Jumaat, 20 Ogos 2010

KAPAL SELAM OH KAPAL SELAM

Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka
Ogos 19, 10 12:09pm
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."


Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Laporan polis

Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang.

Laporan polis juga dibuat ke atas wartawan akhbar
Malay Mail, Marhalim Abas berhubung perkara yang sama.

Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.

“Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.

"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.

Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.

Kenyataan palsu

"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.

Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lalu melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di dalam parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah," katanya







Zahid: Tak perlu SPRM siasat pembelian Scorpene
Jul 1, 10 1:32pm
Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau ber
kata ini kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia ke Kota London di Bangi hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia.

Semalam, Dewan Rakyat menolak usul supaya pembelian kapal selam negara itu dibahaskan.

Speaker Pandikar Amin Mulia dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang) berkata beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasat perkara itu.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda , seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan juga sebelum ini telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis




Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion
Aidila Razak
Jun 22, 10
7:52pm

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ba
yaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013








Kos operasi kapal selam RM290 juta setahun
Dis 15, 09 7:48pm
Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Charles Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.

"Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada 'capability-based' yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.

Beliau berkata kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.

"Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa," katanya.

Sementara itu, berhubung dengan KPI TLDM, Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa
terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut. BERNAMA



M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene
Susan Loone
Apr 30, 10
12:23pm

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan



Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan
Susan Loone
Mei 3, 10
6:34pm

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham:
Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa




Peguam Perancis di KL siasat Scorpene
John Berthelsen
Apr 28, 10
12:00pm

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seora
ng daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Alta
ntuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib. Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel




Tiada kes dalam pembelian kapal selam Malaysia
Apr 29, 10 4:28pm
Malaysia hari ini mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion dolar.

AFP
yang memetik seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk menyiasat tetapi tidak ada kes.”

Semalam, Joseph Breham (kiri), seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam itu tiba di Kuala Lumpur.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Pihak pembangkang menyambut baik siasatan itu yang disifatkan mereka cuma satu daripada banyak lagi kontrak pertahanan yang didakwa dicemari rasuah.

Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Pegawai perundangan Perancis juga mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales).

Kes berkenaan dibuka semula atas permintaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram yang mendakwa DCN membayar komiyen 114 juta euro (150 juta dolars) kepada sebuah firma yang dikenali sebagai Perimekar.

Perimekar dikaitkan dengan seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibebaskan atas dakwaan membunuh kekasihnya, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah Mongolia pada tahun 2006 yang juga dibabitkan dengan kes itu




Kapal selam: Najib disuruh bercuti
Joseph Sipalan
Apr 22, 10
4:25pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti bagi membolehkan siasatan perhubung pembelian kontroversial kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dapat dijalankan.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selain itu, kerajaan juga harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam dari Perancis itu.

"Perdana Menteri perlu bercuti sehingga kedua-dua siasatan itu lengkap agar ia dapat dijalankan tanpa halangan,” kata naib presiden PAS itu ketika lawatannya ke pameran dan sidang Defence Services Asia 2010 di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, Suaram meminta tiga peguam hak asasi Perancis untuk menyiasat pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysian dengan Amaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan Perancis, DCNS.

Dua hakim dengan Jabatan Pendakwaan Paris juga sedang menyiasat kemungkinan ada unsur rasuah dalam pembelian kedua-dua kapal selam kepada Malaysia itu



Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor
Abdul Rahim Sabri
Apr 18, 10
4:53pm

Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.

Menurut An
war, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

D
alam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pagi tadi juga menjadikan isu tersebut bagi modalnya berkempen kepada kira-kira 30 pengundi India yang beragama Kristian.

Beliau berkempen di gereja Victorious Living Assembly di Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Pada ucapan ringkasnya selama 15 minit, Tian yang juga ahli parlimen Baru menjelaskan, mahkamah di Perancis mahu menyiasat isu pembelian kapal selam berkenaan.

Pakatan Rakyat juga turut mengedarkan risalah kepada pengundi yang mempersoalkan pembelian kapal selam ini.

Tinjaua
n Malaysiakini mendapati risalah yang menyiarkan gambar kapal selam tersebut turut diletakkan di pejabat operasi parti itu.

Selain gambar kapal selam, turut dijaja dalam kempen pilihan raya kecil Hulu selangor ini ialah isu kehilangan enjin jet pejuang Sukhoi, istana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan isu PKFZ









Scorpene, Sukhoi: PM patut beri penjelasan
Mei 16, 08 1:07pm
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri memberi penjelasan berhubung dakwaan komisyen dibayar dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene dan 18 jet pejuang Sukhoi.

Presidennya Hassan Karim berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menteri pertahanan itu didakwa "ada kepentingan" dalam isu tersebut.

"Orang yang didakwa ada kepentingan tidak patut menjelaskan secara langsung atau tidak (langsung) bahawa beliau terlibat atau tidak terlibat.

"Penjelasan Najib tidak meyakinkan sesiapa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, Najib menuduh pembangkang sengaja mengada-adakan isu komisen dalam pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi, semata-mata untuk membakar hati rakyat.

Beliau mendakwa tuduhan bahawa kerajaan membayar komisen bagi pembelian kapal selam dan Sukhoi adalah satu rekaan yang diatur, secara berterusan demi kepentingan politik pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum itu, ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong, membangkitkan isu berkenaan dengan mendakwa berlakunya rasuah dalam perolehan dua buah kapal selam Scorpene dan 18 buah pesawat pejuang Sukhoi.

Justeru itu, tegas Hassan, PRM berpendapat penjelasan Najib berhubung perkara tersebut sukar diterima rakyat.

"Sepatutnya perdana menteri yang lebih layak memberi penjelasan dalam soal ini kerana selain beliau mengetuai kerajaan, Abdullah juga adalah menteri kewangan.

"Perkara ini besar. Kerajaan membelanjakan RM4.5 bilion untuk membeli dua kapal selam Scorpene itu. Perbendaharaan dan menteri kewangan adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam soal pembayaran," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, PRM menyokong cadangan ketua pembangkang itu supaya sebuah suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat isu pemberian komisyen dalam urusan Scorpene dan Sukhoi itu




Kementerian Pertahanan nafi bayar komisyen RM540 juta pada Razak Baginda
Apr 26, 07 11:07pm
Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bahawa kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda atau membayar sebarang komisen kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, dalam perolehan kapal selam Scorpene.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sambil menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas, kementerian itu berkata, perolehan kapal selam Scorpene dibuat melalui rundingan terus dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan Navantia (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Kementerian itu juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, demikian menurut laporan Bernama.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi menjelaskan kenyataan parti politik tertentu yang mempersoalkan perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh ATM dan mendakwa perolehan kelengkapan ATM itu dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum kelulusan diperolehi, rujukan akan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.

Kementerian itu menjelaskan bahawa semua rundingan perolehan kelengkapan untuk keperluan ATM dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan itu menepati keperluan ATM, kata kenyataan itu.

Kapal selam Scorpene

Semua terma dan kelulusan untuk rundingan kemudian akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas Kementerian Kewangan meluluskannya, tambahnya.

Mengenai perolehan kapal selam Scorpene, kenyataan itu berkata, Syarikat Perimekar Sdn Bhd diberi kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun dan nilai kontrak itu ialah Euro 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd dan KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurutnya, skop sokongan Perimekar ialah menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta insurans kesihatan bagi 27 keluarga team projek di Perancis dan Sepanyol untuk enam tahun.

Syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan dan kediaman bagi 156 krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanyol dan Perancis untuk empat tahun, membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak Euro 50 sehari bagi seorang untuk tempoh tiga tahun pertama dan Euro 60 sehari seorang pula untuk tiga tahun kedua.

Perimekar juga membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan (tiga kali setahun) serta lain-lain keperluan pasukan projek kapal selam di Perancis dan Sepanyol, tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan koordinasi pula antaranya melibatkan tanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program "offset", menyelaras latihan krew kapal selam dan penyediaan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Kementerian itu juga menjelaskan bahawa jumlah kontrak sebanyak Euro 114.96 juta bukan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd, tetapi ia meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Sukhoi SU30MKM

Mengenai perolehan Sukhoi SU30MKM pula, kementerian menjelaskan perolehan pesawat itu adalah menerusi rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik Rusia.

Rundingan terus ini, katanya, adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan.

Semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian bagi pihak kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat prinsipal asing, tambahnya.

Perolehan pesawat ini juga, kata kenyataan itu, mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Ia menjelaskan, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini dan sebarang urusan perniagaan antara syarikat itu dengan syarikat tempatan yang dilantik adalah urusan perniagaan semata-mata dan tidak melibatkan kerajaan Malaysia.

Menerusi penjelasan itu, kata kenyataan tersebut, kementerian itu berharap semua pihak akan memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap ATM, Kementerian Pertahanan dan kerajaan Malaysia



Penderhaka guna dana negara untuk anak emas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: “Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih?” tanya Nurul Izzah Anwar.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjelaskan kenyataannya dalam temubual bersama Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

“Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu yang dianggap sebagai penderhaka.

Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataannya, beliau ingin membangkitkan kenyataan menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegitu juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia.

“Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?” soalnya.

Pada hematnya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk ‘Kapal selam sertai latihan’ terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, soalnya apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan itu merangkumi latihan yang mencukupi.

“Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali.

“Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan,” ujarnya.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, beliau mendesak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Katanya, kalau benar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu.



Bila Nurul Izzah usik Zahid
http://msomelayu.blogspot.com/

MURIH (marah) sungguh Ahmad Zahid Hamidi kepada Nurul Izzah sampai mengatakan Puteri Reformasi itu menderhaka kepada negara. Sebabnya kerana Nurul Izzah kata kapal selam tidak boleh menyelam. Saya rasa sebelum ini sudah banyak orang kata kapal selam kita tidak boleh menyelam, tetapi mereka itu tidak pun dimurihi Zahid sedemikian rupa.

Apakah kerana Nurul Izzah mendedahkan perkara itu kepada 'surat kobar', (Kompas) Indonesia menyebabkan Zahid naik angin? Begitukah? Zahid marah kerana katanya tuduhan Nurul Izzah itu tidak betul dan ianya satu kenyataan yang jijik. Kata Zahid tuduhan Izzah itu bohong. Buktinya kata beliau kalaulah kapal selam itu tidak boleh menyelam macam mana ia boleh sampai ke Teluk Sepagar, Sabah dari Perancis.

Betul juga?

Pun begitu kenyataan Zahid itu boleh dipertikiakan juga. Siapalah tahu kalau sepanjang seperjalanan dari Perancis itu kapal selam itu berjalan sambil tenggelm timbul. Sekejap tenggelam dan sekejap timbul? Tidak pula ada rakaman video perjalanan kapal berkenaan. Zahid perlu menunjukan video perjalanan kapal selama berkenaan bagi menolak tuduhan kapal selam itu dah masuk air.

Zahid boleh menafikan dengan apa juga alsan. Itu tugasnya. Beliau diletakkan di kementerian itu pun untuk dijadikan gam ataupun plaster bagi menutup mana-mana lubang yang tembus dan tiris dikementerian itu selama ia dipegang oleh orang lain sebelum ini. Mungkin Nazjib Razak sudah mengenal pasti orang yang layak menjadi plaster atau gam hanya Zahid saja.

Jadi menjawab dan membela kementerian itu adalah tugas utama Zahid yang berbayar. Manakala Nurul Izzah boleh mendakwa demikian kerana kapal itu sebelum ini disahkan sebagai rosak - tidak boleh menyelam. Kalau tidak silap, Zahid juga yang membuat kenyataan kapal itu mengalami kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam lama. Kerana kalau menyelam lama kapal itu akan kelemasan.

Keadaan kapal itu diketahui semasa hendak mengada demoktrasi, bagi menunjukkan kehebatan dan kecanggihan kapal yang menelan belanja untuk membayar komisyen saja sebanyak RM400 juta.

Selepas kata Zahid ia akan dibaiki. Kapal itu masa dalam edah jaminan. Syarikat (consultan) yang mengendalikan kapal berkenaan bertanggungjawab tanpa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan perbaikiannya.

Itu senarionya. Jadi bila Zahid mengamuk marahkan Izaah nampak sangat tidak berapa dewasa pemikiran Zahid. Lagi pun siapalah Izzah yang belia hendak herdik begitu sekali? Izzah tak ubah macam anak Zahid sendiri. Macam Nurul Hidayah saja yang serupa tetapi tidak sama. Serupa kerana Nurul Hidayah perempuan Izzah juga anak perempuan, nama bermula dengan Nurul, tetapi seorang jadi ahli parlimen seorang tidak.

Masa Zahid baik dengan Anwar dulu dan mengunjungi ke rumah Anwar, Izzah ditegur macam anaknya sendiri. Izzah panggil uncle - bukan ungka kepada Zahid. Bila tiba-tiba Zahid murih begitu sekali yang tidak baiknya Zahid bukan Nurul Izzah. Kalaupun nak murih jangan sampai kata derhaka kepada negara.

Cukup memberi ingatan atau lebih manis dan sopan sebagai seorang bapa, cukup hanya mengatakan dakwaan Nurul Izzah itu tidak betul. Silap tu sayang! Kalau Zahid tegur begitu beliau akan dilihat berwibawa. Seorang menteri pertahanan seperti beliau harus berwibawa, tegas dan dihormati oleh orang. Nak jadi askar bukan sembarangan.

Melihat gelagat Zahid terhadap Nurul Izzah ini apa yang orang nampak yang cerdiknya Izzah. Yang bijaknya Izzah kerana walaupun ahli Parlimen baru tetapi dia sudah dapat mengajak seorang menteri bermain marah-marah dengannya.

Kenyataan balas Zahid itu juga telah memberi kredit besar buat Nurul Izzah. Kalau sebelum ini kenyataan atau pandangan Izzah tidak dipedulikan kini ia sudah mula diperhati. Ini menunjukkan nilai atau wibawa Izzah sebagai MP sudah mulai dipandang.

Bila Zahid bertindak begitu ia menjatuhkan martabatnya sendiri sebaga seorang menteri. Zahid seharusnya mengkaji dulu kenyataan siapa yang lebih dipercayai, apakah kenyataan beliau atau Izzah. Beliau sepatutnya sedar sebagai menteri tentulah kenyataannya lebih diyakini. Jadi tidak sepatutnya kalau dia berbalas tembak dengan Izzah. Apabila beliau menyanggah Izzah ini bermakna Zahid dapat merasakan bahawa orang tidak mempercayai kenyataannya, tetapi lebih percaya kepada Izzah.

Memburukkan lagu keadaan ialah apabila Izzah berjaya menarik perhatian orang dari luar Malaysia dengan pendedahan itu. Apakah Zahid kurang mendapat tempat dalam 'koran-koran' di Indonesia sehingga beliau membidas Izzah berhubung perkara itu? Banyak cerita didengar tentang keakraban Zahid dengan orang Indonesia masakan mereka tidak bisa membantu? Aduhi Zahid, hitungkan berapa banyak kasut Datin Rosmah?

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA


Elak politikkan isu pertahanan - Zahid

BAGAN DATOH 19 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap semua anggota parlimen dan pemimpin politik tidak mempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah daripada hakikat sebenar.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid berkata, demikian semasa mengulas tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada Selasa terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan wartawan akhbar Malay Mail, Marhalim Abas berhubung dakwaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Bercakap kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Jamek Sungai Keli di sini malam tadi, beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, mereka yang membuat dakwaan itu kini terdedah kepada tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu.

Kenyataan Nurul Izzah yang memburukkan imej pertahanan negara itu dilaporkan akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lepas. - BERNAMA

Tiada ulasan: