Anak Melaka |
Saya menghadiri kuliah seorang Ustaz baru-baru ini. Antara perkara menarik yang diceritakan oleh Ustaz tersebut ialah ujudnya pengacau yang diupah oleh Penguasa Kafir Quraisy untuk menganggu ceramah Nabi Mohammad S.A.W. Pengacau ini akan mengacau ceramah Nabi walau di mana Nabi berceramah. Pengacau ini akan mengadakan ceramah atau persembahannya di sebelah ceramah Nabi. (Saya terlupa pulak nama pengacau/penyair ini - kepada sesiapa yang tahu sila tuliskan dalam ruangan komen). Pengacau ini adalah seorang Penyair yang hebat yang mampu mereka cerita-cerita dongeng bagi menarik orang-orang Quraisy supaya tidak hadir pada ceramah-ceramah Nabi. Pada peringkat awalnya memang ramai yang hadir mendengar cerita-cerita dongeng penyair/pengacau ini. Sehingga orang datang mendengar ceramah Nabi agak kurang. Namun lama kelamaan orang-orang Quraisy mula sedar bahawa cerita-cerita penyair/pengacau adalah bohong dan dongeng semata-mata. Akhirnya mereka tidak lagi mahu mendengar cerita-cerita dongeng tersebut dan kembali menyertai ceramah-ceramah Nabi. Saya teringat kisah mutakhir ini di mana ada pihak-pihak yang menganggu ceramah-ceramah PAS. Di mana ada ceramah PAS di situ mereka mengadakan program mereka bagi menganggu ceramah PAS. Macam-macam program mereka aturkan antaranya menonton Piala Dunia, Makan Durian, Program bersama rakyat, program penyerahan bendera dan sebagainya. Saya mendoakan supaya mereka ini diberikan petunjuk oleh Allah supaya tidak busuk hati dan bersikap professional. Jangan kita mewarisi perangai orang-orang yang pernah memusuhi Nabi. Semoga Ramadhan ini menginsafkan kita semua dan mendapat petunjuk dari Allah. Seperti kata seorang Ustaz semasa saya menghadiri tazkirah tarawikh malam tadi, Celakalah seseorang Islam itu jika ia tidak menjadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendidik jiwa masing-masing. Celakalah seseorang itu jika selepas Ramadhan ini tiada perubahan dalam diri kita. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 19 Ogos 2010
INI BIASALAH.. .SEBAB SYAITAN BOLEH MATI...DAN MASIH BEKERJA TANPA JEMU SERTA PENAT HINGGALAH HARI KIAMAT
Pengacau ceramah wujud sejak zaman Nabi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan