Selasa, 24 Ogos 2010

Lingam

Lingam, bekas ketua hakim dapat semakan kehakiman
Ogos 24, 10 10:03am
Dua bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama peguam Datuk VK Lingam berjaya mendapatkan semakan kehakiman berhubung hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam.

Berikutan keputusan mahkamah rayuan itu, perkara berkenaan akan diserahkan semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk didengar.

Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, yang mengetuai panel tiga hakim itu mengumumkan keputusan mahkamah rayuan itu bukan sebulat suara tetapi berdasarkan keputusan majoriti.

Dua hakim lain adalah Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Hishamudin adalah hakim tunggal yang menolak permohonan berkenaan.

Tengku Baharudin dalam penghakimannya berkata mereka bersetuju dengan hujah Lingam bahawa seksyen 53, undang-undang mahkamah tinggi perlu diberi interpretasi yang lebih luas.

Mahkamah juga memerintahkan supaya Lingam dibayar RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 Dis 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, lima yang lain mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula supaya hasil penemuan suruhanjaya itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan telah menarik balik rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini.

Pesuruhjaya berkenaan -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim -- bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu.

Ling

am dalam permohonannya semalam berkata mahkamah rayuan perlu menyemak hasil
penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bahawa beliau telah melakukan kesalahan jenayah, kerana ia merupakan serangan terhadap reputasinya.

Lingam berkata walaupun tidak pernah didakwa, reputasinya telah tercemar dengan teruk, oleh itu, mengikut perlembagaan persekutuan, beliau berhak dilindungi.

Beliau juga berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila merumuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu bukan satu keputusan kerana isu berhubung ketulenan video klip terbabit secara jelas menunjukkan yang ia memang satu keputusan.

Oleh itu, beliau berkata hasil penemuan suruhanjaya berkenaan boleh disemak.



VK Lingam: Saya ada hak untuk didengar
Hafiz Yatim
Ogos 23, 10
5:23pm

Peguam VK Lingam memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa inkuiri insiden 'pita Lingam' telah menafikan beliau hak bagi menjawap beberapa pertuduhan - sehubungan itu, beberapa keputusan panel berkenaan seharus melalui semakan kehakiman semula.

“Saya hanya mahu membersihkan nama saya,” kaya Lingam, setelah mengemukakan permohonan 80 mukasurat. Beliau mewakili dirinya sendiri.

Ling
am memohon semakan kehakiman bersama dua bekas hakim, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Ketiga-tiga mereka bersama ahli perniagaan jutawan, Tan Sri Vincent Tan dan setiausaha agung Umno, sekarang, Datuk Tengku Adnan Mansor, telah dinafikan oleh Mahkamah Tinggi (bahagaian kuasa-kuasa khas dan rayuan) pada 12 Disember 2008, hak untuk merayu penemuan inkuiri suruhajya diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.

Lingam memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa sesetengah dakwaan yang dilemparkan ke atasnya semasa inkuiri itu hanya dibuat selepas dia memberi keterangan. Justeriu dia tidak mempunyai peluang menjawab pertuduhan berkenaan.

Katanya, Mahkamah Rayuan perlu menyemak hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bahawa beliau telah melakukan kesalahan jenayah, kerana ia merupakan serangan terhadap reputasi peguam itu.

Lingam berkata walaupun tidak pernah didakwa, reputasinya telah tercemar dengan teruk, oleh itu, mengikut perlembagaan persekutuan, beliau berhak melindunginya.

"Oleh itu, saya adalah individu yang terjejas dengan teruk berikutan keengganan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan saya untuk mencabar penemuan Suruhanjaya Diraja itu," katanya semasa berhujah di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 12 Dis 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, lima yang lain mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula supaya hasil penemuan suruhanjaya itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan telah menarik balik rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini.

Pesuruhjaya berkenaan -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim -- bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu.

Pada prosiding hari ini, Lingam juga berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila merumuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu bukan satu keputusan kerana isu berhubung ketulenan video klip terbabit secara jelas menunjukkan yang ia memang satu keputusan.

Oleh itu, beliau berkata hasil penemuan suruhanjaya berkenaan boleh disemak.

Dalam hujah bertulis setebal 80 muka surat yang menggariskan lapan alasan, Lingam berkata beberapa dakwaan terhadapnya juga hanya dibuat selepas beliau memberi keterangan pada inkuiri itu, dan ini menyebabkan ia tidak boleh dijawab.

Sehubungan itu, katanya, Mahkamah Tinggi seharusnya memberikan kebenaran supaya kes itu boleh didengar berdasarkan merit.

Beliau berkata berkata suruhanjaya itu juga telah bertindak melampaui terma dan bidang kuasanya, serta hilang fokus selain berbuat sesuka hati, dan ini telah menyebabkan wujudnya ketidakadilan terhadapnya.

Beliau juga berkata empat pesuruhjaya iaitu Haidar, Shim, Shankar dan Khoo sepatutnya menarik diri daripada inkuiri kerana wujud konflik kepentingan dan ini telah menyebabkan penemuan yang diperoleh adalah berat sebelah.

Peguam Ahmad Fairuz iaitu Datuk Mahinder Singh Dulku pula berhujah bahawa orang awam telah menghakimi anak guamnya terlebih dahulu sebelum inkuiri tersebut bermula.

Beliau berkata Perkara 125(3A) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa mana-mana hakim yang didapati melakukan salah laku, boleh dihadapkan kepada satu tribunal, namun imej Ahmad Fairuz telah tercemar terlebih dahulu hasil penemuan suruhanjaya berkenaan.

Sementara itu, peguam Mohd Eusoff iaitu Datuk Hazman Ahmad pula mengguna pakai hujah yang diutarakan Lingam dan Mahinder.

Datin Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya pula berkata penemuan inkuiri tersebut tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan tidak memberi kesan terhadap hak seseorang individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Mahkamah akan membuat keputusan berhubung rayuan itu esok



Majlis Peguam kecewa kes video Lingam ditutup
Okt 28, 09 4:02pm
Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya, Ragunath Kesavan berkata persoalan yang dibangkitkan dalam klip video itu memerlukan jawapan.

Katanya, jika terdapat kebenaran dalam mana-mana dakwaan yang timbul, maka tindakan yang keras perlu diambil.

Ragunath berkata, kerajaan mesti melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara itu.

Ini, katanya, termasuk mengambil kira pengumuman yang dibuat dua hari lalu mengenai terdapatnya saksi utama untuk memberi keterangan.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat.

"...dan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman, dan kebebasannya, moral dan integritinya, adalah mustahak dalam proses keadilan," tambahnya.

Oleh itu, katanya, jika berlaku sesuatu yang tidak kena dalam bidang kehakiman - sama ada dalam proses pelantikan atau pengendalian kes-kes, atau perilaku hakim - ia mesti disiasat segera dan secara telus dan komprehensif, supaya rakyat yakin tiada wujud sebagai tindakan melindungi mana-mana pihak terbabit.

"Kerajaan mesti menunjukkan bahawa ia mempunyai keazaman politik untuk bertindak terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Diraja 2008," katanya.

Isu tersebut, katanya, hanya boleh ditutup sekiranya semua bentuk penyiasatan dimanfaatkan sepenuhnya dan mereka yang melakukan kesalahan di hadap ke muka pengadilan


Isu Lingam diungkit lagi di Parlimen
Dis 16, 09 12:36pm
Isu peguam VK Lingam kembali mendominasi perbahasan Dewan Rakyat ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 untuk bacaan kali kedua semalam.

Mohamed Nazri dalam menjawab dakwaan dan tomahan daripada anggota parti pembangkang berkata siasatan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu klip video Lingam serta siastan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan.

Dari sudut perundangan, pelantikan hakim yang kononnya diatur oleh Lingam, sebenarnya dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Jawapan Mohamed Nazri mengundang kemarahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap kenyataan menteri itu sebagai melampau dan memperbodohkan dewan.

Beliau berkata isu mengenai Lingam telah dibangkitkannya melalui Laporan Perwaja Steel pada tahun 1995 dan melahirkan rasa dukacita dengan cara kes itu dikendalikan.

Mohamed Nazri dengan secara spontan telah bangun menjawab: "Kalau Yang Berhormat sebagai bekas timbalan perdana menteri bawa kes ini pun tak selesai, jadi macam mana saya hendak selesai masalah ini."

Jawapan Mohamed Nazri disambut dengan ketawa oleh anggota parlimen, dan Anwar kemudian bangun meminta maaf dan melahirkan perasaan dukacitanya kerana gagal menyelesaikan masalah itu, dan berharap kepimpinan baru kerajaan dapat berbuat demikian.

Mohamed Nazri berkata jika Anwar mahu menolong menyelesaikan kes itu, beliau perlu ikhlas.

"Kalau nak tolong, tolonglah betul-betul, jangan tolong bagi jatuh kerajaan, kalau kerajaan jatuh, saya pun tak boleh selesai masalah," katanya.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata, rang undang-undang itu digubal bagi membolehkan tindakan diambil terhadap hakim yang didapati melanggar kod etika profesyen itu.

Persidangan dewan disambung hari ini. BERNAMA



Kes Lingam: Pembangkang dedah 'saksi utama'
Nov 10, 09 4:02pm
Ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa hari ini membawa ke Parlimen, Jayanthi LG Naidu, yang dikatakan menjadi 'saksi utama' yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Datuk VK Lingam.

Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.

Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.

Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'.

Sebaliknya, Jayanthi pula mendakwa bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa untuk membantu SPRM dalam menyiasat tersebut.

Katanya, selepas kenyataan bertulis Nazri itu pada 23 Oktober lalu, beliau terus menghubungi SPRM, bertanyakan siapakan saksi utama yang sedang dicari itu.

"Mereka tidak dapat menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita di Parlimen

Tiada ulasan: