Khamis, 19 Ogos 2010

SETUJU..ORANG TUA BIASA INGIN DIHORMATI DAN DIHARGAI...DAN CEPAT MERAJUK MUNGKIN ROMANTIK...ANAK LUPA JASANYA.BALASAN AKAN DAPAT JUGA, ALLAH ITU ADIL

Anggap saya tiada

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/08/19

KANGAR: “Saya tenang dan rela mati di sini (Rumah Orang Tua). Kepada dua anak yang sudah mendirikan rumah tangga, anggap saya sudah tiada dalam kehidupan mereka,” kata Abdul Rahman Talib, 58, di Rumah Orang Tua Baru Bertangkup, dekat sini, semalam.

Beliau yang dibuang anak kandung sendiri Januari lalu, berkata kehidupannya kini lebih tenang, tambahan pula sekarang dia mampu melakukan ibadah puasa lebih sempurna di rumah itu.


Katanya, selepas lebih lapan bulan memikir nasib diri selepas dibuangkan anak sendiri, beliau sudah mempunyai kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan tanpa orang disayangi.


“Saya boleh menyesuaikan diri tanpa kehadiran anak dan cucu. Ketika awal dimasukkan di rumah orang tua, setiap hari saya menjengah ke pintu kemungkinan anak dan cucu datang melawat.


“Bagaimanapun, sejak dibuang lapan bulan lalu, tiada seorangpun daripada dua anak datang untuk melawat untuk menanyakan khabar mengenai diri saya di sini,” katanya.


Pada 12 Januari lalu, akhbar ini melaporkan Abdul Rahman baru selesai menjalani pembedahan jantung, terkedu apabila ditinggalkan anak sendiri bersama bungkusan pakaian di pondok bas berhampiran sebuah sekolah.


Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru keluar dari Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan.


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, memberi perlindungan segera kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup bersama beberapa penghuni lain.


Mengulas kehidupan di rumah terbabit, Abdul Rahman berkata, JKM membekalkan setiap penghuni dengan wang saku RM150 sebulan atau RM5 sehari untuk mereka membeli juadah berbuka puasa.


“Saya kerap memasak sendiri kerana bahan seperti beras, gula dan kopi disediakan JKM dan saya sering keluar ke pasar Ramadan Batu Bertangkup berhampiran untuk membeli juadah lain.


“Pada sebelah petang, saya banyak menghabiskan masa di masjid berhampiran membantu jemaah mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk tempatan. Kedudukan rumah berhampiran masjid memudahkan saya bersolat Tarawih,” katanya

Dia mengaku menitiskan air mata pada hari pertama umat Islam menyambut Ramadan apabila keseorangan berbuka puasa di rumah terbabit tetapi kelamaan perasaan sedih itu hilang

SUSAHNYA HIDUP...ADA YANG HIDUP MEWAH SANGAT




Tin, botol sara hidup

Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my
2010/08/19I

ALOR GAJAH: Dua beranak yang hidup serba daif di Kampung Lendu Dalam, di sini, tetap tabah mengharungi Ramadan untuk mencari rezeki halal walaupun hanya bekerja kampung.

Setiap hari, Abd Rashid Dol, 60, dan anaknya, Mohd Firdaus, 21, mencari tin dan botol kosong bagi menampung keperluan harian mereka.


Hasil usaha dan ketekunan mencari rezeki, mereka memperoleh pendapatan sekitar RM150 sebulan hasil penjualan tin dan barangan terpakai untuk perbelanjaan Syawal yang bakal menjelang.


Abd Rashid berkata, selepas kematian isteri akibat kanser payu dara kira-kira 16 tahun lalu, dia terpaksa menjaga anaknya itu.


Menurutnya, nasib Mohd Firdaus agak malang apabila tidak mendapat pendidikan di sekolah dan hanya belajar setakat darjah tiga akibat kesempitan hidup.


“Mohd Firdaus mungkin tidak seperti remaja lain yang menikmati keindahan alam remaja apabila dia bersama saya sepanjang masa demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan kami berdua.


“Setiap hari dia mengayuh basikal lebih 10 kilometer untuk menjual barangan yang kami kutip ini di sekitar Alor Gajah.


“Kami juga jadikan rumah pusaka lama bersebelahan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kami duduki sebagai lokasi penyimpanan botol dan tin kosong sebelum ia dijual kepada peraih,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Katanya, dia bersyukur kerana memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk membeli keperluan harian walaupun tidak mencukupi.


“Sepanjang Ramadan ini, kehidupan kami sedikit berubah apabila banyak pihak prihatin termasuk agensi kerajaan yang menyumbang keperluan harian, malah menikmati juadah enak dan bantuan hari raya.


“Kami bukan mahu menagih simpati atau ihsan daripada orang ramai, cuma berharap anak mampu menjaga saya pada hari tua kelak apabila sudah tiada kudrat untuk meneruskan pekerjaan seperti sekarang “Malah, saya juga berharap ada pihak mahu mempelawa Mohd Firdaus bekerja bagi menambah pendapatan sekali gus mendedahkannya dengan dunia luar,” katanya


Sementara itu, Mohd Firdaus berkata, dia tidak pernah kesal menjalani kehidupan berbeza daripada remaja lain yang aktif bergaul termasuk memiliki pelajaran dan motosikal serta kereta berbanding dirinya yang hanya menunggang basikal.


“Apa pun berlaku, saya bahagia bersama ayah yang membesarkan saya sejak kecil dan saya perlu membalas pengorbanannya,” katanya

Tiada ulasan: