Sabtu, 14 Ogos 2010

BARAT TERUS HANYUT SERTA MENUJU KEHANCURAN BILA PERKARA MEROSAKAN TERUS DIGUNAKAN...


DUNIA

Ramai remaja di AS ambil suntikan botox

NEW YORK - Remaja semuda 13 tahun mula mendapatkan suntikan botox manakala doktor-doktor di Amerika Syarikat (AS) telah melakukan lebih 12,000 prosedur terhadap golongan itu pada tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penyanyi remaja, Charice Pempengco dari Filipina yang berusia 18 tahun turut mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku menerima suntikan botox dan menjalani prosedur antipenuaan kulit sebelum membintangan siri televisyen popular Glee yang diterbitkan oleh stesen televisyen Fox di AS. Persatuan Doktor Pembedahan Plastik Amerika memberitahu golongan remaja mendapatkan rawatan sebagai jalan pintas untuk membaiki penampilan mereka.

Ubat antikedut itu telah digunakan untuk membaiki pelbagai bentuk 'kecacatan' wajah, termasuk senyuman yang menampakkan gusi atau rahang.

Peningkatan trend penggunaan botox di kalangan remaja mendapat perhatian selepas Charice membuat pengakuan. "Saya mahu kelihatan segar di hadapan kamera," katanya yang mendapat suntikan botox.

Seorang pakar pembedahan plastik, Dr. Shoib Allan Myint menyifatkan botox sebagai toksik remaja.

"Botox adalah berbahaya jika tidak dikendalikan dengan baik. Trend toksik remaja ini berpontensi untuk mengakibatkan komplikasi jika dilakukan oleh individu yang tidak terlatih atau bukan doktor. "Kebanyakan remaja tidak mengalami masalah kedutan. Botox tidak mampu menghalang penuaan semula jadi melainkan wujud keperluan mendesak. Botox tidak sepatutnya dilakukan ke atas remaja," katanya. - Agensi

Tiada ulasan: