Jumaat, 20 Ogos 2010

PANDANGANNYA TAK IKUT HUKUM QURAN SEBAB IA BUKAN ISLAM..IKUT BUDAYA MELAYU PUN DILARANG KURANG MANIS..DULU ORANG KATA GATAL..

Larang berdua dalam kenderaan bukan dari P'jaya
Regina Lee
Ogos 20, 10
12:43pm

Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong menafikan terdapat memo arahan dikeluarkan kepada institut perguruan yang melarang pelatihnya yang berlainan jantina daripada berkenderaan berdua-duaan.

"Saya sudah semak dengan pengarah yang bertanggjawab dalam jabatan latihan guru, beliau beritahu tiada dasar seperti itu dibuat di Putrajaya.

"Ini bukan dasar kementerian, dan saya minta pengarah berkenaan ambil tindakan. Kami tidak pernah keluarkan arahan sebegini." katanya Wee (kiri).

Pada 17 Ogos, Malaysiakini melaporkan "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina menjadi kesalahan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.

Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo itu.

Ketiika dihubungi Malaysiakini semalam, Wee bagaimanapun enggan menghuraikan bentuk 'tindakan' yang akan diambil kerana ia terpulanglah kepada pengarah.

Apabila ditanya berhubung kenyataan pengarah institut itu Mazlan Mohamad yang mahu "mencegah masalah sosial seperti perbuatan buang bayi", Wee berkata mengedarkan memorarandum itu bukanlah caranya.

"Maksiat boleh dihindarkan dengan cara lain. Jika dua orang bersama dalam kereka, kamu tak boleh serta-merta syak mereka buat perkara sebegitu. Kamu tidak boleh buat kesimpulan awal.

"Bayangkan, kalau seorang anak gadis makan tengah hari dengan seorang budak lelaki, adakah mereka buat maksiat?

"Jika kamu betul-betul sasarkan pada pelaku maksiat, mesti beri amaran keras pada mereka yang rosakkan imej sebuah institusi," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini Selasa lepas, Mazlan menjelaskan pihak keselamatan institut itu tidak membenarkan kenderaan yang bersalah keluar dari IPG itu sebagai satu langkah pencegahan gejala negatif, seperti pembuangan bay

Tiada ulasan: