Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada
kekejaman ialah :
1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan
tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi
setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara
bertertib)
3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa
sembahyang dua rakaat di dalamnya.
4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian
tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari
Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang
berjemaah.
6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang
alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa
daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seseorang yang diundang ke jamuan atau majlis
tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.
9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi
tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada
makanannya itu.
Zalim (Arab: ظلم, Dholim) adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. Orang yang berbuat zalim disebut zalimin. Lawan kata zalim adalah adil.
Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf “dho la ma” (ظ ل م ) yang bermaksud gelap. Di dalam al-Qur’an menggunakan kata zhulm selain itu juga digunakan kata baghy, yang artinya juga sama dengan zalim yaitu melanggar haq orang lain. Namun demikian pengertian zalim lebih luas maknanya ketimbang baghyu, tergantung kalimat yang disandarkannya. Kezaliman itu memiliki berbagai bentuk di antaranya adalah syirik.
Kalimat zalim bisa juga digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan dan banyak lagi pengertian yang dapat diambil dari sifat zalim tersebut, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia, yang seharusnya menggunakan akal untuk melakukan kebaikan.
Ancaman bagi orang yang zalim dan tidak
Menurut syariat Islam, orang yang tidak berbuat zalim bisa saja terkena siksaan, keyakinan ini berdasarkan dalam salah satu ayat. Allah berfirman:
“ "Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (Al-Anfaal 8:25). ”
Ayat tersebut berisi peringatan untuk berhati-hati (hadzr) akan azab yang tidak hanya menimpa yang zalim saja, tetapi menimpa secara umum baik yang zalim maupun yang tidak zalim. Karena itu secara syar’i, wajib hukumnya bagi orang yang melihat kezaliman/kemunkaran dan mempunyai kesanggupan, untuk menghilangkan kemunkaran itu.
Zalim dalam Al-Qur'an dan Hadits
Al-Qur'an
Didalam Al-Qur'an zalim memiliki beberapa makna, diantaranya dalam beberapa surah sebagai berikut:
* Al Baqarah 165 dan Huud 101, orang-orang yang menyembah selain Allah.
* Al Maa-idah 47, karena menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
* Al Kahfi 35, zalim pada ayat ini sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
* Al-Anbiyaa' 13, Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemooh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
* Al 'Ankabuut 46, Yang dimaksud dengan orang-orang yang zalim pada ayat ini adalah orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.
Hadits
Dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Muhammad pernah mengatakan bahwa, "Diantara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."[1]
Dari kisah Abu Dzar Al-Ghifari dari Rasulullah sebagaimana ia mendapat wahyu dari Allah bahwa Allah berfirman: "Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim."[2]
Dalam hadits lain Muhammad bersabda, "Takutlah kalian akan kezhaliman karena kezhaliman adalah kegelapan pada hari Kiamat" [3]
Kategori
Kezaliman dibagi menjadi 2 kategori, menzalimi diri sendiri (dosa dan maksiat) dan orang lain (menyia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan). Kezaliman itu ada tiga macamnya diantaranya adalah:
* Kezaliman yang tidak diampunkan Allah, yaitu syirik.
* Kezaliman yang dapat diampunkan Allah, perbuatan seseorang hamba terhadap dirinya sendiri di dalam hubungan dia terhadap Allah.
* Kezaliman yang tidak dibiarkan oleh Allah, perbuatan hamba-hamba-Nya di antara sesama mereka, karena pasti dituntut pada Hari Akhir oleh mereka yang dizalimi.
Doa Minta Dibalakan Orang Zalim?
Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?
Azman, Klang.
Jawapan Dr MAZA:
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;
1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).
4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).
5. Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.
Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.
Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.
6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.
Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.
Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.
* Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010.
Al-Baqarah, ayat 34: Orang zalim menjadikan iblis sebagai ‘pengganti Allah’
Oleh DR ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRY
Al–Imam al–Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t mengkhabarkan kepada malaikat berhubung dengan kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka untuk sujud penghormatan, bukan ibadat, bagi mengiktiraf kemuliaan dan perasaan kebersalahan, apa yang mereka kata sebelumnya.
Antara keistimewaan Adam dengan kurniaan ilmu yang banyak, sehingga melemahkan malaikat. Allah menambahan pada ayat-ayat berikut, dengan kemuliaan lain, iaitu arahan kepada sekelian malaikat untuk bersujud padanya,ini menambahkan lagi tanda tanda kemuliaan dan kelebihan, jenis kemanusiaan iaitu pada asal manusia Adam a.s.
Ibn Jarir di dalam tafsirnya al–Thabari berkata, seolah–olah peringatan kepada kaum Yahudi yang mendiami kota Madinah bersama Nabi dikira ke atas mereka banyak nikmat dan diberi peringatan sebagaimana yang telah disifatkannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
AYAT 34
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka, kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk dalam golongan orang kafir.”
Allah menyebut “Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat”, iaitu ingatlah wahai Muhammad, kepada kaummu, ketika kami berkata kepada malaikat. Syeikh Abdul Rahman al–Sa’di berkata dalam tafsirnya Taisir al–Karim, ayat ini mengandungi banyak pengajaran antaranya mengisbatkan kalam Allah. Ibn Jauzi menafsirkan di dalam kitabnya Zad al–Masir, bahawa terdapat dua pendapat tentang malaikat:
Pertama | Semua malaikat Inilah pendapat al–Suddi daripada guru–gurunya. |
Kedua | Mereka segolongan daripada malaikat, seperti riwayat Ibn Abas, tetapi pendapat yang pertama lagi sahih. |
“Sujudlah kamu kepada Adam”, iaitu sujud penghormatan dan membesarkan, bukan sujud ibadat.
Al–Syaukani di dalam Fath al–Qadir berkata, maksud sujud ialah hina dan rendah diri dan kemuncaknya meletakkan wajah muka pada bumi. Inilah juga pendapat Imam al–Nasafi di dalam tafsirnya yang menaqalkan pendapat jumhur ulama.
Terdapat dua pendapat berhubung dengan sifat sujud mereka kepada Adam:
Pertama Iaitu seperti sujud solat. Inilah pendapat yang lebih zahir.
Kedua Iaitu merendahkan kepada seumpama rukuk.
Al–Imam al–Fakhru al–Razi di dalam kitabnya Tafsir al–Kabir berkata, telah ijmak sekalian orang Islam, bahawa sujud tersebut bukan sujud ibadat, kerana sujud ibadat selain Allah boleh membawa kufur.
Al ‘Alamah Thahir ‘Asyur melalui tafsirnya al–Tahrir Wa al–Tanwir berkata, maka adalah sujud merupakan pertama–tama penghormatan yang diterima oleh manusia daripada makhluk alam. Dan disandarkan sujud kepada Adam dengan perkataan “lam” bermaksud “bagi” menunjukkan bahawa mereka ditaklifkan bersujud dengan zatnya dan dia merupakan asal penunjuk “lam ta’lil”, iaitu kerana apabila dikaitkan dengan maksud sujud.
Kemudian beliau menambah pada ayat ini juga dapat dikeluarkan permasaalahan yang cukup menarik tentang penghormatan kepada ilmu dan kelayakan ulama untuk menerima penghormatan dan kemuliaan tersebut kerana tatkala Allah mengajar kepada Adam ilmu yang mana malaikat tidak mempunyainya, menjadikan Adam contoh utama dalam penguasaan penciptaan kajian dan ilmu yang zahir pada manusia selepasnya dan pasti akan zahir penciptaan baru, begitu juga ilmu sehingga binasanya alam ini.
“Maka sujudlah mereka, kecuali iblis”, lantas mereka semua sujud, kecuali iblis. Ulama’ menyebut, pengecualiaan ini ditafsirkan dengan dua pendapat:
Pertama | Iaitu pengecualian dari jenis yang sama, diatas pendapat ini iblis termasuk dikalangan malaikat, seperti pendapat Ibn Mas’ud dalam satu riwayat dan Ibn Abas, kecuali ia ditukar rupa oleh Allah menjadi syaitan. |
Kedua | Ia bukan jenis malaikat, tetapi jenis jin. Inilah pendapat al–Hasan al–Basri dan al–Zuhri. |
Justeru jadilah pengecualiaan sebagai pengecualian terputus. Penulis menyokong pendapat kedua-duanya berdasarkan ayat al–Quran yang lain, di dalam surah al– Kahfi ayat 50, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil ia dan turunan–turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti Allah) bagi orang–orang zalim.”
Berhubung dengan nama iblis, terdapat dua pandangan ulama, seperti yang dinyatakan oleh al – Imam al – Mawardi di dalam kitabnya al–Nukat Wa al–‘Uyun.
Pertama | Ia merupakan nama a’jam (bukan Arab), inilah pendapat Abu Ubaidah, iaitu Mu’ammar Bin al–Musanna al–Taimi, al–Zajjaj dan Ibn al–Anbari. |
Kedua | Diambil daripada perkataan iblas, yang bermaksud putus asa seperti riwayat Abi Soleh. |
Ini kerana, “Ia enggan dan takbur” iaitu menegah daripada apa yang diarahkan kepadanya.
Syeikh Rashid Redha, di dalam tafsirnya al–Manar berkata, iblis tidak mematuhi arahan Tuhan dengan merasa besar diri dan mempunyai kelebihan dari manusia. Sifat takbur dan suka menunjuk dengan sifat kesombongan ini, merupakan kesan– kesan daripada perasaan tinggi diri daripada kebenaran. Terdapat “ sin ” dan “ ta’ ” pada permulaan kalimah ini, menunjukkan bahawa takabur bukanlah tabiat iblis, tetapi ia mampu dan bersedia melakukannya.
Al–‘Alamah Thahir al–‘Asyur di dalam tafsirnya berkata, perkataan “istikbar” yang bermaksud “amat angkuh” dan “sombong” kerana “sin” dan “ta”, menunjukkan melampau, iaitu melampau dirinya dengan perasaan besar dan megah atau memberi makna “mubalaghah” dengan maksud amat takbur dan amat sombong.
Justeru, makna kalimah tersebut ialah ia bersifat dengan sifat takbur terhadap Allah, dengan mengingkari untuk sujud kepada Adam tanpa rasa kebersalahan bahkan menguatkan hujah kebatilannya dengan menyatakan kebaikannya kerana diciptakan daripada api sedangkan Adam daripada tanah.
Ibn al–Qayim di dalam kitabnya Miftah Dar al–Sa’adah menjawab permasalahan ini secara panjang lebar, dengan membandingkan dua unsur ini, api dan tanah. Sebenarnya kemuliaan, kebaikan dan kelebihan satu–satu makhluk bukan berdasarkan kepada unsur kejadian tetapi berdasarkan kepada ketakwaan, keimanan, keilmuaan, perhambaan kepada Allah dan ma’rifah, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat dan hadsh. Semoga kita selamat daripada sifat takbur, dan terjebak ke dalam godaan iblis.
“Dan adalah ia termasuk dalam golongan orang kafir”, iaitu jadilah dengan keengganan dan takburnya daripada golongan kafir, sekira–kira merasa hina arahan Allah dengan bersujud kepada Adam. Said Qutub melalui tafsirnya Fi Zilal al–Quran, berkata, sekarang nyatalah medan peperangan yang kekal, peperangan di antara ciptaan kejahatan pada iblis dan khalifah Allah di muka bumi, yang berlaku pada dhamir manusia, di mana kemenangan mungkin berpihak kepada yang baik, berdasarkan sejauh mana pegangan manusia terhadap perjanjiannya dengan Tuhan. Sebaliknya mungkin natijah berubah, di mana kejahatan menguasai tatkala manusia menyerahkan kepada syahwatnyaPerhatikan Kesudahan Orang-orang Zalim |
|
|
|
Judul resensi : PERHATIKAN KESUDAHAN ORANG-ORANG ZALIM
Ulama Versus Tiran, begitu judul terjemahan dari buku karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Dalam pendahuluannya, ustadz Yusuf Qardhawi menuliskan latar belakang penulisan buku ini. Beliau menjelaskan bahwa di tahun 1949 di saat masih menjadi “mahasiswa buronan”, beliau dan teman-temannya dikejar-kejar oleh “anjing pemburu”. Beliau dan rekan-rekannya itu dijebloskan ke dalam penjara yang letaknya antara Haxteeb dan Jabal el Thur di Mesir. (hal. 7) Di dalam penjara Haxteeb inilah, beliau banyak membaca buku-buku tarikh dan adab. Diantara peristiwa sejarah yang sangat mengesankan beliau dan membuatnya tenang adalah kisah Sa’id bin Jubair, seorang alim, ahli fiqih yang pemberani. Sa’id dengan gagah dan teguh berhadapan dengan seorang tiran yang sangat zalim, Hajjaj bin Yusuf. (hal 8). Dari sinilah ustadz Yusuf Qardhawi menuliskan kisah ulama yang diwakilkan oleh Sa’id bin Jubair versus Tiran yang diwakilkan oleh Hajjaj bin Yusuf. Peristiwa ini terjadi di masa pemerintahan Bani Umaiyah yang waktu itu dipegang oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Sedangkan Hajjaj bin Yusuf sebagai gubernur di Irak. Hajjaj dikenal amat sombong dan melakukan penganiayaan serta penghinaan terhadap kaum muslimin. Ia amat kejam dalam membantai darah kaum muslimin sehingga kaum muslimin tidak diberi hak kemerdekaan secuilpun. Karena kezaliman Hajjaj inilah, Abdurrahman bin Al-Asy’ats Al-Qaisi seorang panglima yang gagah berani, memaklumkan perang terhadap Hajjaj. Diantara pendukung Ibn Al-Asy’ats terdapat pemuka Irak, seperti Sa’id bin Jubair, Amir Asy Sya’bi dan Mutharrif bin Abdullah bin Syikhir. Dari sinilah muncul perang yang dinamakan Dairul Jamajim. Pada awalnya pasukan Ibn Al-Asy’ats berhasil mengalahkan Hajjaj. Namun berikutnya Hajjaj yang mengalahkan Ibn Al-Asy’ats. Ada yang tertawan dan ada pula yang melarikan diri. Ibnul Al-Asy’ats melarikan diri, demikian pula dengan Sa’id bin Jubair. Sa’id bin Jubair adalah seorang imam dari kalangan Tabi’in. Ibnu Abbas ra –sahabat Rasulullah- ketika ditanya oleh penduduk Kufah tentang suatu masalah, beliau menjawab, “Adakah patut kalian bertanya kepadaku padahal di sisi kalian ada Sa’id bin Jubair?” Bab pertama diisi dengan ilustrasi kondisi di istana Hajjaj dan bagaimana angkuhnya Hajjaj serta betapa penjilatnya para pengawal Hajjaj. Pengawal 3 berkata, “Toleransi, kelembutan dan kasih sayang tuan kepada rakyat telah membuat orang-orang yang rakus terpedaya sehingga mereka berani mengadakan perlawanan senjata. Tetapi akhirnya mereka tahu juga siapa sebenarnya mereka dan siap pula Hajjaj” (hal. 12) Pengawal 4 berkata, “Wahai gubernur orang-orang yang mengikuti jalannya pertempuran Dairul Jamajim (pertempuran melawan kezaliman Hajjaj, peresensi) menceritakan kepadaku tentang kehebatan tuan mempermainkan pedang terhadap Ibnul Asy’ats dan para pengikutnya.” (hal. 12) Semua puja puji pengawal ini disambut Hajjaj dengan kesombongan dan keangkuhan.
Beliau menyitir sebuah hadits, “Dari Ali bin Abu Thalib ra, diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda, ‘Ketahuilah, bahwasanya aku tidak mengkhawatirkan atas kamu orang mukmin dari orang musyrik. Karena orang mukmin akan dikendalikan oleh imannya. Orang musyrik dikendalikan oleh kekufurannya. Yang aku khawatirkan atas kamu ialah orang munafik yang alim lidahnya. Ia pandai berbicara dan suka mengatakan apa-apa yang kamu ketahui sebagai kebaikan tetapi ia suka.melakukan perbuatan-perbuatan yang kamu ingkari.” Sa’id bin Jubair menjelaskan hal ini setelah menyampaikan hadits, “Senantiasa kedua belah kaki anak Adam akan tegak berdiri pada hari kiamat nanti sehingga ia selesai ditanya dari empat perkara. Pertama, tentang umurnya….Kedua, tentang masa mudanya…. Ketiga, tentang hartanya……Keempat, tentang ilmunya, bagaimana pengamalannya. Dalam bab selanjutnya terdapat kisah Sa’id bin Jubair bersama 2 ulama lainnya yaitu, Amir Asy Sya’bi dan Mutharrif bin Abdullah bin Syikhir di dalam penjara. Di sini, Sa’id menyemangati kedua sahabatnya untuk tetap teguh dan berani menghadapi kezaliman Hajjaj. Di bagian lainnya yaitu di bagian puncaknya, terjadi debat mendebat, sanggah menyanggah antara Sa’id bin Jubair dengan Hajjaj. Berbagai macam dalil keluar dari mulut Sa’id. Semua tuduhan Hajjaj dibantah oleh Sa’id. Perdebatan mereka berdua ini berujung pada keputusan Hajjaj bahwa Sa’id bin Jubair dihukum mati.
Buku ini merupakan buku sejarah yang sama dengan buku-buku sejarah lainnya. Hanya saja ditampilkan dalam bentuk sandiwara. Jadi semua isinya berisikan dialog dan percakapan secara langsung. Walau tipis, buku ini cocok untuk para remaja, anak-anak, orang tua, guru dan para ulama. Para pemegang kekuasan pun sepertinya layak untuk membacanya. Kekurangan buku ini, hadits-hadits yang terdapat di dalam buku ini tidak dicantumkan riwayatnya. Padahal pembaca membutuhkan informasi seperti ini. Untuk ke depannya, bila penulis asli memang tidak mencantumkan riwayat hadits, mungkin penerbit bisa mencarikannya.
Doa menghadapi orang zalimon Wednesday, December 2, 2009 اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول به بيننا وبين معاصيك، ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك، ومن اليقين ما تهون به علينا مصائب الدنيا، اللهم متعنا بأسماعنا، وأبصارنا، وقواتنا ما أحببتنا، واجعله الوارث منا، واجعل ثأرنا على من ظلمنا، وانصرنا على من عادانا، ولا تجعل مصيبتنا في ديننا، ولا تجعل الدنيا أكبر همنا، ولا مبلغ علمنا ولا تسلط علينا من لايرحمنا.
عن أبي هريرة
Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulalah SAW bersabda :"Keadaan hamba yang paling dekat dengan tuhannya ialah apabila ia dalam keadaan sujud, maka perbanyakkanlah doa(ketika sujud) أن رسول اللّه صلى الله عليه وسلم قال: أقرب ما يكون العبد من ربهِ وهو ساجدٌ، فأكثروا الدعاء
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan