Cut sudah mengaku
2010/07/10
JAKARTA: Peguam bela Cut Tari, Hotman Paris Hutapea memberitahu anak guamnya sudah mengaku melakonkan adegan dalam rakaman video lucah Ariel, semalam.
“Cut mengaku pada saya, dia adalah wanita yang bersama Ariel dalam rakaman video lucah berkenaan,” ujarnya di balai polis di Jakarta.
Bagaimanapun, Cut memberitahu dia tidak tahu siapa yang merakam adegan dalam video lucah itu.
“Cut tidak tahu siapa yang merakam dan meyebarkan video lucah berkenaan. Cut sendiri tidak pernah melihat, menyimpan ataupun mengedarkan rakaman video itu,” jelas Hotman.
Hotman juga berkata, Cut tidak tahu-menahu bila adegan ranjang itu dirakamkan dan sama ada Ariel yang melakukannya ataupun tidak.
“Dia hanya tahu lelaki sering memainkan telefon bimbit dan ada juga mereka yang menerima panggilan ketika di ranjang,” katanya lagi.
Ketika ini, Cut Tari dan Luna Maya turut menjadi suspek dalam kes video lucah berkenaan selain Ariel sebagai suspek utamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan