Isnin, 2 Mac 2015

KALAU KITA GOLONGAN ULAMAK...TAK BOLEHKE KATA ELOK2...SOPAN2 SUSAHKE...KENAPA MESTI KATA SEPERTI BARUA...PENGKHIANAT...BROKER DAN TAK APA2 LAGI...ADAKAH ISLAM MENGALAKKAN BERBUAT DEMIKIAN..TAKUT NANTI KATA2 KITA ITU MAKAN DIRI KITA BALIK

6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah

sakit hati
sakit hati
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
 Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar.
 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
 Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

 RENUNGKANLAH kata-
kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…
 ~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun. ~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya. ~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. ~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. ~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut. ~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab. ~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang. ~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati. ~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.
Lima tahun dulu Nik Abduh sudah beri signal wujud 'barua' dalam PAS

pada 01-03-2015 10:03


SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS.
Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.
Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.
"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.
"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dipetik Sinar Harian.
Tambah Nik Abduh, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.
Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.
"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.
"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya.

 

Mengapa Rasulullah larang doakan pengantin “Semoga bahagia dan ramai anak”

Hari itu, Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
“semoga bahagia dan banyak anak”

Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”

“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”

“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’”

Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan banyak anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini. Namun, kita bisa memetik hikmah sebagaimana dijelaskan Ustadz Muhammad Fauzil Adhim dalam buku Kado Pernikahan untuk Istriku dan ditulis Ustadz Salim A. Fillah dalam bukuBahagianya Merayakan Cinta.

HUKUMNYA MAKRUH

Para ulama menerangkan bahwa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan banyak anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak serta merta haram karena dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, banyak anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang. Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan banyak anak” bukanlah doa yang tepat.

DOA YANG LEBIH BAIK; BARAKAH

Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan banyak anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki banyak anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepenuhnya benar, tak spenuhnya bisa menjadi kenyataan bagi tiap orang.

Sebagaimana fase kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua hal: kadang kita menemukan hal-hal yang kita sukai, kadang kita menemukan hal yang tidak kita sukai. Kadang kita mengalami hal-hal yang kita inginkan, kadang kita mengalami hal-hal yang tidak kita inginkan. Kadang kita menjumpai perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, kadang kita menjumpai perkara dan peristiwa yang membuat hati kita tidak senang. Pada kedua sisi itu, kita berharap ada barakah. Pada kedua sisi itu, kita mendoakan pasangan suami istri selalu mendapatkan barakah. Inilah yang kita tangkap dari doa ini. Dan inilah yang jauh lebih baik daripada “bahagia dan banyak anak.”

Dalam doa yang diajarkan Rasulullah ini, ada kata laka dan ada ‘alaika. Meskipun sama-sama keberkahan yang diminta, tetapi dengan adanya preposisi yang berbeda ini, maknanya menjadi: barakah pada hal-hal yang disenangi dan sekaligus barakah pada hal-hal yang tidak disenangi. Jadi kita mendoakan pengantin muslim senantiasa mendapatkan keberkahan baik dalam kondisi yang mereka senangi maupun tidak mereka senangi. Misalnya saat mereka diluaskan rezekinya oleh Allah, mereka berada dalam keberkahan dengan sikap syukur dan banyaknya infaq. Dan ketika suatu saat mereka berada dalam keterbatasan ekonomi, mereka juga berada dalam keberkahan dengan sikap sabar daniffah-nya.

Dengan mendoakan barakah, berarti kita merangkum sekian banyak kebaikan dalam satu ikatan. Seperti saat menyuruh seseorang untuk shalat dengan khusyu’, sesungguhnya untuk dapat mencapai perintah itu harus thaharah dulu, berwudhu dulu, memenuhi syarat dan rukun shalat. Demikian pula dengan barakah.

Ada suami istri yang banyak berbahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru. Pun ada suami istri yang pernikahannya langgeng dan abadi di dunia, tetapi keduanya masuk neraka. Seperti Abu Lahab dan istrinya yang di-nash Allah dalam surat Al Lahab. Tentu pula, bukan seperti ini yang kita harapkan pada saudara kita pengantin baru. Kita mengharapkan mereka memperoleh banyak kebaikan; kendati bahagia dan duka datang silih berganti, dan tak semua pasangan suami istri memiliki anak yang banyak. Dan doa yang diajarkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam itulah doa yang paling tepat. [Muchlisin BK/Keluargacinta.com

'Saya kecil lagi ketika pertama kali papa ditahan
  • Nurul Ilham Anwar Nurul Ilham Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KAJANG - "Usia saya hanya berumur 11 tahun ketika kali pertama papa ditahan polis pada 1998," demikian kata Nurul Ilham Anwar.

Anak keempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa ketika itu, polis turut menggunakan kekerasan untuk menahan bapanya dengan menaiki sebuah van.

"Kerana kekerasan polis itu, saya tertinggal di rumah kerana saya pada usia muda itu masih tidak mengerti apa yang berlaku.

"Kemudian saya duduk dalam bilik papa sambil menggigil dan kebingungan," katanya pada majlis makan malam March to Freedom di pekarangan Pusat Khidmat Dun Kajang, di sini, malam ini.

Bagaimanapun katanya, keadaan agak berbeza pada 10 Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuaan membacakan keputusan kes liwat II, iaitu perkara pertama yang terlitas dalam fikirannya hanyalah "Selamat Tinggal".

"Saya sedih apabila terfikir nasib anak-anak saya dan anak-anak adik-beradik saya.

"Saya sedih apabila melihat anak Nurul Izzah, Safiyah dan Harith yang sama umur dengan adik-beradik saya pada 1998 iaitu Iman dan Hana.

"Saya juga fikir kenapa cucu papa kena harungi kepahitan sepertimana kami dulu," katanya lagi.

Rakyat mahu subsidi bahan api dikembalikan
  • minyak naik
1 / 1
SHAH ALAM – [VIDEO] Kerajaan diminta agar mengembalikan semula subsidi minyak yang telah dimansuhkan sejak 1 Disember tahun lalu.

Pengguna, Don Eugene Reginald dari Shah Alam berkata, sekiranya subsidi dikembalikan, harga minyak akan tetap dan tidak memeningkan rakyat.

“Agak susah untuk kita untuk buat belanjawan dan sebagainya apabila harga minyak turun naik. Saya minta kerajaan kembalikan semula subsidi. Jadi, apabila ada subsidi, kita akan ada harga minyak yang tetap.

“Mungkin setahun atau dua tahun sekali harga minyak alami kenaikan, itu sudah cukup,” katanya  kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami peningkatan sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.

Peningkatan harga minyak itu adalah berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Februari 2014 dan kadar pertukaran mata wang.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Nafaiz Rosli akui memahami kerajaan tidak dapat membantu banyak apabila penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal melainkan kerajaan melaksanakan kembali subsidi minyak.

“Saya rasa, memandangkan ia bergantung pada pasaran dunia, jadi, tak banyak yang kerajaan boleh buat melainkan kerajaan mengenakan kembali subsidi minyak.

“Mungkin yang penting, kerajaan perlu beri lebih maklumat kepada rakyat tentang bagaimana sistem baru ini (sistem apungan) di mana penurunan dan kenaikan harga minyak ini bergantung pada pasaran dunia serta apa faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga minyak dalam pasaran dunia,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna, Mohd Zaim Yusop berharap, kerajaan memainkan peranan dalam mengawal harga barangan terutama ketika harga minyak mengalami penurunan.

“Kalau harga minyak itu turun, biarlah harga barang itu turun juga. Saya lihat harga minyak turun tapi harga barang masih sama tapi apabila harga minyak naik, harga barang akan ikut naik.

“Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu kawal harga barang jika harga minyak telah turun,” katanya.

Turut senada dengan Mohd Zaim, seorang lagi pengguna yang ditemui, Mohd Sharul Ruzi Ali mengharapkan kerajaan tampil dengan inisiatif-inisiatif tertentu bagi membantu rakyat yang tersepit di kala harga barangan tidak mengalami penurunan.

“Harapan saya kerajaan bantu rakyat. Kita bukan apa, baru-baru ini pun, orang kata kita tak sempat nak puas rasa harga minyak murah ini...baharu sebulan kita menikmati harga murah ini. Tapi tengah malam tadi dah naik 25 sen. Saya pun terkejut juga.

“Kalau boleh, kerajaan bantulah cari apa-apa inisiatif untuk tampung perbelanjaan untuk rakyat. Sebab, apabila harga minyak naik, automatik harga barang akan naik. Apabila harga minyak turun, harga barang tidak turun. Itulah masalahnya. Kita pun sebagai pengguna jadi pening,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Ahmad Fuzi Tajuddin turut menyuarakan agar kerajaan mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat.

“Kerajaan mewar-warkan untuk menurunkan harga barang, tiba-tiba harga minyak naik. Terperanjat juga sampai naik 25 sen. Sebab keadaan sekarang ini, kita baru sahaja menikmati penurunan harga minyak.

“Jadi, kenaikan ini menjadi bebanan kepada kita. Kerajaan patut beri langkah untuk proaktif untuk rakyat,” katanya.

Seorang lagi mangsa kemalangan pencawang meninggal
  • Seorang lagi mangsa kemalangan pencawang meninggal Ahli keluarga dan rakan sekerja, termasuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd (tiga dari kiri) mengusung jenazah Norizan selepas selamat disembahyangkan di Surau Balai Islam TNB di Bangsar.
1 / 1
SHAH ALAM - Seorang lagi juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbabit dalam kemalangan percikan arka (flashover) di pencawang elektrik Taman Tan Yew Lai di sini meninggal dunia malam tadi.

"Norizan Abdullah, 59, menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.52 malam di Pusat Perubatan Prince Court," kata Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat & Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Jenazahnya disembahyangkan di Surau Balai Islam, Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar pagi ini sebelum dibawa ke Rembau untuk dikebumikan.

Beliau meninggalkan dua isteri dan 10 anak berumur antara 10 hingga 32 tahun.

Dalam kemalangan kira-kira  jam 11 malam Isnin lalu, tiga warga kerja TNB melecur akibat percikan arka ketika pensuisan dibuat selepas selesainya kerja-kerja penyelenggaraan.

Rabu lalu seorang lagi mangsa, Mohd Ruzairi Razali, 34, telah meninggal dunia akibat komplikasi dari kecederaan.

"Seluruh warga kerja TNB bersedih atas pemergian Norizan dan Mohd Ruzairi. Pemergian mereka merupakan kehilangan besar kepada kami," kata Ir. Mohd Aminuddin.

Mangsa ketiga, Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, stabil dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court.

Pihak pengurusan TNB, selain memberi pertolongan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat, akan terus membantu waris-waris dan keluarga ketiga-tiga mangsa dalam menangani segala kesusahan dan  trauma yang menimpa.


“Jangan Heboh Perpaduan Melayu, Bayar RM12 Bilion Royalti Minyak Kelantan Dulu”


Zairil Khir JohariZairil Khir JohariKUALA LUMPUR - Seruan UMNO ke arah perpaduan adalah muslihat terdesak untuk memanjangkan hayat politik dan ia langsung tidak membantu masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
“Jika UMNO benar-benar percaya kepada perpaduan Melayu, mengapa mereka tidak membuktikan keikhlasan dengan membayar hutang RM12 bilion royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan?” kata Zairil.
Zairil berkata demikian merujuk tuduhan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap DAP dalam laman Twitternya baru-baru ini.
Rahman menyerang Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berikutan kenyataannya bahawa amat menyedihkan selepas 58 tahun Merdeka dan enam tahun pelancaran dasar 1Malaysia, Najib lebih bercakap tentang perpaduan umat Islam, bukannya perpaduan Malaysia.
Rahman mendakwa Kit Siang sepatutnya lebih bimbang tentang peningkatan chauvinisme dan egoisme dalam DAP kerana lebih merosakkan serta merbahaya dari perpaduan Melayu.
Katanya lagi, perbalahan Pakatan Rakyat sekarang ini juga adalah berpunca dari chauvinisme dan egoisme DAP.
Ujar Zairil, UMNO sebenarnya bermuka-muka dan hanya melakukan sesuatu perkara untuk menyelamatkan nyawa mereka saja.
Sebagai contoh sokongan secara tiba-tiba UMNO terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.
Sedangkan UMNO sendiri sebelum sering menyebut hudud adalah tidak mengikut undang-undang perlembagaan dan tidak sesuai di Malaysia.
“Kepimpinan lemah Najib dan populariti yang merosot kebelakangan ini menyaksikan UMNO tiba-tiba beralih untuk menyokong hudud.
“Sekali lagi, keikhlasan UMNO dalam isu ini adalah dipersoalkan. Kalau betul sokong hudud kenapa ia tidak dilaksana di negeri-negeri yang mereka kuasai?” soalnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP menyatakan, terbukti kini melalui kaum dan agama UMNO sanggup melacurkan dirinya untuk kepentingan politik sempit.
“Dalam hal ini, keputusan UMNO untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihanraya Kecil Chempaka atas alasan mahu menyelamatkan perpaduan umat Islam adalah hanya alasan bagi menyembunyikan hakikat bahawa mereka mungkin akan kehilangan deposit.
“Ini bukan kali pertama UMNO tidak mengambil bahagian. Terbaru di Bukit Gelugor tahun lalu.
“Adakah ini juga demi perpaduan?” sindir Zairil.

Golongan Diharamkan Syurga
*
Golongan yang diharamkan Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir.
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya).
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.
”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)
"Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)
"Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
“Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)
"Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)
Wallahu a'lam.Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..


Tidak Dapat Mencium Bau Syurga


*
Golongan yang tidak akan dapat mencium bau Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie).
2. Orang yg memutuskan silaturrahim.
3. Perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.
4. Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar.
5. Orang yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Orang yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya).
8. Orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
9. Orang yang membunuh kafir zimmi.
“Sesiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”. (HR Ahmad)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun.” (HR Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tiada seorang manusia yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya), dia tidak akan dapat mencium bau syurga" (HR Bukhari dan Muslim )
“Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban), mereka tidak akan mencium bau syurga.“ (HR Abu Daud)
“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (HR Ibnu Majah)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan, perempuan tersebut tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mendapat mencium baunya, Sesungguhnya bau syurga itu boleh dibaui dari jarak sejauh perjalanan 500 tahun”. (HR Muslim)
“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga.” (HR Abu Daud)
“Bauan syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah, tidak akan merasainya, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR Tabrani)
Wallahu a'lam.
Like ·

Tiada ulasan: