Petua Mencegah Stroke dan Angin Ahmar
Petua
Mengelak Stroke dan Angin Ahmar
(Mencegah Lebih Baik Daripada
Mengubati)
Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin
ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin
Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari
faktor :
1) Asal Usul (Punca)
2) Simptom (Tanda)
3) Kaedah Rawatan
Di sini dikongsikan beberapa cara yang boleh
dilazimkan untuk mengelak sebagai langkah utama (First Aid) dan kaedah rawatannya
secara ringkas seperti berikut ;
1) Pastikan
Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic) sentiasa stabil (120/80)
2) Pastikan tahap Kolestrol
sentiasa rendah terutamanya LDL dan Trigliserida.
3) Amalkan
Meminum Cuka (cuka epal/kurma/madu) 3sudu
ditambah Air masak (atau air mineral) setengah gelas (150-200ml) setiap malam
sebelum tidur.
4) Amalkan menyapu
Minyak zaitun ke tubuh, sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin
(Bertujuan memberi haba pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada
sumbatan darah sehingga menyebabkan Stroke)
5) Amalkan
mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan sarapan.
6) Kurangkan
pengambilan kafein terutamanya nescafe.
7) Amalkan
Habbatus sawda (biji atau pati), setiap
pagi sebelum sarapan.
8) Lazimkan diri
dengan Riadah Memanah (Khusus untuk Otak dan
Jantung),
Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus untuk sistem
kardiovaskular).
9) Amalkan mandi
songsang (Siraman bermula dari kaki ke arah kepala perlahan-lahan) setiap kali
mandi pagi dengan air sejuk bukan air panas.
10) Elakkan
pengambilan herba atau pemakanan tambahan dengan ambilan dos yang tidak
terkawal. Perkara ini akan merosakkan hati jika ianya berlarutan.
Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan
Stroke dan Angin Ahmar iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan
mereka yang berumur 40an.
Anda mungkin juga meminati:
Apa itu Angin Ahmar?
-
Stroke atau cerebrovascular accident
-
Satu keadaaan di mana terdapat gangguan bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba
-
Biasa berlaku di kalangan warga tua
-
Kematian akibat angin ahmar adalah 1.5 kali lebih tinggi pada warga tua berumur 85 tahun ke atas.
Apa yang menyebabkan angin ahmar?
-
Trombosis (pembekuan darah)
-
Pembekuan darah terbentuk di salur darah otak yang sempit
-
Embolisma (Pembekuan darah kecil)
-
Arteri (salur darah) dalam otak tersekat oleh pembekuan ddarah, lemak atau udara
-
Pendarahan
-
Pendarahan paa arteri dalam otak akibat ari tekanan darah tinggi atau kecereraan di kepala
-
Tekanan
-
Salur darah (Arteri) dalam otak tertekan oleh ketumbuhan.
Faktor-faktor risiko bagi angin ahmar
-
Tekanan darah tinggi
-
Faktor paling biasa
-
Boleh merosakkan salur darah dalam otak
-
-
Makanan berlemak/tinggi kolesterol
-
Kolesterol berlekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurangkan pengaliran darah ke otak
-
-
Berat badan berlebihan
-
Meninggikan peluang mendpaat penyakit darah tinggi
-
-
Merokok
-
Asap tembakau menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ-organ lain
-
Risiko perokok mendapat angin ahmar adalah 3 kali ganda lebih daripada orang biasa
-
-
Diabetis
-
Kandungan gula yang tinggi menyebabkan salur darah menjadi keras dan tebal
-
-
Tekanan (Stres)
-
Tekanan darah meningkat dengan sementara apabila emosi tertekan.
-
Gejala angin ahmar
-
Gejala bergantung kepada bahagian mana otak yang terlibat. Gejala yang biasa adalah:
-
Lemah atau lumpuh sebahagian tubuh badan
-
Susah bercakap
-
Susah menelan
-
Hilang ingatan serta daya tumpuan
-
Hilang keupayaan mengawal air kencing atau najis
-
Gangguan emosi - murung serta sedih
-
senang marah atau menangis
ANGIN AHMAR ADALAH KECEMASAN, DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA!
-
Tindakan anda. Jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:
-
kebas di sebahagian badan
-
kesukaran bertutur
-
sakit kepala
-
pening kepala
-
gangguan penglihatan dengan tiba-tiba
-
Jika disahkan mengidapi angin ahmar:
-
Kemasukan ke hospital adalah perlu untuk mengesan sebab dan keterukan keadaan
Rawatan - ubat-ubatan Pemakanan Program pemulihan - senaman, pertuturan dan aktiviti kehidupan harian
-
Cara-cara mengurangkan kejadian angin ahmar
-
Periksa tekanan darah setahun sekali
-
Jaga pemakanan anda – kurangkan makanan berlemak kolestrerol gula dan garam
-
Kurangkan kopi,teh dan minuman keras
-
Berhenti merokok
-
Bersenam sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu
-
Kawal diabetis
-
Latih diri untuk bertenga
-
Rehat dengan cukup
-
Mulakan hobi
-
Teknik bertenga (relaxation technique).Doa Menghindari Dari Angin Ahmarبِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِالْحَمْدُ لله رَبِّ العَالمَِيْنَ، اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُبِكَ وَبِكَلِمَاتِكَ التَّآمَاتِ كُلِّهَا مِنَ الرِّيْحِ الأَحْمَرِ وَمِنَ الدَّآءِ الأَكْبَرِ فِي النَّفْسِ وَالدَّمِ وَالْعَظْمِ وَاللَّحْمِ وَالْجُلُوْدِ وَالْعُرُوْقِ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا أَنْ تَقُوْلَ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنَ، الله أَكْبَرُ، الله أَكْبَرُ، الله أَكْبَرُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لله رَبِّ العَالمَِيْنَ، بِسْمِ الله، وَبِالله، وَالله أَكْبَرُ، وَرَبُّ المَلآئِكِ وَالرُّوْحِ وَرَبُّ الْعَرْشِ العَظِيْمِ، وَرَبُّ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَرَبُّ الْخَلآئِقِ أَجْمَعِيْنَ، لآإِلهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنَّا كُنَّا مِنَ الْظَالِمِيْنَ، وَنُفَوِّضُ أَمْرِنَا إِلَى الله، إِنَّ الله بَصِيْرٌ بِالْعِبَادِ، رَبِّ إِنَّا مَسَّنَّا الْضُرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمَ الْرَاحِمِيْنَ، نَعُوذُ بِالله مِنْ قَضَآءِ الله مِنْ شَرِّ البَلآءِ الرِّيْحِ الأَحْمَرِ فِي الْبَدَنِ وَالشَّحْمِ وَالرُّوْحِ وَالْجَسَدِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله الْعَلِىُ الْعَظِيْمِ.Ertinya:Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Ya Allah Tuhan Kami, kami berlindung kepadaMu dan dengan seluruh kalimah-kalimahMu yang sempurna dari penyakit angin ahmar dan penyakit berat yang ada dalam badan, darah, tulang, daging, kulit dan urat. Maha suci Engkau apabila Engkau, menghendaki sesuatu, maka Engkau hanya mengatakan 'Jadilah, maka jadilah ia'. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. Salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dengan nama Allah dan disamping Allah dan Allah Maha Besar, Tuhan para malaikat dan ruh, Tuhan Arasy yang mulia, Tuhan para nabi dan para rasul, Tuhan seluruh makhluk. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau sesungguhnya kami termasuk di kalangan orang yang menzalimi diri sendiri. Kami menyerahkan urusan kami kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya, Ya Tuhan sesungguhnya kami telah ditimpa mudharat dan Engkau Tuhan yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. Kami berlindung kepada Allah dari ketentuan Allah dari kejahatan dugaan angin ahmar di dalam badan, otot-otot (lemak-lemak) roh dan jasad. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
-
Angin Ahmar / Strok
Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan
salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari
tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila
bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan
hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri
dan/atau lemah sebahagian anggota.Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:- Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
- Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
- Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing manis
- Paras kolesterol tinggi
- Merokok
- Berat badan yang berlebihan
- Cara hidup tidak aktif (sedentari)
- Tekanan/stress
- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
- Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar,
sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat
di klinik kesihatan berhampiran.Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:-
Thrombotic/ischaemic stroke
- Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
-
Haemorrhagic stroke
- Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :- Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
- Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
- Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
- Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
- Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Ya!Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
- Kawal tekanan darah
- Kawal tahap Kolesterol
- Kawal penyakit Diabetes
- Amalkan cara pemakanan sihat
- Berhenti merokok
- Kerap bersenam
- Menangani tekanan mental
- Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika
sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin
kekal.Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
-
Jurupulih Pertuturan
- membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
-
Jurupulih Cara Kerja
- mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
-
Jurupulih Anggota
- mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
- Nasam - National Stroke Association of Malaysia
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 | ||
Penulis | : | Dr. A. Khalek Abd. Rahman | ||
Penyemak | : | Dato' Dr. Hj. Hanip b. Rafia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan