Jumaat, 20 Ogos 2010

MENGAWAN HARAM

Buang bayi: Antara musim mengawan dan menetas
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .


Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat



Tidak belajar ilmu akhirat punca masalah sosial

Salmah Mat Husin & Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Timur Tengah memanfaatkan ilmu yang ada sebaik mungkin.

Katanya, gejala sosial yang berlaku di negara ini seperti jenayah, pembuangan bayi, dadah, pecah rumah dan sebagainya, hanya kerana mempelajari ilmu dunia semata-mata dan tidak mendalami ilmu akhirat.

“Mereka tidak belajar agama Islam yang berakhir dengan akhirat menyebabkan jenayah dan sosial semakin teruk berlaku," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan golongan terbabit meneruskan perjuangan Islam yang diusahakan pejuang zaman kini.

Katanya, bersesuaian dengan ilmu Islam yang dipelajari, masyarakat mengharapkan mereka meneruskan kesinambungan perjuangan Islam untuk masa yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan meneruskan pengajian mereka ke Mesir, Jordan dan Morocco.

Seramai 283 orang pelajar yang bakal meneruskan pengajian dalam pengajian Islam, tahfiz, kedoktoran bakal berlepas ke negara terbabit pada bermula 18 Ogos hingga 4 Oktober ini.

Sementara itu, sebanyak RM28 300 telah disumbangkan oleh Tabung Kebajikan Badan Perhubungan PAS Kelantan kepada pelajar.

Tabung yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah itu diberikan sebagai menghargai pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah




PUSAT BUAT TAK PE..TAK ANAK TU NAK BUANG....SEKAT KEGIATAN NI WAJIB...LAKSANA HUKUM ALLAH...DAN KUATKUASA HUKUM INI...NAK TANGGUH APA LAGI...NAK TUNGGU BALA DARI ALLAH TURUN..



Wujud lebih banyak kemudahan perlindungan bayi

20/08/2010 6:12pm

KUALA LUMPUR 20 Ogos - OrphanCARE, sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk kemudahan memelihara bayi yang pertama di negara ini, menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak kemudahaan seperti itu.

Setiausahanya, Azra Banu berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Msyarakat pada bulan lepas.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata, pihaknya juga mengkaji untuk mewujudkan kemudahan itu di hospital, klinik bersalin dan bangunan majlis bandar raya yang dibuka 24 jam setiap hari.

Katanya, OrphanCARE menerima bayi ketujuhnya semalam sejak ia dibuka pada 29 Mei lepas dan enam bayi yang diterima sebelum itu telah dijadikan anak angkat oleh pasangan yang dipilih oleh pertubuhan tersebut. - Bernama


Mayat bayi dengan kesan lebam ditemui di perhentian bas

20/08/2010 2:33pm

REMBAU 20 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki dengan kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang badannya ditemui ditinggalkan di atas tempat duduk di sebuah perhentian bas di Batu 8, Jalan Pedas-Linggi dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md. Dom berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang ramai kira-kira pukul 6.05 pagi.

"Polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat bayi lelaki itu yang dianggarkan berumur 10 hingga 12 bulan dan diletakkan di atas tempat duduk pondok menunggu bas. Bayi itu mempunyai ketinggian 0.76 meter dan lengkap berpakaian serta dibaluti kain batik dan tuala mandi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang.

Katanya, bayi yang dijumpai ini dipercayai berbangsa Melayu kerana terdapat kesan cacar di lengan kirinya.

"Polis sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat berhubung kelahiran bayi itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat,” katanya. – Bernama



JANGAN NAK LARI HUKUM ALLAH.....NANTI BINASA


Cegah gejala sosial remaja

KUANTAN 19 Ogos – Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang digunakan sejak penubuhannya tujuh tahun lalu dilihat mampu mencegah remaja terlibat dalam gejala sosial termasuk pembuangan bayi.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (gambar) berkata, beliau yakin seramai 518,000 pelatih yang telah menyertai PLKN sejak 2004 boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala berkenaan.

Menurut beliau, ia berikutan para pelatih terbabit telah diterapkan dengan empat modul teras sepanjang tiga bulan berada di kem latihan.

‘‘Kita mempunyai beberapa modul yang berkait rapat dengan kes buang bayi seperti modul Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan modul Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘‘Penerangan berhubung kesan-kesan kelakuan tidak bermoral sentiasa diadakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pelatih.

‘‘Saya yakin selepas melalui program ini mereka tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang sedang berlaku (buang bayi) seperti hari ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran dan lawatan sekolah ke Kem PLKN Hijrah, Penor di sini, hari ini.

Mengenai cadangan supaya pendidikan seks diperkenalkan dalam modul PLKN, katanya, ‘‘Saya telah membawa perkara tersebut ke mesyuarat Majlis Latihan Khidmat Negara untuk pertimbangan dan belum memutuskan untuk mengadakan pembelajaran seks dalam PLKN.

‘‘Bagaimanapun, kita ada modul tambahan iaitu modul integrasi yang antaranya mengajar mengenai gender,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 48,000 pelajar dari 160 buah sekolah terlibat dalam program lawatan ke 78 kem seluruh negara bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai aktiviti PLKN

Tiada ulasan: