Pandangan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi Terhadap Syiah
Kata al-Qaradhawi : “Saya tidak mengkafirkan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bidah.”
Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi dianggap Islam.
Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan berbillion Ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah.
Berikut diringkaskan pandangan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah.
1.Al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau Mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir.
2.Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadis. Selain daripada kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bidah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa, “Sesungguhnya Syiah terlibat didalam bidah dan tidak Kafit, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami.”
3.Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan) walaupun sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku dialog dan Taqribnya.
Beliau tidak bersetuju dengan pegangan Syiah dan berpendapat bahawa pegangan ini salah iaitu Nabi saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, para sahabat menyembunyikan berita ini, mereka mengkhianati Nabi saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, serta mereka melakukan konspirasi terhadap baginda. Yang peliknya, Ali ra tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran. Malahan Ali berbaiah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka persoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak bercakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat!
Syiah melakukan bidah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Hussein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik?
Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli al-Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdoa tanpa terus kepada Allah swt. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulamak mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bidah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar daripada agama Islam.
4.Berkata al-Qaradhawi, “Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syeikh kami, Syeikh Shaltut rh, bekas Syeikhul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Jafari diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditoleransikan.”
6.Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunni, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau, “Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian daripada Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai rasmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan