Jumaat, 27 Ogos 2010

BERWASPADA LAH

6 hotel terkemuka mengaku tiada sijil halal
Ogos 27, 10 12:37pm
Beberapa hotel dan restoran terkemuka sekitar Lembah Klang mengakui masih beroperasi tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akibat pelbagai sebab.

Enam hotel dan sebuah restoran yang dihubungi Malaysiakini memberitahu, mereka masih gagal mendapat pengiktirafan halal disebabkan pelbagai faktor - tiga daripadanya tidak mengetahui keperluan itu.

Antara kesemua premis bertaraf empat dan lima bintang itu, sebuah tidak pernah memohon sijil berkenaan sejak beroperasi manakala sebuah lagi tidak memperbaharuinya selepas tamat tempoh.

Terdapat juga hotel yang pernah cuba mendapatkan pengiktirafan halal berkenaan tetapi permohonannya tidak diluluskan.

"Selepas pegawai-pegawai Jakim datang ke hotel, kami telah dinasihati untuk mengikut standard Malaysia berkenaan Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (MS 1500:2009).

"Kami mematuhi segala peraturan-peraturan berkenaan dengan penyediaan makanan dan minuman di hotel. Jamuan bufet buka puasa disediakan berdasarkan garis panduan Jakim," kata seorang pengurus besar hotel melalui e-mel.

Pada 20 Ogos lalu, pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jakim mendapati, 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Selepas serbuan itu, kesemua hotel mendakwa mematuhi arahan Jakim itu selepas dinasihatkan dan memohon sijil berkenaan secara serta-merta.

Mereka juga turut menegaskan bahawa hampir semua chef yang bertugas untuk penyediaan bufet Ramadan daripada kalangan orang Islam yang "mengetahui hukum agama".

Menceritakan serbuan terhadap hotel berkenaan dalam 'operasi' 10 Ramadan pertama Jakim, hotel dan restoren terbabit memberitahu, mereka dinasihatkan tidak lagi menggunakan bahan yang diragui dan tidak mempunyai cop Jakim.

Selain itu, terdapat juga sebuah hotel yang dinasihatkan oleh mengasingkan barang yang halal dan yang diragui halal di tempat yang berasingan.

Bagaimanapun kesemua mereka mendakwa Jakim berpuas hati dengan keadaan dapur dan proses penyediaan bufet Ramadan

Tiada ulasan: