Isnin, 30 Ogos 2010

ORANG MACAM NI PUN ADA....BILA UNDANG2 YG ADA TIDAK DITAKUTI

Siang puasa, malam mabuk

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/08/30

SUBANG: “Saya banyak masalah. Walaupun malam saya ‘minum’ tapi siang saya puasa,” itulah alasan yang diberikan seorang lelaki yang ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, awal pagi semalam.

Lelaki itu mendakwa cuba menghormati Ramadan tetapi terpaksa datang ke kelab itu untuk berhibur kerana tertekan ditinggalkan teman wanita. Dalam serbuan terbabit, selain penahanan lelaki berusia 28 tahun itu, turut dicekup lima wanita Islam yang berpakaian tidak senonoh.


Semua mereka ditahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan.


Bagaimanapun, kehadiran pihak berkuasa di kedua-dua pusat hiburan terbabit berjaya dikesan pengunjung beragama Islam menyebabkan mereka bolos dengan melarikan diri mengikut pintu rahsia. Serbuan kira-kira jam 1 pagi itu yang disertai Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan enam lelaki kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Lima remaja bawah umur turut ditahan.


Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan yang menyertai operasi itu berkata, ini bukan kali pertama operasi dijalankan namun masih ada pengusaha kelab hiburan yang tidak mematuhi undang-undang.


“Kita mendapati kedua-dua pusat hiburan ini membenarkan remaja bawah umur masuk untuk berhibur sedangkan mereka masih bersekolah. Remaja terbabit akan diambil keterangan manakala pusat hiburan itu akan didenda RM5,000 kerana melanggar syarat pusat hiburan.


“Manakala enam lelaki yang positif mengambil dadah akan ditahan oleh pihak AADK mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 jika sabit kesalahan boleh di tahan di pusat pemulihan selama dua tahun,” katanya semalam.

Tiada ulasan: