DUNIA
Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi
LONDON - Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemiliknya, Edmund Garrod menggunakan peti sejuk model DE.30 buatan syarikat General Electric itu setiap hari sejak ia dihantar ke rumahnya ketika dia masih kanak-kanak pada 26 Jun 1954.
Peti sejuk setinggi paras pinggang berwarna krim itu berharga £69 (RM343.70) bersamaan sekitar £1,415 (RM7,049) pada harga sekarang.
Ia dibeli ibu bapa lelaki tersebut untuk menyimpan susu mereka yang mudah menjadi masam.
"Saya menganggap peralatan elektrik pada masa itu (tahun 1950-an) dibuat dengan amat baik dan ia tahan lama," katanya. Dia menukarkan peti sejuk lama itu dengan sebuah peti sejuk moden dan canggih setelah memenangi satu pertandingan bagi mencari peti sejuk tertua di Britain. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan