Jumaat, 20 Ogos 2010

SEIMBANGLAH BAGAI BURUNG NI...SILAP2 NASIHAT SAMA2 TAK CIUM SYURGA SEBAB MENASIHAT AGAR ISTERI MOHON CERAI...SABIT XPE...JIKA TAK..TANGGUNGLAH


KISAH
SUAMI ISTERI USAH MENYALAHKAN SAPA2..DUA2 KENA SABAR, IKUT PERATURAN
ISLAM,IKUT BERAMAL ISLAM.DAN LAIN2....DUA2 KENA BUAT ...DISAMPING
DOA...KITA TAK BOLEH TUDUH2...SEBAB TAK TAHU CERITA SEBENAR...TAK ADIL
DENGAN DENGAR SEBELAH PIHAK....BOLEHKAH MENJATUHKAN HUKUMAN DENGAN
...MENDENGAR SEBELAH PIHAK...SEMUA PIHAK CERITA YANG SEDAP2@BAIK2...CERITA
BURUK2@JAHAT2 DIRI ..... TAK KAN NAK CERITA...HAKIM DAN SEMUA PIHAK,KAUNSELOR RUMAH
TANGGA KENA HATI2...


Sifat sabar asas bentuk hubungan bahagia



2010/08/20

JOHOR BAHRU: Suami tidak seharusnya memilih jalan mudah dengan menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan geram, sebaliknya perlu berfikir panjang sebelum mengambil sebarang tindakan.
Malah, peranan isteri sebagai tonggak rumah tangga wajar dihormati berikutan memegang tanggungjawab besar menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, pasangan suami isteri seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dalam memperbaiki kelemahan rumah tangga.

“Sepatutnya, suami lebih bersikap sabar dalam melayan kerenah ahli keluarga terutama ketika berdepan masalah kewangan atau konflik lain.

“Sifat sabar itu penting membentuk kehidupan anak dan isteri sekali gus membantu suami membina keluarga bahagia,” katanya.

Beliau mengulas tindakan suami melibas isteri dengan kayu beluti hingga retak tulang belakang yang disiarkan akhbar ini, semalam

Tiada ulasan: