Sabtu, 14 Ogos 2010

YANG TAHU HANYA ALLAH...TAPI BARAT@SYAITAN CUBA MENGHALANG HUKUM ISLAM YANG HENDAK DILAKSANAKAN...

DUNIA

Peguam dakwa wanita zina dipaksa buat kenyataan


GAMBAR menunjukkan Sakineh Mohammadi-Ashtiani membuat pengakuan berzina di sebuah stesen televisyen di Iran baru-baru ini.


LONDON - Peguam seorang wanita Iran yang dihukum rejam sampai mati di negara republik Islam berkenaan memberitahu sebuah akhbar Britain bahawa anak guamnya diseksa sebelum dia membuat pengakuan terbabit dalam pembunuhan suaminya di televisyen baru-baru ini.

Peguam kepada Sakineh Mohammadi-Ashtiani memberitahu akhbar The Guardian kelmarin bahawa anak guamnya, seorang ibu beranak dua berusia 43 tahun dipaksa muncul dalam wawancara itu yang dirakamkan di penjara Tabriz, tempat dia ditahan sejak empat tahun lalu.

"Dia dipukul dengan teruk dan disiksa sehingga bersetuju untuk muncul di depan kamera," kata peguamnya, Houtan Kian di laman web akhbar itu.

Houtan berkata, dia bimbang pihak berkuasa Iran akan segera melaksanakan hukuman gantung sampai mati setelah hukuman rejam terhadap wanita itu mendapat bantahan masyarakat antarabangsa pada bulan lalu.

Seorang lagi peguam Ashtiani, Mohammad Mostafaie, meninggalkan Iran pada bulan ini dan kini berada di Norway selepas pegawai-pegawai Iran mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki itu dan menahan isterinya.

Beberapa sumber di Iran menyatakan, wanita itu didapati tidak bersalah berhubung pembunuhan tersebut tetapi dijatuhi hukuman rejam kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. - AFP

Tiada ulasan: