Selasa, 17 Mac 2015

BILA BERSAKSI KE LUTUT...MEMILIH BULU...MAKA SEMUA JADI KARTUN...AKHIRAT NANTI MASING2 TERIMA AKAN BALASAN KERANA UNDANG2 YANG KITA LAKSANAKAN ITU MUNGKIN ADA SIFAT MENZALIMI

 


Gaji rendah paksa beberapa keluarga penjawat awam duduk serumah, kata Cuepacs



Gaji kecil dan kesempitan hidup di bandar menyebabkan beberapa kakitangan awam terpaksa berkongsi menyewa rumah walaupun sudah berkeluarga, kata Cuepacs. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2015.Gaji kecil dan kesempitan hidup di bandar menyebabkan beberapa kakitangan awam terpaksa berkongsi menyewa rumah walaupun sudah berkeluarga, kata Cuepacs. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2015.Satu rumah, 3 keluarga, setiap satunya hidup berhimpit di dalam bilik kecil kerana ketua keluarga tidak mampu menyewa rumah di bandar besar dengan gaji kakitangan awan berpangkat rendah.
Ini realiti dihadapi ramai penjawat awam yang hidup di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), kumpulan yang mewakili kira-kira 1.5 juta pekerja sektor awam.
Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda (gambar bawah) berkata, keluarga terbabit terdiri daripada pembantu pejabat dan pembantu am iaitu kelompok kakitangan awam yang terendah dan berpangkat Gred 11 (G11).
Memasuki perkhidmatan awam dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gaji pokok mereka hanya dalam lingkungan RM805 dan RM820, kata Azih kepada The Malaysian Insider.
Bahkan dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, secara kasarnya gaji bersih yang diperoleh mereka hanya sekitar RM1,285 dan RM1,300.
"Gaji mereka hanya cukup menyewa bilik di KL, JB, Shah Alam malah Klang," kata Azih merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar RM600 hingga RM800.
"Bukan saja bandar besar, sesetengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.
Azih berkata, kebiasaannya latar belakang keluarga mereka adalah golongan muda, hanya seorang saja yang menyara dan kebiasaannya suami, ada seorang anak atau tiada, dan berhijrah dari luar bandar.
"Jadi dalam satu rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur, 1 keluarga akan sewa satu katil. Suami, isteri dan anak semuanya bersempit-sempit dalam 1 bilik tidur.
"Apabila saudara mara keluarga A datang melawat dan perlukan ruang lebih besar, keluarga B atau C akan berpindah keluar sementara dan tinggal tempat lain.
"Apabila saudara mara keluarga B pula datang melawat, giliran keluarga A pula keluar," katanya.
Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih.
Jumlah itu tidak termasuk guru, anggota polis, tentera dan kakitangan kesihatan, mereka adalah golongan majoriti di setiap jabatan kerajaan.
"Ini sebab kami sering mendesak supaya kuota rumah kos rendah dihapuskan bagi penjawat awam. Perumahan tidak boleh hanya diberikan kepada sektor swasta tetapi perlu dijadikan tanggungjawab sosial kerajaan," katanya.
Ceupacs sebelum ini sering menekankan isu gaji rendah penjawat awam.
November lalu, Azih menyeru gaji kakitangan awam dinaikkan 10% ekoran kenaikan kos sara hidup.
Minggu lalu, beliau turut mendesak kerajaan menilai semula elaun seperti Cola, perumahan, perjalanan dan daerah, supaya setimpal dengan kadar semasa harga barangan.
Azih pada 7 Mac lalu dilaporkan berkata, kerajaan masih belum mengumumkan sama ada mereka akan menyemak semula elaun walaupun perdana menteri membenarkan supaya satu kajian dilakukan.
"Tidak ada gunanya jika kamu ambil masa terlalu lama menyiapkan kajian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Kerajaan perlu buat keputusan segera," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 16 Mac, 2015.

Dicabul di tepi pantai
KUALA TERENGGANU - Keseronokan seorang gadis bermain di tepi pantai bersama beberapa rakannya bertukar mimpi ngeri apabila menjadi mangsa cabul oleh lelaki tidak dikenali, dalam satu kejadian di Pantai Gong Balai, Merchang, Marang, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 7 petang, ketika mangsa, 19, sedang ralit bermain di tepi pantai sehingga tidak menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dari belakang sebelum memegang payudara mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa menjerit sekuat hati minta tolong.

“Jeritan mangsa itu telah menyebabkan suspek, 19, terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan menunggang motosikal.

“Mangsa yang bengang dengan tindakan tersebut nekad mengejar suspek dengan ditemani rakannya yang ada di situ, namun usaha mereka gagal,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Bagaimanapun kata Wan Abd Aziz, tidak lama kemudian mangsa yang masih berada di situ ternampak suspek bersama beberapa lelaki lepak di salah sebuah gerai ikan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa masih tidak puas hati beranikan diri menuju ke arah suspek yang ketika itu sedang bersembang, bagaimanapun kehadiran mangsa bersama rakannya disedari suspek sebelum dia nekad melarikan diri.

“Namun, identiti suspek berjaya diperoleh hasil maklumat lelaki yang berada di situ sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Jelasnya, susulan laporan, suspek berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika disabitkan kesalahan.





Beli sebuah lagi jet peribadi, serlah PM semakin boros

SHAH ALAM 16 MAC: Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.
Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.
newjet1“Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.
Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” katanya lagi.
EZY


Nurul Izzah 'bermalam' di lokap Jinjang malam ini
  • Nurul Izzah Anwar Nurul Izzah Anwar
1 / 1
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur malam ini susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lokap Jinjang kira-kira jam 6.40 petang tadi. Difahamkan perintah tahanan reman akan dimohon polis esok. Mengikut Perlembagaan, polis boleh menahan mana-mana individu tanpa reman selama 24 jam.

Nurul Izzah pada asalnya hadir ke IPD Dang Wangi untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan]

Beliau kemudian ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.

Kenapa pemimpin Pakatan sahaja ditahan? - Nurul Izzah

Kenapa pemimpin Pakatan sahaja ditahan? - Nurul Izzah
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyoal langkah polis yang hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya ahli UMNO yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Katanya individu seperti Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berunsur keagamaan dan juga perkauman.

“Gesaan saya cuma satu, kenapa tindakan diambil terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dan bukannya Dr Mashitah, Ismail Sabri yang sehingga hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar membangkitkan kemarahan?

“Kita mahu PDRM bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya UMNO, Najib dan kuncu-kuncunya,” soal Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi pada Isnin.

Bagaimanapun kedua-dua individu tersebut juga pernah sebelum ini dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Dr Mashitah Ibrahim pada Disember 2014 lalu, pernah tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Beliau telah membangkitkan isu tersebut dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu.

Ismail Sabri pula telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Februari lalu, berhubung kenyataannya menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina, di mana kenyataan itu menjadi viral dan menimbulkan kekecohan di media sosial.

Nurul Izzah berkata demikian sebelum masuk ke IPD tersebut bersama aktivis Safwan Anang untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru ini, selain kenyataan 'hasutan' yang dibuatnya pada ucapan Ketua Pembangkang 10 Mac lalu.

Beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

KENYATAAN MEDIA
16 MAC 2015
PDRM Perlu Bertindak Professional, Berhenti Ikut Telunjuk UMNO.
Penahanan YB Nurul Izzah oleh PDRM menunjukkan UMNO cukup terdesak. Keadaan ini sekaligus menjatuhkan kredibiliti Polis yang kini hanya banyak menimbulkan persoalan di kalangan rakyat kerana dilihat tidak ubah seperti budak suruhan UMNO.
Beberapa siri tangkapan pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berlaku adalah semata-mata untuk mempertahan kedudukan UMNO dan Najib Razak yang semakin hari semakin nazak dalam arena politik tanahair.
Menutup mata terhadap laporan penyelewengan dana 1MDB dan kes- kes skandal pimpinan tertinggi negara adalah tindakan tidak professional PDRM. AMK Johor mengecam sekerasnya tindakan "double standard" ini.
Tindakan terdesak ini tidak lain adalah untuk mengugut rakyat yang semakin hari semakin muak dengan regim UMNO/BN. AMK Johor menyeru seluruh rakyat agar kekal bersemangat, berani dan yakin berdepan dengan kezaliman ini.
Berhentilah ikut telunjuk UMNO. Rakyat mahu PDRM menjalankan tanggungjawab lebih profesional dalam menjaga kepentingan negara dan majoriti rakyat negara ini.
Suara Rakyat Suara Keramat.
Lawan Tetap Lawan!!
Mohammad Faizal Yusak
Ketua AMK Joho

Tiada ulasan: