2:35PM - 3 Mar 2015
'Jika bukan bapa, dari mana kekayaan itu, PM'
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyokong adik beradiknya bahawa
bapa mereka Tun Razak Hussein berjimat dan hidup sederhana, mengundang
persoalan lain.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kenyataan perdana menteri di Utusan Malaysia dan Berita Harian itu menjadi penolakan halus terhadap penjelasan pejabatnya sendiri bahawa ia berpunca daripada harta pusaka.
“Dari mana sebenarnya semua wang ini datang?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Pua (kanan) membangkitkan laporan New York Times bahawa keluarga Najib berbelanja untuk mendapatkan aset di peringkat global yang bernilai jutaan ringgit, walaupun pendapatannya hanya RM350,000 setahun.
Beliau mahu Najib menjelaskan perkara itu kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri kabinet (1986-2004), timbalan perdana menteri (2004-2009) dan perdana menteri (2009-kini).
“Saya yakin perdana menteri akan setuju dengan saya bahawa kurangnya ketelusan dan pendedahan berhubung kekayaan tersembunyi dan kabur hanya menggalakkan spekulasi tidak sihat berhubung punca kekayaan besar keluarganya,” katanya.
Najib semalam berkata sepanjang Tun Razak Hussein berkhidmat dalam kerajaan, allahyarham tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Beliau juga berkata sejak mula terlibat dalam politik sehingga memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Razak mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat.
Empat adik beradik beliau pada minggu lalu melahirkan kebimbangan kekoran laporan bahawa Pejabat Perdana Menteri memberitahu New York Times bahawa gaya hidup Najib berpunca daripada harta pusaka.

Umat Islam dimomokkan dengan Wahabi
10 Januari 2014
RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.
Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.
Perkataan Wahabi itu mereka sandarkan kepada Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi rahimahullah. Siapakah Syaikh Muhammad ini dan apakah sejarah beliau?
Ringkasnya, beliau boleh dikatakan bapa kemerdekaan Saudi di mana hasil kerjasama beliau dengan Su’ud berjaya membentuk negara Saudi dengan menjadikan Mazhab Hanbali sebagai mazhab utama dalam negara tersebut. Mazhab Hanbali ialah sandaran kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, murid kepada Imam Al-Syafi’i.
Syaikh Muhammad banyak menulis dan hampir kesemuanya berkaitan akidah, anti-syirik, anti-sihir, anti-tangkal.
Perkara yang mencacatkan akidah adalah paling banyak ditulis beliau. Antara tulisannya yang terkenal dan luas tersebar adalah Kitab Al-Tauhid dan Usul Al-Tsalatsah (Tiga Dasar Agama) yang ditulis berdasarkan hadis daripada Abdullah ibn Mas’ud RA, “Barang siapa yang reda ALLAH sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Nabi, maka layaklah baginya syurga.” (Riwayat Muslim)
Daripada hadis itu beliau mengarang kitab Usul Al-Tsalatsah yang membahas bagaimana mengenal ALLAH, mengenal Rasul, dan mengenal Islam.
Beliau juga menulis kitab berjudul Kasyfu Al-Syubuhat (Pembongkaran Syubhat-syubhat) yang membongkar kristianisasi dan triniti, hak wanita, dan turut memfokus pada isu dalaman akidah dan seumpamanya. Oleh kerana ini, beliau dimusuhi golongan anti-tauhid.
Ikon perpaduan Arab Saudi
Syaikh Muhammad memiliki ramai musuh kerana apabila terbentuknya negara Saudi, sudah pasti berlaku banyak pertembungan dan peperangan, termasuk juga peperangan di antara ahli mazhab. Beliau bermazhab Hanbali manakala ada yang lain bermazhab Syafii, Hanafi dan Maliki.
Dahulu di empat penjuru Kaabah, umat Islam berpecah kepada empat jemaah solat mengikut mazhab masing-masing. Syaikh Muhammad melihat semua jemaah ini perlu disatukan, maka beliau menetapkan Mazhab Hanbali sebagai mazhab rasmi negara.
Antara perjuangan utama beliau ialah merobohkan dan meratakan kubur yang dibina melebihi tinggi asas binaan yang dibenar dalam syariat Islam. Beliau bukan membongkar kubur sebagaimana ditohmah golongan membenci dakwah dan seruan tauhid.
Bahkan apa yang dilakukannya adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang mengatakan tinggi kubur hanya sejengkal dari tanah dan diletakkan pada kepala kubur itu seketul batu sahaja sebagai tanda.
Nabi SAW mengutus Ali bin Abi Thalib RA dan Ali pula mengutus Abul Hayyaj Al-Asadi untuk merobohkan mana-mana kubur yang tingginya melebihi sejengkal. Namun pada zaman Syeikh Muhammad, kubur dibina dengan tinggi dan dihias, malah disembah dan dijadikan tempat ibadah seperti iktikaf, solat, tawaf, zikir dan berdoa.
Dakwah dan usaha beliau ini menyebabkan berlaku pertembungan yang serius dengan golongan Sufi, penyembah kubur dan pemuja kubur. Walhal beliau melaksanakan seperti apa yang diperintahkan Nabi SAW dalam hadis sahih.
Selain isu akidah, beliau turut menyeru supaya mentaati pemerintah Islam yang sah, kerana itu beliau mempertahankan kerajaan Su’ud. Dakwah ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang memerintahkan supaya umat Islam bersatu dengan mentaati pemimpin Islam.
Disebabkan isu politik juga mereka menghentam dan mengeluarkan kata-kata dusta terhadap Syaikh Muhammad.
Di Malaysia beberapa tahun dahulu, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) pernah merobohkan kubur di Pulau Besar. Adakah Jaim Wahabi kerana merobohkan kubur? Apabila Jais dan umat Islam Malaysia memerangi Syiah, adakah mereka ini semua Wahabi?
Gerakan Syaikh Muhammad, juga kerajaan Saudi yang dikatakan Wahabi pada hari ini adalah gerakan yang melawan Syiah habis-habisan.
Oleh itu Arab Saudi dikatakan sebagai negara Wahabi. Ini hanya momokan musuh kalangan kafir Barat dan juga Syiah yang cukup benci kepada Arab Saudi kerana ia satu-satunya negara yang menegakkan al-Quran dan al-sunnah serta benar-benar memberi perhatian dalam mempertahankan kesucian tauhid di atas muka bumi ini.
Kini tiada lagi kubur ditinggikan, atau kesyirikan tersebar di Arab Saudi kesan daripada dakwah Syeikh Muhammad 200 tahun dahulu.
Alhamdulillah, pemerintah Arab Saudi prihatin dalam memelihara agama ALLAH, walau tidak dinafikan di mana-mana pemerintahan pasti ada kekurangan. Namun ia terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan mereka dalam mempertahankan kesucian agama ALLAH.
Ini menyebabkan musuh Islam cukup benci dengan Arab Saudi dan cuba memburuk-burukkannya.
Fikirkanlah, masihkah ada negara Islam mana yang menegakkan al-Quran dan Sunnah lebih baik dari Arab Saudi? Sudah tentu hal ini sangat dicemburui musuh yang tidak mahu melihat tauhid ditegakkan.
Tidak hairanlah Arab Saudi dan siapa saja mengajak tauhid ini dikatakan Wahabi.
Padahal tidak ada satu orang pun yang menamakan dirinya Wahabi. Tidak ada pertubuhan atau gerakan yang menggelar gerakan mereka sebagai Wahabi. Ia hanya label yang diberikan pihak lain semata-mata bertujuan memburukkan ahli sunnah, sekali gus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam sebenar.
Bahkan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, guru kepada Imam Ibnul Qayyim dan Imam Ibnu Kathir rahimahumullah, adalah tokoh yang paling banyak menulis kritikan terhadap Syiah. Tulisan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berjudul Minhaju Al-Sunnah Al-Nabawiyah adalah rujukan utama yang dipakai sepanjang zaman.
Ini adalah kitab yang menjadi rujukan paling kuat untuk menentang Syiah. Bahkan orang yang tidak suka Ibnu Taimiyah pun akan merujuk kitab Ibnu Taimiyah apabila hendak menentang Syiah.
Maka sudah tentu Ibnu Taimiyyah juga dikatakan sebagai tokoh besar Wahabi.
Sedangkan Ibnu Taimiyyah yang hidup sekitar tahun 661H – 728H itu telah pun wafat jauh sebelum lahirnya Syaikh Muhammad pada tahun 1115H. Bagaimana mungkin dia dikatakan tokoh Wahabi?
Ternyata siapa saja yang mengkritik Syiah, yang melawan ajaran sesat akan dituduh Wahabi. Ini kerana dakwah tauhid dan menghapuskan syirik adalah modus operandi yang dilakukan Syaikh Muhammad ketika melakukan dakwah tauhid di Saudi dahulu. Sehingga hari ini, kesan dakwahnya terus subur ke seluruh pelosok dunia walau pelbagai tohmahan telah dilemparkan.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sentiasa akan ada sekelompok dari kalangan umatku yang akan terzahir membela kebenaran. Tidak memudaratkan mereka orang-orang yang menghinanya sehinggalah datang keputusan ALLAH (Kiamat) dan mereka masih tetap dalam keadaan seperti itu” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Perselisihan mazhab
Selain fiqah, fokus dakwah Syaikh Muhammad adalah pada akidah. Adapun masalah fikah, hanya khilaf yang berlaku antara mazhab, seperti Maliki, Hanbali, Syafii dan Hanafi.
Keempat-empat imam mazhab tidak menyuruh pengikutnya taksub kepada mereka sehingga menyesatkan orang yang mengikuti mazhab lain.
Perselisihan mazhab ini masalah kecil jika dibandingkan dengan masalah akidah.
Contohnya, imam mazhab selain Imam Al-Syafii tidak membaca qunut Subuh, mereka tidak membacanya bukan kerana suka-suka, tapi mereka berhujah dan berdalilkan al-Quran dan hadis. Sahabat Nabi SAW juga tidak membacanya.
Adakah mereka ini Wahabi? Adakah dikatakan solat Imam Ahmad, Imam Malik yang merupakan guru kepada Imam Al-Syafii, Imam Abu Hanifah ini tidak sah kerana tidak membaca qunut Subuh, atau adakah mereka ini sesat? Sudah tentu tidak.
Oleh itu janganlah kita mudah memberi label apabila menghadapi perselisihan seperti ini. Bagaimanapun berdepan dengannya, kita hendaklah luruskan perselisihan tersebut agar tidak membawa kepada perpecahan yang menjadi suatu yang dibenci dan dilarang dalam syariat.
Cara meluruskan perselisihan dalam agama adalah dengan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah sejajar pemahaman Salaf Al-Soleh.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.
saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat manusia.
moga kita terhindar dr sikap bangga diri,sombong,ujub dgn amalan kita sendiri. sekali2 jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kau
Firman ALLAH: “Maka sekiranya kamu berselisih dalam suatu urusan, maka hendaklah kamu kembalikan kepada ALLAH dan RasulNya (yakni al-Quran dan al-sunnah).” (Surah Al-Nisa: 59)

Wahabi tidak sesat tetapi tidak sesuai diamalkan di negara ini
Published: November 24, 2011
KUALA LUMPUR - Kerajaan menyifatkan fahaman Muhammad Abdul Wahab
(Wahabi) tidak sesat, namun ianya tidak sesuai diamalkan di negara ini
kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada rundingan beberapa kali dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
“Kumpulan yang berpegang dengan fahaman Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu kontroversi bersangkut dengan masalah furu’iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka.
“Isu dibangkitkan itu boleh mengganggu-gugat fahaman umat Islam, bagaimanapun fahaman ini tidak disifatkan sebagai sesat dan isu ini masih lagi terkawal,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.
Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat dan langkah pencegahan diambil.
Jamil berkata, kerajaan memandang serius terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini.
Keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).
Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 pada 2000.

Haram Wahabi: Mufti tak boleh gopoh
KUALA TERENGGANU - Mufti tidak boleh gopoh dalam mengeluarkan fatwa,
sebaliknya perlu cermat bagi mengelak perpecahan dalam kalangan umat
Islam.
Mengulas isu pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas, Dr Hamdan Muhammad berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana tindakan tidak cermat boleh menimbulkan perpecahan yang memberi kesan lebih berat daripada mengeluarkan fatwa itu sendiri.
Beliau berkata, dari sudut pegangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Wahabi, kedua-dua urusan itu perlu diserahkan kepada ALLAH SWT dan selagi mana mereka mengikut al-Quran dan sunnah, tidak seharusnya dihukumkan sebagai kafir, sesat dan sebagainya.
“Kita adalah sebagai pendakwah bukan hakim untuk mengatakan orang ini boleh, yang ini tidak boleh. Kena cermat untuk letak hukum kerana ia hak ALLAH.
"Apabila kita letak hukum begitu, ia boleh membawa perpecahan sedangkan mereka yang berpegang kepada mana-mana pegangan itu ada hujah masing-masing,” katanya, semalam.
Beliau berkata sebagai mengulas keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang mengharamkan Wahabi apabila memutuskan ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hamdan turut bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan semua pihak berkaitan agar tidak membangkitkan sesuatu isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan sehingga merugikan negara.
Hamdan yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Terengganu turut mengakui kewujudan pihak yang berpegang kepada Wahabi di negara yang mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Mazhab Syafie, namun tidak menolak ia hanya melibatkan sejumlah kecil
sahaja.
Mengulas mengenai sikap segelintir pengikut Wahabi yang ekstrem, beliau menegaskan bahawa mereka yang ekstrem adalah yang tidak mengikut al-Quran dan Sunnah.
Apa yang penting katanya, kritik-mengkritik, kecam-mengecam dan cuba mencari kesalahan antara satu sama lain perlu dihentikan kerana sikap tidak menghormati orang lain akan mendatangkan kesan serta mewujudkan perbalahan lebih besar.
“Berbeza pendapat merupakan satu rahmat kerana diibaratkan sebagai bunga dalam taman dan dalam taman itu ada banyak bunga yang menghasilkan pelbagai bau yang akan memberi satu kecantikan.
“Dalam hal ini, kita perlu ambil pendirian kita sebagai pendakwah. Kalau hendak hukum orang begitu begini, ia akan menimbulkan perpecahan. Sebagai mufti, boleh keluar fatwa dan ada hak keluar fatwa tetapi harap lebih cermat,” katanya.

AWAS!!! 8 CIRI-CIRI AJARAN SESAT WAHHABI [18SG]
WAHABI HARAM
Keratan Akhbar-Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan putuskan Fahaman Wahabi bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (di Negeri Sembilan) |
Oleh kerana Wahhabi sangat suka bertaqiyyah sebagaimana kata admin page Kami Tak Mahu Fahaman WAHHABI di Malaysia (KTMFWDM), maka di sini, sukalah untuk saya kongsikan 8 ciri-ciri khas WAHHABI.
Facebook yang tegar menentang golongan Wahabi di Malaysia |
Sungguhpun 8 ciri-ciri ini tidaklah bersifat jami' (inclusive) & mani' (exclusive), diharapakan usaha kecil saya ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan kita daripada terjerumus ke dalam lembah fitnah WAHHABI !
1) WAHHABI mengajak manusia supaya berpegang teguh dengan al-Quran & as-Sunnah sesuai dengan kefahaman Salafu Soleh terutamanya generasi para sahabat, sebagaimana firman Allah Ta'ala:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيم
"Orang-orang yang terdahulu lagi terawal dari Kaum Muhajirin & Ansar, & orang-orang yang MENGIKUT MEREKA (para sahabat) DENGAN BAIK, Allah telah meredhai mereka & mereka juga telah redha akan Allah, & telah tersedia buat mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kejayaan yang besar." [At-Taubah (9):100]
Hal ini tentu saja bertentangan dengan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah (ASWJ) di Malaysia yang telah biasa mendahulukan adat seperti Adat Pepatih di Negeri Sembilan atau menafsirkan nusus agar sesuai dengan amalan yang baru direka, berbanding memahami nusus menurut pemahaman para sahabat.
Biar mati anak, jangan mati adat Negeri Sembilan. |
2) WAHHABI mengajak manusia supaya mengikut Salafu Soleh secara berperingkat-peringkat iaitu pendapat para sahabat didahulukan berbanding pendapat tabi'in & tabi'ut tabi'in, lebih-lebih lagi apabila timbulnya ikhtilaf pendapat antara 3 generasi ini, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
أُوصِيكُمْ بِأَصْحَابِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
"Aku mewasiatkan kalian dengan sahabat-sahabatku, KEMUDIAN orang-orang selepas mereka (tabi'in), KEMUDIAN orang-orang selepas mereka (tabi'u-t-tabi'in)."
[Hadits riwayat at-Tirmizi di dalam Jami' at-Tirmizi (2165) & beliau menilainya sebagai "Hasan Sahih Gharib."]
Hal ini bertentangan dengan pegangan ASWJ di Malaysia yang lebih suka mencari & berpegang dengan sebarang pendapat yang selari dengan amalan & kepercayaan turun-temurun, meskipun ia jelas bertentangan dengan kefahaman Salafu Soleh.
3) Apabila timbulnya perbezaan pendapat, WAHHABI mengajak manusia supaya meninggalkan bid'ah & berpada dengan sunnah Nabi s.a.w. & sunnah para sahabat, sebagaimana sabda baginda:
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا
Sesungguhnya, sesiapa yang hidup dalam kalangan kalian, dia akan melihat perbezaan pendapat yang banyak.
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلاَلَةٌ
Maka, jauhilah perkara-perkara yang baru direka (dalam urusan agama iaitu bid'ah) kerana sesungguhnya, ia adalah kesesatan.
فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ
Maka, sesiapa yang melihat hal tersebut (perbezaan pendapat & bid'ah) dalam kalangan kalian, hendaklah dia mengikut sunnahku & sunnah Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
Kalian gigitlah ia (sunnah) dengan gigi geraham!"
[Hadits riwayat at-Tirmizi di dalam Jami' at-Tirmizi (2676) & beliau menilainya sebagai "Hasan Sahih."]
Hal ini bertentangan dengan pendirian ASWJ di Malaysia yang mengajak kita supaya meraikan semua jenis ikhtilaf tanpa sempadan ilmu & tanpa ditimbang tara lagi sama ada ikhtilaf tersebut berstatus mu'tabar (shall be considered) atau tidak.
4) Menurut WAHHABI , pengubahsuaian atau penambahan dalam URUSAN AGAMA iaitu yang melibatakan persoalan 'aqidah & tatacara 'ibadah khusus itu dilarang kerana ia adalah bid'ah yang sesat kerana Allah sahaja yang berhak mensyariatkan agama-Nya, sebagaimana firman Allah:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيم
"Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang dapat MENSYARIATKAN kepada mereka apa-apa dari URUSAN AGAMA yang TIDAK DIIZINKAN OLEH ALLAH? Kalaulah bukan kerana telah ada ketetapan (untuk ditangguhkan azab), nescaya mereka telah dihukum (serta-merta). Sesungguhnya, orang-orang yang zalim itu akan mendapat azab yang pedih!" [Asy-Syura (42):21]
Di dalam Tafsir at-Tabari, al-Imam at-Tabari menjelaskan bahawa maksud perkataan "MENSYARIATKAN" di dalam ayat di atas ialah "MEMBUAT BID'AH."
Hal ini juga konsisten dengan pesanan Nabi s.a.w.:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدّ
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada padanya suruhan dari kami (Allah & Rasul-Nya s.a.w.), maka ia (amalan tersebut) tertolak (tak diterima oleh Allah)." [Sahih Muslim (3243)]
Hal ini sangat bertentangan dengan pendirian ASWJ di Malaysia yang berpendapat bahawa ibadah khusus beserta kaifiat & fadhilatnya boleh direka sesuka hati oleh seseorang tokoh asalkan zahir penampilannya kelihatan seperti 'ulama'.
5) Adapun pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam urusan dunia (mu'amalah), WAHHABI membenarkan hal ini, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُم
"Kalian lebih tahu tentang URUSAN DUNIA (mu'amalah) kalian." [Sahih Muslim (4358)]
إِذَا كَانَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَأَنْتُمْ أَعْلَمُ بِهِ فَإِذَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِينِكُمْ فَإِلَي
"Apabila sesuatu perkara itu dari urusan dunia kalian, maka kalian lebih tahu tentangnya. & apabila sesuatu perkara itu dari urusan agama kalian, maka kembalilah merujuk kepadaku." [Musnad Ahmad (12086)]
Ini juga bertentangan dengan pendirian ASWJ di Malaysia yang berpendapat bahawa dalam urusan dunia, kita mesti mengikut sunnah ghairu tasyri'iyyah (tidak disyariatkan) secara ghuluw & berlebih-lebihan seperti memakai jubah & serban sehingga diadakan majlis sanad serban & disebarkan hadits-hadits palsu tentang fadhilat memakai serban, sedangkan dalam urusan agama, kita boleh ubahsuai sesuka hati pula.
Pemakaian Serban yang dikatakan bersanad oleh "Ahlus Sunnah Wal-Jamaah" (Sdn Bhd) |
6) WAHHABI bersetuju dengan pandangan al-Imam asy-Syatibi yang mengatakan bahawa bid'ah dalam urusan agama itu ada dua jenis iaitu bid'ah haqiqiyyah & bid'ah idhafiyyah.
-BID'AH HAQIQIYYAH (bid'ah sejati) merujuk kepada kepercayaan atau amalan yang tidak ada asal usul dari Islam sama sekali seperti membuat binaan atau masjid di atas kubur, merayakan hari kematian seseorang (majlis haul), & sebagainya.
-BID'AH IDHAFIYYAH (bid'ah tambahan) pula merujuk kepada sesuatu kepercayaan atau amalan yang ada asalnya dari petunjuk sunnah, tetapi ia dilakukan dengan cara yang menyalahi sunnah, seperti berdoa selepas solat secara berjama'ah.
Sungguhpun doa selepas solat itu ada dianjurkan oleh sunnah, tapi berdoa secara berjamaah selepas solat, hal ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. atau para sahabat.
Hal ini konsisten dengan pandangan Ibn 'Umar r.a.huma. yang menghukum perbuatan orang ramai yang melakukan Solat Dhuha di masjid sebagai bid'ah:
عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ الْمَسْجِدَ
Dari Mujahid, beliau berkata, "Aku & 'Urwah bin az-Zubair telah masuk ke dalam masjid.
فَإِذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ جَالِسٌ إِلَى حُجْرَةِ عَائِشَةَ وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ الضُّحَى فِي الْمَسْجِدِ
Ketika itu, 'Abdullah bin 'Umar sedang duduk di sisi bilik 'Aisyah, sementara orang ramai melakukan Solat Dhuha di dalam masjid.
فَسَأَلْنَاهُ عَنْ صَلَاتِهِمْ
Maka, kami pun bertanya kepadanya tentang solat mereka.
فَقَالَ بِدْعَة
Lalu, beliau menjawab, '(Ia adalah) bid'ah.'" [Sahih Muslim (2200)]
Dalam menjelaskan hadits ini, al-Imam an-Nawawi berkata di dalam Syarh an-Nawawi 'ala Muslim:
أن مراده أن إظهارها في المسجد والاجتماع لها هو البدعة لا أن أصل صلاة الضحى بدعة
"Bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Ibn 'Umar sebagai bid'ah ialah perbuatan orang ramai menzahirkan amalan Solat Dhuha di dalam masjid & berkumpul di dalamnya (untuk melakukan Solat Dhuha); bukanlah Solat Dhuha itu yang bid'ah (tapi yang bid'ah ialah pada cara & tempat Solat Dhuha itu didirikan iaitu di dalam masjid)."
Sebaliknya, Nabi s.a.w. menganjurkan kepada umatnya supaya memperbanyakkan solat sunat di dalam rumah, sebagaimana sabda baginda:
فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبة
"Maka, bersolatlah wahai sekalian manusia di dalam rumah kalian kerana sesungguhnya, sebaik-baik solat adalah solat seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu." [Sahih al-Bukhari (689)]
Jadi, sungguh pun Solat Dhuha itu disyariatkan, tapi pelaksanannya di dalam masjid adalah bid'ah di sisi Ibn 'Umar kerana ia bertentangan dengan petunjuk sunnah yang menganjurkan hal yang sebaliknya (kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti pekerja di sebuah syarikat yang mustahil untuknya pulang ke rumah semata-mata untuk Solat Dhuha).
Adakah perkara ini juga bertentangan dengan pegangan ASWJ di Malaysia? Masih perlukan penjelasan? Saya kira, tak perlu sebab memang terlalu obvious perbezaannya.
P/s: Wahabi Bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah Malaysia |
7) WAHHABI sangat suka memastikan agama ini & sunnah Nabi s.a.w. kekal dengan sifatnya yang asal tanpa sedikit pun perubahan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
إِنَّ الدِّينَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْحِجَازِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
"Sesunggunya, agama (Islam) akan kembali bersarang ke Semenanjung Hijaz sebagaimana ular bersarang ke lubangnya.
وَلَيَعْقِلَنَّ الدِّينُ مِنَ الْحِجَازِ مَعْقِلَ الأُرْوِيَّةِ مِنْ رَأْسِ الْجَبَلِ
& pasti agama (Islam) akan dibentengi oleh Semenanjung Hijaz sebagaimana kambing gurun menjadikan puncak gunung sebagai benteng.
إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي
Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing dan ia akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing iaitu mereka yang memperbaiki sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia setelah (kewafatan)ku". [Hadits riwayat at-Tirmizi di dalam Jami' at-Tirmizi (2554) & beliau menilainya sebagai "Hasan Sahih."]
Adapun ASWJ di Malaysia, kita lebih suka mengubahsuai sunnah Nabi s.a.w. agar sesuai dengan selera & kehendak kita. Misalnya, kerana masyarakat sukakan muzik & nyanyian, maka kita adakan program berzikir sambil menyanyi & bermain alat muzik.
Diantara cara sufi mendekatkan diri pada Tuhan - Muzik dan tarian sufi
Ustaz Haslin Baharin - Tiada jalan pintas dalam Islam untuk berjaya
8) WAHHABI bersikap tegas dalam menentang bid'ah, ahlul bid'ah & orang-orang munafiq (seperti Kaum Syiah) kerana mengikut pesanan Nabi s.a.w.:
مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ
“Tidaklah seorang nabi yang diutus oleh Allah pada suatu umat sebelumku melainkan dia memiliki para pembela dan sahabat-sahabat yang memegang teguh sunnahnya & mengikuti perintah-perintahnya.
ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لاَ يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لاَ يُؤْمَرُونَ
Kemudian datanglah selepas mereka orang-orang yang menggantikan mereka yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN (Munafiq) & BUAT APA YANG TAK DISURUH (Ahlul Bid'ah).
فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ
Maka, sesiapa yang menentang mereka dengan tangannya (kuasanya) maka dia seorang yang beriman.
وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ
Sesiapa yang menentang mereka dengan lisannya, maka dia seorang yang beriman.
وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ
Sesiapa yang menentang mereka dengan hatinya, maka dia seorang yang beriman
وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ
& belakang dari itu, (tidak berusaha langsung untuk menentang mereka) tidak ada keimanan walau sebesar biji sawi pun (di dalam dirinya).” [Sahih Muslim (50)]
Sedang ASWJ di Malaysia pula, kita lebih suka mempertahankan bid'ah berbanding keaslian sunnah. Lebih menarik lagi, tokoh berpenampilan 'ulama' yang selalu membuat dakwaan aneh tanpa bukti (seperti angka 13 adalah tanda qiyamat, darah wali berwarna putih, roh Nabi s.a.w. hadir ke konsert qasidah & sebagainya) pula, kita pertahankan habis-habisan & diberikan tauliah untuk mengajar di negara kita, misalnya di Darul Aman.
Kisah negeri Kedah - Syeikh Zainul Asri
Perkongsian Facebooker |
Perkongsian Facebooker |
KESIMPULAN
Maka, sebab itulah kita mesti menentang ajaran sesat WAHHABI kerana ia pasti dapat memecah belahkan masyarakat, KECUALI kalau kita sudi mencampur adukkan antara haq & batil.
Lawan tetap lawan!
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan