PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’
Konsep
ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar
belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’
itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir
pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau
mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam
al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan.
Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang
mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam.
Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa
hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama
Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang
diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau
khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau
muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician,
Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa
perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim
mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai
ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’
terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam
Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab
dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf,
usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab
al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr.
Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan
pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang
berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran
dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang
hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin
tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat
al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal
Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud
“orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu
mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman
Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah
ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran
dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang
berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim,
1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam
Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana
mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir,
feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji
Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud
Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui
mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan
yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan
kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada
Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad
al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji
al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan
mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui
kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah
dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat
Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah
takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah
(Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu.
Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna
perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah
adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang
tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan
merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang
akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki.
Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah
engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah
dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana
kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di
hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut
telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya
dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim
Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang
merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai
matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan
kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai
sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat
bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan
kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.
Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah
kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang
dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301
Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka
yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas
sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi
mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali
Muhammad al-Syaukani: 459. )
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa
ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa
membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata
ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak
syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan
menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah
dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari
Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak
syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara
wasiatnya”
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang
banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya.
Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada
Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia
mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan
oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”
al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan
ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah
dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari
datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa,
demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah
yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad
al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4:
463)
Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak
takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari
Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak
syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara
wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir
al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang
yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan
menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad
al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai
pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para
nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak
takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam
kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri,
1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang
banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya.
Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada
Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia
mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan
oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah
petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak
meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya
Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah?
Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang
alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu
mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak
membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.
Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan
keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam
perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah,
pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka
di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.
Ini tidak bermaksud setiap orang yang
mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim,
bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah
dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati
di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.
Memiliki segulung ijazah bukanlah
jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak
terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu
malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan
kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam
hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan
sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’
dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan
ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan
disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta
menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh
mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa,
akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai
keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan.
Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas
dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta
nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak
menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah
satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan
golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’.
Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara
hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi
mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan
pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan
pengiktirapan masyarakat kepada mereka.
Dari semua kutipan dan penjelasan di atas
menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui
dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan
mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia
dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Keistimewaan Ulama’
Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)
Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’,
dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi,
selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang
beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)
Ini satu darjat ketinggian yang amat
nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah
satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat
manusia dalam apa jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu
dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh
Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa
darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat
luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada
pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk
seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya
Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai
Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka
itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan
mengajarkannya kepada umat manusia”.
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian
para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun
perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah
500 tahun. (Azzawajir 1/89)
Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan
menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah,
mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli
kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi
seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan
dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru
perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri,
Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama’ tidak ada maka manusia
tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana
hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah
Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan
merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, 1996:13.)
Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan
ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang.
Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata”
Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu
kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya
mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu
adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya
adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah
sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah
satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada
benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan
ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi
perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan
Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka
pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati
yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga
kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan
menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan
juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu
ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim,
dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi
perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
Ciri-Ciri Ulama’
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya
maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya
sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat
manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak
bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari,
1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .
Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang
provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka
ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang
lebih aula daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya
dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang
jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman
Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang
yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang
jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu
Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda
Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu
engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa
yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya
maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai
Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak ,
selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai
iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin
masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan
ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah
(perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu
menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan sekadar
mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji
kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof.
Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung:
Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)
Sebab itulah para ulama’ mereka yang
layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang
boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah
mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu
Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah,
beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati
Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik
mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan.
(Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul
Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan
taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk.
Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang
orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib.
Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh
Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan
berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.
RENUNGKANLAH
kata-
kata-
kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…
~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun. ~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya. ~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. ~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. ~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut. ~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab. ~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang. ~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati. ~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik. RENUNGKANLAH kata-
kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…
.
Isnin, 15 Disember 2014
APA ITU ULAMA DAN SIAPA ITU ULAMA'SU.
Kata ‘ulamâ’ (bentuk plural dari ‘âlim), secara bahasa artinya orang yang
berpengetahuan, ahli ilmu. Kata sû’ adalah mashdar dari
sâ’a–yasû’u–saw’an; artinya jelek, buruk atau jahat. Dengan demikian,
al-‘ulamâ’ as-sû’ secara bahasa artinya orang berpengetahuan atau ahli ilmu
yang buruk dan jahat. Rasul saw. bersabda:
«أَلاَ إِنَّ شَرَّ الشَّرِّ شِرَارُ
الْعُلَمَاءِ وَإِنَّ خَيْرَ الْخَيْرِ
خِيَارُ الْعُلَمَاءِ»
Ingatlah, sejelek-jelek keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan
adalah kebaikan ulama. (HR ad-Darimi).
Peran ulama menentukan kebaikan dan keburukan masyarakat. Ad-Darimi menuturkan,
ketika Said bin Jubair ditanya tentang tanda-tanda kebinasaan masyarakat, ia
menjawab, “Jika ulama mereka telah rusak.“
Abu Muslim al-Khaulani mengatakan, bahwa ulama itu tiga macam. Pertama: seseorang
yang hidup dalam ilmunya dan orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya itu. Kedua:…
seseorang yang hidup dalam ilmunya, tetapi tidak seorang pun hidup bersamanya dalam
ilmunya itu. Ketiga: seseorang yang orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya,
tetapi hal itu menjadi bencana baginya.
Ibn Abi Hatim menuturkan dari jalan Sufyan ats-Tsauri, dari Abu Hayan at-Taymi,
bahwa ulama itu juga ada tiga golongan. Pertama: orang yang takut kepada Allah dan
mengetahui hukum-hukum-Nya. Itulah orang alim yang sempurna. Kedua: orang yang takut
kepada Allah tetapi tidak mengetahui hukum-hukum-Nya.. Ketiga: orang yang mengetahui
hukum-hukum Allah, tetapi tidak takut kepada-Nya; dialah orang alim yang jahat
(al-’âlim al-fâjir).
Pada ulama sû’ atau fâjir, ilmu yang dimiliki tidak dijadikan penuntun. Ia
tidak beramal sesuai dengan ilmu yang ia ketahui. Asy-Syathibi mengatakan, “Ulama
sû’ adalah ulama yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui.” [1] Ibn
Taimiyah, setelah mengutip QS al-A‘raf ayat 146, berkata, “Inilah kondisi orang
yang tidak beramal sesuai dengan ilmunya, tetapi mengikuti hawa nafsunya. Itulah
kesesatan, sebagaimana firman Allah dalam QS al-A‘raf ayat 175-176; ini seperti
ulama sû’.”Di antara ulama sû’ itu adalah ulama salathîn, yaitu ulama yang
menjadi stempel penguasa. Anas bin Malik ra. menuturkan sebuah hadis:
وَيْلٌ ِلأُمَّتِيْ مِنْ عُلَمَاءِ السُّوْءِ
يَِتَّخِذُوْنَ هَذَا الْعِلْمَ تِجَارَةً
يَبِيْعُوْنَهَا مِنْ أُمَرَاءِ زَمَانِهِمْ
رِبْحاً ِللأَنْفُسِهِمْ لاَ أَرْبَحَ اللهُ
تِجَارَتَهُمْ
Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama sû’; mereka menjadikan ilmu sebagai
barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan
keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam
perniagaan mereka itu. (HR al-Hakim).
Menurut adz-Dzhabi, ulama sû’ adalah ulama yang mempercantik kezaliman dan
ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa; ulama yang memutarbalikan kebatilan
menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam saja (di hadapan penguasa)
padahal ia mampu menjelaskan kebenaran. [3]
Anas meriwayatkan:
الْعُلَمَاءُ أَمَنَاءُ الرُّسُلِ مَا لَمْ
يُخَالِطُوْا السُّلْطَانَ وَ يُدَاخِلُوْا
الدُّنْيَا فَاِذَا خَالَطُوْا السُّلْطَانَ
وَ دَاخَلُوْا الدُّنْيَا فَقَدْ خَانُوْا
الرُّسُلَ فَاحْذَرُوْهُمْ وَفِيْ رِوَايَةٍ
لِلْحَاكِمِ فَاعْتَزِلُوْهُمْ
Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan
tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia
maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka. (HR
al-Hakim).
Hal itu karena, jika ulama bergaul dengan penguasa dan sering mendatanginya, yang
diharapkan adalah dunia. Tentu yang dimaksud bukan ulama yang datang untuk beramar
makruf nahi mungkar dan mengoreksi penguasa.
Rusaknya ulama di antaranya karena sifat tamak terhadap dunia. Ad-Darimi
menuturkan, Umar bertanya kepada Kaab, “Apa yang mengeluarkan ilmu dari hati
ulama?” Kaab menjawab, “Ketamakan.”
Keluarnya ilmu dari hati maksudnya bukan dilupakan, tetapi ilmu itu ditinggalkan,
pengaruhnya hilang dan tidak lagi dijadikan tuntunan. Hal itu sama saja dengan
menukar ilmu atau agama dengan dunia. Inilah satu di antara karakter ulama sû’.
Ulama demikian lebih layak di neraka. Abu Hurairah ra. menuturkan hadis:
مَنْ أَكَلَ بِالْعِلْمِ طَمَسَ اللهُ
عَيْنَيْهِ (أَوْ وَجْهَهُ فيِْ رِوَايَةِ
الدَّيْلَمِيْ) وَكَانَتِ النَّارُ أَوْلَى
بِهِ
Siapa yang makan dengan (memperalat) ilmu, Allah membutakan kedua matanya (atau
wajahnya di dalam riwayat ad-Dailami), dan neraka lebih layak untuknya.. (HR Abu
Nu‘aim dan ad-Dailami).
Maksudnya adalah ulama yang menjadikan ilmunya sebagai alat untuk memperoleh
kekayaan. As-Sayrazi mengatakan, “Setan mendandani keburukan di hadapan ulama
hingga berhasil menjerumuskan mereka dalam kemurkaan Allah. Mereka lalu memakan
dunia dengan memanfaatkan agama, memperalat ilmu untuk mendapatkan kekayaan dari
para penguasa, serta memakan harta wakaf, anak yatim dan orang miskin. Setan telah
berhasil memalingkan perhatian ulama itu untuk mencari gengsi dan kedudukan di hati
makhluk. Itulah yang menyeret mereka ke dalam perdebatan, persaingan dan
kebanggaan.” [4]
Al-Minawi, dalam Faydh al-Qadîr, mengatakan, “Bencana bagi umatku (datang) dari
ulama sû’, yaitu ulama yang dengan ilmunya bertujuan mencari kenikmatan dunia,
meraih gengsi dan kedudukan. Setiap orang dari mereka adalah tawanan setan. Ia telah
dibinasakan oleh hawa nafsunya dan dikuasai oleh kesengsaraannya. Siapa saja yang
kondisinya demikian, maka bahayanya terhadap umat datang dari beberapa sisi. Dari
sisi umat; mereka mengikuti ucapan-ucapan dan perbuatan-perbuatannya. Ia
memperindah penguasa yang menzalimi manusia dan gampang mengeluarkan fatwa untuk
penguasa. Pena dan lisannya mengeluarkan kebohongan dan kedustaan. Karena sombong,
ia mengatakan sesuatu yang tidak ia ketahui.” [5]
Kata tidak tahu tidak ada dalam kosakata ulama sû’. Ia merasa gengsi mengatakan
tidak tahu. Padahal orang sekaliber Ibn Umar saja tidak merasa malu untuk mengatakan
tidak tahu. Ibn al-Mubarak meriwayatkan dari Ibn Umar, bahwa ia pernah ditanya
tentang sesuatu, lalu ia menjawab, “Aku tidak tahu.” Kemudian ia menimpalinya
dengan mengatakan, “Apakah engkau ingin menjadikan punggung-punggung kami sebagai
jembatan bagi kalian ke neraka Jahanam?” [6]
Muadz bin Jabal membagi ulama sû’ di dalam tujuh tingkatan neraka. Tingkat
pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan
manusia, ia menolak dengan tinggi hati. Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya
alat untuk mendapatkan pemberian penguasa. Tingkat ketiga: ulama yang menahan
ilmunya (tidak menyampaikannya). Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih
pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang
orang-orang yang memiliki kedudukan rendah.. Tingkat kelima: ulama yang mempelajari
berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak
pembicaraannya. Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti
dan ia berkata kepada orang-orang, “Bertanyalah kepadaku.” Orang itu ditulis di
sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak
menyukai orang demikian. Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai
kebanggaan dan kepuasan intelektual saja. [7]
Karena semua itu, al-Ghazali mengingatkan, “Hati-hatilah terhadap tipudaya ulama
sû’. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada setan. Sebab,
melalui merekalah setan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar
itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, “Ya
Allah berilah ampunan.” Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda,
“Mereka adalah ulama sû’.”
Na‘ûdzu billâh min syarr al-‘ulamâ’ as-sû’. [Yahya Abdurrahman]
Catatan Kaki:
Asy-Syathibi, al-Muwâfaqât, I/76, ed. Abdullah Daraz, Dar al-Ma’rifah, Beirut. tt.
Ibn Taimiyah, Kutub wa Rasâ’il wa Fatâwâ Ibn Taymiyah fî al-‘Aqîdah,
VII/625, Maktabah Ibn Taimiyah. tt.
Adz-Dzahabi, Sayr al-A’lâm an-Nubalâ’, VII/125, Muassasah ar-Risalah, Beirut,
cet. IX. 1413.
Al-Minawi, Faydh al-Qadîr, VI/84, al-Maktabah at-Tijariyah al-Kubra, Mesir. Cet. I.
1356.
Al-Minawi, Faydh al-Qadîr, VI/369.
Isma’il bin Muhammad al-‘Ajluni, Kasyf al-Khafâ’, II/82.
Shadiq bin Hasan bin Ali al-Qinuji, Yaqzhah Uli al-I’tibâr min mâ wurida min
dzikri an-Nâr wa Ahl an-Nâr, I/124, Maktabah Athif-Dar al-Anshar, Kaero, cet. I.
1987.
Fatwa Ulama: Apa Makna Jumhur?
Fatwa Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman hafizhahullah
Soal:Apa yang dimaksud dengan jumhur?
Jawab:
Jumhur artinya mayoritas. Ketika dalam suatu bahasan kami mengatakan “Syafi’iyyah berpendapat demikian..“, lalu diujung bahasan kami mengatakan “Jumhur berpendapat …“, maka yang dimaksud jumhur di sini adalah para imam madzhab yang empat selain Syafi’iyyah. Jika kami mengatakan “Hanafiyyah berpendapat…“, lalu setelah itu kami mengatakan “Jumhur berpendapat …“, maka yang dimaksud jumhur di sini adalah para imam madzhab yang empat selain Hanafiyyah.
Demikian juga jika dalam suatu masalah ada tiga pendapat. Misalnya saya berkata “pendapat Asy Syafi’i begini, pendapat Abu Hanifah begitu, dan pendapat dua imam yang lain adalah begini..“. Maka di sini ada pendapat Asy Syafi’i, Abu Hanifah dan pendapat jumhur, dua imam yang lain yaitu Ahmad dan Malik di sini menjadi jumhur terhadap masing-masing pendapat Asy Syafi’i dan Abu Hanifah. Demikian perkaranya jika kita menemukan istilah jumhur di kitab-kitab perbandingan madzhab yang bertujuan menjelaskan khilaf diantara madzhab yang empat.
Sedangkan pada kitab-kitab yang bertujuan menjelaskan fiqih salaf yaitu pendapat para sahabat Nabi dan juga tabi’in, maka ketika disebut ‘jumhur‘ artinya adalah ‘ulama selain dari yang sudah disebutkan‘. Misalnya dikatakan “pendapat jumhur salaf begini…” lalu setelah itu dikatakan “pendapat Asy Sya’bi, Qatadah, dan Al Hasan adalah begitu…“, maka maksud ‘jumhur’ di sini adalah selain Asy Sya’bi, Qatadah, dan Al Hasan tidak diketahui adanya khilaf. Atau misalnya dikatakan “pendapat jumhur sahabat adalah begini…” lalu setelah itu dikatakan “pendapat Abu Bakar, Umar, dan Al Mughirah adalah begitu…“, maka maksud ‘jumhur’ di sini adalah selain Abu Bakar, Umar, dan Al Mughirah tidak diketahui adanya khilaf. Sehingga para sahabat selain Abu Bakar, Umar, dan Al Mughirah termasuk dalam jumhur. Demikian, wallahu’alam.
Sumber: http://ar.islamway.net/fatwa/30980
Janganlah MERASA CUKUP dengan ilmu dan amalmu
Disebutkan bahwa:“Jalan pertama yang ditempuh syaithan untuk menyesatkan manusia adalah MEMALINGKAN dan MENJAUHKAN mereka dari ilmu…
Karena jika seseorang JAUH apalagi BERPALING dari ilmu… Niscaya ia akan berada diatas kebodohan…
Dan jika seseorang berada diatas kebodohan, niscaya akan TERKUMPUL padanya keburukan…”
Sungguh benar Perkataan ini… Ini merupakan nasehat yang agung…
Yang mana nasehat ini tidak hanya berlaku kepada mereka yang jauh dari ilmu, agar mereka tidak terus-menerus menjauh dan berpaling dari ilmu…
Tapi juga berlaku kepada orang yang sudah memiliki ilmu, agar mereka tidak merasa cukup dengan ilmu yang dimilikinya, dan untuk menyadarkan mereka, bahwa mereka SANGAT BUTUH untuk SENANTIASA DIINGATKAN…
Agar jangan sampai orang yang sudah memiliki ilmu itu berkata: “Pembahasan itu sudah aku pelajari kok”
Karena jika memang hal tersebut sudah engkau pelajari…
Apa engkau sudah menghafalnya? Apa engkau sudah mengamalkannya? Apa engkau sudah istiqamah dengannya?
Bukankah disampaikan hal tersebut padamu, akan membantumu untuk menghafalnya? akan membantumu untuk mengingatkanmu agar engkau mengamalkannya? akan membantumu untuk istiqamah dengannya?!
Jika engkau sudah tahu, hafal, beramal dan istiqamah dengannya…
Apa ruginya bagimu KEMBALI DIINGATKAN dengan ilmu tersebut agar ia SEMAKIN TERTANCAP didalam hatimu?!
Agar jangan sampai pula ada yang berkata: “aku sudah berilmu kok”
Sungguh ini perkataan yang menunjukkan UJUB terhadap ilmu yang ia miliki…
Sungguh tingkatan orang berilmu itu ada tiga: pertama, ia akan sombong; kedua, ia akan tawadhu’ (karena ia tahu banyak orang yang lebih berilmu darinya); ketiga, ia tahu bahwa dirinya tidak tahu! (saking ia ketahui, bahwa ilmu itu SUNGGUH SANGAT LUAS… secuil yang dimilikinya, TIDAK BERARTI APA-APA dengan ilmu yang ada dihadapannya!)
Bagaimana lagi jika perkataan tersebut diucapkan seorang yang memang BUTA dari AGAMANYA SENDIRI?!!1
Maka hendaknya kita tanyakan kepada mereka yang berkata “aku sudah berilmu kok”:
– Berapa banyak ilmu (yg hukumnya wajib -saja-) yg sudah engkau amalkan?
– Dan berapa banyak dari ilmu tersebut, yang engkau istiqamah diatasnya?!
Dua pertanyaan diatas, adalah dari ilmu YANG SUDAH engkau pelajari… Bagaimana lagi dengan yang BELUM ENGKAU PELAJARI ?!
atau… Engkau sudah merasa SUDAH MEMPELAJARI SELURUH PEMBENDAHARAAN ILMU?!
Kalau engkau jawab “aku belum menguasai seluruh pembendarahaan ilmu”, maka tidak patut bagimu berhenti menuntut ilmu…
Bahkan terhadap ILMU YANG SUDAH ENGKAU MILIKI saja… Masih banyak yang engkau lalaikan… BAHKAN MUNGKIN masih banyak yang engkau tinggalkan… BAHKAN MUNGKIN masih banyak yang engkau SELISIHI…
Tidakkah engkau tahu nabi mendakwahkan TAUHID, TIDAK HENTI-HENTINYA selama 13 TAHUN pertama dari dakwah beliau?!
Sudah berapa lama engkau “ngaji”?! 13 tahun?!
Kalau belum 13 tahun (tentu dihitung berdasarkan penghitungan bulan hijriyyah)… Maka tentu engkau lebih wajib lagi untuk semangat menuntut ilmu!!!
Kalau sudah lebih dari 13 tahun… Maka apa yang sudah engkau dapati dan pahami selama ini?! maka bagaimanakah CERMINAN ilmu tersebut nampak dari PENGAMALANmu terhadapnya?!
Jika ilmu-mu, hafalanmu, tidak ada bedanya dengan yang baru belajar 3 bulan… Maka tidakkah engkau lebih mentangisi dirimu daripada menjelek-jelekkan “anak kemaren sore”?!
Jika ilmu-mu dan hafalan-mu bagus… Tapi TIDAK SINKRON dengan amalan hati dan badanmu… Maka tidak patutkah dirimu mengasihani dirimu?!
Jika ilmu-mu, hafalan-mu, dan amal-mu sudah bagus… Kembali lagi introspeksi diri… Apakah engkau MERASA CUKUP dengannya? Bahkan apakah engkau UJUB dengannya?! Bahkan engkau TAKABBUR dengannya?!
Sungguh Allaah mencela kaum yang merasa cukup (dan termasuk disini MERASA CUKUP ILMU maupun amal!)
كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya manusia BENAR-BENAR MELAMPAUI BATAS! karena dia melihat dirinya SERBA CUKUP…
(al ‘Alaq: 6-7)
Sungguh Allaah mencela kaum yahudi:
وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(al Hadiid : 16)
Panjangnya waktu mereka menuntut ilmu… tidaklah menjadikan hati-hati mereka tunduk kepadaNya… tapi malah mengeraskan hati mereka… KARENA KEFASIQAN yang tertanam dalam diri mereka… karena mereka MERASA CUKUP dengan apa yang ada pada mereka…
Ini bagi mereka yang menuntut ilmu… Bagaimana lagi dengan mereka yang SAMA SEKALI TIDAK MENUNTUT ILMU?!!
Janganlah demikian…
Allaah berfirman:
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
(aali ‘Imraan : 101)
Kamu tidak akan menjadi kaafir, jika kamu senantiasa mendengar ayat-ayatNya serta hadits-hadits RasulNya dibacakan dan dijelaskan kepadamu… dan engkau BERPEGANG TEGUH kepadanya…
Maka hendaknya kita TETAP bersemangat menuntut ilmu, mengamalkannya, dan mendakwahkannya serta berusaha untuk tetap istiqamah diatasnya…
Semoga dengannya kita dijauhkan dari kekafiran, kesyirikan, kebid’ahan, kemaksiatan dan dari segala jenis yang menghantarkan kepada kemurkaanNya
Dan semoga pula dengannya kita diberi petunjuk (islam, sunnah, ketaataan) dan ditetapkan diatasnya hingga wafatnya kita… yang dengannya kita meraih keridhaanNya… aamiin
[Tulisan ini terinspirasi dari muqaddimah kajian rutin “mulia dengan manhaj salaf” bersama ustadz yazid ibn ‘abdil qadir jawwas hafizhahullaahu ta’ala]
Catatan Kaki
- Sebagaimana perkataan orang-orang yang jauh dari ilmu:
“Ngapain sih bahas tauhid, wudhu, shalat, zakat, haji!? ‘kan ini pelajaran ANAK SD!”
Padahal kalau mereka ditanya tentang tauhid, dan seluk beluk tauhid… Niscaya mereka terdiam… Bahkan amalan mereka SANGAT JAUH DARI TAUHID…
Padahal kalau mereka ditanya tentang wudhu dan shalat, serta seluk beluk tentangnya… Niscaya mereka terdiam… Bahkan amalan wudhu dan shalat mereka sangat jauh dari sunnah nabi…
dan seterusnya!! ↩
Sifat Bagga Diri Merugi, Sifat tidak Bangga Diri Dicari
Oleh: KHR. Ahmad Azaim Ibrahimy
Bangga diri (ridha ‘anin nafs)
adalah salah satu penyakit hati. Ciri-ciri bangga diri seperti merasa
lebih baik, merasa lebih tinggi, merasa lebih tahu, merasa lebih
mengerti, merasa lebih benar, merasa lebih pintar, merasa lebih ahli,
merasa lebih layak atau pantas, dan merasa lebih sempurna. Sementara
orang lain dianggap tidak baik, rendah, tidak tahu, salah, tidak tahu
apa-apa, dan banyak kekurangan.
Ungkapan yang sering kali terucap dari
orang yang bangga diri, semisal memandang tentang dirinya “Oh, saya
sudah paling baik, saya sudah sempurna, saya sudah tidak ada celah
apapun dalam diri saya”. Pandangan tentang orang lain semisal, “Ah, dia
tidak tahu apa-apa, dia yang salah, dia tidak bisa apa-apa”.
Ketika bangga diri menjadi sifat yang
melekat pada diri seseorang, dia tidak mau berada di bawah dan di
belakang, maunya harus di depan dan di atas. Dia tidak mau diacuhkan,
maunya semua apa yang dia ucapkan harus diterima, baik usulan atau
pendapat. Sementara pembicaraan orang lain tidak didengarkan, malah
ditolak dan diremehkan.
Sifat bangga diri memang membuat
seseorang selalu merasa paling benar. Tidak memiliki intropeksi yang
baik dan bijak. Ketika terjadi masalah, orang lain yang disalahkan,
sementara dirinya dirasa tidak pernah bersalah. Seolah dirinya lepas
dari perbuatan salah. Karena sudah tertutup oleh sifat kebanggan pada
dirinya.
Sifat bangga diri sebenarnya belenggu
kegelapan. Seseorang tidak mampu melihat ke dalam dirinya untuk memilih
dan memilah antara salah dan benar dari sekian sikap-sikapnya. Yang
tampak hanyalah kebenaran, sementara kesalahannya tertutup oleh gelapnya
sifat bangga diri. Begitu juga ketika dia merasa paling ahli, paling
pintar, dan paling sempurna, karena kebodohan dan kekurangannya ditutupi
oleh gelapnya sifat bangga diri.
Antara orang yang bersifat bangga diri
denga orang yang tidak bangga pada dirinya, memiliki perbedaan yang
jelas. Orang yang memiliki sifat bangga diri sebenarnya orang yang tidak
tahu bahwa dirinya tidak tahu. Berbeda dengan orang yang tidak merasa
bangga pada dirinya, dia selalu merasa bahwa dirinya tidak tahu. Meski
dia tahu atau yang paling tahu pun, dia tetap merasa seraya berkata,
satu hal yang paling aku tahu bahwa aku tidak tahu.
Tentang keilmuan yang dia memiliki,
meski dia lebih cerdas, lebih tahu, dan lebih ahli, dia tetap merasa
biasa saja. Mungkin dia hanya merasa apa yang dia miliki adalah karunia
Allah yang harus dijaga dan diamalkan. Dia tidak pernah mengakuinya
apalagi dipamerkan kepada orang-orang melalui klaim-klaim ucapannya.
Tentu, ketika orang tersebut memiliki
sifat seperti itu, dia tidak pernah menganggap orang lain bodoh, salah,
rendah, banyak kekurangan. Justru dia menganggap dirinya lebih banyak
kekurangan dari orang lain.
Juga, orang yang tidak pernah merasa
bangga pada dirinya, dia memiliki hati yang luas. Setiap terjadi
masalah, dia merasa dirinya yang salah. Meski sebenarnya orang lain yang
salah, dia tidak mau menyalahkan orang lain atau merasa dirinya yang
benar. Ketika mendapatkan kritikan, dia mau menerima dan terbuka.
Apalagi, ketika ada orang lain memberi motivasi atau masukan, itu yang
dia harapkan.
Orang yang tidak bangga pada dirinya,
meski dia yang lebih tahu, lebih tinggi, lebih ahli, atau sempurna,
pasti dia merasa senang ketika kesalahannya dikoreksi lalu disampaikan
kepada dirinya oleh orang lain. Sebagaimana perkataan Khalifah Umar,
“Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku”.
Nasib orang yang bangga diri dan yang tidak di masyarakat
Orang yang bangga diri ketika berada di
masyarakat selalu saja ingin dilihat dan dinilai baik oleh orang-orang.
Dia berusaha dari sikap dan tindakannya mendapatkan pujian. Dia juga
ingin selalu tampil di hadapan publik. Karena dia merasa menjadi orang
yang tidak dipandang dan dihormati oleh orang-orang ketika dia tidak
tampil. Pokoknya dia harus menjadi orang yang nomor satu di
tengah-tengah masyarakat.
Ketika dia bergaul dengan masyarakat,
dia menampakkan dirinya dengan ilmunya yang dia miliki dan mengakuinya
di hadapan mereka. Contoh kecil, ketika masyarakat mencari orang yang
bisa memberi sambutan atau ceramah, orang yang memiliki sifat bangga
diri mengajukan dirinya untuk tampil. Akhirnya, bagi masyarakat orang
tersebut terkesan sok tahu.
Padahal, masyarakat tidak suka dengan
orang yang membanggakan dirinya. Justru masyarakat akan menghindari
orang-orang yang seperti itu, bahkan masyarakat sama sekali tidak
menganggapnya siapa-siapa. Meskipun dia berilmu, ilmunya tidak bisa
memberi cahaya kepada masyarakat.
Masyarakat lebih menerima orang yang
tidak bangga pada dirinya. Orang yang seperti itu, di masyarakat lebih
memilih di belakang dan banyak diam. Dia tidak akan tampil kecuali
memang keadaan yang menuntut dan mendesak. Itu pun dia melakukannya
dengan sangat berhati-hati, tidak sembarangan.
Sikap tersebut tampak ketika dia bergaul
dengan masyarakat, dia tidak mau menampakkan dirinya apalagi mengakui
dirinya yang lebih tahu dan baik. Dia menyembunyikan dirinya dengan
sikap dan tindakan yang baik, bijak, dan mulia. Dia tidak buru-buru atau
gegabah menyikapi suatu masalah yang terjadi di masyarakat, apalagi sok
tahu dengan tampil lebih dahulu dari orang-orang.
Jadi, orang yang berilmu tinggi yang
tidak dipandang oleh masyarakat, dikhawatirkan karena dirinya terlalu
mengumbar rasa bangga diri. Untuk menjadi orang yang terpandang di
masyarakat tidak perlu menampakkan diri dengan cara memamerkan apa yang
dimiliki. Sebenarnya, orang yang berilmu semakin bersembunyi maka
semakin dicari. Tentu, maksud bersembunyi di sini bukan kitmanul ‘ilm (menyembunyikan ilmu), melainkan bersembunyi dari memamerkan diri.
Bab 2
Tujuh Perosak Ilmu[1]
Ilmu adalah satu energy yang tidak diukur
melalui jumlah sijil kelulusan atau pangkat, tetapi
diukur melalui sikap orang yang memilikinya. Semakin
banyak ilmu seseorang, semakin berhikmah sikap tuan
empunya. Ilmu itu menjadi energy yang
mengemudi gerak hati, arah pandangan, sumber
pendengaran, bahan pertuturan dan tingkahlaku
fizikalnya. Akan tetapi jika ilmu menjadi rosak, ia
seumpama energy yang tidak bermanfaat untuk
manusia. Ilmu yang rosak akan mengarah kepada hati,
pandangan, pendengaran, pertuturan dan tingkahlaku
yang dilarang oleh agama.
Justeru dalam rangka berinteraksi dengan ilmu, kita
perlu waspada terhadap unsur-unsur yang boleh
merosakkan ilmu. Jika unsur-unsur atau
perosak-perosak tersebut tidak ditangani, dibimbangi
ilmu akan membawa tuan empunya kepada kedudukan yang
tidak sepatutnya, iaitu lebih rendah daripada orang
yang tidak berilmu. Sudah tentu ini adalah satu
kedudukan yang dibenci oleh semua orang yang berakal.
Dalam risalah ini, saya akan mengupas tujuh perosak
ilmu. Unsur-unsur yang boleh merosakkan ilmu tidak
terhad kepada tujuh sahaja, hanya di antara semua
perosak tersebut, saya memilih tujuh yang paling
lazim berlaku dan paling berkesan dalam merosakkan
ilmu. Ia dimulai dengan sikap “tinggi diri”.
Perosak # 1: Tinggi Diri.
Apabila berinteraksi dengan ilmu, amat mudah bagi
seseorang merasa tinggi diri, iaitu merasakan
dirinya lebih baik, lebih hebat, lebih bijak dan
lebih tajam berbanding orang lain. Perasaan ini
mudah timbul kerana secara umumnya masyarakat kurang
berinteraksi dengan ilmu. Masyarakat lebih selesa
mengikuti apa yang telah dipelajari zaman
persekolahan dan menggantung diri kepada apa yang
telah selesa dipegang sejak sekian lama.
Suasana masyarakat seumpama “mesin photocopy”
ini menyebabkan orang yang menuntut ilmu akan dengan
mudah mendapati dirinya lebih berilmu daripada orang
lain. Perbezaan inilah yang seterusnya menyebabkan
orang yang berilmu merasakan dirinya lebih tinggi
daripada orang lain. Sikap tinggi diri berlaku
melalui beberapa cara:
-
Ujub, iaitu sikap seseorang terhadap dirinya sendiri. Dia merasakan dirinya satu keajaiban sehingga perlu disanjung oleh orang lain. Jika tidak ada orang lain yang menyanjung, memadailah dia menyanjung dirinya sendiri. Antara ciri lazim orang ujub ialah cepat marah apabila kedudukan atau pandangannya tidak dihargai.
-
Sombong, iaitu sikap seseorang apabila berinteraksi kepada orang lain. Dia merasakan hanya dirinya yang layak berbicara dengan kebenaran manakala orang lain semuanya salah. Ciri lazim orang sombong ialah suka mengkritik pandangan orang lain dan suka memotong percakapan orang lain.
-
Angkuh, iaitu sikap seseorang apabila menerima interaksi daripada orang lain. Dia merasakan apa yang dibicara atau ditegur oleh orang lain adalah salah semuanya. Jika ditegur sepatah kata, dia membantah dengan seratus perkataan yang lemah lagi batil.
-
Dengki, iaitu sikap membenci kebaikan, kehebatan, kebijaksanaan dan ketajaman yang ada pada orang lain. Dia merasakan semua itu hanya milik dirinya dan apabila mendapati ia dimiliki oleh orang lain, dia membenci dan memusuhi orang itu.
-
Debat, iaitu sikap suka menyanggahi pandangan orang lain. Ini dilakukan agar pandangan dirinya sentiasa tinggi manakala pandangan orang lain sentiasa rendah.
Orang yang tinggi diri akan mengalami masalah
“dataran ilmu”. Ilmunya pada awal berkembang naik
sehinggalah dia merasa tinggi diri. Pada tahap ini
ilmunya mula mendatar kerana perasaan tinggi yang
ada pada dirinya menyebabkan dia merasa tidak perlu
untuk menambahkan ilmu. Setelah beberapa ketika,
ilmunya mula menurun kerana perasaan tinggi diri
menyebabkan dia enggan mengulangkaji sehingga apa
yang diketahui sebelum itu hilang daripada dirinya.
Semua ini akhirnya merosakkan ilmu yang dimilikinya
satu masa dahulu.
Ketahuilah bahawa ilmu adalah seumpama air. Air
tidak mengalir ke tempat yang lebih tinggi. Jika
digunakan pam sekali pun, air yang dipam naik tetap
akan mencari jalan untuk turun dari tempat yang
tinggi itu. Sebaliknya air sentiasa mengalir ke
tempat yang rendah. Ia berkumpul di situ dan
memberikan manfaat kepada tumbuh-tumbuhan dan sekian
makhluk.
Oleh itu dalam rangka berinteraksi dengan ilmu,
elakkan sikap tinggi diri kerana ia akan merosakkan
ilmu sebagaimana air yang enggan mengalir ke tempat
yang tinggi. Sebaliknya hendaklah bersikap rendah
diri (tawadhu’ atau humble) kerana
ilmu akan sentiasa mengalir kepada orang yang rendah
diri sehingga dapat memberi manfaat kepada orang
lain.
Perosak # 2: Taasub.
Apabila berinteraksi dengan ilmu, manusia terbahagi
kepada tiga kategori:
-
Kategori Pertama ialah mereka yang menjadikan semua sumber ilmu sebagai rujukan tanpa membezakan yang benar dan salah. Tanpa pembezaan tersebut, ilmu yang mereka miliki bercampur aduk antara yang bermanfaat dan mudarat. Pemilik ilmu itu sendiri kelihatan sering tidak berpendirian, bahkan kerap kali menyelisihi dirinya sendiri.
-
Kategori Kedua ialah mereka yang membataskan sumber ilmu kepada satu atau dua rujukan sahaja. Apa sahaja yang berasal dari sumber itu mereka terima bulat-bulat dan merasa selesa dengannya. Apa yang berasal dari selain sumber itu mereka tolak mentah-mentah dan merasakan ia satu cabaran yang bakal menggoyang keselesaan yang dialami selama ini. Maka ilmu yang berasal dari sumber lain itu perlu dibantah dan diruntuhkan semampu boleh.
-
Kategori Ketiga ialah mereka yang berada di pertengahan antara Kategori Pertama dan Kategori Kedua di atas. Ilmu dari pelbagai sumber dirujuk dengan tapisan diambil yang benar dan ditolak yang salah. Tapisan itu pula tidak bersifat tetap, sebaliknya sentiasa diperbaharui kerana apa yang benar pada awalnya mungkin terbukti salah pada kemudiannya manakala apa yang salah pada hari ini mungkin ternyata benar pada hari esoknya.
Sikap yang benar berada pada Kategori Ketiga
manakala sikap yang salah berada pada Kategori
Pertama dan Kategori Kedua. Kesalalahan pada Kategori Kedua lebih lazim berlaku
kepada orang-orang yang berinteraksi dengan ilmu.
Kesalahan inilah yang disebut sebagai taasub atau
fanatik.
Taasub amat merugikan kerana ia menghalang ilmu yang
benar dan memelihara ilmu yang salah. Ini kerana
adakalanya di luar sana terdapat ilmu yang benar
tetapi ia terhalang semata-mata disebabkan sikap
taasub yang enggan menjengoknya. Pada waktu sama
dalam sumber seseorang terdapat ilmu yang salah
tetapi ia terpelihara semata-mata disebabkan sikap
taasub yang enggan membetulkannya.
Ketahuilah bahawa sikap taasub ialah satu perosak
ilmu yang boleh menyerang sesiapa jua. Hakikat ini
ingin saya warnakan kerana kerap ditemui satu
individu menuduh individu lain sebagai taasub
padahal penuduh tidak jauh berbeza daripada yang
dituduh. Saya kerap membaca Ahmad menuduh Jamal
sebagai taasub kepada Mazhab al-Syafi’e padahal
Ahmad juga taasub kepada Mazhab al-Albani. Saya
lazim mendengar Sakinah menuduh Aishah taasub kepada
pandangan syaikh tariqatnya padahal Sakinah juga
terikat kepada pandangan Syaikh Yusuf al-Qaradhawi.
Oleh itu apabila berinteraksi dengan ilmu:
-
Amalkan sikap yang dinamik kerana ilmu tidak mengenal titik noktah. Sentiasa menapis antara yang benar dan salah serta ketahuilah hasil tapisan hari ini mungkin berbeza pada hari esok.
-
Berhenti menuduh orang lain taasub. Sebaliknya sentiasa mengukur diri sendiri sama ada diserang perosak taasub atau tidak.
-
Saling menasihati antara satu sama lain agar berwaspada dari perosak taasub.
-
Taasub hanya dibolehkan terhadap sumber rujukan ilmu yang sabit, iaitu al-Qur’an, al-Sunnah yang sahih dan ijma’.
Perosak # 3: Zalim.
Kadangkala orang dalam Kategori Kedua cuba
menjengok ilmu dari sumber yang berada di luar
sempadan keselesaannya. Ini adalah satu permulaan
yang baik, akan tetapi sayang sekali yang menjengok telah dijangkiti dengan sikap taasub yang kronik
sehingga dia berlaku zalim. Apabila menjengok, dia
tidak menilai sumber yang lain itu secara adil
sebaliknya bersikap zalim dengan mencari-cari apa
yang salah sahaja. Seterusnya apa yang salah
ditimbulkan manakala apa yang benar ditenggelamkan.
Kezaliman adalah salah satu perosak yang menyerang
banyak ilmuan. Atas kezaliman ini, ramai yang secara
mudah menilai ilmu dari sumber lain sebagai salah.
Mereka tidak menilai benar atau salah, manfaat atau
mudarat, positif atau negatif secara adil,
sebaliknya bersikap zalim dengan hanya mencari-cari
kesalahan, kemudaratan dan ciri-ciri yang negatif.
Akhirnya mereka tidak mendapat apa-apa ilmu yang
baru dan hanya berpuas hati dengan ilmu lama yang
dimiliki.
Lawan dari sikap zalim ialah adil. Ilmuan yang adil
sedar bahawa kesempurnaan hanya milik Allah manakala manusia sentiasa bercampur-aduk, bersilih-ganti
antara benar dan salah, betul dan silap. Justeru
apabila menilai sumber ilmu yang lain, hendaklah
bersikap adil. Ilmu yang betul diambil dan
dimanfaatkan manakala ilmu yang salah dikenal pasti
dan dijauhkan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan
keutamaan sikap adil:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ
وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ
أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ
ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ
لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ
خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
[al-Maidah 5:08]
Perosak # 4: Tidak Menguasai Perbezaan Pendapat.
Menyentuh tentang perbezaan pendapat, orang yang
memiliki ilmu terbahagi kepada tiga kubu:
-
Kubu Pertama ialah mereka yang menafikan kewujudan perbezaan pendapat. Bagi mereka pendapat yang benar hanya satu dan manusia seluruhnya perlu berpegang kepada pendapat yang satu itu.
-
Kubu Kedua ialah mereka yang mengakui kewujudan perbezaan pendapat. Bagi mereka semua pendapat adalah benar dan manusia bebas mengikuti mana-mana pendapat yang disukainya.
-
Kubu Ketiga ialah mereka yang menyatakan perbezaan pendapat terbahagi kepada dua kategori:
-
Perbezaan pendapat yang dibolehkan di mana bagi setiap pendapat terdapat dalil dan hujah yang kuat (proof and argument).
-
Perbezaan pendapat yang dilarang di mana bagi setiap pendapat tidak terdapat dalil dan hujah yang kuat.
Kemenangan terletak pada Kubu Ketiga yang
sebenarnya berada di pertengahan antara Kubu
Pertama dan Kubu Kedua. Perbezaan
pendapat adalah sesuatu yang benar-benar wujud dan
ia tidak dapat disifarkan. Walaubagaimana pun ini
tidaklah bererti setiap perbezaan pendapat
dibolehkan kerana di antaranya ada yang didasari
kepada dalil serta hujah dan ada yang didasari
kepada mitos dan kebiasaan.
Justeru apabila berhadapan dengan perbezaan
pendapat, langkah yang pertama ialah membezakan sama
ada ia adalah pendapat-pendapat yang dibolehkan atau
dilarang. Bagi perbezaan yang dibolehkan, langkah
seterusnya ialah meraikan pendapat-pendapat itu
dengan berpegang dan mengamalkannya secara
keseluruhan. Bagi perbezaan yang dilarang, langkah
seterusnya ialah membetulkan dengan nasihat dan
teguran yang hikmah.
Kerosakan berlaku apabila orang yang memiliki ilmu
tidak menguasai perbezaan pendapat. Mereka yang
bertahan di Kubu Pertama hanya mempertahankan
satu ilmu padahal di luar tembok terdapat pelbagai
ilmu lain yang dapat membantu mereka. Mereka yang
bertahan di Kubu Kedua sering keliru antara
kawan dan lawan kerana di dalam tembok yang sama
terdapat ilmu yang manfaat dan mudarat.
Perosak # 5: Tidak Mengamalkan Ilmu.
Orang yang memiliki ilmu terbahagi kepada tiga
martabat:
-
Memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ini adalah martabat yang tercela.
-
Memiliki ilmu dan mengamalkannya. Ini adalah martabat yang baik.
-
Memiliki ilmu, mengamalkannya dan menegakkan kebenaran dengannya. Ini adalah martabat yang terpuji.
Ilmu bukan sesuatu yang sekadar dihafal atau sebagai
alat untuk memperoleh sijil demi kenaikan pangkat
dan gaji. Ilmu ialah suatu energy yang
digunakan untuk mengemudi tuan empunya ke arah insan
yang cemerlang. Ilmu tanpa amalan tidak lebih
seumpama burung Kakak Tua yang menghafal beberapa
ayat lalu mengulanginya tanpa mengamalkannya. Sikap
seperti ini amat dibenci oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن
تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat
besar kebenciannya di sisi Allah - kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[al-Saff 61:2-3]
Tidak mengamalkan ilmu akan menyebabkan ilmu yang
dihafal sebelum itu hilang dari ingatan. Ini kerana
untuk memelihara ilmu, pemiliknya hendaklah sentiasa
mengulangkaji dengan cara mengamalkannya. Tanpa
amalan, ilmu akan rosak dan hilang.
Perosak # 6: Kedekut.
Sikap kedekut tidak sahaja berkaitan dengan harta
tetapi merangkumi juga ilmu. Kedekut ilmu berlaku
melalui beberapa cara:
-
Enggan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Contoh yang lazim berlaku ialah enggan membukukan kertas tesis, sebaliknya hanya menayangkannya dalam almari perhiasan di rumah.
-
Mengenakan bayaran yang tinggi sebagai syarat menyampaikan ilmu. Saya pernah dikhabarkan oleh sumber yang terpercaya bahawa sesetengah penceramah celebrity mengenakan syarat tiket penerbangan kelas pertama, hotel lima bintang, kenderaan mewah, makan minum yang ditanggung sepenuhnya serta bayaran RM3000.00 semata-mata untuk memenuhi jemputan kuliah satu jam. Apabila ditanya kenapa mengenakan syarat yang begitu tinggi, mereka menjawab: “Jika artis boleh kenapa penceramah tidak boleh?”
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
memberi amaran kepada orang yang memiliki ilmu
tetapi kedekut:
مَنْ كَتَمَ عِلْمًا ألْجَمَهُ الله يَوْمَ
الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ.
Sesiapa yang menyembunyikan satu ilmu maka Allah
akan mengikatnya dengan tali dari api neraka pada
Hari Kiamat kelak.
[Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani
dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam
Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 121]
Ilmu adalah seumpama harta. Ia adalah milik Allah
dan kita hanya berperanan mengurusinya. Jika kita
mensedekahkannya, Allah akan membalas dengan
tambahan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.
Jika kita kedekut, Allah akan membalas dengan
kerugian yang ditimpa kerugian di dunia dan akhirat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
مَثَلُ الَّذِيْ يَتَعَّلَمُ الْعِلْمَ ثُمَّ لاَ
يُحَدِّثُ بِهِ كَمَثَلِ الَّذِيْ يَكْنِزُ الْكَنْزَ
فَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ.
Perumpamaan orang yang belajar ilmu kemudian tidak
menyampaikannya adalah seperti orang yang menyimpan
kekayaan kemudian tidak membelanjakannya.[2]
Jika kita menganalisa para ilmuan, akan didapati
orang yang kedekut ilmu semakin hari semakin
berkurang ilmu mereka. Ini kerana sikap kedekut itu
bertahap-tahap merosakkan ilmu yang mereka miliki
pada awalnya. Berbeza dengan orang yang bekerja
keras mensedekahkan ilmu. Semakin hari ilmu mereka
semakin bertambah kerana sikap bersedekah itu
menggandakan ilmu mereka dengan gandaan yang besar.
Perosak # 7: Murah Hati.
Lawan kepada kedekut ialah murah hati, iaitu terlalu
mudah dalam menyampaikan ilmu. Menyampaikan ilmu
adalah terpuji selagi mana ia berdasarkan dalil dan
hujah yang sahih. Menyampaikan ilmu menjadi tercela,
sekali gus menjadi unsur perosak, jika ia
disampaikan tanpa dalil dan hujah yang sahih. Sikap
terakhir inilah yang saya maksudkan sebagai “murah
hati” terhadap ilmu. Murah hati berlaku melalui
beberapa cara:
-
Menyatakan hukum halal dan haram atau selainnya seperti wajib, sunat, harus, makruh dan haram tanpa memiliki dalil dan hujah di sebaliknya.
-
Menyampaikan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa mengetahui sumber dan darjat kekuatannya.
-
Mengemukakan petua itu dan ini padahal ia hanyalah rekaan dirinya semata-mata.
Seorang ilmuan hendaklah menyampaikan sekadar apa
yang diketahuinya. Apabila dia menyampaikan sesuatu
ilmu berkenaan Islam padahal dia tidak mengetahui
sama ada ilmu itu benar atau tidak, dia sebenarnya
memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak
diketahuinya. Ini adalah kesalahan yang lebih berat
daripada syirik. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:
قُلۡ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ
ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡہَا وَمَا بَطَنَ
وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡىَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ
وَأَن تُشۡرِكُواْ بِٱللَّهِ مَا
لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَـٰنً۬ا وَأَن تَقُولُواْ
عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji sama ada yang nyata
atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa serta
perbuatan menceroboh tanpa alasan yang benar; dan
kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedangkan
Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang
membenarkannya); dan kamu memperkatakan terhadap
Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.”
[al-A’raaf 7:33]
Dalam ayat di atas Allah menerangkan perkara-perkara
yang diharamkan-Nya dalam empat tingkatan:
-
Tingkatan Pertama: “…perbuatan-perbuatan yang keji sama ada yang nyata atau yang tersembunyi…”.
-
Tingkatan Kedua: “…dan perbuatan dosa serta perbuatan menceroboh tanpa alasan yang benar…”.
-
Tingkatan Ketiga: “…kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya)…”.
-
Tingkatan Keempat: “…kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.”
Ilmu sepatutnya menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi
tuan empunya. Menyampaikan ilmu sepatutnya
menggandakan ilmu seseorang dengan gandaan yang
besar. Akan tetapi menyampaikan ilmu tanpa kepastian
benar atau salah menjadi perosak yang memudaratkan
tuan empunya dan mengakibatkan kerugian yang besar
di dunia serta azab yang berat di akhirat.
Justeru dalam rangka menyampaikan ilmu, hendaklah
berada di pertengahan antara kedekut dan murah hati.
Sikap pertengahan yang saya maksudkan ialah
berhati-hati. Sampaikan apa yang diketahui, diamkan
apa yang tidak diketahui dan tangguhkan apa yang
belum pasti. Inilah sikap para ilmuan yang menjadi
rujukan umat Islam sejak dari zaman awal, maka
warisilah ia dengan bangga dan yakin. Bersikap diam
atau berkata “Saya tidak tahu” bukanlah tanda orang
yang jahil, sebaliknya adalah tanda orang yang
berilmu dan ilmu yang benar.
Demikian tujuh perosak ilmu yang perlu saya dan para
pembaca sekalian berwaspada darinya. Kadangkala
salah satu atau lebih dari perosak ini menyelinap
masuk dalam diri seseorang tanpa disedari. Oleh itu
marilah kita saling nasihat menasihati agar kita
semua sentiasa terhindar darinya. Imam Muslim
rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis sahih
daripada Tamim bin al-Dari radhiallahu 'anh,
beliau menyatakan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟
قَالَ: لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ
وَلِرَسُولِهِ
وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ
وَعَامَّتِهِمْ.
Bahawasanya Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Agama
adalah nasihat.”
Kami (para sahabat) bertanya: “Kepada siapa?”
(Nabi menjawab): “Kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya,
para imam umat Islam dan keseluruhan umat Islam.”
[1]
Risalah ini saya tulis
sebagai kertas kerja sempena seminar The
Professional Mukmin Generation: Synergy of
Faith, Knowledge and Action anjuran
Islamic Medical Association of Malaysia –
Czech Republic Student Chapter. Ia diadakan
di Cerny Most Mosque, Praque, Czech Republic
pada 22 March 2008.
[2]
Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani
dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam
Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis
no: 122
Mewaspadai Penyakit Hati
Ramadhan telah usai, saya ucapkan taqabbalallâhu minna waminkum, shiyâmanâ wa shiyamakum waja’alanâ minal ‘âidin wal fâizin.
Semoga amal ibadah kita semua diterima oleh Allah l dan kita
dipertemukan kembali dengan Ramadhan di tahun berikutnya. Tak lupa saya
ucapkan mohon maaf lahir dan batin kepada seluruh rekan kenalan
sekalian, mari kita menjadi pribadi yang mampu saling memaafkan.
Ramadhan adalah bulan yang tak biasa,
kita terkondisikan untuk melakukan berbagai ibadah dengan tingkat
intensitas yang lebih daripada bulan-bulan lainnya. Kita sedang
‘dipaksa’ menjadi shalih dan shalihah, mendekatkan diri pada-Nya.
Katakanlah shalat tahajud, shalat dhuha, tilawah qur’an, infaq, sedikit
banyak ibadah kita tersebut mengalami peningkatan di bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat memungkinkan bagi kita (yang ibadah mahdhahnya masih
belepotan) untuk meningkatkan ibadah, paling tidak kuantitasnya. Lebih
dari itu, pahala di bulan Ramadhan pun dilipatgandakan. Keuntungan besar
bagi kita jika menyadari dan memahami keistimewaan Ramadhan ini.
Namun kemudian, ada yang harus kita
perhatikan tentang ibadah kita. Yang mana seharusnya ibadah yang
dilakukan akan semakin mendekatkan pada surga. Namun apakah benar
‘berbagai’ ibadah yang telah kita kerjakan tersebut mampu mengantarkan
kita ke surga?
Pertanda Penyakiti Hati
Adakah rasa bangga terhadap ibadah kita
selama ini? Ibadah di bulan Ramadhan, di bulan-bulan sebelum Ramadhan,
atau juga ibadah yang telah dilakukan sampai sekarang selama kita hidup?
Jika ya maka pertanda ada yang tidak benar di hati kita.
Tahukah anda bahwa ibadah-ibadah yang
kita lakukan selama ini amat mudah lenyap pahalanya? Ialah dikarenakan
kita mengidap penyakit hati bernama ujub. Ujub adalah tipuan setan yang
amat halus sampai-sampai kita tak menyadarinya. Ujub bisa menjangkiti
siapa saja, bahkan ustadz dan kyai sekalipun. Bisa dikatakan, ujub
adalah penyakit yang menimpa orang-orang yang punya stok pahala dan
gemar beramal-ibadah, menyerang para ‘âbid (ahli
ibadah). Mereka yang telah mengaku dirinya pendosa (semisal pencuri,
pemabuk) lebih sedikit kemungkinan terserang ujub dibanding mereka yang
punya pengalaman ibadah yang banyak. Ujub adalah penyakit yang menyerang
orang-orang yang sehabis melakukan ibadah.
Mengenai ujub ini, ustadz Adi Abdillah
mengklasifikasikannya ke kelas ketiga dan keempat dari ‘empat perangkap
setan’. Perangkap setan itu antara lain adalah: Pertama, seseorang yang
berilmu namun enggan mengamalkan. Ini perangkap terendah yang setan
sediakan, yaitu ketika seseorang ini rajin datang ke kajian-kajian/
majelis-majelis ilmu namun ilmu yang diperolehnya hanya untuk dikoleksi,
sebatas menjadi pengetahuan baginya dan tak kunjung diamalkan. Masih
bagus jika hanya tak diamalkan, lebih buruk dari itu ialah ketika
ilmunya untuk sombong-sombongkan, menjadi bahan untuk berdebat demi
hebat-hebatan. Bicaranya bobot, namun tak kunjung nyata pengamalannya.
Kedua, seseorang yang berilmu dan
beramal, namun tidak ikhlas. Misalnya, seseorang yang telah berhaji
namun tersinggung (tidak terima) ketika sebutan haji tak disertakan pada
namanya ketika ditulis atau disebut. Alasannya, pergi haji butuh biaya
yang tidak sedikit, maka harus ada keuntungan yang didapat, yaitu gelar
haji tersebut harus selalu disertakan pada namanya. Di sinilah letak
ketidakikhlasannya. Contoh lain, seseorang yang bersedekah namun
kemudian ingin namanya disebut-sebut agar orang lain mengetahui.
Ketiga, seseorang yang berilmu, beramal
dan ikhlas, namun ujub. Seseorang itu ikhlas melakukan amal ibadahnya,
namun terbersit merasa hebatnya. Contohnya, seorang imam yang ketika
memimpin shalat membaca al-Fatihah dan surah pendek dengan baik dan
sungguh-sungguh, atau mu’adzin yang ketika adzan melantunkan dengan
segenap kemampuannya dan berupaya sebaik mungkin, namun kemudian timbul
merasa hebat dalam dirinya, merasa suaranya amat merdu, fasih.
Keempat, yang merupakan tipuan setan
paling halus, yaitu ketika seseorang merasa dirinya terbebas dari ujub.
Misalnya dalam suatu malam seseorang berdoa: “Alhamdulillah ya
Allah saya telah melakukan banyak amal dan tidak berbuat dosa hari ini”.
Atau memiliki perasaan bahwa dirinya telah mencapai derajat sempurna
karena melengkapi ibadahnya dengan sunah-sunah rasul, merasa diri sudah
baik, merasa menjadi seorang yang suci. Inilah jebakan setan yang paling
halus, tidak kentara bahwa dari perasaan-perasaan semacam inilah dosa
bisa tertulis pada diri.
Ujub, Riya, Sum’ah, Ghurur dan Takabur
Mari kita memahami ujub dan
penyakit-penyakit yang sejenis dengannya agar kita mampu membedakannya
satu per satu. Pertama, ujub. Arti katanya menimbulkan kekaguman.
Penyakit ini adalah penyertaan diri di dalam ibadah-ibadahnya, merasa
mampu melakukan ibadah oleh sebab kemampuan atau kehebatan diri sendiri.
Padahal sungguh, kita bisa beribadah dan melakukan banyak hal bukan
karena apapun termasuk kehebatan diri sendiri, namun itu semua adalah
karena kasih sayang Allah.
Disebutkan dalam al-Qur’an: “Sekiranya
tidaklah karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian,
niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji
dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang
dikehendaki-Nya” (QS al-Nûr [24]: 21). Pun Rasulullah ` bersabda: “Demi Allah, kalau bukan karena Allah tidaklah kami mendapatkan hidayah, dan tidak juga kami bersedekah dan shalat” (HR al-Bukhâri dan Muslim). Ketika seseorang ujub maka ia sedang mengingkari ayat iyyaka nasta’in (hanya kepada-Mu lah kami meminta pertolongan). Contoh ujub sudah disebutkan di atas, poin ketiga perangkap setan.
Kedua, riya’. Arti katanya
pemandangan yang indah. Yaitu beribadah disertai dengan memamerkannya
pada orang lain, dengan harapan pujian ataupun kekaguman orang lain
terhadapnya. Ada penyertaan selain Allah dalam beribadah, yaitu orang
lain yang diharap peranannya untuk menilai dan memuji ibadah yang
dilakukan. Orang yang riya’ berarti sedang mengingkari ayat iyyaka na’budu
(hanya kepada-Mu lah kami menyembah). Contoh riya’ misalnya
mengkhusyuk-khusyukkan dan melama-lamakan salat agar diakui saleh,
membaca bacaan yang panjang ketika menjadi imam agar dicap hafalannya
banyak, memamerkan ketika ingin berangkat ke masjid, dsb.
Ketiga, sum’ah. Arti katanya
memperdengarkan. Ini setara dengan riya’, hanya metodenya yang berbeda,
yaitu dengan cara memperdengarkan. Menceritakan amal ibadah kepada orang
lain yang benar-benar belum mengetahuinya. Tujuannya sama dengan riya’:
mengharapkan penilaian ‘baik’ dari orang lain, mengharapkan kekaguman
orang lain terhadap ibadah yang dilakukan. Contohnya, menceritakan bahwa
semalam baru saja mengerjakan shalat tahajud sebanyak 11 raka’at sesuai
sunah nabi, menceritakan pengalaman beribadah selama Ramadhan,
bercerita telah memiliki hafalan qur’an sekian juz, dsb.
Keempat, ghurur. Arti katanya
kebanggan atas dirinya. Yaitu merasa dirinya istimewa dibanding yang
lain, ia merasa patut untuk dihormati, dimuliakan, diutamakan,
dielu-elukan, dsb. Merasa diri lebih tinggi dibanding yang lain, suka
membandingkan diri (sebagai yang lebih baik) dibanding orang lain.
Sebagai contoh, oleh karena hafalan qur’annya paling banyak di antara
teman-temannya maka merasa pantas untuk dihormati dan selalu didengar
perkataannya, merasa pahalanya paling banyak karena telah menyumbangkan
hartanya dalam jumlah besar, merasa pantas disanjung karena lebih tau
banyak tentang suatu hal dibanding yang lain, dsb.
Kelima, takabur. Arti katanya
melebih-lebihkan, membesar-besarkan. Setingkat lebih tinggi dari ghurur,
yaitu merasa diri lebih tinggi/ hebat dengan disertai perendahan kepada
orang lain. Merasa paling baik, paling benar, ataupun paling suci.
Contohnya, meremehkan orang lain yang ibadahnya dinilai lebih sedikit
dengan mengatakan: “Kasihan sekali orang-orang itu, tidak mendapat
hidayah seperti saya yang bisa istiqamah salat malam setiap hari”,
mengata-ngatai orang yang pacaran sebagai pendosa dan merasa diri lebih
suci karena tidak pacaran, merendahkan mereka yang celananya di bawah
mata kaki karena dianggap tidak mengikuti sunah nabi dan menjelekkannya,
merendahkan mereka yang belum berjilbab dan merasa lebih mulia karena
telah mampu istiqomah menutup aurat, dsb.
Bahaya Penyakit Hati
Ustadz Firanda Andirja menyebutkan setidaknya ada empat dampak yang ditimbulkan dari penyakit hati, antara lain:
Pertama, lupa untuk bersyukur kepada
Allah l, bahkan malah mensyukuri diri sendiri, seakan-akan amalan yang
telah dia lakukan adalah karena kehebatannya.
Kedua, lenyap darinya sifat tunduk dan
merendah dihadapan Allah l yang telah menganugrahkan segala kelebihan
dan kenikmatan kepadanya.
Ketiga, Terlebih jelas lagi lenyap sikap tawadhu’ dihadapan manusia. Keempat,
bersikap sombong (merasa tinggi) dan merendahkan orang lain, tidak mau
mengakui kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Jiwanya senantiasa
mengajaknya untuk menyatakan bahwasanya dialah yang terbaik, dan apa
yang telah diamalkan oleh orang lain merupakan perkara yang biasa yang
tidak patut untuk dipuji. Berbeda dengan amalan dan karya yang telah ia
lakukan maka patut untuk diacungkan jempol.
Penanggulangan yang dapat dilakukan
antara lain adalah pertama, menyadari bahwa amal shalih yang kita
lakukan adalah semata-mata karena rahmat dan karunia Allah semata, bukan
karena kehebatan diri kita.
Kedua, menyertakan kalimat istighfar di
setiap selesai melakukan ibadah, misalnya selesai shalat lima waktu,
shalat tahajjud, baca qur’an. Tujuannya selain memohon maaf (ampunan)
pada Allah l jika terjadi kekeliruan dalam ibadah tersebut, juga
menghindarkan perasaan sombong dari dalam diri karena merasa ‘mampu’
melaksanakan ibadah berkat diri sendiri.
Ketiga, mempelajari kehidupan
orang-orang shalih terdahulu, yang mana bisa kita pelajari
ketawadhu’annya, meskipun ibadah mereka high class namun tak
ada rasa sombong yang muncul, dan seperti itulah ibadah yang benar.
Lalu, kita yang ibadahnya masih amat sedikit dan belepotan ini,
pantaskah merasa bangga dengan apa yang telah kita kerjakan? Wallahu a’lam bi al-shawwâb.[]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan