Ahad, 8 Mac 2015

BAGI PENGUBAH LAGU...PENYANYI...PENULIS CERITA/SKRIP...PENGARAH DAN PELAKON2...JANGAN SAMPAI KITA MENGUBAH...MENYANYI...MENULIS...MENGARAH DAN BERLAKON...MELANGGAR HUKUM SYARAK...BERDOSA DAN AKHIRAT JADI SUSAH...BIASANYA YANG TERLIBAT BUKANNYA USTAZ2...BERMAKNA ILMU AGAMA TIDAK MAHIR...IAITU TAK TAHU BAB2 HUKUM HAKAM



Like ·
·




Thursday, March 5, 2015


Skandal kehakiman Malaysia pula terdedah


Ekoran pendedahan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah baru-baru ini berkaitan dakwaan tindakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin yang boleh dipersoalkan, telah memulihkan semangat orang pertama mendedahkan rasuah kehakiman di Malaysia, kerana merasakan tindakannya itu adalah betul.

Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang dipaksa meletak jawatan kerana menulis sepucuk surat mendedahkan dakwaan salah laku itu pada tahun 1996, yang dihantar kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan terpilih.

Antara dakwaan itu, ia mendedahkan Eusoff telah pergi bercuti di New Zealand bersama VK Lingam, seorang peguam kanan dalam beberapa kes yang didengar oleh bekas ketua hakim itu di mahkamah.

Gambar-gambar mereka berdua bersama keluarga masing-masing memaparkan hubungan rapat mereka.

Ia menyebabkan Syed Ahmad Idid diminta meletakkan jawatan apabila surat yang dihantar secara misteri telah diedarkan sampai ke beberapa jabatan kerajaan dan kemudian disebarkan kepada media.

Reaksi segera Syed Ahmad Idid terhadap artikel Vohrah di Malaysiakini adalah perasaan gembira – bahawa bekas hakim Mahkamah Rayuan itu telah menulis mengenai perkara berkenaan dan beliau pasti bahawa hakim-hakim lain juga boleh menceritakan pengalaman yang sama.

Kes Ayer Molek yang dirujuk oleh Vohrah, difailkan di Bahagian Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan sedangkan ia sepatutnya ia di dengar bahagian komersial.

Syed Ahmad Idid juga mengimbau satu insiden yang sama sebagai seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bahagian Perdagangan dari tahun 1995 hingga 1996.

Menurut beliau, kes yang melibatkan jumlah satu perempat bilion ringgit telah difailkan dengan betul di bahagian komersial untuk didengarnya, tetapi sebelum ia boleh didengar di mahkamah terbuka, fail tersebut telah diambil oleh Eusoff dan diserahkan kepada hakim lain.

"Perkara itu telah diberikan kepada hakim lain yang kini menetap, dan hidup senang di Eropah," katanya berseloroh.

Syed Ahmad Idid ialah bekas penolong pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sebelum dia mengikuti pengajian undang-undang di Inner Temple London. Beliau berkhidmat sebagai pengarah undang-undang sebuah bank sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1990.

Pada tahun 1996, terkejut dengan rasuah dan amalan yang meragukan dalam koridor keadilan, dia beralih menjadi seorang pemberi maklumat.

Beliau teringat aduan tanpa nama yang dibuatnya terhadap dakwaan salah laku dalam badan kehakiman, terutama berkaitan ketua hakim ketika itu dan CJ, Eusoff Chin (kanan), telah dihantar kepada beberapa pegawai tinggi kerajaan yang tugas mereka, seperti yang diharapkannya, termasuk meningkatkan standard prestasi dalam kerajaan dan melindungi integriti negara.

Malangnya seseorang dalam sebuah jabatan telah menyebarkannya kepada media.

"Tujuannya adalah untuk memerangkap saya. Peguam Negara ketika itu (Allahyarham Datuk Mohtar Abdullah) – seorang peminat cerita fiksyen Inggeris – telah menyifatkan ini sebagai ‘surat 'layang',".

Entah bagaimana surat itu dikesan kembali kepada beliau dan beliau telah diberi dua pilihan - meletakkan jawatan secara terhormat atau ditahan, mungkin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Seorang pegawai kanan, yang mewakili Peguam Negara, telah bertemu beliau dengan membuat tawaran tersebut, dedah Syed Ahmad Idid.

Beliau berkata Mohtar dilihat begitu bersemangat untuk mensasarkan penulis 'surat layang', daripada menyiasat dakwaan terhadap Eusoff.

"Dia menemui media seolah-olah dia mahu membalas dendam."

Ditanya mengapa dia tidak melawan, Syed Ahmad Idid berkata sebagai seorang hakim beliau tidak dapat terbabit dengan pertelingkahan politik.
Ayob Hussin shared a post.
19 mins ·
Remeh..hina org sampai mcm tu remeeh?? Buang aje songkok ko tuu
Forum Lucah: Cubit puting hanya penyedap cerita - Tajuddin
Isu 'cubit puting' dalam ceramah Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat tidak perlu diperbesarkan kerana ia mungkin cerita peribadi di antara Shafee dengan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, penambahan cerita puting walaupun ia fakta ol...
See More
Remeh..hina org sampai mcm tu remeeh?? Buang aje songkok ko tuu
Forum Lucah: Cubit puting hanya penyedap cerita - Tajuddin
Isu 'cubit puting' dalam ceramah Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat tidak perlu diperbesarkan kerana ia mungkin cerita peribadi di antara Shafee dengan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, penambahan cerita puting walaupun ia fakta oleh Shafee tidak dapat mengubah sebarang keputusan mahkamah terhadap Anwar. "Ia terlampau remeh, jangan jadikan ia isu kerana bukti hakim yang utama adalah air mani Anwar yang ada di dalam dubur Saiful. Ia sudah dibuktikan dan tiada siapa boleh nafikan fakta kes berkenaan. "Apa sahaja pertikaian dalam cerita Shafee dalam ceramahnya mungkin slotnya bersama Saiful yang dicerita kembali, ia tidak semestinya mengikut transkrip mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tajuddin mengulas laporan portal Malaysiakini yang menyifatkan Shafee 'menyedapkan lagi keterangan secara tertutup yang diberikan oleh Saiful dalam kes liwat Anwar dengan aksi cubit puting. Portal itu turut mendakwa, mereka telah menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit itu disebut


Rakyat sudah muak dengan Najib



11021365_10153086821874192_3281884825582257880_o
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Kehadiran lebih 10,000 rakyat yang membanjiri jalanraya Kuala Lumpur merupakan bukti bahawa rakyat sudah bosan dengan kepimpinan zalim kerajaan UMNO-BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong.
“Selain menunjukkan solidariti kepada Anwar, perhimpunan ini juga bertujuan untuk menyatakan bahawa kita semua sudah muak dengan Najib dan mahu beliau berundur dengan segera,” katanya di luar perkarangan KLCC, petang tadi.
Beliau turut mengisytiharkan perhimpunan yang dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum tersebut sebagai berjaya dan berlangsung dengan aman serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan hadirin yang datang walaupun terpaksa menempuh hujan.
“Himpunan ini berjaya dan dijalankan secara aman. Kita semua berkumpul atas dasar kesedaran sebagai rakyat Malaysia serta tidak didorongi orang tertentu mahupun parti politik.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya anak-anak muda yang mengambil bahagian dari segenap sudut,” ujarnya.
Menyokong Teo, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan, sudah tiba saat untuk Najib berundur dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri kerana telah banyak melakukan tindakan salah sekaligus menyebabkan rakyat semakin sengsara.
“Dari krisis 1MDB, pelaksanaan GST dan beberapa lagi masalah lain, Najib sememangnya sudah patut berundur.
“Kita semua akan terus berhimpun setiap minggu dengan jumlah yang lebih ramai selepas ini dan kita tidak akan mengalah,” katanya.
“Perjuangan ini tidak mudah, kita perlu berusaha lebih dan kita tidak akan mengalah,” katanya sambil mengucapakan terima kasih kepada pihak polis
Pusat bandar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan himpunan pertama yang dianggap besar selepas beberapa himpunan lain sebelumnya bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan yang menjadi tahanan politik sejak 26 hari lalu.
Selain solidariti terhadap Anwar, himpunan Kita Lawan tersebut turut menuntut peletakan jawatan Najib.
Himpunan sama juga turut dirancang berlangsung di beberapa ibu negara di seluruh dunia bagi menarik perhatian antarabangsa terhadap ketidakadilan dalam sistem politik dan kehakiman negara.
Antaranya berlangsung di Old Palace Yard, London, berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom,di depan Bangunan Parlimen Australia di Canberra, di depan Parlimen South Australia di Adelaide dan di Liberty Square di Taiwan. -Roketkini.com





Mari Berwaqaf dan Bertalaqi bersama Al Quran Mushaf Tartil susunan oleh Allahyarham Us Hj Ahmad Mustafa bin Hj Mohd Sidin, Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor.
Antara kelebihan yg terdapat dalam Al Quran ini :
1. Paparan yang jelas dan menarik.
2. Terjemahan per kata setiap kalimah.
3. Info Tajwid di setiap halaman terutama jika terdapat bacaan2 khas Imam Hafs Al 'Asim dan Waqaf Jibril.
Dan banyak lagi..
Harga terkini RM140 shj
(Istimewa terdapat tandatangan Allahyarham di setiap Al Quran Mushaf Tartil)
Berminat?
Pm @ hubungi Us. Zainul : 0176746985


Bila tiba masanya, Sirul akan cakap siapa suruh bunuh Altantuya - Mahfuz

Bila tiba masanya, Sirul akan cakap siapa suruh bunuh Altantuya - Mahfuz
MAHFUZ: Bila tiba masanya, Sirul akan cakap siapa suruh bunuh Altantuya - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas korporal polis, Sirul Azhar Umar hanya akan memberitahu siapa yang mengarahkannya membunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu bila tiba masanya kelak.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan itu hanya akan dimaklumkan Sirul sendiri selepas beberapa isu berkenaan diselesaikan.

"Saya jumpa Sirul empat kali semasa di Australia, dia kata hanya akan memberitahu siapa yang memberikannya arahan membunuh Altantuya sendiri.

"Ada beberapa isu yang dibincangkan, namun ia menggambarkan kesetiaan Sirul semasa bekerja dan mengikut setiap arahan yang diberi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfuz mengulas pertemuannya dengan Sirul selepas kembali semula ke negara ini pada pagi Sabtu.

Mahfuz berlepas ke Sydney pada 2 Mac lepas bersama ibu Sirul, Piah Samad dan anak perempuannya Noriatin Umar untuk menziarahi Sirul.

Mahfuz sebelum ini berkata kunjungan ini merupakan misi kemanusiaan untuk membawa seorang ibu yang sangat rindu untuk berjumpa dengan anaknya.

Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

Dalam pada itu jelas Mahfuz, Sirul turut memberitahu, Sirul gembira tinggal di Australia dan memikirkan untuk meneruskan kehidupan di sana.

"Saya ada berjumpa beberapa wakil Parlimen di sana dan berbincang mengenai isu berkenaan. Sirul kata dia benar-benar mahu bina kehidupan baharu di Australia," ujarnya.

Pada Jumaat, Mahfuz memberitahu, Sirul meluangkan masa hampir dua jam dengan ibunya buat kali kedua, di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Sydney


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bila-tiba-masanya-sirul-akan-cakap-siapa-suruh-bunuh-altantuya-mahfuz-55208?cp

Tiada ulasan: