Ahad, 22 Ogos 2010

EMPUNYAI BABY DAPAT DIKESAN...ZINA TAK DAPAT CEGAH SELAIN BERBALIK KEPADA HUKUM ALLAH...QURAN BUKAN DITADRUSKAN SAJA TAPI SBAGAI PANDUAN HIDUP

Bukti DNA mampu cegah buang bayi

PUCHONG – Mungkin melalui penggunaan DNA (asid deoksiribonukleik) pada masa hadapan mampu mencegah jenayah pembuangan bayi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dengan adanya contoh DNA tersebut individu yang tidak bertanggung jawab membuang bayi dapat dikesan.

“Mungkin pada masa hadapan undang-undang akan diubah bagi membolehkan setiap individu menyerahkan contoh DNA masing-masing untuk disimpan Bank DNA.

“Dengan adanya DNA tersebut maka ia dapat dijadikan bukti,” katanya selepas merasmikan kempen “Balik Kampung, Rumah Selamat” di IOI Mall, Puchong di sini semalam.

Katanya, jika bukti DNA diperolehi, mungkin kes buang bayi dapat dicegah kerana individu yang ingin membuang bayi pasti bimbang mampu dikesan melalui DNA.

Beliau percaya, melalui teknologi tersebut, individu yang terlibat dapat dikesan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes pembuangan bayi di Kota Damansara, Ahad lalu.

Menurutnya, polis masih mengesan suspek yang terlibat dan memerlukan bukti forensik berhubung kejadian itu.


Rogol cucu tiri di kandang lembu

REMBAU - Seorang datuk berusia 49 tahun di sini, bertindak luar batasan apabila tergamak menodai cucu tirinya berusia 15 tahun sebanyak dua kali, Jun la:lu.

Lebih memalukan, lelaki terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kandang lembu yang jauh daripada pandangan orang ramai.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, nekad membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan menceritakan perangai datuk- nya itu kepada guru sekolahnya sebelum guru terbabit menasihatkannya membuat laporan polis.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, polis turut bertindak menahan suspek pada tarikh sama laporan dibuat.

“Suspek ditahan reman mulai dari tarikh dia di- tangkap sehingga siasatan selesai bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan hukuman sebatan,” katanya

AKHIRNYA JADI ACARA2 MAJLIS...DITADARUSKAN...DIPERTANDINGKAN...ALAT PENGUBATAN DLL....BUKAN JADI PANDUAN HIDUP DAN SUMBER HUKUM....ESOK JAWAB AJE DIHADAPAN ALLAH...LEBIH2 LAGI ORANG PANDAI BIDANG AGAMA SERTA MENJAWATAN JAWATAN TINGGI2 BIDANG AGAMA DAN KUASA AGAMA SERTA BIDANG FATWA....

Khatam Al-Quran beramai-ramai di Melaka disenaraikan dalam Malaysia Book of Records

MELAKA - Penyertaan 15,033 murid sekolah berusia 10 dan 11 tahun dari seluruh Melaka pada majlis khatam al-Quran beramai-ramai di di sini, hari ini, menyaksikan mereka tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jumlah itu mengatasi rekod yang dibuat murid sekolah di Terengganu tahun lepas dengan penyertaan 13,877 orang.

"Ini satu usaha yang baik untuk kita menanam cinta al-Quran dari muda agar mereka menjadi pelajar dan anak-anak yang soleh dan solehah," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakub.

Mohd Ali berkata, apabila golongan muda memahami dan mendalami kandungan al-Quran, mereka dapat mengelakkan diri daripada keruntuhan akhlak seterusnya mengurangkan masalah sosial.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mensasarkan kira-kira 70,000 murid sekolah rendah beragama Islam di Melaka sekarang khatam al-Quran sebelum mereka menamatkan sekolah rendah.

Sementara itu wakil Malaysia Book Of Records Myra Dzaman berkata rekod itu hanya akan dipecahkan jika penyertaan yang akan datang melebihi 20 peratus daripada jumlah hari ini.

Katanya, acara tersebut adalah program tahunan Malaysia Book of Records dan berharap dapat mengumpulkan lebih ramai murid Tahun Empat dan Lima pada penganjuran akan datang




Mayat bayi ditemui diperhentian bas

REMBAU - Mayat seorang bayi lelaki dengan kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang badannya ditemui ditinggalkan di atas tempat duduk di sebuah perhentian bas di Batu 8, Jalan Pedas-Linggi dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang ramai kira-kira pukul 6.05 pagi.

"Polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat bayi lelaki itu yang dianggarkan berumur 10 hingga 12 bulan dan diletakkan di atas tempat duduk pondok menunggu bas. Bayi itu mempunyai ketinggian 0.76 meter dan lengkap berpakaian serta dibaluti kain batik dan tuala mandi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang.

Katanya, bayi yang dijumpai ini dipercayai berbangsa Melayu kerana terdapat kesan cacar di lengan kirinya.

"Polis sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat berhubung kelahiran bayi itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau melalui talian 06-6852222 begin_of_the_skype_highlighting 06-6852222 end_of_the_skype_highlighting atau 06-6851999 begin_of_the_skype_highlighting 06-6851999 end_of_the_skype_highlighting atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat agar segera menghubungi pihak polis jika ada memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10-12 bulan seperti demam atau pun terjatuh dalam tempoh terdekat," katanya.


PIL NI BOLEH MERANGKAP GADIS2 AKHIR TERJADI ZINA



Pil khayal RM15 juta dirampas dalam gudang di Ipoh

IPOH - Polis merampas lebih sejuta pil khayal Eramin 5 bernilai RM15.2 juta dalam serbuan disebuah gudang di sini semalam, hasil susulan daripada terbongkarnya kegiatan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, sebanyak 1,015,500 biji dadah itu dijumpai dalam gudang sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Beliau berkata, dadah berkenaan tersorok dalam 58 gulungan kain dengan setiap gulungan mengandungi tiga bungkusan pil itu.

"Ini adalah rampasan terbesar pil Eramin 5 di negara tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Tiada ulasan: