Zulkarnain Othman and 3 others shared Jebat Pejuang Al Malizi's post.
SIAPA SANGKA JIKA ALLAH MAHU BERIKAN HIDAYAH PADA HAMBANYA..
"Sini banyak aman, banyak cantik, banyak baik, tapi Islam..."
Umum tahu,
kebanyakkan warganegara Bangladesh datang ke Malaysia hanya mahu mencari
makan. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana peritnya kehidupan
mereka di negara asal? Mufarwa Farid berkongsikan kisah pengalamannya
berbual dengan seorang warga Bangladesh yang telah menetap 10 tahun di
Malaysia.
Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya
duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil
menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa
terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke
tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia.
Tetapi
setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia.
Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah
saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad
Mubarak Khan.
“Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya.
“Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh.
Dia
sudah berada di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Berkahwin dengan
orang Malaysia yang berbangsa India dan bekas penganut Hindu.
“Keluarga isteri tak marah ke dia convert masuk Islam?”
“Mula-mula
marah la. Tapi sekarang sudah ok. Saya suruh dia bagi semua gaji pada
mak ayah dia. Nasib baik semua adik beradik dia perempuan. Kalau dia ada
abang ka, adik lelaki ka, isteri saya kahwin dengan kepala saya sahaja.
Badan sudah kena kerat.” Dia berseloroh.
Kami meneruskan perjalanan kami dengan berbicara tentang politik di Bangladesh.
“Bangladesh
dahulunya sebuah negara bawah Pakistan. Tetapi disebabkan Pakistan itu
sangat jauh, malah dipisahkan oleh negara Nepal, pembangunan Bangladesh
sangat-sangat mundur kerana pemimpinnya lebih mementingkan Pakistan.
Sedangkan kami sangat dekat dengan negara India. Tetapi disebabkan masa
dahulu, Pakistan berpisah dengan India kerana Pakistan ingin menubuhkan
negara Islam, Pakistan mengambil Bangladesh juga sebagai salah sebuah
negeri mereka.
Kemudian Bangladesh pula yang berpisah dengan Pakistan.”
Saya
tekun mendengar sejarah negaranya. Saya sebenarnya sudah tahu
sejarahnya kerana saya mempunyai kawan baik yang bernama Ahmad Shauky
dari Bangladesh di UIA.
“Tapi
sekarang, Bangladesh masih mundur. Kalau dekat Malaysia ha, aman
sangat. Semua bersih. Semua orang di sini semuanya baik-baik. Rezeki
mudah nak cari. Yang penting kena rajin. Kalau malas ha, baik mati aje.
Rasuah kat sana ha, sangat banyak. Kalau nak hidup, mau dapat projek
bangun bangunan ke apa ha, kena rasuah banyak orang. Sebab itu tak ada
orang nak buat bangunan kat sana.”
Saya bertanya pula tentang agama di Bangladesh.
“Bangladesh,
98% orang Islam. Yang lain-lain ada Hindu. Di sana, kami wajib belajar
bahasa Arab. Kami wajib belajar Al-Quran. Siapa yang tak belajar
Al-Quran, masuk penjara. Siapa yang tak puasa, kalau kena tangkap, kena
masuk penjara 3 bulan. Dan penjara akan bagi makan rumput sahaja. Pak
cik saya ha, tadak puasa, dia kena makan rumput 6 hari seminggu.Tak ada
nasik. Semuanya makan roti dengan rumput saja.”
“Tapi
ha, mintak maaf ya saya cakap, walaupun dekat Malaysia banyak aman,
banyak cantik, banyak baik, tapi Islam dekat sini tadak kuat sangat.
Kalu di sana ha, nampak perempuan tak tutup aurat, boleh kena denda
RM10,000. Kalau ada orang pakai tatu, polis akan tangkap, dan akan letak
iron panas sampai tatu tu hilang.
Dekat
Malaysia ha, orang perempuan semua ramai tadak tudung. Ada yang nampak
dada. Berani sangat. Kalau di Bangladesh, masa kecik-kecik, kami takut
dengan polis. Tapi bila sudah besar, kami tak mahu buka aurat sebab kami
takutkan Allah.”
Saya fokus dan otak saya bermacam-macam yang difikirkan.
“Itulah
kurangnya di Malaysia. Tetapi masjid semua cantik. Kalau dekat sana ha,
ada banyak masjid tak ada dinding. Tapi orang semua sembahyang di
masjid. Tetapi apa pun, Malaysia memang bagus.” Sambungnya sambil
memberikan isyarat bagus.
Lalu
kami pun berbual lagi tentang pembangunan Bangladesh serta berbual
tentang keluarganya. Sesampainya di Seremban, dia sangat bersedih kerana
terpaksa berpisah dengan saya. Katanya, “Abang orang sangat baik. Ramai
orang selalu hina orang Bangladesh. Kami sini mau cari makan sahaja.
Tadak kacau orang.”
Lalu dia pun mengambil nombor telefon saya, dan perpisahan kami diakhiri dengan lambaian. -Kredit:infotukyou
- Tranungkite.net
Harun Salim Bachik meninggal dunia
PELAWAK tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar
Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat
di Bukit Merah, Perak petang tadi.
Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.
“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.
“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.
Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Nik Nazmi ditangkap kerana 'Kita Lawan'
Posted on Sunday, March 08 @ 18:50:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
“(Beliau) dibawa ke balai polis Jinjang, akan ditahan reman hingga esok,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui Twitter.
Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu pagi ini hadir untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara semalam.
Peguamnya Melissa Sasidaran (kanan) berkata Nik Nazmi ditahan pada jam 12.20 tengah hari tadi kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum demonstrasi “Kita Lawan”, seperti diperuntukkan dalam PAA.
Peguamnya berkata, tidak jelas arahan tangkapan itu dari siapa namun ia disampaikan oleh Pegawai Penyiasat ASP Sabri Yeng Teng.
Sementara itu, isteri beliau Imaan Abdul Rahim berkata sudah menjangkakan tangkapan akan dibuat ke atas suaminya.
“Ini sudah dijangka, kini kita mendoakan yang terbaik,” kata isteri kepada ketua Pemuda PKR (AMK) itu.
Semalam pemimpin AMK Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Ribuan orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara semalam bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.
Anak Isa Samad dilaporkan beri kenyataan kepada SPRM
Posted on Sunday, March 08 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Posted on Sunday, March 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
GEORGE TOWN: Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.
Menurut Mujahid, secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.
“Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi,” kata Mujahid.
Beliau berkata, cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.
“Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu,” katanya.
Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.
Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.
“Begitulah tanggapannya akan berpecah…tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.
“Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah. Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding. Kita harus kembali kepada semangat bersaing,” katanya.
PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS-23 Julai 1993
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.
“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.
“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.
Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
1 hr ·
alfatihah..
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.
bharian.com.my
BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55,
disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan
Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.
Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Harun Salim Bachik meninggal dunia]
Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah.
Arwah jatuh ketika ke tandas
- Ahli keluarga Allahyarham mengiringi jenazah untuk dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.
Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Harun Salim Bachik meninggal dunia]
Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah.
Tentera Israel jadi gila?
6 Mac 2015
TEBING BARAT - PALESTIN. Beratus-ratus tentera Israel yang terlibat
dalam Perang Gaza tahun lalu dilaporkan menjalani kaunseling dan rawatan
psikoterapi.
Menurut Israel Today, lebih 350 anggota tentera telah menerima rawatan untuk gejala berkaitan tekanan selepas trauma, produktiviti rendah serta mengalami mimpi buruk yang berulang-ulang.
Malah, ada di antara mereka mengalami tekanan yang teruk selepas perang berakhir.
Peperangan yang mengorbankan 2,200 rakyat Palestin itu berakhir Ogos, tahun lalu. - Press TV
Menurut Israel Today, lebih 350 anggota tentera telah menerima rawatan untuk gejala berkaitan tekanan selepas trauma, produktiviti rendah serta mengalami mimpi buruk yang berulang-ulang.
Malah, ada di antara mereka mengalami tekanan yang teruk selepas perang berakhir.
Peperangan yang mengorbankan 2,200 rakyat Palestin itu berakhir Ogos, tahun lalu. - Press TV
Posted on Sunday, March 08 @ 18:50:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
“(Beliau) dibawa ke balai polis Jinjang, akan ditahan reman hingga esok,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui Twitter.
Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu pagi ini hadir untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara semalam.
Peguamnya Melissa Sasidaran (kanan) berkata Nik Nazmi ditahan pada jam 12.20 tengah hari tadi kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum demonstrasi “Kita Lawan”, seperti diperuntukkan dalam PAA.
Peguamnya berkata, tidak jelas arahan tangkapan itu dari siapa namun ia disampaikan oleh Pegawai Penyiasat ASP Sabri Yeng Teng.
Sementara itu, isteri beliau Imaan Abdul Rahim berkata sudah menjangkakan tangkapan akan dibuat ke atas suaminya.
“Ini sudah dijangka, kini kita mendoakan yang terbaik,” kata isteri kepada ketua Pemuda PKR (AMK) itu.
Semalam pemimpin AMK Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Ribuan orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara semalam bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.
Anak Isa Samad dilaporkan beri kenyataan kepada SPRM
Posted on Sunday, March 08 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUALA LUMPUR: Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam
kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di
London oleh syarikat berkait kerajaan itu,
"Ia
bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu
siasatan berhubung kes itu," Malaysiakini memetik sumber sebagai
berkata.
Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.
Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di
Bayswater, London. Sebelum ini Terdahulu, seorang pegawai kanan Felda
yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda - Felda Investment
Corporation - ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad. Turut ditahan
ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.
Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.
Hadi Awang boleh dicabarPosted on Sunday, March 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
GEORGE TOWN: Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.
Menurut Mujahid, secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.
“Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi,” kata Mujahid.
Beliau berkata, cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.
“Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu,” katanya.
Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.
Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.
“Begitulah tanggapannya akan berpecah…tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.
“Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah. Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding. Kita harus kembali kepada semangat bersaing,” katanya.
8 Pembunuhan Kejam Di Malaysia
PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS-23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah
membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk
Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona
bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan
telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap
ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan
turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi
yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher
Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18
anggota badan Datuk Mazlan.!
ALLAHYARHAM DATUK MAZLAN IDRIS BAJU BIRU
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah
secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya.
Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah
menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa
Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati
pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di
kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat
tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum
gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus
jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras
jenayah kejam di Malaysia.
2. PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN -25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan
sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar
Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah
badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh
Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan
17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003.
ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif
diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman
gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya
dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar
dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat.
Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya
kisah peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat
takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah
dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih
menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal
dikenalpasti.
CONDO PUNCAK PRIMA HARTAMAS
Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:
1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)
2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)
3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)
4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)
5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.
6. Mikko Kouko Johannes Jarva, seorang rakyat Finland direman 10 hari
oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan
eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima
Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)
7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37
8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.
Dalam kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang
kenamaan yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi
sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.
3. PEMBUNUHAN CANNY ONG -18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat
beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung
ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru,
Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan
membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong
Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata
apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad
Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan
ramping.
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly
Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di
Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad
Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama
kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah
lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya
bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang
pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak
kereta BSC.
Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.
Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.
4. PEMBUNUHAN ALTANTUYAA SHARIIBU -27 November 2006
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan
letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober
dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan
Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan
daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah
Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan
bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak
forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.
Azilah(baju putih) dan Sirul(baju kuning) kelihatan berlegar-legar di Hotel Malaya di mana Altantuya menginap.
Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung
sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28
manakala Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia
(MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela
diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.
Apa yang penting dalam kes ini, setiap satu perkara diselesaikan, ia menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.
ABDUL RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN
5. PEMBUNUHAN NURIN JAZLIN JAZIMIN-30 Ogos 2007
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas
keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1,
Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan
yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya.
Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang
melampau.
Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan
pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa
lelaki misteri yang digelar lelaki kucing adalah dalang utama pembunuhan
Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus
operandi yang hampir sama.
Pembunuhan Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat
Malaysia di mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan
anak-anak mereka bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil telah tampil memberi beberapa saranan bagi
menghindari kejadian penderaan dan pembunuhan kanak-kanak bawah umur
daripada terus berleluasa.
Akibat daripada liputan meluas media massa, media cetak dan media
elektronik, semasa majlis perkebumiaan Nurin Jazlin Jazimin beribu-ribu
orang termasuk ahli keluarga, rakan sekolah Nurin, guru-guru sekolah
Nurin, petugas media, dan orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan
sendiri buat kali terakhir kanak-kanak malang tersebut disemadikan.
Malah semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang
mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan
makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin. Bergitulah kesannya
pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap
pembunuh sebenar adik Nurin. InsyaAllah.
6. PEMBUNUHAN DI GEMENCHEH
TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang
tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak
berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung
berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga
emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak
itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan
hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang
dari sekolah pada jam 3.30 petang.
Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan
pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri,
Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
“Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan,
termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat
sini, malam tadi.
Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.
Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor
pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat
mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu
dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti
Mariam.
Rashidi Ismail
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
Rashidi Ismail
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
“Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.
“Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di
rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau
tercacak di dada,” katanya.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya
kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui
pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.
“Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.
Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.
Kepala di Shah Alam
SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan
kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh,
Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui
anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat
sini, tengah malam tadi.
Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di
sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik
mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2
kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada
pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu
selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu
menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan
itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan
pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

TAMPIN: Polis menemui motosikal yang dinaiki cucu bekas imam yang mati
dibunuh bersama tiga ahli keluarga lain, ditinggalkan berhampiran
Perhentian Bas Tampin pada jam 3 pagi tadi.
Cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, dicari polis bagi membantu
siasatan pembunuhan datuk, nenek, bapa dan adiknya di dua rumah di
Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mayat mangsa, Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung
berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga
emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22,
ditemui mati dalam keadaan negeri.
Terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau
tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri,
Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak
itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan
hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang
dari sekolah pada jam 3.30 petang.
* 5 Jan – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan
neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh,
Negeri Sembilan.
– Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76,
dan Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau
anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.
– Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
* 7 Sept – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota
keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.
7. PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA
6 September 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu
selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad
Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan
pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4
juta bersamanya.
7 September
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ
5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui
di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta
Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.
Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.
8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar
di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting.
Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin
dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum
abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19
tahun.
BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu
lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya
dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya
dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh
kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang
kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau,
kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.
Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin
Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham
Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos
lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41
tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.
Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar
Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli
perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam
pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar
keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran
dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan
senjata digunakan,” katanya.
Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.
Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk
kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan
penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di
tempat kejadian.
Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas
produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada
suspek utama.
“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu
yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di
mana semua mangsa dibunuh.
“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan
bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya
pada sidang media di sini, semalam.
Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.
Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.
Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri
berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa
kandang kambing dan bangsal lembu.
“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.
Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut
Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki
kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.
Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat
selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang
masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat
pembunuhan dan Sungai Panchau.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang
turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.
Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati
kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati
hilang.
“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah
dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat
dengannya.
8. Kes Rogol dan Bunuh Noor Suzaily Mokhtar
Pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily Mokhtar, seorang jurutera komputer
telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya. Namun sesuatu yang
tidak dijangkakan telah berlaku, di mana Suzaily telah dirogol, liwat
dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.
Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali
Suzaily, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan
jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula
di atas jalan raya di mana Noor Suzaily dilihat mengetuk pintu bas dan
meminta tolong oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja
lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.
Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi
Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi
Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara
Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di
Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7
Oktober 2000.
Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.
Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan