.
> Penciptaan: Segala sesuatu di langit dan bumi diciptakan Allah.
5. Gesaan memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba.
6. Bertawakkal dan berserah kepada Allah tanpa perlu khuatir kepada kefakiran kerana rezki telah ditetapkan.
7. Hidup manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu celaka atau bahagia.
8. Berwaspada daripada kesudahan yang buruk (su’ul khatimah). Untuk itu wajib bagi setiap muslim membersihkan batinnya sepertimana ia bersingguh-sungguh membersihkan zahirnya.
9. Perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. Perlu juga berwaspada daripada terpedaya dengan amalan sendiri.
10. Syurga dan neraka adalah hampir terhadap seseorang hamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan