Khamis, 26 Ogos 2010

KEMBALI TENANG

Yob Tualang Sekah's Photos - Wall Photos


Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf...







Keluarga
empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling
botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada
masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng
Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen,
53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi
jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran
MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.


Turut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk
Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad
Jawi.

Ibu
bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam,
khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang
telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa
kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu
kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati
terbuka menerima permohonan maaf itu.


"Saya
harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka
agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar
terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya,
beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat
meredakan ketegangan kaum.

"Perkara
ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini
adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di
negara ini," katanya.


Yeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk
menenangkan keadaan.

"Demi
perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit
memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak
faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran
agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow
berkata,
MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau
tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka
hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja
berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung
kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

-
Bernama
Added 28 minutes ago · ·

  • 3 people like this.
    • Mohd Mazhafar Mansor biase ah bdk2 lening..bende gining mmg saloh mok ayoh..sbb mok ayoh berhok nyepak trajang anok klu wat jahak..mok ayoh bertanggungjwb jaga anok..
      cikgu?xleh nk saloh 100%..
      rukun tetangga?xleh gok..
      kerajaang?huhu..yob jawab.
      25 minutes ago · ·
    • Lau Tze kenape diaorang baling cat
      25 minutes ago · ·
    • Lau Tze musykil aku
      25 minutes ago · ·
    • Mohd Mazhafar Mansor sbb kene tegor baling mercun
      24 minutes ago · ·
    • Lau Tze oo..ok thanks..baru tau..lama xbaca berita
      24 minutes ago · ·
    • Yob Tualang Sekah yang penting, isu ni tiada kaitan dengan politik.
      23 minutes ago · ·
    • Mohd Mazhafar Mansor yup..
      22 minutes ago · ·
    • Mohd Mazhafar Mansor beri pendedahan muliakan masjid dan surau..
      20 minutes ago · ·
    • Saiful Ronan Inilah kelebihannya Muslim.. Orang melayu. Orang Malaysia... Semoga negara Malaysia kita ni diberkati Allah, dan semua pemimpin yang ikhlas dan baik sentiasa diberkati perjuangan mereka...
      3 minutes ago · ·


Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf
Ogos 26, 10 1:16pm
Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

Turut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

Yeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

- Bernama

Tiada ulasan: