Mufti: Jenaka, nyanyian jangan berlebihan
KOTA BHARU - Unsur nyanyian dan jenaka tidak salah dalam berdakwah atau
ceramah tetapi jangan berlebihan, bimbang memudaratkan sehingga
dianggap sebagai penglipur lara.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, berdakwah adalah medium bagi menyampaikan mesej Islam melalui dua pendekatan iaitu secara lisan dan bilhal (bentuk program).
Menurutnya, mungkin isu yang disentuh melibatkan dakwah secara lisan, yang mana pendakwah menggunakan elemen itu sekadar mahu memenangi hati pendengar dengan menyebut bahan-bahan yang boleh membuatkan orang tertawa.
“Jangan berlebihan sekadar untuk menarik minat cukuplah, macam gula kalau sikit tidak apa, tetapi bila makan berlebih, ia memudaratkan.
[ARTIKEL BERKAITAN : Mufti Perak tegur ustaz selebriti]
“Pendakwah jangan sampai boleh dianggap penglipur lara, kita faham ada pendakwah buat begitu sebab mahu mencuit hati perasaan pendengar dan ia baik agar mereka tidak bosan tetapi jaga had,” katanya mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan terhadap trend pendakwah dan penceramah masa kini yang dilihat lebih mempunyai perwatakan sebagai penglipur lara.
Beliau berkata, setakat ini pendakwah di negara ini masih terkawal dan kenyataan Mufti Perak itu sekadar nasihat agar jangan terlalu lara.
Selain itu katanya, pendakwah juga perlu menjaga tutur kata dalam berdakwah menyampaikan agama Islam, bukan dengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan.
“Dakwahlah dengan bijaksana, contoh-contoh yang baik, kalau dalam bentuk debat berilah hujah-hujah terbaik. Guna perkataan kesat, maki-hamun dan mencaci, itu bukan dakwah Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan
- Mufti: Jenaka, nyanyian jangan berlebihan
- Sedih ceramah jadi sumber pendapatan
- Cara penyampaian berbeza elak rasa bosan
- Mufti Perak tegur ustaz selebriti
- Pendakwah asing perlu kebenaran
- Isu SIS: Mufti dijangka menghadap Sultan
- Mufti, Mais disaran jumpa SIS
- 'Sentuh anjing': Mufti nafi Mais beri kebebasan
- Pendakwah perlu lebih kreatif tarik orang muda
- Dr M hanya tegur, bukan minta Najib letak jawatan
Jangan main kaset bacaan al-Quran dalam masjid
KANGAR - Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat
suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.
Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di sini malam tadi.
Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.
"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan mengganggu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.
Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannya.
Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak. - Bernama

Mufti Perak tegur ustaz selebriti
- Harussani (kanan) ketika sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Zamri Hashim di Kompleks Islam Darul Ridzuan, kelmarin.
IPOH – Mufti Perak melahirkan kebimbangan tentang trend pendakwah dan
penceramah pada masa kini yang dilihat lebih mempunyai perwatakan
sebagai penglipur lara, selain ada di antara mereka menjatuhkan hukum
tidak memenuhi syarak.
Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, trend tersebut mampu mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam kalangan umat Islam dan terdapat pendengar seakan-akan menanti ‘bahan penglipur lara’ itu yang dibimbangkan tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH.
“Kita lihat hari ini seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kepada pendakwah apabila berdakwah atau berceramah, nyanyian dan alunan lagu-lagu semestinya dikumandangkan.
"Malah adakala sampai satu tahap ia menjadi keutamaan ketika berceramah, sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti Bollywood dan seumpamanya.
“Ada juga di antara mereka yang menyelitkan unsur humor atau lawak berlebihan sehingga penceramah itu dikenali dengan lawaknya berbanding ilmu disampaikan hinggakan pendengar menunggu lawak penceramah itu daripada menekuni ilmu disampaikan," katanya ketika sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, kelmarin.
Beliau berkata, terdapat juga pendakwah dan penceramah yang tidak hormat kepada fatwa dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri dan menyanggah fatwa yang mungkin boleh memberikan kesan kepada pengambilan beliau sebagai seorang lebih berilmu daripada ulama, pendakwah sedia ada.
Harussani berkata, kegopohan dan kegelojohan ketika berdakwah menyebabkan seseorang pendakwah itu tidak cermat mentafsirkan al-Quran, cuai dalam meriwayatkan hadis hingga mencampuradukkan antara riwayat sahih dan tidak sahih selain membawa cerita tidak masuk akal.
“Terdapat kecenderungan pendakwah memberi pernyataan dan ‘fatwa’ songsang berbanding menyampaikan ilmu berdasarkan disiplin digariskan syarak, malah pandangan hukum dikeluarkan adakala tidak melihat kepada urut dan masalah umum.
“Selain itu, ada juga penyataan dikeluarkan tidak berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan agama yang tunas, malah ada juga dilihat cuba meraih populariti berbanding menyampaikan ilmu, adab-adab dan pengamalannya,” katanya.
Beliau turut menegur pendakwah tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan hasil daripada tugasan mulia berkenaan dan tanpa segan silu meletakkan harga tertentu untuk memenuhi jemputan ceramah.
“Mereka beralasan dengan alasan tertentu melayakkan untuk menerima bayaran tinggi, malah ada juga menyebut mereka mempunyai tanggungan yang banyak, institusi di bawah jagaannya memerlukan kos tinggi dan sebagainya yang mewajarkan bayaran itu dipenuhi.
“Selain itu, adalah sesuatu yang amat menyedihkan mereka sekadar memenuhi agenda dan program dirangka dan terpengaruh dengan tuntutan keduniaan dan kepentingan diri yang menyebabkan tujuan murni Islam diabaikan,” katanya.
Harussani turut menegaskan bahawa pendakwah dan penceramah yang ingin menyampaikan ilmu agama di Perak perlu meminta kebenaran Jabatan Mufti Perak kerana ia diwartakan dalam warta kerajaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.
“Setiap orang yang ingin mengajar agama di Perak mesti ada tauliah dikeluarkan Jabatan Mufti dan ditandatangani oleh Sultan Perak kerana agama Islam adalah di bawah kawalan sultan, maka tidak seorang pun dibenarkan memberi ceramah, syarahan atau mengajar di Perak sekiranya tidak bertauliah.
“Bagi orang luar dari negeri Perak yang mahu menyampaikan ilmu agama di Perak juga mesti ada kebenaran daripada Jabatan Mufti.
“Kita akan lihat kemampuan orang itu atau tauliah diperoleh, barulah kita akan membenarkannya,” katanya.
Menurutnya, enakmen berkenaan berkuat kuasa pada 28 Mac 2013.

Cara penyampaian berbeza elak rasa bosan
SHAH ALAM – Tidak salah menyelitkan unsur nyanyian dan jenaka dalam
ceramah agama jika bertujuan untuk menarik minat dan mengelakkan rasa
bosan pendengar.
Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali Ustaz Bollywood berkata, bagaimanapun ia mestilah tidak keterlaluan dan berlebihan sehingga menjejaskan kandungan ceramah disampaikan.
“Setiap pendakwah mempunyai cara penyampaian yang berbeza. Malah, tidak semua pendakwah mampu menyelitkan nyanyian dan jenaka dalam ceramah kerana ia merupakan satu seni.
“Bagaimanapun, pendakwah jangan melampaui batas sehingga menjadikan nyanyian dan jenaka melebihi ceramah itu sendiri. Saya misalnya hanya memasukkan unsur nyanyian sebagai selingan,” katanya, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak tegur ustaz selebriti]
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur pendakwah menggunakan nyanyian dan jenaka yang keterlaluan dalam ceramah agama.
Haslin merupakan antara pendakwah yang terkenal dengan ceramahnya yang diselangi melodi Hindustan sehingga mendapat gelaran Ustaz Bollywood.
Mengulas lanjut, Haslin berkata, cara penyampaian sebegitu juga mengikut kelompok pendengar bersesuaian.
“Kalau berceramah di seminar mungkin tidak ada keperluan sebab audiens terdiri daripada mereka yang berpendidikan. Tetapi untuk ceramah kepada masyarakat umum dan pelbagai lapisan, kita tidak boleh terlalu serius dan ilmiah.
“Contoh yang digunakan juga lebih banyak diambil daripada pengalaman, misalnya masalah rumah tangga. Mungkin itu yang menyebabkan pendengar ketawa dan seronok kerana dekat dengan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Haslin, beliau terbuka dengan sebarang pandangan mengenai penyampaian dakwahnya.
“Saya meraikan semua pandangan termasuk daripada Harussani kerana beliau seorang berpengalaman. Mungkin itu pandangan peribadi beliau dan saya tiada masalah untuk terima,” katanya.

Sedih ceramah jadi sumber pendapatan
ALOR SETAR - Adalah menyedihkan jika ada pihak menganggap ceramah agama
sebagai sumber mengumpul kekayaan, iaitu bagi memperoleh pendapatan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ini menyebabkan penceramah itu mencetuskan apa yang dirasakan boleh menghasilkan duit, sehingga sanggup mengorbankan ilmu dan fakta hanya kerana harta.
“Kebanyakan hanya pentingkan orang ramai hadir, lalu mereka cipta hadis apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberi harapan. Malah ada yang melakukan itu demi memperoleh habuan dan faedah daripada pendengar,” katanya.
Menurutnya, memetik kata-kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: kebanyakan bala datang daripada mereka ini. Mereka berdusta kepada Nabi SAW dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, mereka memperoleh telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian.
Mohd Asri berkata, inilah hakikat yang berlaku hingga hari ini, di mana terdapat penceramah tidak meneliti kedudukan fakta yang dikemukakan.
Beliau berkata, amat malang jika modal sesetengah penceramah agama ialah maklumat yang dikutip daripada apa sahaja bahan yang sampai kepadanya.
“Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan,” katanya.
Tidak terkecuali, katanya, penceramah yang menjadikan masjid sebagai platform mengiklankan produk, yang disokong dalil yang kebanyakannya tidak benar.
“Masyarakat mudah terpedaya, akhirnya masjid jadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak tertentu.
“Malangnya siapa sahaja dinobatkan sebagai ustaz, kita mudah percaya. Apakah dianggap pengkaji Islam jika sekadar mencetuskan beberapa lawak jenaka atau beberapa petua suami-isteri!,” katanya.
Mohd Asri berkata, sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen, ayat al-Quran dan hadis yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin keilmuan yang digariskan sarjana Islam.
“Bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadis-hadis. Namun lebih ramai penceramah hanya memikirkan apa yang disukai pendengar,” katanya.
Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!
Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.
Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.
Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ini menyebabkan penceramah itu mencetuskan apa yang dirasakan boleh menghasilkan duit, sehingga sanggup mengorbankan ilmu dan fakta hanya kerana harta.
“Kebanyakan hanya pentingkan orang ramai hadir, lalu mereka cipta hadis apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberi harapan. Malah ada yang melakukan itu demi memperoleh habuan dan faedah daripada pendengar,” katanya.
Menurutnya, memetik kata-kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: kebanyakan bala datang daripada mereka ini. Mereka berdusta kepada Nabi SAW dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, mereka memperoleh telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian.
Mohd Asri berkata, inilah hakikat yang berlaku hingga hari ini, di mana terdapat penceramah tidak meneliti kedudukan fakta yang dikemukakan.
Beliau berkata, amat malang jika modal sesetengah penceramah agama ialah maklumat yang dikutip daripada apa sahaja bahan yang sampai kepadanya.
“Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan,” katanya.
Tidak terkecuali, katanya, penceramah yang menjadikan masjid sebagai platform mengiklankan produk, yang disokong dalil yang kebanyakannya tidak benar.
“Masyarakat mudah terpedaya, akhirnya masjid jadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak tertentu.
“Malangnya siapa sahaja dinobatkan sebagai ustaz, kita mudah percaya. Apakah dianggap pengkaji Islam jika sekadar mencetuskan beberapa lawak jenaka atau beberapa petua suami-isteri!,” katanya.
Mohd Asri berkata, sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen, ayat al-Quran dan hadis yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin keilmuan yang digariskan sarjana Islam.
“Bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadis-hadis. Namun lebih ramai penceramah hanya memikirkan apa yang disukai pendengar,” katanya.
APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Apabila jenama ‘Islam’ itu laris, ramai orang menggunakannya. Samada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand’
hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bermula dari pelbagai produk
makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada
pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!
Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.
Ahli Motivasi
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang
tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan
pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka
mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka
melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur
agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.
Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik, dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”(Surah al-Talaq: 6-7)Hatta dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi: (maksudnya)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).
Salah Faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi
dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita
minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan
tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri
tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab
yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia
gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w
mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:“Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.
Nafkah Haram?
Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak
cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal.
Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita
bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim
yang cemerlang sedang ibubapa mungkin terlibat dengan riba dan
seumpamanya. Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja yang
dibuat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah
halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung
oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun
isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang
wajib.Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).Dalam riwayat al-Baihaqi,
Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.
(http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
Bacaan
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan
ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa
setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan
al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah.
Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika
manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:
“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan