Khamis, 8 November 2012

BILA SEGALA DAH TERBONGKAR...MAKA MEMANG JELAS RAKYAT DAH TAK MINAT SERTA BOSAN DAH



MIC kantoi, minit sahkan mereka sokong bina kondo

Harakahdaily, 07 Nov 2012


(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Di antara Awang Adek dan Nik Aziz siapa lebih berminyak

http://msomelayu.blogspot.com, 07 Nov 2012
LENTANG PETANG

Calon bakal MB Kelantan yang kalah dua gol di separuh masa pertama empat tahun lalu, Awang Adek Hussein mempersoalkan kemampuan Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menentang calon BN dalam pilihan raya akan datang. Apa dipersoalkan Awang Adek ialah mengenai keadaan Nik Aziz yang sering kali uzur.

Awang Adek: Kalah dua gol.
Bagi Awang Adek kesihatan menjadi masalah kepada Nik Aziz dan baginya MB itu perlu berundur diri dari terus bertanding dalam pilihan raya. Saya tidak tahu apakah Awang Adek faham dengan politik Nik Aziz dan politik seluruhnya. Untuk pengetahuan Awang Adek nawaitu atau political will di antara beliau dengan Nik Aziz adalah berbeza.

Umno dan Pas itu bukan saja berbeza dari segi prinsip, dasar dan pendekatannya, jenis manusia (orangnya) juga berbeza. Fizikal saja sudah membezakan di antara Awang Adek dengan Nik Aziz. Awang Adek bertubuh gembuk pendek, perut buncit manakala Nik Aziz bertubuh 'layur' kata orang Kelantan. Layur ertinya berrtubuh tipis dan leper macam ikan layur.

Kalau fizikal sudah berbeza political will juga berbeza. Pendidikan dan latar belakang mereka juga berbeza. Nik Aziz berkelulusan syariah Islamiah manakala Awang Adek iktisad atau ekonomi moden specialis dalam bidang kewangan. Perbezaan latar belakang menyebabkan wujudlah perbezaan pendekatan dan political will di antara mereka berdua.

Kalau ada persamaan di antara mereka berdua hanya dari segi latar belakang sosial budaya saja. Mereka sama-sama dilahir atau berkampung di tepi pantai. Nik Aziz sering kali ditiup bayu laut begitu juga dengan Awang Adek. Tetapi kerana perkembangan pendidikan mereka berbeza, maka pendekatan, fikrah, aliran fikiran dan siasah juga berbeza.

Dalam fikiran Nik Aziz berjaung bukan saja untuk menjadi MB atau pun menang dalam pilihan raya. Baginya berjuang untuk menegakkan tuntutan Allah. Nik Aziz berjuang bukan saja menerusi jawatan, tetapi berjuang selagi hidup. Ini sesuai dengan tuntutan al Quran dan hadith, hidup wajib berjuang. Berjuang pula bukan menegakkan asobiyah (kebangsaan) tetapi ad-den - agama.

Atas perbezaan pemahaman dan iltizam itu bagi Nik Aziz fizikal tidak ada masalah. Sama ada dia sakit atau uzur tidak menjadi masalah asalkan akalnya masih sihat. Beliau sendiri pernah berkata, dia ada pembantu, jadi kalau fizikalnya tidak larat ia boleh diuruskan oleh pembantu.

Benar juga. Tidak guna kalau fizikal kuat, tetapi otak tidak berapa nak nyala. Dalam hal ini otak Awang Adek tidak berapa hendak nyala kalau dilihat kepada corak dengan menguruskan politik di kawasannya.

Jadi di sini tidak timbul soal Nik Aziz sihat atau tidak sihat. Yang penting dia masih mampu membuat arahan kepada pembantunya. Dalam keadaan seperti ini di mana tidak mungkin dapat memantau dan melihat semua beliau mengharapkan kepada 'assoib' (pembantu) yang jujur dan bijak.

Sepatutnya sebelum Awang Adek mempersoalkan kemampuan Nik Aziz beliau juga perlu mempersoalkan kemampuan dirinya juga. Dari segi pengaruh dan sokongan ramai jelas Nik Aziz mengatasinya. Dalam politik kehebatan seseorang itu bukan saja kerana dapat memegang jawatan tinggi tetapi seramai dan sebanyak mana pengaruh dan penyokong akan diambil penilaian.

Dalam hal ini ternyata Nik Aziz lebih berpengaruh dan dihormati rakyat dari Awang Adek. Bukti paling jelas Nik Aziz terus disokong oleh parti dan rakyat sebab itu dia menang. Manakala Awang Adek tidak sampai lima tahun sudah ditohok oleh rakyat. Kekalahan memalukan dua kerusi sekaligus dalam pilihan raya umum 2008 satu di kerusi Perupuk dan satu kerusi parlimen patut dijadikan cermin ajaib oleh Awang Adek untuk menilik wajah dan pengaruh politiknnya.

Kalau dia sedar hakikat itu beliau tidak akan tergamak untuk mempersoalkan kemampuan Nik Aziz untuk berlawan lagi dalam pilihan raya akan datang. Tetapi kerana mungkin mata Awang Adek ditutup asap cigar dari Cuba menyebabkan dia tidak nampak siapa yang berminyak di antara dia dengan Nik Aziz. [wm.kl.5:00 pm 07/11/12]

3,324 Dislikes untuk Video UMNO di Youtube

http://www.nusajayakini.com, 07 Nov 2012

Oleh: Nusaybah Kaab


Video propaganda terbaru UMNO yang baru sahaja dimuatnaik pada 2 November lepas mendapat 3,324 'dislikes' berbanding 39 'likes' setakat artikel ini ditulis pada hari ini.
Video tersebut yang memaparkan pelakon Afzan, bakat realiti TV Anak Wayang, membayangkan kononnya negara ini akan jahanam dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Jumlah 'dislikes' yang terlalu banyak daripada pengguna Youtube menunjukkan rakyat masih boleh berfikir jauh dan tidak terlalu bodoh untuk terus mempercayai propaganda seperti ini.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Skandal: Kamarudin sokong Rafizi ke Hong Kong

Muhammad Faizal, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menyokong tindakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong kong bagi menyelidik dengan lebih terperinci skandal yang dikaitkan dengan Michael Chia.

Rafizi yang sebelum ini  merancang untuk pergi ke Hong Kong bertujuan untuk bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi tujuan mendapatkan jawapan berhubung skandal tersebut.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat ketika ditemui Harakahdaily berkeyakinan bahawa ICAC akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu Rafizi berhubung penahanan jutawan balak itu sebelum ini.

"Saya menyokong apa yang dilakukan oleh Rafizi dan ini adalah usaha terbaik untuk belum mencari jawapan secara terus dengan ICAC.

"Saya juga pasti kerjasama akan diberikan oleh ICAC dalam memberi maklumat terhadap isu yang mengaitkan Michael Chia dan segala persoalan itu pasti akan terjawab," ujarnya.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan di atas segala maklumat yang ada pada ICAC dan yang disiarkan di internet.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Michael Chia, beliau berkata SPRM sepatutnya mengambil kira pengakuan Nazri yang mengenali Michael Chia yang bersama-sama pergi ke Dubai.

"Perkara ini perlu diperjelaskan dan disiasat bagi memastikan perhubungan mereka tidak melebihi dari apa yang diperjelaskan olehnya," tambah beliau.

Jelasnya lagi, perkara ini amat penting bagi membersihkan tanggapan, oleh kerana Nazri merupakan individu yang menjawab soalan berkaitan dengan Michael Chia.

"Kita mahu penjelasan dan siasatan kerana tidak mahu hubungan Nazri dengan Michael Chia itu boleh menjejaskan peranan beliau sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawan terhadap SPRM dan juga parlimen," kata beliau lagi.

FGVH: Anak dakwa peneroka mula rugi

Salmiyah Harun, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pemegang saham FGVH berdepan dengan kerugian apabila harga saham itu terus mengalami kejatuhan di mana terkini tercatat pada harga RM4.61.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata,  maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian.

"Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham mereka akhirnya mereka sebenarnya bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka.

Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain.

"RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi.

Masalah ini katanya bukan sahaja dihadapi oleh peneroka bahkan kakitangan Felda lebih teruk menanggung bebanan ekoran kejatuhan harga saham FGVH.

Jelasnya, kakitangan Felda ditawarkan saham lebih banyak kira-kira 10 lot tetapi mereka mengambil sikap tidak menjual saham itu kononya mahu dijadikan simpanan dengan harapan harga saham naik.

"Tiba-tiba jatuh, mereka mengadu dengan saya mohon Anak berbuat sesuatu," jelasnya.

Menurut Mazlan, purata kakitangan biasa (bukan anak syarikat) mendapat gaji antara RM1500 hingga RM3000, dalam masa yang sama mereka terpaksa membayar pinjaman saham tidak kurang RM500 sebulan kepada bank.

"Berdasarkan lot saham yang ditawarkan mereka ini tidak dibantu apa-apa, bila mereka rujuk kepada pengurusan kata biasalah main saham adatlah untung rungi," katanya.

Justeru katanya, nasib peneroka dan pemegang saham semakin 'kronik' apabila harga komoditi pula dilaporkan jatuh.

"Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya agar kerajaan menangguhkan potongan bulanan peneroka buat sementara ini.

Nurul Izzah dihukum sebelum beri penjelasan

Hazayani Zakaria, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau.

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, selepas mendengar penjelasan dari Izzah dan Ahli ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli panel forum tersebut, mereka yakin kenyataan Izzah itu diputar belit akhbar Utusan Malaysia.

"abnyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri.

"Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya," katanya.

Jelas beliau juga, Izzah mengatakan dan membuat kaveat dalam kenyataannya yang "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam".

"Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

RM207b: PAS bantu waris buruh paksa tuntut pampasan

Muhammad Faizal, 07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menjejaki waris bekas buruh binaan landasan keretapi Siam ke Burma bagi menuntut pampasan RM207 bilion dari kerajaan.

Sekretariat yang baru ditubuhkan itu bukan sahaja bertujuan untuk menjejak mereka yang terlibat tetapi juga akan membantu mereka mendapatkan tuntutan yang dianggarkan bernilai antara RM2.8 juta hingga RM3 juta setiap keluarga.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini Sekretariat Jejak telah berjaya mengumpul 123 waris keluarga mangsa di Perak dan 347 waris di Pahang.

"Waris yang kita jejaki ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma.

"Kita akan melebarkan sayap Sekretariat Jejak ke setiap negeri bagi mendapatkan maklumat dan menjadikan pengantara kepada waris untuk membuat tuntutan," jelasnya pada sidang media di parlimen.

Sementara itu Nizar turut mendesak kerajaan memberi penjelasan di mana wang berjumlah RM207 bilion hasil tuntutan 30,000 mangsa landasan maut itu.

"Kita mahu penjelasan dari Kementerian Kewangan berhubung isu ini, yang bagi saya sehingga sekarang tidak ada penjelasan langsung walaupun ada maklumat mengatakan ia telah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.

"Menurut laporan sebuah laman web pihak berkuasa di sana pembayaran telah dibuat kepada Malaysia oleh Kerajaan Jepun sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tapi sehingga kita tiada penjelasan diberikan oleh Kerajaan Malaysia," sambungnya lagi.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Turut serta pada sidang media sebentar tadi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss serta anggota jawatankuasa Sekretariat Jejak Negeri Perak.

Sekretariat Jejak boleh dihubungi ditalian 019-2316539 dan 013-3266194.

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir, 07 Nov 2012

KOTA BHARU: “Kapal” yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka.

Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.

Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan.

Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.

“Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa.

“Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.

“Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti,” ujarnya.

Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.

Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.

Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?

http://beritasemasa.com, 07 Nov 2012
Perdana Menteri Anwar VS Najib Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak Belalang” selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini …….
Yang penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan  ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?
Calon Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda? Adakah Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim “akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan Rakyat?
Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.
Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
  1. Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.
  2. Manakala, disebelah pembangkang pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka
Yang kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti politik mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh?

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?

Perdana Menteri Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Kedua-duanya merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
  1. Datuk Seri Najib Razak : Perdana Menteri Malaysia
  2. Datuk Seri Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang Malaysia
Kedua-dua jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu kata merekalah….
Walaubagaimanapun, kami perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.
Antara Karektor Dengan Reputasi?
Seorang ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada karektor dan sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh kelak.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia. Kalau diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita mengenai resputasi, apa yang beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia ada?
Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia
  • Main bontotlah, main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Sehinggakan kami merasakan ada satu slot khas tidak kira di media elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai mula merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral.
  • Bagi kami reputasi yang beliau sekarang hampir tiada sekarang ini.
  • Tetapi……yang kami peliknya Anwar Ibrahim ini tadi, makin hari makin ramai yang mahu mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat.
  • Ini yang sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!
  • Bagi pendapat kami, Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.

Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?

Sementara itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.
Perdana Menteri Najib VS Anwar Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
  • Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
  • Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
  • Walaubagaimanapun, bagi kami ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang “sebenar”. “Sepak terajang” dalam politik sudah menjadi lumrah. Dan Najib razak masih belum benar-benar teruji lagi. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak selama ini agak lancar dan cukup sempurna. Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.
  • Tetapi….kami juga merasakan yang Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Walauapapun, bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…….
Apa pandangan anda pula?
Pilihan Perdana Menteri Malaysia Ketujuh?
  • Saya nak Awar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia (64%, 348 Votes)
  • Saya masih mahu Najib Razak jadi Perdana Menteri (36%, 192 Votes)
Total Voters: 540

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: