Ayob Hussin's photo.
New
Delhi, India - Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA
dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang
Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat
sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.
Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak
para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus
mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, karena menurutnya,
sebenarnya Muhammad Rasulullah Saw adalah sosok yang dinanti-nantikan
sebagai sosok pembaharu spiritual.
Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar
kaum Brahmana mengatakan, bahwa ia telah menyerahkan hasil kajiannya
kepada 8 pendeta besar kaum Hindu, dan mereka semuanya menyetujui
kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua
kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang
ciri-ciri “KALKY AUTAR”, sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh
Rasulullah Saw.
Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR di antaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT, dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta, kata SYANUYIHKAT adalah paduan 2 kata, yaitu SYANU artinya ALLAH, sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.
Dengan demikian, kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahwa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya MINAH.
Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.
Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof. Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi 7 lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.
Dikutip dari buletin Aktualita Dunia Islam no 58/II Pekan III/februari 1998
****************************
KITAB VIDA DAN DASATIR
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8 penggal 11 kitab tersebut ada menyatakan keterangan deinikian.
"Ahmad (Muhammad) menerima syariat daripada Tuhannya, sedang syariat itu penuh hikmat dan ia (syariat) mengambil cahaya daripada Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
"Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong.
Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat.
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan kitab-kitab yang sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh penganut-penganutnya. Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan. Nabi Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab itu kemudiannya telah lahir, membuka fikiran manusia ke sinaran yang terang benderang.
sila rujuk :
http://tayibah.com/eIslam/ketibaan_rasulullah.php
Seorang blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat ditetak sehingga mati oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.
Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut selepas diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang di jalanan pada Jumaat malam di Dhaka.
Kumpulan Ansar Bangla 7, kumpulan militan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.
Serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS – negara
yang bertanggungjawab menyerang Syria, dakwa kumpulan tersebut lagi.
Polis Bangladesh memberitahu pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.
Ini kerana kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.
Melalui ugutan itu, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.
Terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida Ahmed yang turut cedera, kata polis lagi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis. – mStar
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.
“Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah,” kata Sarawak Report.
Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.
"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.
“Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.
Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.
“Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited.”
Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.
Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta” pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.
Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.
Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.
Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.
Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".
Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".
Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.
Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.
Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.
Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.
“Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.
“Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.
“Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013,” kata Arul dalam kenyataan itu. – 1 Mac, 2015.
Ahli
perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low, didakwa merancang
usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi
International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta dari syarikat
pembangunan strategik itu, dakwa portal Sarawak Report.
Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR di antaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT, dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta, kata SYANUYIHKAT adalah paduan 2 kata, yaitu SYANU artinya ALLAH, sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.
Dengan demikian, kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahwa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya MINAH.
Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.
Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof. Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi 7 lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.
Dikutip dari buletin Aktualita Dunia Islam no 58/II Pekan III/februari 1998
****************************
KITAB VIDA DAN DASATIR
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8 penggal 11 kitab tersebut ada menyatakan keterangan deinikian.
"Ahmad (Muhammad) menerima syariat daripada Tuhannya, sedang syariat itu penuh hikmat dan ia (syariat) mengambil cahaya daripada Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
"Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong.
Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat.
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan kitab-kitab yang sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh penganut-penganutnya. Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan. Nabi Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab itu kemudiannya telah lahir, membuka fikiran manusia ke sinaran yang terang benderang.
sila rujuk :
http://tayibah.com/eIslam/ketibaan_rasulullah.php
Blogger hina Islam maut ditetak
Seorang blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat ditetak sehingga mati oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.
Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut selepas diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang di jalanan pada Jumaat malam di Dhaka.
Kumpulan Ansar Bangla 7, kumpulan militan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.
Polis Bangladesh memberitahu pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.
Ini kerana kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.
Melalui ugutan itu, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.
Terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida Ahmed yang turut cedera, kata polis lagi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis. – mStar
Jho Low didakwa larikan AS$700 juta dari 1MDB, kata portal
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.
“Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah,” kata Sarawak Report.
Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.
"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.
“Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.
Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.
“Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited.”
Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.
Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta” pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.
Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.
Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.
Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.
Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".
Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".
Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.
Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.
Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.
Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.
“Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.
“Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.
“Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013,” kata Arul dalam kenyataan itu. – 1 Mac, 2015.
Bakar papan tanda sekolah berang kematian pelajar
- Papan tanda sekolah yang dipercayai dibakar dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal, semalam
BANTING - Dua lelaki dipercayai bertindak membakar papan tanda sebuah
sekolah selepas dikatakan berang dengan kematian seorang pelajar
tingkatan lima, kelmarin ketika latihan bola sepak sekolah.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi semalam, dua lelaki menaiki motosikal berusia lingkungan 20-an, menyimbah minyak petrol pada papan tanda sekolah tersebut dan membakarnya.
Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Hayati, 54, berkata, api terus marak dan orang ramai mula berkumpul melihat kejadian sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri.
“Tidak berapa lama kemudian, datang pula tiga lelaki berusia antara 20 dan 30-an menaiki sebuah kereta berwarna silver dan bertindak memaki-hamun pihak sekolah.
“Lebih teruk lagi, salah seorang daripada mereka dalam keadaan mabuk turut mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan. Keadaan ketika itu memang agak kelam-kabut berikutan waktu itu pelajar baru masuk berikutan ada aktiviti sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hayati berkata, kemudian, datang seorang lelaki lain cuba menghentikan keadaan ‘panas’ tersebut. Lalu, keadaan kembali tenang tidak beberapa lama kemudian.
Kelmarin, seorang pelajar tingkatan lima, N Arveen, 17, meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala ketika menjalani latihan bola sepak di padang awam berhampiran sekolah itu. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Teluk Datuk, Banting.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, siasatan masih lagi dijalankan berhubung kematian pelajar terbabit.
Menurutnya, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian kebakaran tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan