HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 6 Mac 2015
HATI2 BERWALA'....BETULKAN NIAT KITA...JANGAN KITA TAKBUR AKHIR MASUK KUBUR GAK...JANGAN LEBEL2KAN ORANG...KITA BAIK SANGAT KE...AKAN DATANG KITA TAK TAHU....JANGAN PULAK KITA MENDAHULUI TAKDIR PULA
Kelantan Dalam Sejarah: Dari Batu Asas Kepada Batu Nesan, PAS Kecundang PRN Kelantan 1978
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah
melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato
‘tangan keramat yang menyelamatkan Kelantan dari tergadai’ oleh Haji
Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya dalam Pilihan Raya Negeri
Kelantan 1978. Ini kisah di sebalik pidato itu.
Pada 12hb Februari 1978, perintah darurat di Negeri Kelantan telah
ditarik balik oleh Yang DiPertuan Agong. Pengumuman tersebut dibuat oleh
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed selaku Timbalan Perdana Menteri dalam
satu perhimpunan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu.
Kelantan telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
melalui Akta Kuasa-Kuasa Darurat Negeri Kelantan (1977) sejak 8 November
1977, setelah berlaku rusuhan politik di beberapa jajahan di Kelantan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Rusuhan politik itu berpunca dari perpecahan dalaman parti PAS yang
memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1959.Pada 1 Julai 1974, Barisan
Nasional didaftarkan dan PAS bertanding
dalam pilihan raya umum ke empat pada 24hb Ogos 1974 sebagai komponen
BN. PAS menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, UMNO 13
dan MCA satu. Muhamed Nasir yang mewakili PAS telah dipersetujui oleh BN
sebagai Menteri Besar Kelantan ke tiga sejak pilihan raya 1959.Bagaimanapun, menjelang September 1977, perasaan tidak puas hati
pimpinan PAS Kelantan terhadap Muhamed Nasir memuncak. Ini berpunca dari
beberapa tindakan Muhamed Nasir yang menimbulkan rasa tidak senang hati
‘gang 16’ termasuk Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri bin Muda dan
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi bin Omar. Kedua-dua, Asri
dan Ishak Lotfi adalah bekas Menteri Besar Kelantan.
Muhamed Nasir mendakwa ‘gang 16’ menerusi pentadbiran terdahulu
bertindak tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Kelantan dan beliau
berazam untuk memperbetulkan kesilapan lampau PAS itu.
Ehsan National Library Board Singapore.
Antara tindakan Muhamed Nasir ialah, menarik balik pajakan tanah
hutan seluas 350,000 ekar yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines
dari Singapura dan juga membekukan pemberian tanah seluas 240,000 ekar
kepada syarikat dari Kanada. Kedua-dua pajakan ini telah diluluskan oleh
Menteri Besar PAS terdahulu sebelum mereka menyertai BN.Pada awalnya, PAS Kelantan telah mengarahkan Datuk Haji Muhamed bin
Nasir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September
1977. Bagaimanapun akibat dari keengganan Muhamed, beliau telah dipecat
sebagai ahli PAS dan satu undi tidak percaya telah dibawa oleh Ahli-Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS ke atas beliau selaku Menteri Besar.Ini menimbulkan ketegangan di kalangan penyokong kedua-dua belah
pihak. Beberapa siri rapat umum dan perhimpunan raksasa telah dibuat di
sekitar Kelantan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menunjukkan
kekuatan masing-masing dan juga bagi mendapat simpati serta sokongan.
Pada 15hb Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak
percaya kepada Muhamed Nasir. 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN BN
dan seorang ADUN MCA bertindak keluar dewan.
Muhamed Nasir sendiri bertindak keluar Dewan dan kemudiannya telah
mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang Kerian.
Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan bagi
membolehkan satu pilihan raya negeri di adakan. Pihak PAS juga
difahamkan memohon mengadap bagi meminta seorang Menteri Besar baru
dilantik dari kalangan ADUN PAS.
Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota Bharu. Pihak Polis
dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhon terpaksa melepaskan gas pemedih
mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah berkurung
di isytiharkan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat meredakan keadaan.
Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan provokasi
terhadap satu sama lain. Pada malam 22hb Oktober 1977, rumah bekas
Timbalan Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau
terpaksa melepaskan tembakan amaran.Pada 8hb November 1977, YAB Perdana Menteri, Datuk Hussein bin Onn
telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan)
1977 di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan
selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat.
Akhirnya ia dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong
manakala 18 ahli menentang.Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di
letakan dibawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah
melantik Encik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Perdana Menteri
juga meminta Datuk Haji Muhamed bin Nasir untuk terus menjalankan tugas
sebagai Menteri Besar. Muhamed Nasir telah menubuhkan sebuah parti
politik baru bernama BERJASA yang turut disertai oleh
penyokong-penyokongnya dari PAS.
Dengan penarikan balik perintah darurat pada 12hb Februari 1978,
Encik Hashim bin Aman telah menandatangani surat perletakan jawatannya
sebagai Pengarah MAGERAN dan menyerahkan tangungjawab mentadbir negeri
sepenuhnya kepada Haji Muhamed Nasir, selaku Menteri Besar.
Pada 13hb Februari 1978, Pemangku Sultan telah berkenan membubarkan
DUN Kelantan atas nasihat Menteri Besar. Suruhanjaya pilihan raya
kemudiannya menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri Kelantan
pada 11hb Mac 1978.
Pilihan raya Negeri Kelantan melihatkan pertandingan sengit di antara PAS, BN dan BERJASA.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tengku Razaleigh
Hamzah mengumumkan bahawa BN dan BERJASA akan bergabung untuk menubuhkan
kerajaan campuran sekiranya PAS gagal mendapat majoriti.
Seramai 321,669 penduduk Kelantan layak membuang undi. Pilihan raya
negeri ini amat penting untuk PAS dan juga UMNO. PAS Kelantan yakin akan
dapat mempertahankan kerajaan dan percaya krisis dalaman parti ini
tidak akan menjejaskan peluang parti tersebut. Sebaliknya PAS
mengharapkan keputusan cemerlang bagi membantu mengukuhkan kedudukannya
di negeri-negeri Kedah, Perlis dan Terengganu.
UMNO pula berdepan dengan ujian yang akan menunjukkan sikap
orang-orang Melayu terhadap parti itu terutamanya setelah kes pecah
amanah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun bin Idris dan
pergolakan politik yang melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua
Menteri di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. UMNO mensasarkan
BN akan memenangi 18 kerusi, penambahan 4 kerusi dari yang dimenanginya
dalam PRU 1974, ketika PAS bersama BN. Bagi menubuhkan kerajaan, UMNO
amat bergantung kepada prestasi BERJASA.
Akhirnya pengundi-pengundi di Kelantan telah membuat keputusan yang
melihat PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah
Kelantan. Keputusan pilihan raya negeri 11hb Mac 1978 menyaksikan BN
memenangi 23 kerusi dan Berjasa 11 di dalam DUN yang mempunyai 36
kerusi.
PAS hanya memperolehi dua kerusi seolah batu nesan untuknya, satu untuk kepala dan satu untuk kaki jenazah parti PAS.
Pengerusi BN, Datuk Hussein Onn mengumumkan BN akan menubuhkan
kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau
lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik
sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Datuk Haji Mohamed bin Nasir
pula telah di lantik sebagai senator dan menjadi Menteri dalam Kerajaan
Persekutuan.
Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri pula mengumumkan perletakan
jawatan enam pimpinan PAS Kelantan termasuk pesuruhajaya PAS Kelantan,
Datuk Ishak Lotfi.
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui
detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato Haji Muhamed
Nasir sambil menggenggam penumbuknya,
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 – 1978.
“Tangan keramat inilah yang selamatkan Kelantan dari di gadai…” kata
Muhamed Nasir merujuk kepada kerakusan pentadbiran PAS terdahulu
memberikan pajakan tanah hutan dan lombong kepada orang asing.“Saya
adalah sebahagian dari rakyat, dan bersama dengan rakyat kita akan
hancurkan anasir-anasir jahat ini,“Setiap inci Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan
hendaklah digunakan untuk manfaat rakyat,” kata bekas Menteri Besar itu. Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak
semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel
balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.
KUALA LUMPUR: Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013,
selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat
terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman
Facebook.
Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan
kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda
selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.
Surat terbuka kepada Najib yang dikatakan menjadi permulaan segala masalah kepada Siti Hajar - Gambar Facebook Siti Hajar
Ketika meluah masalahnya kepada Astro AWANI, Siti Hajar memberitahu,
hidupnya selepas itu mula terganggu selepas menyedari kewujudan akaun
Facebook klon yang menulis pelbagai catatan negatif yang menyentuh isu
perkauman, negara termasuk hal melibatkan pasukan bola sepak yang boleh
menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat kepadanya.
"Macam-macam ancaman sudah saya terima. Akaun palsu itu mula disedari selepas saya menulis surat terbuka berkenaan.
"Pada mulanya akaun itu menghantar beberapa mesej lucah kepada beberapa
lelaki dan memburukkan saya, hairannya pemilik akaun klon itu mempunyai
semua butiran mengenai saya," katanya.
Pada mulanya kata Siti Hajar, dia membiarkan sahaja situasi itu walaupun
beberapa sahabat sudah menasihatinya untuk membuat laporan kepada
agensi berkuasa.
Akaun palsu Siti Hajar yang banyak membuat provokasi dan menyebabkan Siti Hajar diancam - Gambar Facebook Siti Hajar
"Akaun palsu itu pada mulanya hanya mencatat status biasa-biasa sahaja
sehinggalah ada ketika menulis catatan yang melibatkan keharmonian
semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
"Mula-mula saya malas melayan tetapi nampaknya status akaun ini semakin
kritikal sehingga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis
pada April tahun lepas," jelasnya.
Katanya lagi, dia mula menerima pelbagai ancaman selepas akaun palsu berkenaan mula mencatat status mengenai Sabah dan Sarawak.
"Pada masa itu saya menerima serangan yang sangat teruk, orang ramai tidak dapat membezakan akaun asli atau palsu.
"Saya buat satu lagi laporan polis pada September tahun lepas namun
malangnya saya dimaklumkan apa yang terjadi adalah di luar kuasa
mereka," ujarnya.
Kehidupan semakin terancam
Siti Hajar memberitahu, dia semakin trauma selepas menerima jawapan
menyedihkan daripada polis dan paling menyedihkan apabila Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia (SKMM) sendiri menyatakan kes itu di luar bidang
kuasa mereka.
"Semua memberi jawapan di luar bidang kuasa. Aduan kepada SKMM sudah, aduan kepada polis pun sudah.
"Laporan pertama, polis meminta saya ke SKMM, apabila ke SKMM mereka
kata ini di luar bidang kuasa, kata mereka Facebook ini di Amerika
Syarikat (AS)," jelasnya.
Ujarnya, dia mengambil inisiatif untuk menghantar e-mel kepada Facebook
namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.
"Saya takut. Banyak kali saya hubungi polis dan pernah dinasihatkan
untuk menutup akaun Facebook sebagai penyelesaian jika tidak tahan
diancam.
"Saya pernah tutup akaun Facebook namun akaun palsu itu semakin
mengganas dengan pelbagai catatan baharu yang menyakitkan hati pembaca
serta boleh menimbulkan gangguan ketenteraman," katanya.
Catatan terbaharu Facebook palsu Siti Hajar yang menimbulkan
provokasi kepada ketenteraman kaum di negara ini - Gambar Facebook Siti
Hajar
Kata Siti Hajar lagi, kali terakhir dia membuat laporan polis adalah
pada Ahad lepas selepas akaun palsu berkenaan mencatat status yang
memprovokasi kaum India.
"Saya takut, saya terpaksa buat laporan lagi walaupun tahu mungkin tidak
ada sebarang tindakan daripada polis. Saya diancam bunuh dan saya mohon
mendapat sedikit perhatian.
"Saya tidak mahu jadi apa-apa kepada saya dan keluarga, saya kini buntu,
tidak tahu apa yang perlu di buat dan mengharap segalanya berakhir
dengan segera tanpa berlakunya sebarang kejadian yang tidak diminta,"
jelasnya. - Astro Awani
Duta AS cedera dikelar di Korea Selatan
5 Mac 2015
Keadaan Mark Lippert yang berlumuran darah - Foto AP
SEOUL - KOREA SELATAN. Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark
Lippert, 42, cedera dikelar oleh seorang penyerang ketika menghadiri
majlis sarapan pagi di sini, hari ini.
Paparan gambar menunjukkan Mark sedang dikejarkan keluar dari bangunan
terbabit dengan sebelah tangan di bahagian pipi kanannya manakala
sebelah lagi tangannya berlumuran darah.
Menurut jurucakap Jabatan Negera Amerika Syarikat, kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa duta berkenaan.
Penyerang yang dipercayai seorang lelaki berusia 55 tahun itu berjaya ditangkap pihak berkuasa.
Memetik laporan media tempatan, serangan itu berlaku kira 7.40 waktu
tempatan semasa duta berkenaan menghadiri majlis sarapan pagi di pusat
bandar Seoul Korea selatan.
Penyerang itu dilaporkan menjerit "Selatan dan Korea Utara perlu bersatu" sebelum mengelar duta berkenaan.
Sementara itu, Jabatan negeri Amerika Syarikat berkata: "Kami amat mengutuk perbuatan keganasan ini," katanya dipetik BBC
Mark ialah bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan
telah dilantik sebagai Duta Besar ke Korea Selatan pada tahun 2014.
Ibu muda ditemui mati sebelah bayi
5 Mac 2015
PETALING JAYA - Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas,
ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam tadi.
Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu kassim
berkata, suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa
memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8
malam.
Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal
keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di
rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan
sekerjanya.
Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.
Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata
tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui
sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya. - Bernama
ISLAM ADALAH AGAMA HUJAH YG TIDAK MENUNTUT KETAATAN SECARA MEMBUTA-TULI
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata."
(Surah Yusuf Ayat 108)
·
Ibu lega dapat jumpa Sirul
pada 04-03-2015 05:03 Ditulis Oleh Nurshakira Buang
KUALA LUMPUR: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar yang ditahan di Pusat
Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney menyatakan kelegaannya
selepas dipertemukan anaknya itu.
Piah Samad, 74, ketika berada di Australia sempat menyediakan makanan kegemaran untuk anaknya.
Kata Piah, sewaktu dipertemukan dengan anaknya itu Sirul ada meminta
untuk beliau menyediakan masakan makanan kegemarannya iaitu rendang.
"Lega sikitlah dah tak bimbang sangat bila dah jumpa. sebelum ini
tertanya mana dia (Sirul) pergi. Dia (Sirul) pun cakap macam mana
keadaan saya (mak) di Malaysia. Saya cakap mak sihat.
"Dia pesan belikan biskut, keropok-keropok bagi pada dia, dia pesan
juga buatkan rendang tapi ikut mak lah nak buat daging ke apa," kata
Piah dipetik melalui video yang dimuatnaik di Youtube.
Dikesempatan itu juga Piah turut berpesan kepada Sirul agar tidak meninggalkan solat serta jangan berhenti berdoa.
"Sembang-sembang dengan dia tak ada (cakap) apa, cuma makcik pesan
suruh dia sembahyang. Dia pun cakap tak berhenti solat di sini sebab
duduk dengan orang Arab, solat sunat ini semua dia buatlah," jelasnya.
"Mak cik kata tak apalah banyakkan berdoa kepada Allah," tambah ibu tua itu.
Sementara itu adik perempuan beliau, Noriatin Umar, 37, juga turut berpesan sedemikian.
"Alhamdulillah Allah permudahkan jalan untuk kami bertemu dengan dia, dimana pun dia duduk ingat pada Allah," katanya.
Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar kini
dilaporkan ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia atas
sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.
Sirul Azhar ditahan di Brisbane selepas Interpol mengeluarkan notis
merah terhadap anggota UTK itu yang dijatuhi hukuman gantung atas
sabitan kes bunuh pada 2006.
Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu
yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa
kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk
mengekstradisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan