Sabtu, 24 Julai 2010

BERITA DARI INTERNET YANG SUKAR DITAPIS...INI KESAN DUNIA TERBUKA...MEDIA2 KERAJAAN TIDAK MENJADI RUJUKAN LAGI....NI SEMUA ALLAH TAKDIRKAN...

Sabtu, 2010 Julai 24

Apa yang UMNO-BN-APCO YAHUDI NAK SELAMATKAN DI SELANGOR TU ?

Yeeeeehaaaaa..Yaaa Beee Daaa Beeee Duuuu..it..

Gerombolan Robin Hood cap dacing UMNO+BN+APCO+YAHUDI melancarkan kempen agresif mereka di selangor dengan slogan TAWAN SELANGOR.

Wokeh,pakcik,makcik,adik,abang,akak, mari kita tengok apa yang nak diselamatkan dan dikekalkan oleh UMNO-BN-APCO-YAHUDI di selangor tu.

-1. Menjarah wang / kerajaan /rakyat Selangor melalui cukai-cukai dari hasil industri-industri yang wujud di selangor kerana selangor adalah Tulang Belakang Ekonomi Malaysia.

0.UMNO-BN-APCO Tak dapat lagi kutip cukai/ufti/wang bawah meja dari Kilang-kilang industri di selangor,sama ada kilang halal/kilang haram/kilang yang cemarkan alam sekitar.

1. Kos Sara Hidup Yang Tetap dan Makin Tinggi
"Penyelasan Subsidi"Kepala Bana Najib akibatkan harga keperluan asas naik di 1Malaysia,khasnya di Selangor, iaitu antara negeri yang menjadi Tulang Belakang Ekonomi Malaysia.

2.Jalanraya/Lebuh Raya Bertol tetap berufti
Di selangorlah juara jalan raya / lebuh raya yang apabila rakyat nak guna, kena bayar tol/ufti kepada syarikat-syarikat milik UMNO & CO.Cuba kira berapa banyak highway/jalan bertol di selangor;- Plus,NKVE,Guthrie,KESAS dll.

3.Pengurusan Syarikat AIR SYABAS yang korup lagi menyusahkan rakyat
Semua tau, kompeni air selangor tu DIFARAIDKAN kepada swasta semasa UMNO-BN/APCO/YAHUDI perintah selangor. jadi mereka top level kompeni air tu perlu SABOTAJ usaha kerajaan Pakatan Rakyat selangor dalam beri AIR free kat rakyat selangor.sampai today ada ada saja desas desus antara syabas dengan kerajaan negeri selangor.


4.Projek hartanah yang perlu dirembat UMNO/BN/APCO
Ok, najib kata nak luaskan kawasan komersial KL ke sebelah utara, iaitu dari sungai buloh sampai ke bukit beruntung dan ke sempadan selangor - perak.projek yang boleh hasilkan untung berbillion-billion ini tidak kena tidak wajib dipersetujui dulu oleh kerajaan negeri selangor.

5.Port Klang Golden Port
Semua tau,port klang tu lubok EMAS.so sapa yang kontrol port klang,dialah yang KAYOOOO

6.Tauke Pasir UMNO Meroyan
Semua tahu, bisness pasir perlu lesen, bila dapat lesen tu,,bolehlah nak jual lesen tu balik (ali baba) atau rembat pasir sampai alam sekitar/keselamatan manusia terjejas.puak-puak cap dacing yang selama ini hidop atas bisness lesen pasir jadi gila meroyan apabila kerajaan negeri selangor mulai kuatkuasakan lesen/bisness pasir yang sebelum ini dilakukan dengan keadaan yang tidak terkawal di bawah pemerintahan UMNO-BN di selangor






Ezam 'kuasa' baru dalam Umno Selangor
Jimadie Shah Othman & Regina Lee
Jul 23, 10
7:06pm

Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, Ezam memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini.

Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia.

T
ambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut.

Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'kuasa ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu.

Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini.

Gandingan lama, MP bebas turut serta


Semua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana Ezam difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu.

Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu.

Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu.

Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat.

Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh.

Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka.

"Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya.

Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi Ezam.

"Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama.

"Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini



'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini
Jimadie Shah Othman
Jul 24, 10
2:26am

Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.

Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).

Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.

Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.

Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.

Bersumpah demi Allah

Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post.

Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.

Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.

"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.

Menyentuh soal Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Jenakakan KSSB, ejek Khalid 'gagap'

"Kenapa lapor Umno Selangor nak gaduh pasal isu pasir? Sebab tuan dia (Malaysiakini) sama kepala dengan Anwar Ibrahim," katanya sambil mengaitkan Malaysiakini dengan George Soros.

Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus.

Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor.

Bukan sahaja KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada 'Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah', Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga diejek sebagai gagap.

Malah Satim dan Shukor dalam ucapannya dilihat meniru gaya 'gagap' Khalid sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Malam tadi, program SSDE itu turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingg 8 Ogos ini.





'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10
4:27pm

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal

ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

P
ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi


Dakwaan dibiayai Anwar: Peguam PI Bala minta bukti
Regina Lee
Jul 24, 10
7:07pm

Peguam-peguam yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam berang apabila didakwa yuran perundangan mereka dibiayai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya mereka mencabar bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari yang membuat tohmahan itu tampil memberikan bukti.

“Saya cabar beliau. Buktikan apa yang anda ada. Tunjukkan kepada kami. Anda tidak mempunyai apa-apa pun, Anuar Shaari, baik di tangan mahupun di kepala anda.

“Saya anggap dia menipu. Anuar adalah pembohong dan tidak berkata perkara yang benar,” kata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon dengan nada marah.Bukan jenayah

Bercakap pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, Manjeet juga menafikan dakwaan Anuar bahawa beliau telah berkali-kali menawarkan bekas penyokong ketua umum PKR itu - S Nallakarupan untuk menyertai PKR semula.

“Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula?” soalnya.

Anuar (kanan) juga memberi bayangan bahawa Anwar menanggung yuran perundangan dan mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

“Kenapa perlu kami mengisytiharkan pendapatan kami kepada pihak yang tidak terbabit. Komen oleh Anuar menunjukkan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia tiada apa-apa,” kata seorang lagi peguam Balasubramaniam - Americk Singh Sidhu.

Manjeet juga berkata jika benar Anwar membiayai yuran mereka, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Ia hanya membuktikan betapa berminatnya untuk melihat mereka yang melakukan jenayah itu diheret ke muka pengadilan. Bukankah itu satu perkara yang baik?” kata Manjeeet.

Peguam-peguam itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka membantu mengendalikan masalah Balasubramaniam secara dasar pro bono ataupun sukarela.

“Kami tidak pernah menuntut wang atau bayaran. Apa yang kami berminat ialah mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” kata Americk.

Beliau berkata perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib

Tiada ulasan: