Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat adakah beliau tidak terlibat sama sekali dalam menyembunyi dan melindungi jenayah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Hari ini, bertebaran pelbagai dokumen yang boleh menyebabkan Najib dituduh terlibat menyembunyi dan melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang yang disebut sebagai antara most notorious crony capitalists. "Dokumen-dokumen itu juga boleh menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh tidak menjalankan tugas mereka dan mereka mestilah meletakkan jawatan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Menurut Salahuddin, apa yang didedahkan dalam dokumen-dokumen itu bertentangan dengan cakap-cakap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang berkata akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat. “Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya baru-baru ini. Salahuddin mempersoalkan, adakah kenyataan Abu Kassim itu bermakna SPRM hanya menyiasat sahaja dan selepas itu tidak ada tindakan selanjutnya. Ketika ditanya lebih lanjut mengenai pendedahan yang akan dibuatnya, Salahuddin hanya sekadar menyatakan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen Malaysia (PAC) tetapi tidak pernah mendengar sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil. Sambil menyatakan bahawa dokumen-dokumen akan berada di tangannya Isnin ini, Salahuddin memberi jaminan bahawa beliau akan mendedahkan dokumen-dokumen itu kepada umum pada hari yang sama. "Jika pendedahan dibuat pada Isnin ini, kerajaan perlu diingatkan bahawa rakyat tidak mahu lagi melihat satu lagi suruhanjaya siasatan seperti Suruhanjaya Diraja klip video VK Lingam di mana kita melihat semua pihak yang disebutkan kesalahan mereka dalam siasatan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman," katanya. Beliau bimbang perkara itu berlaku kerana pada masa ini sudah pun berlaku apa yang beliau lihat sebagai tindakan tolak-menolak antara SPRM dan polis. Buang Bayi:Umpama Biarkan Dadah Dijual Bebas Kemudian Fikir Nak Hukum Penagihby Ibnfalaky Alghoniyyu on Sunday, August 15, 2010 at 9:37am "Betapa bodoh dan bengapnya pemimpin negara kita yang mengaku beragama Islam, tetapi terkial kial mencari punca kenapa gejala buang bayi berlaku dengan dahsyatnya. Malah sebaik sahaja diumumkan perubahan hukuman yang membawa kepada hukuman mati kepada pesalah yang buang bayi, empat bayi lagi dijumpai dibuang di longkang busuk, tong sampah dan dalam semak. Mungkin itu sebagai tanda menyambut pengistiharan hukuman baru. Mungkin juga satu sindiran kepada pemimpin seperti Shahrizat yang mengaku Islam tetapi hati dan fikirannya ingin menyelesaikan sesuatu perkara mengikut acuan barat. Memang menjadi satu pantang besar bagi pemimpin dunia Islam hari ini untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan mengikut kaedah Islam. Mereka terlebih dahulu akan mencari contoh, apa yang telah dilakukan di England, Amerika, Perancis atau mana manapun negara lain, asalkan ianya bukan berpandukan al quran dan hadis. Jika di Amerika telah adakan pendidikan seks di sekolah sekolah, maka bingkas melompatlah pemimpin kita di sini ingin mencadangkan diadakan pendidikan seks di sekolah. Bodohnya mereka kerana, mereka hanya melihat kepada penyakit tetapi tidak sekali kali melihat kepada puncanya. Saban hari asyik duk berfikir apa yang hendak dibuat kepada orang yang parah mengidap kencing manis, nak potong kaki ke nak taruk ubat. Sedangkan penggunaan gula yang banyak dalam pemakanan tidak diberi penekanan. Atau juga kita umpama membiarkan dadah dijual berleluasa tanpa ada sekatan, kemudian kita sibuk memikirkan hendak menghukum mati ke atau hendak masuk ke penjara. Itulah tahap kebodohan pemimpin negara kita. Yang dilihat dalam gejala buang bayi hanyalah dari aspek hukuman. Punca sebab musabab tidak pernah diberi penekanan. Pergaulan bebas, disko, arak, hiburan melampau, program campur lelaki perempuan yang kerajaan galakkan dan macam macam punca yang akan membawa kepada zina tidak pernah diberi penekanan. Dalam soal aedes dan denggi, kenapa kerajaan menekankan supaya selalu membersihkan longkang tersumbat, tong tong berisi air atau tempat pembiakan nyamuk? Kerana kerajaan sedar inilah punca denggi. Kenapa kerajaan tidak melihat pergaulan bebas, disko atau arak umpama longkang yang menyebabkan denggi? Bersihkan dulu puncanya maka terhindarlah penyakit. Terlalu bodoh sangat ke pemimpin kita? Nabi Muhammad bersabda, "Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Salah siapa dan siapakah yang bertanggungjawab? Siapakah yang akan menanggung dosa yang paling besar bila maksiat dan dosa berleluasa dalam sesebuah negara? Tidak lain tidak bukan adalah para mufti dan alim ulama. Para mufti dan alim ulama tidak didatangkan ke dunia semata mata menjadi pembaca doa di dalam sesebuah negara. Padahal tugas mereka diutuskan oleh Allah adalah sebagai penyambung tugas para nabi dan rasul. Mereka tidak ditugaskan semata mata untuk memeluk tubuh jika sesuatu bencana berlaku ke atas umat, melainkan mereka akan disoal di hadapan Yang Empunya langit dan bumi. Tetapi nampaknya para mufti dan alim ulama hari ini lebih suka berdiam diri dan menjaga periuk nasi mereka. Mereka takut untuk bertegas terhadap kerajaan mendesak supaya kerajaan menutup pintu pintu maksiat. Yang lebih penting bagi mereka adalah memelihara kepentingan duniawi dari kepentingan umat. Malah ada sesetengah mufti itu sendiri berperangai seolah olah dia sendiri tidak mengingati mati dan akan dipersoalkan akan tanggungjawabnya di akhirat kelak. Ingatlah peringatan Allah dalam surah Al Hijr ayat 3 dan 4:Biarkanlah mereka makan kenyang serakus hewan, bersenang-senang sepuas nafsu, serta dilalaikan oleh angan-angan kosong sampai melupakan ajal, karena mereka kelak akan mengetahui juga akibat perbuatannya.Kami tidak akan memusnahkan suatu kotapun kecuali kalau untuk itu sudah ada keterangan waktu yang tertulis di Luh Mahfuzh. Cerdikkah Khazanah belanja RM10 bilion kuasai ParkwaySun, Aug 15, 2010 KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway). Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama.
Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh. Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway. Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia. Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun. Durian runtuh "Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu. "Adakah Parkway boleh bayar dividen 10 peratus setahun?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Mahfuz berkata, lebih baik RM10 bilion itu digunakan untuk beli emas kerana harga emas ada peluang naik 30 peratus dalam tiga tahun. Beliau tidak yakin pelaburan Khazanah itu adalah pelaburan yang baik kerana umum mengetahui bahawa kekuatan negara kita adalah dalam sektor elektronik, elektrikal, teknologi maklumat, minyak dan gas serta komoditi seperti kelapa sawit, koko, getah dan balak. "Jika kita mengeksport barangan tersebut dan kita dapat dolar hasil dari jualannya, munasabahlah kalau kita laburkan RM10 bilion dalam bidang yang kita ada kemahiran," kata Mahfuz. Lebih dari itu, katanya lagi, kita boleh mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang memang cekap dalam bidang-bidang tersebut. "Contohnya dengan kekuatan komoditi yang kita ada, kita adakan usahasama dalam bidang makanan halal dengan Nestle," katanya. Mahfuz juga mempersoalkan limpahan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan pelaburan RM10 bilion itu. Limpahan ekonomi "Berapa orang rakyat Malaysia dapat pekerjaan? Berapa industri kecil dan sederhana Malaysia yang dapat jadi vendor? Adakah jawapannya kosong?" beliau mempersoalkan. Sedangkan, katanya, kalau RM10 bilion dilaburkan untuk mengadakan usahasama dengan syarikat multinasional untuk membuka kilang elektronik misalnya, lima kilang elektronik mungkin boleh diwujudkan dengan anggaran 2,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. Kalau buka kilang petrokimia pula, katanya lagi, tiga kilang mungkin boleh dibuka dengan RM10 bilion itu dengan anggaran 3,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. "Pelaburan dalam Parkway itu ternyata mengakibatkan kerugian peluang atau opportunity loss kepada rakyat Malaysia," katanya. Ketika diminta mengulas tentang semakin tersebarnya tuduhan dungu terhadap Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Mahfuz hanya sekadar bertanya: "Adakah itu bermakna (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah bapa segala dungu - harakahdaily |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 14 Ogos 2010
KEJAHATAN AKHIRNYA AKAN DIBUKA OLEH ALLAH SIAPA PUN TAK BOLEH TUTUP....ALLAH MEMPUNYAI KUASA TIADA BATASAN
Najib sembunyi jenayah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan