Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya !!!
In
Kisah Informasi
//
//
Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya !!! | Pedang yang diakui
paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka Kota Palestine. Ketajamannya
mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah
perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi
Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.
Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Apa itu CNT?
Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut
bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika
itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Salahuddin Al-Ayyubi
Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi
NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz.
Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi
dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah
bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Kehebatan pedangnya di geruni musuh-musuh Islam
Kehebatan pedangnya di geruni musuh-musuh Islam
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.
Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman. KREDIT I-MALAYSIAKINI.COM
China beri amaran kepada Myanmar
BEIJING - CHINA. Tentera China akan mengambil langkah tegas jika
terdapat sebarang serangan berulang dari pasukan keselamatan Myanmar,
selepas insiden bom dari pesawat negara itu terjatuh ke dalam wilayah
China dan membunuh empat orang.Timbalan Ketua Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Fan Changlong berkata, pesawat tentera udara Myanmar telah merentasi sempadan negara beberapa kali sejak kebelakangan ini.
"Pihak Myanmar perlu menyedari betapa seriusnya perkara ini. Pesalah perlu dihukum, mereka perlu minta maaf, bayar ganti rugi dan jelaskan sendiri kepada keluarga mangsa.
"Myanmar perlu mengetatkan peraturan terhadap angkatan tentera supaya kejadian sama tidak berulang. Jika tidak, kami akan ambil tindakan lebih tegas untuk melindungi nyawa, harta benda dan keselamatan rakyat China," katanya lagi.
Sejak bulan lalu, pasukan keselamatan Myanmar telah bertempur dengan pemberontak di sempadan China dan China turut menggesa negara itu agar mengurangkan operasi ketenteraan.
Bagaimanapun, Myanmar menafikan insiden bom berkenaan dan memberitahu pemberontak mungkin melepaskan tembakan ke arah China untuk mewujudkan salah faham. - Reuters
Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana
- Sultan Muhammad Ke-V berkenan memeriksa perbarisan kehormat sempena merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan Ke-13, 2015, hari ini. – Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyuarakan
sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Baginda menzahirkan
hasrat tersebut ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal
Ketiga Dewan Negeri Kelantan ke 13 sebentar tadi.
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.
Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.
"Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.
Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.
Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.
"Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media.
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.
Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.
"Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.
Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.
Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.
"Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media.
Beli Jet Baharu Boleh Cetus Kemarahan Rakyat
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu
didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa
berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.
"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.
"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi. - Sinar Harian
12:54PM - 16 Mar 2015
PKR dakwa k'jaan tempah jet baru untuk Najib
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan persekutuan
mendapatkan sebuah jet peribadi baru untuk kegunaan Perdana Menteri
Najib Abdul Razak.
Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi turut menunjukkan dokumen yang didakwa mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian sewa beli dengan syarikat Jet Premier One (M) Sdn Bhd bagi memperolehi jet baru itu jenis Airbus ACJ320 itu.
Syarikat itu mengendalikan jet jenis Airbus ACJ 319, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang digunakan kerajaan sejak Disember tahun lalu.
Dalam sidang media itu, Rafizi turut menunjukkan gambar jet dengan dengan logo '1Malaysia' dan nombor pendaftaran 9H-AWK itu.
Rafizi berkata jet ACJ319 yang digunakan kerajaan sebelum ini melibatkan kos RM28.8 juta secara untuk sewa beli setiap tahun, selain kos penyelenggaraan sebanyak RM5.5 juta setahun.
"Jumlah kos untuk jet yang baru adalah agak terlalu tinggi dan keseluruhan proses itu nampaknya ada (unsur) manipulasi.
“Ini akan didedahkan dalam tempoh satu atau dua minggu, "kata Rafizi yang menambah, beliau sedang mendapatkan penjelasan dari kerajaan berhubung dakwaannya.
Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi turut menunjukkan dokumen yang didakwa mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian sewa beli dengan syarikat Jet Premier One (M) Sdn Bhd bagi memperolehi jet baru itu jenis Airbus ACJ320 itu.
Syarikat itu mengendalikan jet jenis Airbus ACJ 319, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang digunakan kerajaan sejak Disember tahun lalu.
Dalam sidang media itu, Rafizi turut menunjukkan gambar jet dengan dengan logo '1Malaysia' dan nombor pendaftaran 9H-AWK itu.
Rafizi berkata jet ACJ319 yang digunakan kerajaan sebelum ini melibatkan kos RM28.8 juta secara untuk sewa beli setiap tahun, selain kos penyelenggaraan sebanyak RM5.5 juta setahun.
"Jumlah kos untuk jet yang baru adalah agak terlalu tinggi dan keseluruhan proses itu nampaknya ada (unsur) manipulasi.
“Ini akan didedahkan dalam tempoh satu atau dua minggu, "kata Rafizi yang menambah, beliau sedang mendapatkan penjelasan dari kerajaan berhubung dakwaannya.
Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti.
"Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR).
"Kami mengadakan sidang media hari ini bertujuan menyatakan rasa kecewa, sedih dan kesal terhadap kepimpinan PAS Pusat khususnya Hadi yang gagal bertindak menangani isu dalaman sehingga tercetusnya krisis berlarutan dalam parti," katanya.
Ishak berkata demikian dalam satu sidang media yang dihadiri ahli jawatankuasa PAS Batu di Markas Tarbiah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, krisis semasa PAS kini merupakan yang terburuk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada 1982 iaitu selepas presiden PAS ketika itu Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan 30 tahun lalu.
Katanya, melalui tindakan mufarakah itu diharapkan Hadi selepas ini dapat menjadi tokoh pendamai meredakan krisis dalam dengan kata-kata nasihat, kenyataan tegas dan amanat kepada semua pihak di dalam parti.
"Kami berharap presiden dapat membetulkan keadaan apabila budaya melabel, menggelar dan menuduh dalam kalangan pimpinan PAS serta ahli dengan label buruk seperti munafik harki, syaitan, babi, iblis tua, kafir, liberal, komunis, jebon dan lain-lain.
"Tetapi kami lagi kecewa apabila presiden sendiri turut melabelkan ahli parti sebagai barua dan broker. Budaya ini ada yang dilakukan secara rasmi dalam pelbagai program parti seperti Liqa Fikri, Hiwar Siasi termasuklah Muktamar PAS ke-60 lalu.
Ishak berkata, selepas pengumuman berkenaan juga diharapkan Hadi dapat mengukuhkan hubungan tahaluf siasi dengan PR kerana dalam banyak perkara PAS dilihat menjadi pemain tegar mengeruhkan keadaan.
Katanya, mutakhir ini sebahagian pemimpin PAS menyerang PKR dan DAP serta pemimpinnya secara peribadi tanpa rasa silu dan tidak langsung menyerang Umno dan pimpinannya.
"Malah isu rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, kemiskinan, gejala sosial, penyelewengan dan lain-lain terbiar begitu saja. Seolah-olah berdasarkan senario ini Pakatan retak menunggu belah.
"Kami sangat mahukan pencerahan daripada presiden mengenai pelbagai dakwaan mengenai kerajaan perpaduan seperti yang dibangkitkan bekas presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengakui isu kerjasama dengan Umno sebenarnya sejak 2008 dan diputuskan Majlis Syura Ulama," katanya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin pada minggu lalu berkata sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Hadi tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti.
Katanya, pimpinan juga perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.
“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.
“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya," katanya.
Hadi semalam mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam.
Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.
Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.
Sebelum ini, PAS Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.
PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.
Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden. – 16 Mac, 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan