Bencana mengajar manusia tentang kehebatan Allah
Bencana
alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa
apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada
siapa pun yang dapat mengekangnya.
Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.
Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa.
Mereka tidak terus menerus bersedih atas kejadian itu, bahkan saintis jepun mengambil langkah segera mengkaji kejadian tersebut agar pencegahan awal atau sistem amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Sikap ini memberi makna bahawa mereka sangat memandang tinggi
keperluan mengkaji hubungan alam dengan manusia. Menginsafi sikap
mereka, orang Islam seharusnya insaf bahawa ilmu kejadian alam
sebenarnya adalah ilmu daripada Allah yang terkandung hikmah.
Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah.
Sesuatu yang tidak diketahui oleh akal tidak bermakna ia tidak ada. Keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa memberikan asas iman dalam diri manusia.
Memahami keterbatasan manusia
Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran memberikan asas bahawa penerokaan langit dan bumi hanya boleh berlaku dengan alat, kemudahan atau teknologi.
Surah Al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada orang-orang Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya qalam iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu.
Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.
Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna (Ibrahim: 32)
Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian.
Inilah asas ulul-albab yang terdapat di dalam Al Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa.
Surah ali-’Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.
Allah juga memberi asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, sering al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini supaya manusia selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya (al-Mukmin: 57) . Islam menjadi lebih menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda untuk suatu kebangkitan.
Maurice Bucaille, dalam bukunya bertajuk Al-Quran dan Sains Moden menceritakan dengan banyak tentang keakraban kitab al-Quran dalam dunia sains moden.
Beliau menyebut tentang sebuah kitab yang mampu menceritakan kejadian-kejadian sains yang hanya diteroka pada zaman moden. Walaupun al-Quran bukan kitab saintifik, tetapi pedoman-pedoman saintifik di dalamnya memandu tradisi keilmuan berkembang dengan mengambil kira faktor keinsanan, sains dan teknologi supaya manusia menjadi lebih manusiawi.
Keserakahan
Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amat terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan kehidupan. Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan landasan.
Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena tersebut.
Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.
Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan teknologi, informasi dan industrialisasi.
Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap kuasa yang belum menguasai teknologi.
Perubahan dan evolusi dalam bidang sains dan teknologi memberi impak yang mendalam dalam perlumbaan menjadi yang terhebat.
Perubahan dalam tradisi Islam sebaliknya berlaku dalam dua cara.
Pertama yang bersifat bentuk atau zahiriah, ia seperti teknologi yang fungsinya adalah mekanistik, manakala yang satu lagi adalah isi (substance) yang menggambarkan perubahan dalaman dan berada dalam keadaan fitrah.
Yang fitrah adalah sesuatu yang serasi dalam kehidupan, berbuat baik umpamanya adalah sesuatu yang fitrah, memberi manfaat, berlaku adil dan amanah juga adalah sesuatu yang fitrah.
Justeru, yang fitrah itu adalah inti sebenar dalam kehidupan, tidak kira walau apa jua anutan seseorang.
Sebagai contoh, perubahan mengambil kira bagaimana teknologi dilihat sebagai alat dan bukan matlamat. Perubahan yang berlaku ialah bagaimana teknologi dan alat diberikan asas dan nilai agama supaya nilai-nilai yang fitrah menjadi manfaat kepada manusia.
Komputer misalnya, bersifat mekanistik, lalu perisian dan programnya memberi makna sama ada mampu meningkat akal budi ataupun sebaliknya.
Manusia kadangkala kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur bahawa atas nama ‘penalaran dan logik’, secara sedar atau tidak kita telah mengikis budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya.
Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi bergantung pada alam tetapi menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.
Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan canggih bagi meranapkan sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika sudah tidak lagi jadi pertimbangan.
Amat penting bagi seorang remaja memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri.
Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.
Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang diberi nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.
Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.
Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa.
Mereka tidak terus menerus bersedih atas kejadian itu, bahkan saintis jepun mengambil langkah segera mengkaji kejadian tersebut agar pencegahan awal atau sistem amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah.
Sesuatu yang tidak diketahui oleh akal tidak bermakna ia tidak ada. Keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa memberikan asas iman dalam diri manusia.
Memahami keterbatasan manusia
Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran memberikan asas bahawa penerokaan langit dan bumi hanya boleh berlaku dengan alat, kemudahan atau teknologi.
Surah Al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada orang-orang Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya qalam iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu.
Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.
Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna (Ibrahim: 32)
Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian.
Inilah asas ulul-albab yang terdapat di dalam Al Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa.
Surah ali-’Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.
Allah juga memberi asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, sering al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini supaya manusia selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya (al-Mukmin: 57) . Islam menjadi lebih menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda untuk suatu kebangkitan.
Maurice Bucaille, dalam bukunya bertajuk Al-Quran dan Sains Moden menceritakan dengan banyak tentang keakraban kitab al-Quran dalam dunia sains moden.
Beliau menyebut tentang sebuah kitab yang mampu menceritakan kejadian-kejadian sains yang hanya diteroka pada zaman moden. Walaupun al-Quran bukan kitab saintifik, tetapi pedoman-pedoman saintifik di dalamnya memandu tradisi keilmuan berkembang dengan mengambil kira faktor keinsanan, sains dan teknologi supaya manusia menjadi lebih manusiawi.
Keserakahan
Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amat terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan kehidupan. Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan landasan.
Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena tersebut.
Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.
Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan teknologi, informasi dan industrialisasi.
Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap kuasa yang belum menguasai teknologi.
Perubahan dan evolusi dalam bidang sains dan teknologi memberi impak yang mendalam dalam perlumbaan menjadi yang terhebat.
Perubahan dalam tradisi Islam sebaliknya berlaku dalam dua cara.
Pertama yang bersifat bentuk atau zahiriah, ia seperti teknologi yang fungsinya adalah mekanistik, manakala yang satu lagi adalah isi (substance) yang menggambarkan perubahan dalaman dan berada dalam keadaan fitrah.
Yang fitrah adalah sesuatu yang serasi dalam kehidupan, berbuat baik umpamanya adalah sesuatu yang fitrah, memberi manfaat, berlaku adil dan amanah juga adalah sesuatu yang fitrah.
Justeru, yang fitrah itu adalah inti sebenar dalam kehidupan, tidak kira walau apa jua anutan seseorang.
Sebagai contoh, perubahan mengambil kira bagaimana teknologi dilihat sebagai alat dan bukan matlamat. Perubahan yang berlaku ialah bagaimana teknologi dan alat diberikan asas dan nilai agama supaya nilai-nilai yang fitrah menjadi manfaat kepada manusia.
Komputer misalnya, bersifat mekanistik, lalu perisian dan programnya memberi makna sama ada mampu meningkat akal budi ataupun sebaliknya.
Manusia kadangkala kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur bahawa atas nama ‘penalaran dan logik’, secara sedar atau tidak kita telah mengikis budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya.
Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi bergantung pada alam tetapi menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.
Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan canggih bagi meranapkan sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika sudah tidak lagi jadi pertimbangan.
Amat penting bagi seorang remaja memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri.
Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.
Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang diberi nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.
Tsunami antara bukti kekuasaan Allah
March 23rd, 2011 | 12:21 pm | Tazkirah
Peristiwa
ombak besar Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu
rentetan gempa bumi di Acheh yang telah meragut nyawa ratusan ribu umat
manusia terus menjadi tajuk utama akhbar, tv dan media massa yang lain
dan terbaru di Jepun. Kita sebagai umat Islam yang mengakui kehebatan
dan kekuasaan Allah mesti mengambil iktibar yang sebanyak mungkin
daripada peristiwa yang menggemparkan dunia ini sehingga kita mampu
menghampirkan lagi diri ini kepada Allah. Kita jangan menjadi umat yang
sekadar melihat dan mendengar peristiwa yang berlaku sedangkan diri
mereka tetap ditakuk yang lama iaitu hanyut dengan tipu daya dunia. Kita
juga turut disuruh berfikir secara rasional mengenai apa yang berlaku
agar ia dijadikan pengajaran berharga dalam menginsafkan diri kita
sebagai hamba Allah yang serba kekurangan.
Bagi menguatkan pegangan kita tentang apa yang berlaku merupakan
antara tanda kekuasaan Allah maka kita datangkan dengan 3 dalil atau
hujah iaitu sebagaimana berikut:
- Dalil akal: melaluinya kita sebagai seorang yang beriman wajib yakin bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja samada dengan bersebab atau ada tanpa sesuatu sebab kerana Allah membuat sesuatu mengikut kehendakNya bukan dipaksa oleh kuasa lain. Oleh itu Allah mendatangkan tsunami ini samada disebabkan kedurhakaan manusia atau kerana kehendakNya semata-mata adalah bergantung kepada kehendak atau iradatNya bukan semestinya ada sebab baru ia boleh berlaku.
- Dalil Naqli atau wahyu maka di sana banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyatakan setiap yang berlaku samada gempa bumi, petir, banjir, taufan, gerhana merupakan antara tanda kekuasaan Allah bagi menjinakkan hati manusia untuk menghampiri Allah sepanjang masa
- Dalil adat termasuk teori sains walau pun ada yang berbetulan atau tidak maka ia juga boleh dijadikan hujah untuk kita menerima bahawa tsunami yang berlaku akibat kealpaan manusia itu sendiri seperti merosakkan hutan paya bakau yang menyebabkan kerosakan akibat ombak lebih besar berbanding jika hutan itu dijaga atau dikekalkan. Begitu juga kecuaian manusia yang menguji senjata di dalam laut yang menyebabkan boleh berlakunya gempa bumi. Ini semua memberi pengajaran yang besar kepada manusia agar menjaga alam sekitar dengan baik disamping tidak melakukan kedurhakaan terhadap Allah.
15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam
November 14th, 2012 | 10:37 am | Soal Jawab Agama
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
Sumber: szlihin
Sumpah Laknat dalam al-Quran
May 4th, 2011 | 6:01 pm | Akidah
Mubahalah ialah masing-masing pihak diantara orang-orang yang berbeda pendapat mendoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan la’nat kepada pihak yang berdusta.
Dalam sirah nabi peristiwa mubahalah pernah berlaku, Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadi bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan seorang pelayan dan majikan datang kepada Rasulullah SAW. Lalu Baginda mengkehendaki kedua-duanya mengadakan sumpah pengutukan. Tetapi salah seorang daripada keduanya berkata: “Janganlah engkau mengeluarkan sumpah kutukan itu. Demi Allah, sekiranya dia Nabi yang benar lalu dia meminta kita mengadakan sumpah kutukan, nescaya kita tidak akan mendapat keuntungan selama-lamanya”.
59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: “Dalam ayat-ayat yang lalu Allah SWT menerangkan keadaan Nabi Isa a.s. sejak daripada kandungan dan apa yang berlaku kepadanya daripada mukjizat dan bagaimana ia adalah seorang Nabi yang soleh serta hamba Allah”.
60. (Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
61. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.
62. Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .
63. Kemudian jika mereka berpaling (dari kebenaran), maka sesunguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang berbuat kerusakan.
Sebab nuzul ayat ke-59
Ayat ini diturunkan kerana wujud perdebatan antara rombongan kaum Nasrani dengan Nabi SAW. Rombongan tersebut berkata kepada Nabi SAW: “Apa sebab tuan mengata-ngata tuan kami? Nabi SAW menjawab: “Apa yang telah saya katakan?” Mereka berkata: “Tuan mengatakan Nabi Isa a.s itu hamba Allah SWT!”
Nabi SAW menjawab: “Benar! Dialah hamba Allah dan utusan-Nya Allah SWT pertaruhkan kalimat-Nya kepada anak dara yang tidak berkahwin iaitu Maryam”.
Mendengar jawapan Rasulullah SAW, mereka marah lalu berkata: “Adakah tuan pernah melihat seorang yang dilahirkan dengan tidak berayah? Kalau tuan orang yang benar tunjukkanlah kepada kami satu contoh”.
Maka Allah SWT turunkan ayat ini, bahawa sesungguhnya Isa a.s yang dijadikan oleh Allah SWT dengan cara yang mereka anggap pelik kerana ia terjadi dalam keadaan tidak berayah. Tidaklah kurang peliknya dengan misalan Adam AS dijadikan tanpa ayah dan ibu.
Adam a.s dijadikan Allah SWT daripada tanah. Kalaulah mereka sudah mengakui tentang kejadian Adam itu tidak pelik, maka tidak sepatutnya mereka mengingkari tentang kejadian Nabi Isa pula. Kerana jika Allah SWT menghendaki terjadinya sesuatu, Ia akan mengatakan: “Jadilah engkau!” Maka jadilah ia.
Iktibar dan fiqh ayat:
- Al-Maraghi berkata: “Ayat ini mengandungi perumpamaan yang sangat jelas, kerana titik persamaan kedua-dua belah pihak disebutkan dengan terang, sehingga dapat menghilangkan keraguan musuh Allah SWT. “Ini disebabkan orang yang mengingkari kejadian Nabi Isa tanpa ayah, sedangkan pada masa yang sama, dia mengakui kejadian Nabi Adam AS yang tidak berayah dan beribu, yang merupakan suatu perkara yang seharusnya tidak terjadi dan tidak dapat diterima oleh akal”.
- Hamka berkata: “Ayat ini membantah kedua pihak. Pertama yang tidak percaya sama sekali bahawa Nabi Isa lahir tidak dengan perantaraan bapa, sehingga dituduh dengan pelbagai macam tuduhan oleh orang Yahudi. Padahal mereka pun percaya Nabi Adam dijadikan daripada tanah tidak dengan bapa tidak dengan ibu. Orang zaman sekarang terlalu terpesona dengan teori Darwin.
- “Yang kedua ialah penyadaran bagi orang oleh kerana Nabi Isa tercipta dengan perantaraan Roh Allah, iaitu kalam-Nya yang menjelma menyerupai diri sebagai manusia, sebab itulah mereka tuhankan dia. Kerana perkara luar biasa itu dia dituhankan nescaya Nabi Adam yang terlebih dahulu dituhankan”.
Adalah diriwayatkan, bahawasanya Nabi SAW mengajak orang-orang Nasrani Najran itu beribtihal atau mubahalah, yakni berlaknat-laknatan dan sesiapa yang berdusta dialah yang ditimpa laknat. Tetapi mereka enggan.
Iktibar dan fiqh ayat:
- Al-Maraghi berkata: “Hendaklah kamu tetap teguh dengan keyakinan dan ketenanganmu dalam menuju kebenaran serta menjauhkan diri daripada sebarang keraguan”.
- Muhammad Quraish Shihab berkata: “Ayat ini menegaskan apa yang ditegaskan oleh ayat yang lalu bahawa apa yang telah Allah SWT wahyukan kepadamu ini wahai Muhammad itulah kebenaran mutlak. “Kemutlakan itu difahami daripada bentuk makrifat, yakni huruf alif dan lam yang menghiasi kata hak. Kebenaran mutlak itu datang dari Tuhanmu Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kasih padamu”.
- Hamka berkata: “Ayat ini membantah kepercayaan yang ganjil itu. Lalu dijelaskan bahawa Allah Maha Kuasa telah menciptakan Nabi Adam dari tanah tidak dengan perantaraan bapa dan ibu. “Datangnya Nabi Adam ke dunia bukanlah mempusaka dosa dan lahirnya Nabi Isa bukan pula penebus dosa melainkan sebagai Rasul-rasul Allah yang lain juga. Diutus sebagai pembimbing manusia menuju ke jalan yang diredai-Nya”.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan seorang pelayan dan majikan datang kepada Rasulullah SAW. Lalu Baginda mengkehendaki kedua-duanya mengadakan sumpah pengutukan. Tetapi salah seorang daripada keduanya berkata: “Janganlah engkau mengeluarkan sumpah kutukan itu. Demi Allah, sekiranya dia Nabi yang benar lalu dia meminta kita mengadakan sumpah kutukan, nescaya kita tidak akan mendapat keuntungan selama-lamanya”.
Lalu kedua-duanya berkata kepada Nabi SAW, “Kami akan memberi tuan apa yang tuan minta”. Oleh itu, kirimkanlah bersama kami seorang lelaki yang tuan amanahkan.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Berdirilah engkau wahai Abu Ubaidah”. Tatkala dia sudah berdiri lalu Baginda bersabda: “Inilah orang kepercayaan daripada umat ini (Islam)”.
Abu Nu’aym meriwayatkan dalam kitab al-Dalail, daripada Ibn Abbas, “terdapat lapan orang Nasrani Najran datang kepada Rasulullah SAW. Antara mereka, terdapat seorang pelayan dan majikan. Lalu Allah SWT berfirman, Katakanlah, mari…, lalu mereka berkata, “Berilah kami tempoh tiga hari”.
Mereka kemudiannya pergi kepada kaum Yahudi Quraizah, Nadr dan Qainuqa’. Lalu mereka memberi isyarat agar mengadakan perdamaian dan jangan mengadakan sumpah saling mengutuk dengan Baginda. Mereka berkata, “Dialah Nabi yang kita temui di dalam Taurat kerana itu adakanlah perdamaian dengan Baginda dengan bayaran sebanyak 1,000 helai pakaian dibayarkan pada bulan Safar dan 1,000 lagi pada bulan Rejab serta beberapa dirham”.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW memilih Fatimah, Ali dan kedua-dua puteranya untuk mengerjakan mubahalah ini. Baginda kemudiannya keluar bersama mereka, sambil bersabda, “Jika aku membaca doa, hendaklah kamu mengaminkannya”.
Ibn Asakir meriwayatkan daripada Ja’far daripada bapanya, bahawa ketika ayat ini turun, beliau membawa Abu Bakar r.a bersama seorang anaknya, Umar r.a., bersama seorang anaknya, dan Uthman r.a bersama seorang anaknya. Tidak diragukan daripada ayat ini orang akan memahami bahawa Nabi SAW menyuruh golongan Ahli Kitab yang memperdebatkan peristiwa Nabi Isa dengan kaum mukmin agar mengumpulkan kaum lelaki, wanita dan anak-anak daripada kalangan mereka.
Nabi SAW juga mengumpulkan orang yang beriman, kaum lelaki, wanita dan anak-anak untuk melakukan doa mubahalah, iaitu memohon laknat ditimpakan kepada orang yang berdusta dalam persoalan Nabi Isa ini.
Iktibar dan fiqh ayat:
- Al-Maraghi berkata: “Dalam ayat di atas perkataan anak-anak soleh dan isteri disebut terlebih dahulu daripada dirinya sendiri. Padahal seseorang sentiasa memikirkan nasib anak dan isterinya, sebenarnya adalah untuk menyatakan betapa Nabi SAW telah berasa aman, memiliki kepercayaan yang penuh dan keyakinan yang teguh dengan kebenaran misinya, hinggakan Baginda menaruh kepercayaan sesuatu misbah yang tidak diinginkan akan menimpa mereka. “Ayat ini dinamakan ayat mubahalah, ertinya berdoa agar musuhnya mendapat laknat Allah”.
- Muhammad Quraish Shihab berkata: “Ayat ini diletakkan setelah ajakan memanggil anak dan isteri dan sebelum bermubahalah. Ini memberi isyarat bahawa Nabi SAW masih memberi kesempatan waktu yang relatif tidak singkat kepada yang diajak itu, untuk berfikir menyangkut soal mubahalah, kerana akibatnya sangat fatal”.
- Hamka berkata: “Mubahalah ialah bersumpah yang berat. Di dalam sumpah itu dihadirkan anak dan isteri dari kedua pihak yang bersangkutan, lalu diadakan untuk mempertahankan kebenaran masing-masing. “Jika kedua belah pihak masih tidak mengalah dan bertolak ansur maka tunggulah laknat-Nya kepada siapa yang masih mempertahankan pendirian yang salah. Inilah ajakan Rasulullah SAW kepada utusan-utusan Najran yang mempertahankan Nabi Isa adalah putera Allah SWT. “Ayat mubahalah adalah pembuktian antara yakin dan teguhnya orang Islam pada iman dan kepercayaannya. Keyakinan Tauhid adalah pegangan seluruh keluarga untuk mempertahankan diri hidup atau mati demi menegakkan kebenaran”.
- Al-Qurtubi berkata: “Isyarat pada sesungguhnya ini, kembali kepada al-Quran dan apa yang terkandung daripada kisah-kisah. Di namakan kisah kerana segala makna ikut mengikuti antara satu sama lain”.
- Sheikh Sya’rawi berkata: “Jika datang kisah daripada tuhan yang satu, maka kita yakin bahawa tiada lagi di sana Tuhan yang lain mendatangkan dengan kisah-kisah yang lain”.
- Al-Sonhadji berkata: “Ayat ini dijadikan hujah menolak dakwaan orang-orang Nasrani yang mengatakan, Allah SWT itu Tuhan yang ketiga dari tiga serangkai. Dan sesungguhnya Allah itu adalah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Yakni tidak ada yang lebih perkasa dan lebih bijaksana daripada-Nya, dan tidak ada yang layak untuk menandingi-Nya selain Allah sendiri”.
- i. Ibn Kathir berkata: “Allah menutup ayat ini dengan menjelaskan siapa yang menyeleweng daripada kebenaran kepada kebatilan maka dialah yang sebenarnya merosakkan di muka bumi. Sedangkan Allah Maha Mengetahui dan pasti membalas perbuatan mereka kerana Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya.
- ii. Hamka berkata: “Tasamuh (toleransi) beragama ini adalah dasar dari dakwah Islam. Yang menentukan petunjuk bagi manusia , bukanlah manusia melainkan Allah SWT. Tetapi orang tidaklah boleh berhenti mengadakan dakwah. “Suatu toleransi tidak disertai dengan perluasan dakwah akan menuju kehancuran. Kita harus berani mengikut Rasulullah SAW, berani berhadapan dengan pemeluk agama yang lain dengan mengadakan mubahalah. Sesungguhnya keberanian itu tidak akan wujud jika kita tidak mengerti agama kita sendiri”.
Semoga Allah memelihara kita daripada kesesatan dan menjadikan kita sentiasa istiqamah. Amin.
DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Falsafah Dua Kalimah Syahadah
ssalamualaikum wbh,Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah. Ini merupakan fakta yang diketahui umum. Apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah, maka sucilah dia dari dosa-dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat dan haji. Wajib juga ke atasnya menurut segala yang diarahkan Allah swt, dan juga meninggalkan segala yang dilarang Allah swt.
Dua kalimah yang pendek dan ringkas ini, nyata-nyata mempunyai pengertian dan falsafah yang sangat mendalam, yang mana mampu menambahkan keimanan, keyakinan dan iktiqad seorang Muslim. Di dalam tulisan kali ini, penulis ingin mengajak kita bersama menghayati falsafah dan makna dua kalimah syahadah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.
Sebagaimana kaedah yang selalu penulis gunakan di tulisan-tulisan yang lepas, kali ini juga kita akan menggunakan kaedah yang sama, iaitu kita akan melihat satu per satu perkataan-perkataan di dalam dua kalimah syahadah serta hikmah dan pengajaran di sebaliknya, insyaAllah.
1) La ilaaha (An-Nafyu, iaitu penafian)
Selalu diertikan dengan ‘tiada Tuhan’. Namun pengertian ini tidak begitu tepat, kerana perkataan ‘Tuhan’ di dalam bahasa Arab ialah ‘Ar-Rob’, sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin”, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’. Adapun perkataan ‘ilah’, sebagaimana di dalam syahadah bermaksud ‘Tuhan yang selayaknya disembah’. Oleh itu, la ilaaha bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknnya disembah’.
Adapun bahagian pertama kita kenali sebagai An-Nafyu, iaitu penafian, kerana di dalamnya kita menafikan akan wujud sebarang Tuhan yang layak disembah, dan ditujukan segala amal ibadah.
2) Illa Allah (Al-Itsbaat, iaitu penetapan)
Diertikan dengan maksud ‘melainkan Allah’. Terdapat dua pandangan dari nama datangnya kalimah nama ‘Allah’ itu sendiri, iaitu:-
i) pendapat pertama, mengatakan bahawa perkataan Allah itu berasal dari perkataan ‘Ilah’ yang penulis tuliskan di atas. Dari kata akar ‘Ilah’, datang perkataan Allah. Pendapat ini bukan pendapat yang tepat.
ii) Pendapat kedua, mengatakan bahawa perkataan Allah itu singular, dan plural bagi perkataan Allah ialah ‘Ilah’. Ini juga merupakan pendapat yang kurang tepat.
iii) Adapun pandangan yang ketiga, merupakan pendapat Al-Imam Syafi’e rahimahullah, dan juga majority para ‘ulama, iaitu perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Bahkan Allah itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam, dan juga sebagaimana Dia menggelarkan diriNya di dalam kitab-kitab yang diturunkanNya. Ini merupakan pandangan yang paling tepat dan paling cantik, bersesuaian dengan Allah yang Maha Esa dan mutlak kuasaNya ke atas segala sesuatu, selayaknya dengan kemuliaanNya.
Rukun atau bahagian kedua ini, dipanggil ‘Al-Itsbaat’, iaitu penetapan, kerana di dalamnya kita menetapkan kepercayaan ‘selain Allah’. Bahagian kedua ini, datang secara bersusulan dengan bahagian yang pertama, ‘La Ilaaha’ tadi.
Mengapakah kalimah syahadah ini datang dengan dua bahagian, iaitu penafian, dan kemudian penetapan?
Ini adalah kerana pernyataan yang datang secara gandingan penafian dan penetapan, merupakan pernyataan yang paling kukuh dan tepat. Sebagai contoh, kita katakan,
‘Azri ada di dalam kelas’.
Pernyataan ini menyatakan bahawa Azri ada di dalam kelas, akan tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan kehadiran orang lain, atau dengan kata lain, mungkin bersama-sama Azri itu, ada orang yang lain di dalam kelas tersebut. Begitu juga kita katakan,
‘Tiada sesiapa pun di dalam kelas’.
Kenyataan ini menyatakan bahawa tiada sesiapapun di dalam kelas, iaitu menafikan secara 100% kehadiran seorang manusia pun di dalam kelas.
Sekarang, cuba kita gandingkan,
‘Tiada seorang manusiapun di dalam kelas tersebut, melainkan Azri’.
Secara tepat dan mutlak, kita fahami dari ayat ini bahawa Azri ada di dalam kelas, wujud, dan tiada seorangpun manusia yang lain selain dari Azri di dalam kelas. Struktur yang kukuh inilah yang digunakan Allah swt di dalam kalimah syahadah, iaitu,
‘Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala bentuk ibadah, melainkan Allah’.
Kerana itulah, kita katakan bahawa pernyataan ini adalah struktur yang paling kukuh di dalam menetapkan tiada Tuhan yang selayaknya disembah, melainkan Allah.
Penulis merasakan juga bahawa penting untuk kita ketahui tauhid apakah yang terkandung di dalam syahadah ini. Sebelum itu, secara ringkas akan penulis bawakan tiga pembahagian tauhid, iaitu:-
i) tauhid rububiyah, iaitu tauhid ketuhanan. Sebagaimana namanya, tauhid ini merupakan keimanan manusia bahawa Allah lah Tuhan yang menciptakan bumi dan langit serta segala apa yang ada di dalamnya, seluruh perkara ghaib, dan juga sekalian alam-alam yang kita ketahui dan tidak ketahui, seperti alam rahim, alam roh, alam akhirat, alam barzakh, alam manusia, alam jin dan lain-lain lagi. Tauhid ini merupakan tauhid yang am, kerana hatta orang-orang kafir juga terkandung di dalam hati mereka tauhid ini. Firman Allah swt, “Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka (hai Muhammad), ‘siapakah yang mencipta bumi dan langit?’ Secara pasti, mereka akan menjawab ‘Allah’”.
Begitu juga dengan hal Iblis, dia juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt tatkala Iblis enggan sujud kepada Adam as, “Engkau (Ya Allah) MENCIPTAKAN DIA (ADAM) DARI TANAH, DAN KAU CIPTAKAN AKU DARI API”. Perhatikan dengan teliti bahawa secara langsung Iblis mengiktiraf bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan dirinya dan juga Adam as.
Oleh kerana itu, bukan tauhid ini yang kita katakana terkandung di dalam syahadah kita ‘La Ilaaha Illa Allah’.
ii) tauhid asma’ wa as-sifaat, iaitu tauhid nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tauhid ini bermakna kita beriman dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang baik, 99 yang kita ketahui, dan juga nama-nama dan sifat-sifat Allah yang ghaib dan tidak kita ketahui. Kita hanya mengetahui 99 daripadanya, kerana itu sahaja jumlah yang dibertahukan kepada kita oleh Allah di dalam Al-Quran, dan Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Adapun yang selebihnya tidak kita ketahui.
Iblis juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt “Dia (Iblis) berkata: Maka dengan KEKUATANMU, (aku bersumpah) akan aku sesatkan mereka (Adam as dan keturunannya) kesemuanya”.
Perhatikan bahawa Iblis bersumpah menggunakan nama dan sifat Allah, iaitu kekuatan (‘Izzah), dan ini merupakan sebahagian dari nama dan sifat Allah. Maka kerana itu, kita katakana bahawa bukan tauhid ini yang kita selitkan di dalam syahadah kita.
iii) tauhid uluhiyyah, iaitu tauhid yang bersifat ‘Ilah. Perhatikan di dalam perbincangan di atas, ‘Ilah itu bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknya disembah’. Maka dengan itu, pengertian tauhid ini ialah tauhid mengesakan Allah swt, dengan mengakui dengan hati kita bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah, dan ditujukan segala bentuk amalan kita, samada keimanan kita denganNya, solat, puasa, haji dan zakat kita, kesemuanya adalah demi Allah swt, tiada selain dariNya.
Tauhid inilah yang membezakan kita dengan orang kafir, kerana hanya orang Islam yang mukmin sahaja yang menujukan segala ibadah mereka hanya kepada Allah Yang Satu.
Maka dengan itu, tauhid jenis inilah, yang kita sertakan di dalam ucapan kita, “Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala ibadah kita, melainkan kepada Allah”.
Adapun syahadah kedua, ‘Muhammadur Rasulullah’, ia tidak mempunyai perbahasan yang kukuh dan mendalam sepertimana halnya syahadah pertama.
Ini adalah kerana Yang Esa itu hanyalah Allah swt, adapun para rasul datang dengan silih berganti. Ucapan Muhammad Rasulullah merupakan ucapan yang khas bagi kita umat Muhammad. Ini kerana ucapan beriman dengan rasul ini, silih berganti dengan nabi yang diutuskan kepada umat tersebut.
Sebagai contoh, umat nabi Nuh as akan mengucapkan ‘was asyhadu anna Nuh Rasulullah”, ‘dan aku bersaksi bahawa Nuh itu rasulullah’. Begitu juga dengan umat Musa as, ‘was asyhadu anna Musa Rasulullah’, umat nabi Isa as ‘was asyhadu anna Isa Rasulullah’, dan begitulah dengan kita, ‘was asyhadu anna Muhammada Rasulullah’.
Maka andaikata kita cuba menghuraikan dua kalimah syahadah secara terperinci, maka ianya adalah:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya aku tujukan segala bentuk amal ibadahku, dari hatiku, lidahku, amalanku, melainkan kepada Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, yang telah Allah lantik untuk menyampaikan risalah dan syariatNya, dan dengan pengakuan ini aku cerminkan di dalam setiap tingkah laku seharianku sebagai orang yang berserah diri kepada Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah saw”.
Persoalan terakhir, apakah kaitannya di antara dua kalimah syahadah dan amal ibadah kita?
Penulis teringat satu falsafah dan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebut bahawa syarat diterima ibadah kita oleh Allah swt, mempunyai dua syarat yang boleh kita fahami dari dua kalimah syahadah yang mana kita berpegang dengannya, iaitu:-
i) dari syahadah pertama, la ilaaha illa Allah, terkandung di dalamnya ikhlas. Dan ikhlas yang dimaksudkan di dalam pengertian syariat ialah tauhid, bukan ‘membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan’. Itu cuma merupakan istilah awam yang kita guna pakai seharian.
Ertikata ikhlas yang sebenar, sebagaiman firman Allah swt, “Dan tidaklah mereka (manusia) itu diarahkan (dengan sesuatu), melainkan agar mereka menyembah Allah dengan hati yang ikhlas kepadanya, agama yang murni”.
Al-Quran sendiri telah menafsirkan ertikata ikhlas ini, di dalam surah yang sangat masyhur, iaitu “Qul huwaallahu ahad, Allahus samad, Lam yalid walam yuulad, walam yakuullahu kufuan ahad”. ((Katakanlah (hai Muhammad) bahawa Allah itu Esa, Allah tempat meminta, Dia tidak melahirkan (anak) dan tidak pula Dia dilahirkan (oleh ibu atau bapa), dan tidak ada baginya saingan walau seorangpun)).
Perhatikan bahawa kandungan surah ini padat dengan ajaran tauhid, dan nama bagi surah ini ialah AL-IKHLAS. Maka jelas, bahawa erti al-ikhlas yang paling tepat ialah AT-TAUHID.
ii) syahadah yang kedua mengandungii maksud ‘ittiba’, iaitu mengikuti cara dan garis panduan yang telah digariskan oleh pesuruh Allah, Muhammad Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan kepada Rasulullah, apakah ibadah yang Dia mahukan dari hambaNya, bagaimanakah ibadah tersebut, dan bagaimanakah cara perlaksaan ibadah tersebut. Seterusnya Rasulullah saw menunjukkan kepada kita bagaimana cara perlaksanaannya, maka WAJIBLAH bagi kita mengikuti secara tepat cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Ini kerana andai kita cuba melakukan sesuatu selain dari yang diajarkan Rasulullah, bererti kita telah lari dari konteks yang Allah mahukan dari kita, atau dengan kata lain, ibadah kita tidak diterima.
Benarlah sabda Nabi saw di dalam menyokong hal ini, di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari kami (iaitu bukan dari contoh yang ditunjukkan Nabi saw dan para sahabat) maka amalan itu tertolak (tidak diterima Allah)”. Juga sabda baginda saw “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam hal kami ini (iaitu Islam) maka ianya tertolak (tidak diterima Allah)”.
Kerana itu, Ibnu Qayyiim menyimpulkan bahawa dua syarat diterima ibadah ialah, 1)isi hati yang tauhid kepada Allah swt, dan 2) mengikut cara ibadah yang ditunjukkan Muhammad Rasulullah saw.
Sambung Imam Ibnu Qayyim juga, syirik itu adalah musuh ketat dan lawan kepada tauhid, oleh itu sesiapa yang berlaku syirik kepada Allah, bererti dia telah mengingkari pengakuaanya syahadahnya yang pertama. Kerana itu kita dapati bahawa amalan syirik merupakan amalan yang mengeluarkan seseorang itu dari Islam.
Begitulah juga, lawan dan musuh ketat bagi mengikuti cara Rasul saw, ialah bidaah (iaitu mengada-adakan bentuk ibadah yang baru, yang tidak pernah ditunjukkan rasul saw). Maka sebagaiman syirik adalah pembatal syahadah pertama, amalan bidaah merupakan pembatal syahadah kedua.
Kesimpulannya, syirik dan bidaah, merupakan musuh no 1 bagi setiap Muslim yang beriman dengan Allah, RasulNya dan Hari Pembalasan.
Demikianlah sahaja coretan penulis buat masa kini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Sesungguhnya di dalam diri penulis, amat-amat mengharapkan agar kita semua bersama-sama mencari semula sunnah baginda saw. Hanya melalui sunnah baginda saw, kita semua mampu beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…sesungguhnya setiap hati yang bernyawa di muka bumi ini, samada dari kalangan jin atau manusia, adalah milikMu sepenuhnya. Engkau berikan hidayah kepada sesiapa yang Kau mahu, dan Kau sesatkan sesiapa sahaja yang Kamu mahu. Maka hindarkanlah kami dari najis syirik dan bidaah, sesungguhnya kami berlindung denganMu darinya.
Ya Allah…mencintai sunnah nabiMu Muhammad saw adalah sebahagian dari keimanan, bahkan itulah kunci bagi kami beroleh rahmat dan kasih sayangMu, di dunia dan di akhirat.
Ya Allah…kecintaanku padaMu melampaui kecintaanku kepada segala sesuatu, dan sungguh cintaku kepada kekasihMu Muhammad saw melebihi kecintaanku kepada sesiapapun di dunia ini. Sungguh aku berharap agar dapat kupupuk diri ini mengikuti jejak langkahnya…ya Allah bantulah aku dalam merindui dan menyintai dirinya.
Ya Allah…bantulah aku di dalam mengerjar cintaMu…Engkau berkata bahawa mereka yang banyak beramal dengan sunnah akan Engkau cintai…Ya Allah di saat aku membandingkan amalanku dengan kemurnian para rasul dan sahabat-sahabat mereka, terasa diriku jauh dariMu…maafkanlah kesalahan dan kekuranganku, dan walau sejauh manapun diriku dariMu, Engkau tetap tempat aku bergantung harapan, tempat aku meminta, mengadu dan memohon belas simpati.
Ya Allah…perkenankanlah doaku…andaikata Kau enggan mendengar permintaanku, maka kepada siapa lagi harus aku memohon…?
Allahumma Amin.
Ya Allah…sudahkah aku sampaikan pesananMu…?
Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin merupakan salah seorang ahli pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Madrasah Al-Wahidah yang bertanggungjawab menggubal sukatan pelajaran bagi Program Pendidikan I-LIFT yang menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islamisasi dan Integrasi Ilmu di peringkat taska, tadika & KAFA. Beliau juga merupakan fellow UniMAP, sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D Al-Quran & Sunnah (USIM). Penulis boleh dihubungi melalui www.al-wahidah.com & www.abu-intisaar.blogspot.comBy: Ustaz Mohd Azri Bin Mohd Nasaruddin
Allah berhak beri hidayah walaupun terhadap insan lakukan kejahatan
June 3rd, 2011 | 12:02 am | Tazkirah
Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.
Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.
Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.
Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.
Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)
Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.
Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.
Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.
Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.
Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.
Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Photo courtesy of Ustaz Azhar Idrus
Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber
Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.
Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.
DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.
Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.
Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.
Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.
"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.
"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.
Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.
Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.
Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.
Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).
Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.
Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.
Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.
Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.
Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.
Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.
Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.
Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.
Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.
PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – 25 Mac, 2015.
1 ulasan:
http://www.soccergaming.com/forums/member.php?u=206828
Catat Ulasan