Juadah berbuka campur wain
anbia@hmetro.com.my
2010/08/31
SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.
BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.
Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.
“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.
“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.
Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
NEGARA
Pemilik premis tanggal logo halal
KUALA LUMPUR - Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di sebuah medan selera di pusat beli-belah Pavillion di sini, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.
Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, tindakan itu dipercayai untuk mengelak premis mereka diambil tindakan kerana menggunakan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.
"Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah semasa tinjauan awal, kami mendapati ada logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tidak lagi dipamerkan," katanya selepas memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.
Pemeriksaan yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan lima anggota Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dilakukan setelah Jakim menerima aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal di premis berkenaan
“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.
“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.
Medan selera papar pelekat logo halal tak sah
2010/09/02
KUALA LUMPUR: Bukan saja menawarkan minuman keras dan juadah lain seperti ayam dan itik yang diragui statusnya, malah beberapa premis dengan selamba memaparkan pelekat logo halal dipercayai tanpa sijil yang tidak diiktiraf.
TANGGAL...pekerja sebuah premis terbabit menanggalkan logo halal selepas diarahkan Jakim, semalam.
Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan terutama pelancong dari Timur Tengah berhubung status hidangan yang disajikan di medan selera terbabit.
“Hasil siasatan Unit Syariah PPIM, kebanyakan premis makanan di medan selera itu menggunakan sijil halal yang dikeluarkan sebuah syarikat swasta.
“Ini dikesan menerusi penggunaan logo yang tertera dan syarikat terbabit sebahagian daripada enam syarikat yang ditolak Majlis Agama Islam Negeri berhubung kesahihan sijil halal keluarannya,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pemantauan Dan Penguat Kuasa Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata tiada sebarang permohonan diterima daripada pihak pengurusan medan selera itu berhubung sijil halal.
“Kami akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan sekiranya menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sijil dan status premis halal.
“Bagaimanapun, hal itu dikesan tidak berlaku di sini dan rata-rata premis yang diperiksa menggunakan logo halal tidak diiktiraf,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan